Ibu bapa sudah pastinya melahirkan rasa syukur apabila anak dapat mencapai kecemerlangan dalam akademik.

Melanjutkan pelajaran sehingga ke menara gading adalah impian semua orang.  Malah ia menjadi kebanggan buat ibu bapa apabila anak berjaya melangkah ke pusat pengajian tinggi.

Bagi anak yang telah mendapat tawaran melanjutkan pengajian bidang kejuruteraan pastinya, tidak sabar untuk melangkah masuk ke alam universiti kan.

Kehidupan kampus adalah fasa harus dilalui dengan betul dan sempurna kerana antara penentu hala tuju sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

Menerusi perkongsian oleh saudara Ir Abdul Rahman Bahasa berkongsi 7 plan dan strategi untuk bergelar jurutera sebaik sahaja melangkah ke universiti. Malah ia membantu untuk para graduan memasuk pasaran kerjaya selepas tamat pengajian.

DAH DAPAT TAWARAN COURSE ENGINEERING? THIS IS YOUR NEXT MOVE TO AVOID STIGMA “ENGINEERING IS SCAM”

Aku scroll² FB and LinkedIn. Aku tengok ramai juga adik², anak² kenalan yang dapat sambung pengajian dalam bidang Engineering untuk kemasukan ke IPTA tahun ni.

Tahniah aku ucapkan!

Next, nak elak bakal² student Engineering ni terjerumus ke lembah “Engineering is Scam” or unrewarded career in the future. Aku ada buat flow chart sikit macam dalam gambar.

Pilih Bidang Kejuruteraan, Lelaki Ini Kongsi 6 Strategi Kepada Graduan Sewaktu Di Universiti Supaya Mudah Masuk Pasaran Kerja.

7 plan dan strategi kena tahu sebelum masuk pasaran kerja

IKLAN

Career as Engineer ni mmg kena plan and strategize. So, macam mana rupa plan and strategi tu? Lets go!

1.Sebelum mendaftar kursus engineering di mana-mana universiti. Pastikan universiti yang menawarkan jurusan kejuruteraan itu ada record akreditasi daripada Engineering Accrediatation Council Malaysia (EAC) (http://www.eac.org.my/web/list_accredited.html) sebab akreditasi daripada EAC mendapat pengiktirafan daripada Washington Accord. So, maknanya degree universiti itu setaraf dengan US, UK, Korea, Australia dan New Zealand.

Kebanyakkan kursus kejuruteraan kat IPTA tu, sepatutnya tidak ada masalah. Sebab IPTA memang particular dengan akreditasi dari EAC ni. Tapi to be safe,just double check kat web EAC.

2.Engineering course typically ada 8 semester.

Make sure score GPA 3.00 semester 1 dan 2.

Semester 3 dan 4 start looking opportunity involve dgn persatuan pelajar.

IKLAN

Semester 5 dan 6 cuba jadi leader persatuan pelajar. Atau paling kurang involve lah dalam aktiviti persatuan pelajar.

2 years involvement dalam persatuan di Universiti, InsyaAllah dapat membantu banyak dalam soft skill development seseorang pelajar.

Semester 7 dan 8 fokus dengan projek akhir.

InsyaAllah, dengan cara ni, CGPA pun dapat 3.0 (2nd class upper) pastu soft skill pun dapat well develop.

3. After grad je, terus register BEM as graduate engineer. Lepas tu mintak kerja dengan company kecik² dulu. Bila kita kerja dengan company kecik, kita akan belajar banyak berkenaan operation of the company. Mana tidaknya, disebabkan company yang kecik, semua benda graduan tu kena buat.

Pilih Bidang Kejuruteraan, Lelaki Ini Kongsi 6 Strategi Kepada Graduan Sewaktu Di Universiti Supaya Mudah Masuk Pasaran Kerja.

IKLAN

4. Cuba kalau boleh dapatkan 1st position after grad tu as Project Engineer. Sebab apa Project Engineer? Project Engineer bukan sahaja kena apply technical skill, tapi soft skill juga. Project Engineer akan jumpa ramai orang, solve problem supplier, technical, contractual and time management.Again,bnyk experience gain disini.

5. Bila dah dapat know-how operation sebuah company, mula cari kerja baru di company Multi-national pulak supaya ada exposure dengan Multi-ethnicity working style. Dengan pengalaman yg ada dari company kecik tadi, believe me, seorang graduan itu akan rasa mudah bila bekerja di company yang besar.

6. And then, pada aku kalau dah jadi engineer tu. Jadi lah engineer yang di IKTIRAF sampai ke peringkat antarabangsa. Bila dah ada pengalaman yang cukup (lebih kurang 3-5 tahun), start pursue professional certificate macam Chartered Engineer (CEng), Professional Engineer (Ir.) dengan BEM, Professional Technologist (Ts.) dengan MBOT, Project Management Professional (PMP) dengan Project Management Institute, USA.

Pilih Bidang Kejuruteraan, Lelaki Ini Kongsi 6 Strategi Kepada Graduan Sewaktu Di Universiti Supaya Mudah Masuk Pasaran Kerja.

7.Bila dah ada professional certificate macam CEng dan Ir., prospect kerjaya semakin luas. Sudah boleh berkira2 untuk stay dalam industry dalam negara atau ke luar negara.

Oh ye.Untuk pengetahuan semua, setiap program Engineering yang di ajar di universiti dalam Malaysia, perlu ada TIGA (3) full-time Professional Engineers registered with BEM sebagai tenaga pengajar. Kalau tak ada 3 org Ir., program itu akan ada risiko tidak diiktiraf oleh EAC.

Nah…ini lagi satu peluang terbuka luas untuk engineer yang dah ada title Ir. So, kalau rasa dah boring dekat industry. Boleh lah sambung belajar Master, and then PhD untuk jadi Pensyarah dalam bidang engineering pula. Namun, ada jugak pensyarah yang tiada post-grad qualification tapi boleh diterima sebagai pensyarah. Ini disebabkan pengalaman yang luas dalam industry.

Moga entry kali ni boleh memberi manfaat kepada bakal² student engineering yang akan mendaftar di universiti tahun ini.

Sebarkan kepada yg berkenaan.

Sumber:  Ir Abdul Rahman Bahasa

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI