Setiap pasangan suami isteri sudah tentu idamkan sebuah rumah yang cantik. Dengan itu tentu idea transformasi untuk mengubah kediaman memerlukan kreativiti. Namun pada masa yang sama kos material juga diambil kira.
Sebagaimana pasangan suami isteri ini telah melakukan transformasi yang unik apabila rumah apartmentnya yang merupakan rumah pertamanya telah berubah wajah menjadi macam kediaman kondo. Biarpun luaran rumah nampak biasa-biasanya aje, tetapi apabila melangkah kediamannya, tentu pandangan mata kagum melihat hasil kreativitinya.
Perkongsian oleh Cikgu Farid Saadul Baharim yang menjawat sebagai guru telah menarik perhatian ramai dengan dekorasi rumahnya. Moga menjadi inspirasi buat kita semua untuk menyediakan kediaman pesona buat keluarga.
Rumah Flat, Tapi Dekorasi Ala Kondo! Hasil Beli Barang Sendiri Hanya Kos Upah Aje.
Jenis kediaman: Rumah apartment
WAINSCOTING HANYA RM250 BUAT SENDIRI BERBANDING UPAH ORANG BUAT CECAH RM1K
Ads
“Total saya renovate rumah tak sampai RM10k (upah pekerja sahaja) kerana barang2 seperti jubin lantai, sinki bilik air, pintu, sliding door dan sebagainya saya beli sendiri, survey di kilang2 jubin. Wainscoting juga saya dan isteri saya buat sendiri dgn bajet RM250 sahaja berbanding upah org buat sampai RM1k.”
TAK PERLU PERABOT MAHAL YANG PENTING NAMPAK MEWAH DAN ELEGAN.
SEBELUM/ SELEPAS
Tingkap tu sy tukar buat sliding dan buat tinggi lagi. Dulu berangan nk duduk rumah tingkat atasssssss, tingkat 30 ke..pastu ada balkoni. Tapi da umur cm ni xyh la cr tingkat tinggi sgt jadi apa2 nnti jenuh nk tunggu lif. Satu lg klau tiba2 nk romantik dgn isteri nk dukung dia masuk rumah jenuh dukung klau rumah tingkat tinggi sgt… So buat la tingkap tinggi konon ala2 mcm ada balkoni
Ads
KREATIF
Sebelah pintu masuk, ada tempat letak kunci dan board. board tu untuk letak surat, nota, bil2 yang wajib kena bayar…kalau xbayar kena potong pula.
RUANG TAMU
SUDUT GAMBAR FAMILI
Ads
Lorong ke arah pintu keluar, kat sini letak gambar kanvas family pula. Family lelaki and perempuan, asal nak keluar je tertengok gambar family.sini pun letak gambar, kitaorg dua ni mmg xpenah jemu tgk muka masing2 hahahah…dua2 acah model…tapi bila time tido dua2 habis hilang muka model hahahah Satu lg info di sebalik frame gmbr ni asalnya ada pintu bilik kedua tp saya tutup batukan, bilik tu saya buat almari pakaian dan dobi..sy pecah dinding dari bilik tidur
RUANG KOLEKSI
Ni bukan buku ye. Saya ni peminat movie, suka collect dvd movie , dulu berangan nk layan movie dgn isteri sambil duk atas sofa berdua ala mcm citer korea tu sekarang jd kenyataan
RUANG TAMU
Memandangkn rumah agak kecil, nk beli meja mkn pun mcm xde keperluan lg, yela dua ketul je, ruang sempit sikit pula tu, jd kami buat top table dan letak kerusi tinggi mkn berdua..boleh main cak cak belakang tiang and dapur nampak tak ruang depan luas mcm saya kata tadi biar ada ruang nak berlari2 nak kejar2 dengan isteri hahahah
BILIK MANDI/ TANDAS
RUANG DAPUR
Menarik kan! Moga perkongsian ini memberi idea untuk kita tatahias kediaman. Walaupun kediaman sederhana, tetap boleh ditatahias agar setaraf kondo atau rumah teras. Semoga berjaya!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Buat mereka yang suka berkebun tentu sering mencari petua bagi mendapatkan tanaman yang subur, merimbun, pokok tak bantut dan segar tanpa ada serangan serangga perosak.
Sebenarnya salah satunya dengan memastikan menggunakan baja dan tanah yang sesuai. Serta pastikan sentiasa pantau kebun tiap-tiap hari supaya tiada rumput tapi elak guna racun rumput, cangkul rumput aje.
Ikuti perkongsian puan Fadzilah Md Hassan di dalam group Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri.
Bagi yang minat berkebun, boleh ikuti cara yang dikongsikan ini.
Nak kongsi tanaman yang saya tanam di tepi rumah. Kebanyakkan saya guna pasu.
Petua warga net: Petua cara tanam pokok ketumbar turut dikongsi warganet; Maznah Sam : Pokok ketumbar bila tumbuh subur gitu kena tambah tanah biar akarnya kuat dan tak cepat mati…in sha Allah pokok ketumbar akn membesar tumbuh tegak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sayangkan isteri pasti seorang suami akan lebih prihatin terhadap bebanan tugas harian yang digalas oleh isterinya.
Lantaran itu, suami akan cuba untuk lakukan tugas mengurus rumah tangga secara bersama-sama bagi meringankan bebanan yang ditanggung.
Namun andai suami buat tak kisah, akan terlihat beberapa perubahan sikap pada isteri yang menunjukkan bahawa tahap bebanan sudah tidak tertanggung lagi.
Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian ini.
Berat mata melihat, berat lagi bahu memikul
Penat seorang ibu ni tak boleh di ukur pada titisan air peluh sebab mereka bukan penat bekerja guna stamina, tapi mereka penat guna emosi dan mental.
Ini 6 tanda tanda ibu yang kepenatan :
1. Muka yang dulunya ayu dan sentiasa berhias sekarang dah jadi lesu dan kusam.
2. Ibu yang lembut selembut lembutnya boleh berubah jadi bengkeng sebab penat. Anak nak berkepit pun boleh kena tengking.
3. Otak wanita patut boleh proses maklumat 10 kali lebih cepat dari lelaki, tapi bila dah terlalu penat mula la jadi cuai dan pelupa.
4. Bila tenaga dah kering, self control jadi lemah. Mula jadi impulsif dan bertindak ikut kata hati. Sikit trigger dari anak je dia boleh menjerit dan tengking.
5. Bila tak ada yang memahami, senang la si ibu menangis seorang diri.
6. Bukan dengan anak je, dengan suami pun tak boleh silap cakap sikit. Boleh jadi punca bergaduh.
Kita tak akan faham apa yang mereka rasa sebab kita tak berada di tempat mereka.
Kita ni lelaki dalam mata terbuka pun masih boleh lagi berehat. Tapi wanita selagi mata tak tertutup selagi itu dia tak rasa rehat.
Sebab itu waktu tidur seorang ibu ni sangat penting.
Kena pastikan isteri kita ni dapat tidur sekurangnya 8 jam sehari supaya mereka dapat reset balik meter emosi dan mental mereka.
Bila cukup je tidur isteri kita ni percayalah isteri kita akan jadi orang yang paling lembut dan paling ayu yang kita pernah lihat.
Selagi hidup di dunia ini, kita memang tidak boleh lari daripada terus diuji. Ada orang kata, dengan ujian itulah juga yang menjadikan diri seseorang menjadi dewasa dan lebih matang . Namun ujian yang datang bukanlah mudah untuk ditempuh, silap percaturan tidak dapat diurus dengan baik dan menjadikan hidup merana sepanjang hayat.
Lalu tidak hairanlah setiap kali melihat anak-anaknya diuji dengan pelbagai dugaan, mak-mak kita dulu akan memberi nasihat yang cukup pendik namun besar maknanya, ayat keramat itu adalah “Sabar, banyak-banyakkan bersabar.”
Memahami lagi erti sabar ini, melalui perkongsian Puan Raudzah Arippin di akaun fbnya membuatkan terkesan di hati. Apatah lagi jika kita sendiri sedang lalui ujian hidup. Memang benarlah, sabar itu kuncinya dan harus dijaga rapi.
Ini Perkongsiannya.
Ketika ke Kedah tempoh hari, saya berjumpa sahabat lama saya, Sumayyah Abd Rahman. Mayyah, sahabat baik saya sejak kami sama-sama belajar di UPM dulu (1996-2000).
Kami duduk berbual lama juga. Lalu Mayyah bercerita perihal pemergian arwah ibunya. Dan salah satu perkara yang dia cerita ini, buat saya berfikir dalam.
“Uda, dulu mak aku selalu pesan, kena sabar”
“Tapi masa tu aku tak faham. Aku fikir sabar tu, sebagai sabar macam biasa”
“Tapi bila mak aku dah tak ada, baru aku faham, sabar yang mak-mak kita pesan ni sebenarnya lebih besar dari perkataan sabar tu sendiri. Ia sesuatu yang ‘beyond’ dari sabar, yang kita tak akan faham selagi kita tak alami ujian yang sebenar dan berfikir betul-betul”
Lalu saya pun terdiam.
Telah berulang kali saya mencatatkan sebelum ini, begitu jugalah pesan emak pada saya, lebih lagi bila suami saya jatuh sakit. Sakit yang berat.
Emak tidak pernah beri nasihat panjang berjela. Emak cuma pesan,
“Sabar. Sabar banyak-banyak”
Dan sabar yang emak maksudkan rupanya, sama sahaja dengan apa yang emak Mayyah pesan.
Ia bukan sekadar bersabar dari perasaan sedih. Tapi lebih dari itu. Sabar itu satu nasihat positif yang akan memberi kesan kepada seluruh tindakan, dan juga emosi kita.
Saya merenung semula banyak hal.
Tuhan menetapkan, setiap jalan ada likunya. Malah kita menyangka mungkin Tuhan akan mengurangkannya bila kita sudah rasa ujiannya sudah maksimum. Tetapi tidak. Dia akan tetap menguji. Dan tetap juga, sabar itulah yang perlu dijadikan teman baik.
Banyak kali saya gagal juga sebenarnya. Bergelut mengurus kehidupan, dan mengurus emosilah yang sangat berat. Saya jadi cepat marah dan tidak tahan dengan tekanan. Sebab itulah agaknya mak selalu pesan suruh sabar. Ia bukan senang. Tidak.
Sabar dalam menghadapi ujian hidup yang berat, memerlukan rasa sabar itu jauhhh lebih besar dari emosi sedih, perit dan payah, itu tidak sama dengan sabarnya engkau bila selipar hilang masa solat Jumaat.
Dan saya fikir, sabar itu benar benar diperlukan dalam mengurus emosi. Emosi yang berat, yang negatif.
“Ya Uda. Bila hang kata pasal cabaran sebenar adalah cabaran mengurus emosi tu, aku sangat setuju. Itulah cabaran sebenar hidup kita.” Kata Mayyah sebelum kami berpisah pada hari itu.
Begitulah.
Pesan emak saya dan emak anda semua juga barangkali, “Banyak-banyak bersabar” itu tetap akan menjadi nasihat pendek yang mengesankan.
Usah berfikir negatif dengan pesan itu. Ia sebenarnya pesanan ringkas penuh bermakna, yang jika kita dalami maksudnya, ia akan mengawal seluruh tindakan dan fikiran kita kepada yang lebih baik. Mendorong perasaan supaya lebih bertenang.
Itu saja. Moga faham maksud saya. Terima kasih ya baca sampai habis.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...