
Kesetiaan dan kepercayaan adalah kunci kebahagiaan sesebuah rumah tangga. Demi melihat orang yang disayangi hidup bahagia dan selesa, seorang isteri sanggup berkorban segalanya.
Pengorbanan seorang wanita yang bernama isteri dan ibu ini tidak terhitung nilainya. Mengandung, melahirkan, membesarkan dan mendidik anak-anak segalanya dilakukan tanpa berkeluh kesah sedikit pun.
Pengorbanan wanita bernama Datuk Seri Dr Wan Azizah ini bukan semua mampu melakukannya. Tolak ke tepi bab politik, namun sebagai isteri dan ibu dia telah melakukan yang terbaik usai suaminya dipenjarakan.

Biarpun sudah hilang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, namun wajahnya masih manis menguntum senyuman,menzahirkan kekuatan diri untuk berhadapan dengan ujian sekali lagi.

Sukar diungkapkan dengan kata-kata bila mana ujian itu hadir di saat dirinya menyambut ulang tahun perkahwinan ke 40 hari ini. Datuk Seri Wan Azizah menerusi laman facebooknya memuat naik ucapan ringkas buat suami tetapi sangat menyentuh hati.
Biar ribut dan badai datang melanda. Biar hujan dan panas namun kita tetap bersama. Biar apa pun yang datang, setiaku hingga hujung nyawa.Selamat ulang tahun perkahwinan bersama @anwaribrahim_my yang ke 40.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 1980 dan dikurniakan enam cahaya mata iaitu Nurul Izzah, Nurul Nuha, Ehsan, Nurul Iman, Nurul Ilham dan Nurul Hana.
Dalam pada itu, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat menitipkan ucapan romantis buat isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerusi Facebook.
“Selamat ulangtahun perkahwinan, Dr Wan Azizah Wan Ismail. Thank you,” tulis Anwar ringkas.

Selain disertakan sekeping foto mereka berdua sedang memotong kek, beliau turut menyertakan tanda pagar #duniaakhirat #tilljannah menerusi kapsyen.
Sumber: Dr Wan Azizah Wan Ismail & anwaribrahim_my
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di












“Saya rasa kalian perlu tahu apa yang berlaku pada saya sejak dua hari lepas. Saya keguguran lagi buat kali kedua. Masa pertama kali tahu saya bleeding, saya sangat down. Semalam saya cuba untuk memulihkan semula perasaan itu.
Nabila walau bagaimana pun mengakui dirinya stabil dan akur dengan ujian tersebut.
Nabila yang mendirikan rumah tangga bersama Mohd Izwan sejak Disember 2015 pernah keguguran pada April tahun lalu.