Salah satu kewajiban ibu ayah dalam mendidik anak-anak adalah dengab mengajar tentang adab yang harus dibiasakan sedari kecil.

Ini kerana apabila sesuatu telah dibiasakan sejak kecil akan lebih mudah tertanam di dalam diri mereka berbanding jika sudah dewasa kerana mereka terbiasa hidup tanpa beradab.

Tidak mahu kita kecewa dengan sikap dan adab anak-anak bila dewasa kelak, Tuah’ainil Sufi ada berkongsi 10 adab yang harus dibiasakan pada anak-anak.

Nak tahu detail, ini perkongsiannya.

10 Adab yang Harus dibiasakan pada anak.

1. Mulakan apa perkara dengan baca BISMILLAH. Makan dengan tangan kanan. Ambil Makanan dari sekitar kamu yang dekat-dekat dulu dari yang jauh dari kamu. Minum duduk dan pegang dengan tangan kanan.

2. Membuang sampah pada tempatnya,
tidak membuang sampah pada sebarangan tempat. Agar hidup anak kita terbiasa dengan kebersihan. Pakaiannya, percakapannya, sekitarnya .

3. Mengucapkan salam kepada sesiapa saja yang dia bertemu muka. Kerana Rasulullah saw berpesan,
“Sebarkanlah Salam, berilah makan,
sambunglah Silaturahmi, Solat lah pd malam hari sementara orang lain sedang Lena tidur.

IKLAN

4. Pisahkan tempat tidurnya antara perempuan dan lelaki setelah umurnya masuk 10tahun.

Biasakan Anak 10 Perkara Ni agar Adabnya Sempurna!

5. Tanamkan agar anak-anak bergaul dengan teman yang baik dan menghindari dari teman yang tidak baik.
Kerana Rasulullah saw mengumpamakan,
” Teman yg baik seperti penjual minyak wangi, walau kita tidak beli kita boleh menghidu baunya, tetapi teman yg tidak baik seperti tukang besi, tidak kena api pasti terkena debunya,

6. Menghormati tetamu saat datang ke rumah dengan memuliakan tetamu. Ini adab yang harus ditanamkan ketika tamu datang,
Anak perlu diajarkan bersikap sopan, tidak mengganggu saat keberadaan tetamu, tidak menyampuk dengan suara dan tingkahnya.
Ketika sampai harus didik berjabat tangan. Berjalan Tunduk jika lalu dihadapan tetamu atau orang .Memuliakan tamu adalah iman yang paling dalam di dalam Islam.

7. Menghormati tetangga.
Dan Jibrail sering mengingatkan Rasullullah saw agar menghormati tetangga, Dan Rasulullah saw menegaskan,
” Tidak beriman, tidak beriman, tidak beriman, orang yg menyakiti hati Jirannya.

IKLAN

8. Perintahkan anak kita diam ketika saat azan dikumandangkan.Hal ini bnyk dilupakan zaman kini, bukan untuk anak malah diri kita sendiri pun Saat azan berkumandang sibuk hendak berceloteh tidak mengindahkannya. Ajar anak meniru cara azan dilaungkan, diam dan mendengarkan azan serta menjawab dan membaca doa setelah azan selesai dilaungkan.

Biasakan Anak 10 Perkara Ni agar Adabnya Sempurna!

9. Tidak memalukan anak ketika berada di depan temannya ketika salah. Pastikan menarik dan menegurnya di tempat sepi secara sembunyi, diingatkan baik2 hanya berdua dan tidak dipermalukan dihadapan umum. Kerana hal itu dgn menegur secara terangan akan menyebabkan anak semakin liar.

10. Perintahkan anak kamu untuk solat
ketika umur 7 tahun, biasakan dari awal dasarnya. Kerana anak akan terbiasa dgn perkara2 baik yang lain jika solatnya di jaga.

Biasakan Anak 10 Perkara Ni agar Adabnya Sempurna!
Sayyidina Umar ibn Al Khattab berkata,
sesiapa yg menyia-nyiakan dalam solat,
maka selain di luar solat dia akan menyia-nyiakan perkara lain juga.

IKLAN

Solat adalah pertahanan, solat adalah immune utk akhlak yg tak baik, dan Allah swt berfirman,
“Sesungguhnya Solat dapat mencegah dari PERBUATAN KEJI DAN MUNGKAR.

Sama2 kita saling mengingatkan yaa sahabat semua. Semoga Allah ampunkan kita semua kerana tak tahu dan lorongkan kesedaran ke arah yg Allah Redho dgn kehidupan kita

سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللهِ العَظِيْمِ

‎ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

لا إله إلا الله محمد رسول الله

Sumber : Tuah’ainil Sufi

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI