Mak ayah mana yang tak excited kan bila anak-anak turut serta dalam sukan di sekolah. Pada hari kejadian, merekalah penguat anak-anak untuk lebih berusaha merebut pingat bagi membuktikan kejayaan mereka.
Baru-baru ini, primadona, Erra Fazira ada berkongsi beberapa buah video dan gambar sekitar hari sukan sekolah anak perempuannya, Engku Aleesya.
Dalam perkongsian tersebut, terlihat jelas Aleesya laju berlari sebelum berjaya merebut tempat pertama untuk acara lumba lari. Tak terkecuali suara Erra yang menjerit memberi sokongan kepada Aleesya.
Malah, dalam perkongsian yang sama, Erra sempat memberi komen atas kejayaan puteri kesayangannya itu sekaligus mengusik bekas suaminya yang juga ayah kepada Aleesya, iaitu Engku Emran.
“Tengok la dia ikut siapa. Dia ikut mak dia Superwomen. Hahaha. Sakit hati sakit hati (sambil tunjuk ke arah Engku Emran)” katanya dalam video yang dimuat naik.
Dalam pada itu, Engku Emran turut memuat naik perkongsian hari sukan anaknya itu dan membuat nukilan pendek tapi bermakna buat anaknya di ruangan kapsyen.
“Dia sangat pemalu dan pendiam tetapi mempunyai fikiran yang kental. Saya telah belajar untuk menerima cara dia yang tersendiri. Apabila anak-anak kita membesar, kita juga mesti membesar sebagai ibu bapa. Saya bersyukur dia melakukan dengan sangat baik di sekolah sama ada di dalam kelas dan di padang. Saya ada beberapa pencapaian dalam hidup saya tetapi bagaimana dia maju harus menjadi yang terbaik bagi saya. Jangan berhenti menggapai bintang Aleesya.” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata tumpang gembira dengan kejayaan yang diperolehi oleh Aleesya ini. Malah, ada yang memuji sikap anak kepada pelakon Sembilu itu yang sopan dan malu.
Apabila berlaku sesebuah kemalangan, pasti kita akan diserang panik nak-nak lagi bagi kaum wanita yang pertama kali mengalami situasi begini. Apakah yang harus dilakukan dan siapa yang patut dihubungi. mungkin waktu ini ada akan blur seketika.
Yang penting tenangkan hati dan jangan panik. Jom ikut tip atau nasihat ini dikongsikan oleh Pengasas Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam), Salkukhairi Abd Sukor .
Cukup bermanfaat terutama kepada kaum wanita yang memandu keseorangan atau hanya ditemani anak kecil. Kena berhati-hati supaya tidak ditipu atau diambil kesempatan oleh orang lain.
1 . Jika ada orang langgar kereta anda dari belakang, jangan panik dan bawa bertenang
2. Berhentikan kereta anda di tepi jalan di kawasan yang lapang dan selamat. Ini untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas
3. Selepas anda lihat kenderaan yang melanggar anda juga memberhentikan kenderaannya, ambil telefon bimbit anda yang ada kemera dan keluar daripada kereta anda Ingat! Jangan ambil sebarang alatan yang merbahaya seperti steering lock, parang, peralatan yang di perbuat daripada besi dan sebagainya, kerana anda mungkin boleh di tuduh cuba untuk melakukan serangan dan kecederaan kepada orang lain dan harta benda awam.
4. Ambil gambar plat dan cukai jalan kenderaan yang langgar anda tadi
5. Apabila pemandu kenderaan yang langgar anda tadi keluar daripada kenderaannya, sapa lah dia dengan baik. Kalau pun anda tidak mampu nak senyum padanya, tetapi janganlah terus memaki hamun kepadanya
6. Tanyakan kepadanya dengan baik kenapa dia langgar kereta anda tadi? Kebiasaannya dalam situasi sebegitu masing – masing akan cuba menyalahkan satu sama lain. Kawal kemarahan anda, jangan bertengkar, bergaduh dan berbalah di situ kerana ianya tak akan menyelesaikan masalah tetapi hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan mengganggu pengguna jalan raya yang lain
7. Kalau boleh minta tengok daripada pemandu yang langgar kereta anda tadi kad pengenalan atau lesen memandunya. Ambil gambar kad pengenalan atau lesen memandunya
8. Jika dia tidak mengaku bersalah melanggar kereta anda, jangan paksa dia mengaku atau paksa dia bayar wang kepada anda. Just bagitahunya, dari segi undang – undang, sekiranya sesuatu kenderaan melanggar kenderaan lain daripada belakang, kecuaian adalah di sebabkan oleh kenderaan yang melanggar itu
9. Jika dia mengaku bersalah, minta dia menanggung kos pembaikan kereta anda. Sekali lagi di ingatkan, tak perlu minta wang daripadanya. Terus ajak dan bawa dia ke bengkel yang anda biasa berurusan untuk menilai berapakah kerosakan kereta anda Kalau boleh terus pergi, jangan tangguh – tangguh walaupun anda ada urusan lain. Lagi cepat anda selesaikan perkara tersebut lagi bagus.
10. Jangan lupa ambil nombor telefonnya atau bisnes kadnya supaya mudah anda menghubunginya nanti
11. Jika dia berkeras tidak mahu mengaku bersalah dan tidak mahu tanggung kos pembaikan kereta anda, tidak mengapa, jangan serang atau melakukan sesuatu yang boleh di anggap sebagai kesalahan jenayah terhadapnya. Biarkan saja dia pergi. Ini kerana anda telah dapat segala info berkenaan kenderaan dan dirinya
12. Terus pergi buat report polis di balai polis berhampiran
13. Dengan report polis tadi pergi ke JPJ dan lakukan carian kenderaan untuk mengetahui syarikat insurans kenderaan yang langgar kereta anda tadi
14. Pergi terus ke bengkel panel syarikat insurans tersebut dan minta 3rd parti claim untuk membaiki kerosakan kereta anda tersebut
Mudah bukan ? Tak perlu gaduh – gaduh dan melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah anda dan boleh mendedahkan anda kepada perlakuan jenayah. Negara kita kan ada undang – undang. Patuhilah undang-undang.
Moga informasi ini dapat memberikan manfaat buat kita semua.
Kehilangan anak yang dikandung, bukanlah sesuatu yang boleh diterima dalam jangka masa singkat, apatah lagi 10 Tahun menantikan kehadirannya.
Vokalis kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat berkongsi kedukaan isterinya, Nazirah Muhammad yang sehingga kini masih lagi belum stabil selepas pemergian si kecil, Khairul Afnan Khairul Azmi yang meninggal dunia pada 30 September lalu.
Malah, pasangan istimewa ini tidak pernah miss untuk menziarahi pusara arwah bayi mereka sehingga kini.
“Alhamdulillah sekarang saya okey, cuma saya dan isteri akan ke pusara arwah anak sekali atau dua kali dalam seminggu. Apa yang penting adalah untuk tenangkan emosi isteri.
“Bagi saya, soal kehilangan adalah masalah yang paling besar terjadi. Mungkin sebab kami menunggu zuriat sudah lama, jadi apabila dia (anak) pergi sudah pasti ia satu kerinduan berat.
“Malah, ada ketikanya dia tiba-tiba akan menangis dalam bilik air rindukan anak, misalnya bila membaca mengenai soal cahaya mata Di Facebook atau mendengar suara anak orang lain membuatkan dia mula teringat.
“Apa yang mampu saya lakukan adalah dengan memeluknya dan meminta dia untuk bersabar atas ujian daripda-Nya,”’ ujar Azmi lagi.
Azmi berkongsi luahan tersebut ketika ditemui pada sidang media Kempen Raikan Ramadan anjuran Yayasan Maghfirah di Kajang, Selangor.
Menurutnya lagi, mereka juga tidak ini merancang untuk mengambil anak angkat buat masa sekarang. Bahkan, dia sendiri tidak meminta isterinya menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) bagi mendapatkan cahaya mata baru.
“Setakat ini kami sepakat untuk tidak mengambil anak angkat kerana soal zuriat perancangan Allah SWT.
“Lagipun usia kami masih mampu untuk merancang zuriat. Saya bimbang kalau ambil anak angkat nanti, tiba-tiba ada anak sendiri dan risau akan terbahagi kasih sayang itu.
“Jadi seeloknya saya tunggu saja rezeki daripasa Ilahi. Mengenai rawatan IVF pula memang ada berbincang dengan isteri tapi belum ke fasa serius,” katanya.
Azmi dan Nazira mendirikan rumah tangga pada 2011.
Namun, pasangan ini hanya sempat bergelar ibu bapa selama tiga hari selepas anaknya terpaksa dipakaikan alat bantuan pernafasan sejak hari pertama dilahirkan pada 27 September tahun lalu akibat kegagalan fungsi otak.
Menyebut namanya mungkin agak asing bagi sesetengah peminat bidang seni, namun lagu-lagunya cukup diminati dan menjadi siulan. Asfan Shah, 34 pemilik lagu popular Sumpah Cintaku dan terbaru Cinta Fatamorgana tidak kecewa biar diri kurang dikenali. Sebaliknya, dia yang sudah hampir 10 tahun dalam industri seni menganggap rezeki seseorang adalah ketentuan Sang pencipta.
Berpeluang mengabadikan kisah penyanyi dan komposer ini bersama keluarga tersayang untuk Majalah Keluarga memberi peluang penulis melihat sisi berbeza ayah kepada tiga cahaya mata ini.
“Saya sebenarnya seorang yang work smart, kalau dalam sebulan kerja 1-2 minggu dan selebihnya adalah bersama keluarga. Tetapi kalau kerja memang akan fokus dan suka bekerja di bawah tekanan kerana hasilnya pasti berbaloi. Isteri dan anak-anak sudah faham dengan cara kerja saya. Kalau saya sibuk dengan kerja, isteri akan bawa anak-anak untuk pulang ke rumah keluarganya supaya tidak ganggu kerja saya.
“Tetapi kalau anak-anak ada di rumah dan tidak dapat elak kalau mereka datang kepada saya. Jadi saya tinggalkan seketika kerja. Jujurnya anak-anak kurang takut dengan saya. Kalau tegur mereka tidak takut dan jenis yang sangat lasak. Walaupun ada masanya saya marah juga tetapi kalau saya tutup pintu, mereka akan terus ketuk pintu sampai saya buka.
“Berbeza dengan isteri saya, dia tidak garang tetapi tegas. Mungkin yang membuatkan anak-anak takut dengannya. Sekali isteri bersuara, anak-anak akan dengar. Kalau saya yang marah mereka boleh gelak-gelak seolah-olah saya sedang bergurau. Mungkin kerana saya jenis simple dan dengan anak-anak saya bukan jenis pemarah.
“Anak-anak juga sangat ‘behave’ di rumah ketika ketiadaan saya. Tapi kalau saya di rumah anak-anak akan bermain sehingga 1-2 pagi tak tidur. Bukan mereka bermain dengan saya tetapi mungkin kerana saya ada, jadi mereka jadi mengada-ngada sedikit,”Cerita Asfan atau nama sebenarnya Norasfan Shah Shah Rudin, mengenai gelagat dan keletah anak-anaknya.
Tiada istilah kena tinggal
Mendirikan rumah tangga ketika berumur 28 tahun bersama bekas pramugari bernama Ain Sakinah pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata Ali Haytham Shah, 5, dan Ali Wakeel Shah, 3 dan terbaru, Ali Binyameen Shah, 7 bulan.
Usai berkahwin, Ain mengambil cuti panjang sehingga disahkan mengandung, dia kemudiannya mengambil keputusan untuk berhenti kerja.
“Saya berkahwin ketika masih dalam bulan Syawal. Selepas itu, saya mengikut isteri ke Dubai kerana dia bertugas di sana. Awalnya saya mengambil keputusan untuk menetap di sana, tetapi lagu saya waktu itu tengah meletup di radio dan kebetulan isteri disahkan mengandung. Jadi kami ambil keputusan untuk pulang ke Malaysia dan isteri berhenti kerja” ujar Asfan sambil memberitahu tiada istilah bercuti dalam dirinya kerana semuanya adalah fleksibel dan mengikut jadual sendiri.
Tidak suka bekerja pada hujung minggu kerana lebih kepada masa bersama keluarga, anak kelahiran Melaka ini ada cara tersendiri dalam mendidik anak-anak.
“Jujurnya anak-anak saya memang lasak dan kadang-kadang tak terlayan. Jadi, saya dan isteri guna pendekatan tersendiri. Kami akan memberi ‘bintang’ kepada mereka jika mereka buat baik. Jadi, mereka kena kumpul bintang-bintang tersebut. cukup 10 bintang saya akan beri hadiah ikut apa yang mereka mahukan. Tetapi jika mereka buat salah, maka ‘bintang’ tersebut akan ditolak secara automatik.
“Saya ni cepat ‘lemah’ dengan anak-anak. Kalau sudah tiga kali beli tetapi mereka masih nak lagi nak tak nak terpaksa beli untuk pastikan mereka tak buat perangai. Tetapi isteri saya tegas dan tidak akan ikut apa yang anak mahukan. Isteri tegas tetapi anak-anak hormat,” seloroh Asfan lagi yang gemar membawa anak-anak dan isteri setiap kali ada kerja di luar.
Asfan suami yang manja
Biar sibuk dengan kerjaya, namun Asfan jenis yang ringan tulang. Sementelah mereka mempunyai anak kecil.
“Saya faham isteri adakalanya penat kerana terpaksa menguruskan anak dan rumah tangga. Tetapi setakat ini baby tak banyak ragam dan kalau saya ada di rumah saya akan bantu isteri di dapur.
“Ada masanya saya akan tunjukkan kepakaran memasak terutama waktu pagi. Saya rajin sediakan sarapan yang ringkas sahaja untuk keluarga seperti cekodok pisang, cucur jagung, pizza segera. Tapi jangan harapkan nasi lemak, lauk rendang dan sebagainya memang saya tidak pandai.
“Jadi isteri dan ibu bukan semudah yang disangka. Ada juga pembantu di rumah tetapi hanya menguruskan anak-anak tetapi sekarang semuanya isteri yang lakukan sendiri. Jadi suri rumah memang penat dan sebagai suami saya sangat faham part tu. Kerana itu, saya membantu jika ada masa terluang.
‘Jujurnya saya seorang suami yang manja terutama sekali apabila sakit. Saya tidak boleh jika ada berlaku perselisihan faham kerana mudah serabut dan stres. Kalau ada pergeseran, saya jenis suka meluahkan dan bercakap dan isteri pula berbeza. Dia lebih suka diam, saya jadi stres sebab tak boleh kalau tak bercakap dengannya,”kata Asfan sambil mengakui tidak romantik namun itu cara mengambil hati dan memudahkan kerja isteri termasuklah mencuci pakaian dan pinggan di dapur.
Sumber: Majalah Keluarga Jun 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.