doa-untuk-anak

Setiap ibu bapa tentukan inginkan anak yang membesarkan menjadi seorang yang soleh dan solehah di dunia dan akhirat. Sudah tentu kita akan mendoakan yang baik-baik untuk anak. Dalam apa juga sekalipun, doa merupakan senjata untuk kita mendapat rahmat daripada Allah. Begitulah juga ketika membesarkan anak-anak agar menjadi anak-anak yang berguna dan cemerlang dalam hidupnya.

Terdapat doa yang boleh diamalkan oleh ibu bapa. Ia termasuk tiga jenis doa yang ibu bapa boleh amalkan setiap hari untuk mendapatkan pertolongan daripada Allah SWT supaya anak anda membesar menjadi pintar dan beriman.

Ini Doa-Doa Untuk Anak

Nak Anak Membesar Pintar Dan Beriman Amalkan Doa. Sama-Sama Kita Amalkan.

Doa Untuk Anak Lembut Hati, Pintar Dan Soleh
Berdoa kepada Allah SWT untuk melembutkan hati anak, anak yang pintar dan soleh. Biasakan lidah anda untuk membacakan doa daripada surah al Shaffat ini.

رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ
Maksudnya, “Wahai Tuhanku kurniakanlah untukku anak-anak yang soleh.” (Surah Al-Shaffat : 100)

Doa Supaya Anak Beriman Dan Bertaqwa
Ibu bapa perlu mengajar anak-anak mengenai agama dan juga iman kepada Allah SWT. Lafazkan doa ini supaya anak beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT.

IKLAN

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Maksud ayat di atas adalah, “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan : 74)

Selain itu anda juga boleh mengamalkan ayat dari Surah Ibrahim.

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ
Maksudnya, “Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.” (Surah Ibrahim : 40)

Doa Supaya Anak Rajin Solat Dan Taat Perintah Allah
Amalkan membaca surah Ibrahim ayat 40-41 supaya anak menjadi rajin untuk menunaikan solat.

IKLAN

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
Maksudnya, “Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku. Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).” (Surah Ibrahim : 40-41)

Doa ini seelok-eloknya dibaca selepas solat atau setiap teringatkan anak. InshaAllah anak-anak akan utamakan solatnya sekiranya anda bacakan doa ini.

Di samping itu, anda juga boleh amalkan doa ini.

IKLAN

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُسْلِمَةً لَكَ

وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا ۖ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
Maksud ayat di atas, “Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) diantara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (Surah Al-Baqarah : 128)

Anda boleh mengamalkan dan membaca doa ini setiap kali selepas solat.

Secara konklusinya, ibu bapa yang baik adalah ibu bapa yang sentiasa mendoakan untuk anaknya supaya menjadi yang terbaik dan berjaya. Oleh itu, ianya adalah tanggungjawab seorang ibu bapa untuk memastikan anak-anak mendapat didikan agama yang sempurna dan secukupnya supaya mereka menjadi insan yang berguna.

Sentiasalah ingat bahawa Allah sentiasa mendengar permintaan hambaNya. Jadi, mintalah pada Allah dan berdoalah padanya supaya dipermudahkan anak anda untuk menjadi seorang anak yang soleh dan solehah.

Sumber: beanahomequran.com

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI