Tak boleh bayangkan, orang pertama yang muncul dalam hidup kita, melahirkan dan membesarkan kita sekelip mata boleh halau dan mengharamkan susunya kepada kita.
Itulah yang dirasai oleh seorang penghuni rumah gelandangan milik Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Marhaen (KMM), Taiping menyatakan dia tetap sayang ibu kandungnya biarpun sudah setahun lebih dihalau keluar dari rumahnya.
Memetik laporan Harian Metro, pemuda yang dikenali sebagai Mohamad (bukan nama sebenar) itu mengakui dia rindu akan keluarganya dan mempunyai keinginan untuk kembali bersama mereka.
“Anak mana yang tak sayangkan ibunya. Biarpun dihalau dan juga diharamkan susu yang diberi, saya tetap sayang dan tak pernah membencinya.
“Setiap kali puasa atau raya mesti teringatkan mak dan teringin nak bersama mereka, namun mak dan ayah tiri bersikap seperti orang asing pada saya. Tak tahu di mana salah saya kerana dari kecil lagi saya dihantar ke sekolah tahfiz sehinggalah umur 12 tahun.
Ads
“Selepas ayah meninggal dunia dan apabila mak berkahwin pula dengan bapa tiri beberapa tahun lalu, saya sentiasa menerima layanan buruk sehinggalah dihalau keluar dari rumah pada awal Januari tahun lalu.” katanya.
Tambah Mohamad lagi, 14 Januari 2022 merupakan tanggal yang akan sentiasa dikenangnya kerana pada tarikh tersebutlah dia dibawa ke rumah gelandangan tersebut oleh penduduk kampung.
“Sudah ibarat syurga buat saya, namun tetap terasa kekurangan iaitu kasih sayang ibu sendiri.
Ads
“Apakan daya, mereka dah ‘buang’ saya dan walau apapun kesalahan mereka, saya tetap maafkan dengan seikhlasnya,” tambahnya yang kini berkerja di sebuah hotel di bandar ini.
Menurutnya, tahun ini akan menjadi tahun ketiganya menyambut Syawal di rumah gelandangan tersebut.
Difahamkan, Mohamad mempunyai dua adik perempuan berusia 13 dan 17 tahun yang kini tinggal bersama ibunya yang berumur lewat 30-an dan bapa tiri, 50-an.
Sejak kebelakangan ini banyak kisah orang hilang dilaporkan di media sosial. Tidak terkecuali, seorang wanita warga emas juga dilaporkan hilang sejak Rabu lalu, ditemukan dalam keadaan lemah berhampiran lopak air di kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Parit Sayang, Senggarang di sini, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, mangsa, Painah Siwan, 79, ditemui oleh orang awam yang turut menyertai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada 11.25 pagi kira-kira 900 meter dari pos kawalan operasi.
“Ketika mangsa ditemukan terdapat bersamanya sepasang selipar dan lidi daun kelapa sawit.
“Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat dengan ambulans Angkatan Pertahanan Awam (APM),” katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, anak mangsa, Sadiah Mohari, 42, melahirkan rasa syukur dengan penemuan semula ibunya itu dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu mencari sepanjang tempoh pencarian.
Katanya, keyakinan ibunya akan ditemui dalam keadaan selamat serta doa yang tidak putus-putus daripada anak-anak serta penduduk kampung akhirnya termakbul.
“Syukur Alhamdulillah, pagi ini kami menerima berita yang dinantikan selama enam hari dan yang paling penting emak ditemui dalam keadaan selamat.
“Ketika ini emak berada di hospital bagi mendapatkan rawatan kerana keadaannya masih lagi lemah dan buat masa ini biarlah dia berehat dahulu,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Painah dilaporkan hilang oleh anaknya apabila tidak pulang ke rumah selepas keluar mencari daun kelapa sawit untuk dijadikan penyapu lidi di kebun kelapa sawit berhampiran rumahnya di Kampung Parit Sayang di sini, Rabu lalu.
Susulan itu, satu pasukan SAR dilancarkan membabitkan 187 anggota pasukan keselamatan terdiri daripada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Batalion ke 10 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan penduduk setempat.
Sumber : HMetro
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bercuti bersama keluarga dengan menggunakan pengangkutan udara tentu sahaja memberi pengalaman yang berbeza. Lebih-lebih lagi buat anak-anak, mungkin ada yang berasa teruja dan seronok. Pun begitu tidak dinafikan ada yang cemas dan takut hingga menyebabkan meragam bila berada di dalam kapal terbang.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Apatah lagi tentu lebih mencabar bila anak tersebut adalah anak istimewa. Perasaan tidak selesa bahkan mungkin ada yang takut dengan keadaan sekeliling, sekali gus boleh menjadikan mereka berpotensi untuk meraung dan menjerit dengan suara yang nyaring.
Berkongsi cerita tentang pengalaman ini, pelakon dan usahawan jelita yang juga ibu kepada Nur Fatima Aisya, Fazura berkongsi sekeping gambar percutian keluarga dengan kapsyen yang mencuri tumpuan warganet.
“Nak tanya ibu bapa seluruh Malaysia. Pernah tak anda semua bawa anak-anak kecil naik kapal terbang dan mereka gementar dalam perjalanan di udara? Anak-anak kecil macam Fatima baru nak masuk dua tahun. Sepupu Fatima pula anak syurga, autistic.
Apa perasaan anda jika ada penumpang wanita lain mengherdik “IF YOU GUYS CAN’T HANDLE YOUR KIDS, THEY SHOULDN’T BE FLYING!!” sambil menunjuk-nunjuk jari ke arah anak anda?
Semoga Allah SWT memberikan kesabaran kepada semua ibubapa terutama para ibu dalam menjaga amanahNya. Amiin
Rakan selebriti dan warga siber meluahkan rasa tidak puas hati atas perlakuan wanita terbabit yang tidak boleh bertimbang rasa dengan penumpang yang membawa anak kecil dan anak istimewa.
“OMG how mean is that??! So rude! People should be more empathetic towards children esp special children! My son is Autistic too. May Allah grant sabar in us all. Much love from me to you & the family Fazz.,” tulis pelakon Catriona Ross.
Turut menarik perhatian pelakon Diana Danielle untuk memberi respon, “I’ve had a parent of anak syurga juga cerita something similar – dia bawa anak dia ke KLCC park tapi hari tu ter-ramai pula orang jadi anak dia overwhelmed and became very frustrated. Ayah dia biarkan anaknya lepaskan frustration dulu sebelum dia pujuk tapi ada hamba Allah ni dtg kat dia cakap “U should control your child” or something like that, which the father explained “my son’s doing the best he can, u should leave him alone.” If it’s a public area and you see a kid having a meltdown, if you cant help them, at least dont discourage them and their parents. Every child deserves to go to a park and go on plane rides.
Manakala Yasmin Hani juga turut terpanggil untuk meninggalkan komen, “Tell that person to get business class la.. Plane ride is for everyone. If that person cant handle being in d same flight as others, get ur own jet then.😂
Komen yang lain pula, “😢 my friend pernah kena mcm ni.. flying to New Zealand.. they bring anak syurga nya.. biasalah budak istimewa buat bising bila lama dlm flight… kena marah… sedih betul dan terasa sgt masa tu…. for them even anak syurga mereka akan bawa kemana saja mereka pergi holidays… tak sampai hati nak tinggalkan… but some people tak ada perasaan and sensitivity. Or memang kita tak boleh kemana pun… wallahualam.,” tulis islyana.
“Bln Jun yg lalu, saya fly ke KK, mmg ada budak yg menangis dlm fly tu agak lama jgk. Mmg agak terganggu sikit, tp saya lbh kesian pd ibu dia sbb dia rasa bersalah pd penumpang yg lain. Rasa mcm saya nak bangun pergi pujuk anak dia utk bantu ibu tu tp rasa segan plk.
Alhamdulillah anak dia tertido lps tu, mgkin dah penat menangis..
Always put our self in people shoe,” tulis yang lain lagi.
Berpuasa adalah ibadah yang diwajibkan kepada mereka yang mampu melakukannya. Ini bermakna ada individu yang tidak dibenarkan untuk tidak berpuasa, tetapi menggantikannya pada hari yang lain atau membayar fidyah.
Kita juga mengetahui bahawa dengan berpuasa, kita akan menjadi lebih sihat dan kuat. Namun begitu bagi sesetengah individu, berpuasa akan menyebabkan rasa tidak selesa. Yang biasa saya menerima aduan pesakit ialah apabila berpuasa akan menyebabkan rasa pedih perut.
Cuba kita meneliti punca rasa pedih perut atau rasa sakit pada ulu hati.
Rasa sakit ulu hati ini biasanya dikaitkan dengan masalah dalam perut kita. Walaupun dikatakan “pedih ulu hati”, namun ia tidak ada kena mengena dengan ‘organ hati’ kita.
Masalah ini berlaku apabila kita menguba pola pemakanan kita. Biasanya kita makan bersarapan dan makan tengahari. Tetapi pada bulan puasa, kita ‘bersarapan’ lebih awal dan kita tidak makan waktu tenghari walaupun kita berasa lapar.
Jadi masalah yang mungkin timbul adalah:
1. Gastro-Esophagal Reflux Disease (GERD)
GERD berlaku apabila asid yang berada di dalam perut naik ke permukaan dalam esofagus, menyebabkan keradangan pada permukaan ini.
Ia bukan disebabkan kita tidak makan, tetapi disebabkan oleh lingkaran otot pada bagian bawah esofagus, (ia dikenali sebagai Lower Esophageal Sphinchter) tdak berfungsi dengan baik. Ia disebabkan oleh terlalu banyak asid dalam perut (terutama apabila kita makan makanan yang pedas, dan bergula) melimpah naik ke atas memasuki esofagus. Apatah lagi jika kita berbaring dan tidur selepas berbuka atau bersahur, disebabkan lebih mudah untuk asid dalam perut masuk ke esofagus.
Selain itu disebabkan oleh stress, masalah kerunsingan (anxiety disorder), kehamilan, dan obesiti.
Ini menyebabkan pesakit rasa panas dan pedih di bahagian ulu hati sehingga ke bahagian bawah dada. Oleh itu ia dikenali sebagai “heart burn”
2. Gastritis
Masalah gastritis adalah penyakit yang berkaitan dengan keradangan pada permukaan perut. Ia disebabkan oleh kepekatan asid yang tinggi dalam perut yang menyebabkan asid ini menghakis sel-sel pada lapisan perut.
Biasanya ia disebabkan cara pemakanan kita. Kita suka makan makanan yang pedas, makanan berproses banyak perasa, pewarna dan perasa yang menyebabkan asid dalam bertambah pekat.
Berpuasa tidak menyebabkan masalah ini. Ia mungkin berlaku di permulaan puasa. Tetapi apabila tubuh kita mengenalkan bahawa tiada makanan yang harus dicernakan di dalam perut, maka asid tidak akan dikeluarkan. Itu sebabnya rasa tidak selesa pada perut di minggu pertama puasa sahaja. Masuk minggu ke dua dan keempat, kita tiada masalah untuk berpuasa.
Jika kita masih mengalami masalah ini selepas minggu pertama, cuba semak semula pemakanan kita semasa berbuka dan bersahur. Ini sebenarnya punca pengeluaran asid yang lebih pekat.
3. Luka Perut (Gastrik Ulcer)
Masalah perut yang lebih serius adalah luka pada perut, sama ada betul-betul di dalam perut (gastric ulcer) atau luka pada saluaran usus kecil bersebelahan perut (duodenal ulcer). Rasa pedih perut begini selalunya tidak berkurangan apabila diberikan ubat merawat gastritis yang biasa didapati dari farmasi.
Saya mencadangkan agar jika telah mengambil ubat ini selama seminggu tetapi tidak sembuh dan belum mendapat kelegaan, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan. Pemeriksaan skop (Oesohageal-Gastrtro-Duodenal Scope) akan mengesahkan masalah ini.
Punca utama masalah ini adalah disebabkan oleh jangkitanbakteri Helicobacter Pylori dan pengambilan ubat-ubatan penahan sakit seperti Ibuprofen, Diclofenac dan Aspirin. Luka pada perut boleh menyebabkan pendarahan, dan pesakit boleh muntah darah dan membuang najis yang bercampur darah.
Selain masalah yang berkaitan dengan organ perut, ada beberapa masalah lain yang berkaitan di kawasan ‘ulu hati’ tetapi disebabkan oleh masalah organ yang lain.
4. Keradangan Pankreas
Radang pankreas (atau diebut Pankreatitis) juga boleh menyebabkan rasa sakit ulu hati, dan mungkin kita menjangkakan ianya adalah masalah gastritis atau gastic ulcer.
Keradangan pada pankreas ini, sama ada acute pancreatitis dan chronic pancreatitis menyebabkan rasa sakit di bahagian ulu hati sehingga terasa menjalar ke belakang tubuh.
5. Hepatitis
Keradangan organ hati atau hepatitis juga menyebabkan rasa sakit di ulu hati. Selalunya ia menyebabkan rasa sakit sebelah kanan bahagian atas abdomen. Ia akan bertambah sakit apabila kita menarik nafas dalam.
Hepatitis selalunya disebabkan oleh jangkitan virus. Selain rasa sakit bahagian ulu hati, ia boleh menyebabkan rasa demam, terlalu letih dan bahagian mata putih bertukar menjadi kekuningan.
6. Masalah Pundi Hempedu
Pundi hempedu adalah pundi berukuran kecil terletak di bahagian bawah hati (liver). Ia menyimpan cecair hempedu, iaitu cecair yang membantu mencerna lemak.
Namun ada kalanya pundi hempedu ini mengalami keradangan akibat jangkitan kuman atau mengandungi banyak batu di dalamnya. Ia menyebabkan rasa sakit pada ulu hati, rasa loya, muntah, demam, dan perubahan warna pada najis.
Jadi bagi mereka yang mengalami masalah rasa sakit ulu hati, telah mendapat rawatan doktor atau mengambil ubatan di farmasi tetapi masih tidak sembuh dalam masa seminggu, datang berjumpa doktor yang merawat semula. Buat pemeriksaan yang lengkap kerana berkemungkinan masalah rasa sakit ulu hati, adalah masalah yang lebih serius.
BAGAIMANA UNTUK MENGURANGKAN RASA SAKIT ULU HATI KETIKA BERPUASA?
Seperti saya beritahu, berpuasa bukanlah punca utama masalah rasa sakit ulu hati. Secara amnya rasa sakit ulu hati hati ketika berpuasa mungkin dialami oleh beberapa individu, tetapi selalunya akan berkurangan setelah kita memasuki minggu kedua, ketiga dan keempat berpuasa.
Jika masalah berterusan, buatlah pemeriksaan lengkap. janganlah kita beranggapan ia hanya masalah ‘gastik” saja seperti mana yang selalu kita faham. Ia mungkin masalah yang lebih serius.
Bagi mereka yang mengalami masalah rasa sakit di bahagian ulu hati, saya mencadangkan periksa pola pemakanan kita.
1. Hindari Makanan Pedas, Masam dan Berlemak ketika sahur dan berbuka. Bukan tidak boleh langsung, tetapi berpada-pada (makan dalam kuantiti yang sederhana).
2. Hindari Makanan Karbohidrat Ringkas. Pada waktu sahur dan berbuka, eloklah mengambil makanan yang kaya dengan serat seperti kurma, sayur-sayuran dan buah-buahan. Elakkan makanan yang mengandungi banyak karbohidrat ringkas dan makanan berproses, seperti nasi putih. Boleh tukarkan kepada beras rebus dan beras perang.
3. Minum air secukupya selepas makan, tetapi jangan terlalu banyak. Minum air secukupnya dapat mengurangkan kepekatan asid yang berlebihan. Jika diambil terlalu banyak, boleh menyebabkan masalah penghadaman kerana asid menjadi terlalu cair. Elakkan juga minuman yang terlalu manis (bergula) atau bergas.
4. Jangan Makan Terlalu Kenyang. Apabila makan dalam jumlah banyak, perut akan terpaksa bekerja keras dalam jangka masa yang lebih lama untuk menghadamkan makanan yang diambil. Ini merangsangkan pengeluaran asid yang lebih banyak ke dalam perut. Makan dengan jumlah yang banyak, juga menyebabkan kita menjadi letih dan mengantuk.
5. Hindari Rokok dan Alkohol. Rasa pedih ulu hati boleh disebabkan dari aktiviti merokok dan pengambilan minuman yang berlakohol (sama ada dalah kuantiti yang tinggi atau rendah). Hentikan tabiaat merokok sepanjang Ramadan. Insya Allah akan mudah menghentikannya di luar Ramadan.
6. Menurunkan Berat Badan. Menurunkan berat badan sehingga berat badan yang sepatutnya dapat mengurangkan masalah rasa sakit ulu hati terutamanya masalah GERD. Ini kerana apabila terlalu banyak lemak (terutama lemak vesceral) dalam abdomen, secara tidak langsung memudahkan asid masuk ke dalam esofagus.
7. Mengamalkan minyak zaitun ketika perut kosong sebaik selepas bangun pagi untuk bersahur atau ketika bersahur. Minyak zaitun adalah minyak sihat yang melindungi dan merawat luka dan keradangan pada permukaan dalam perut.
8. Ambil ubat Untuk Meredakan Sakit Ulu Hati. Ubat yang selalu diberikan oleh doktor adalah ubat seperti:
1. Antasid: Berfungsi untuk meneutralkan asid dalam perut.
2. Antagonis Reseptor H-2 (H2RAs): Berfungsi menurunkan kepekatan dan kauntiti asid dalam perut.
3. Penghalang Pump Proton(PPI): berfungsi seperti H2RAs untuk menurunkan kepekatan dan kuantiti asid dalam perut.
Namun begitu jika masih berasa sakit selepas seminggu, saya mencadangkan kembali berjumpa doktor yang bertugas agar pemeriksaan yang lebih lengkap dapat dijalankan.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.