Sejak akhir-akhir ni kita sering dihidangkan dengan cerita-cerita kemurungan terlampau sehingga ada yang tersasar jauh dengan melakukan penderaan dan membunuh.

Semua kes sebegini berpunca daripada kegagalan mengawal diri daripada tekanan hidup yang akhirnya memakan diri sendiri.

Mengawal stress dalam diri sendiri sebenarnya perlukan sokongan kuat orang terdekat tapi cara yang dikongsikan oleh Prof Dr Hamid Arshat ini wajib kita ikuti. Tak perlukan kos dan modal, ni cara beliau.


AWET SIHAT. KAWAL STRESS

Setelah lama saya bertugas sebagai doktor dan telah merawat berbagai jenis penyakit, saya dapat merumuskan bahawa stress, (tekanan mental, emosi dan fizikal) merupakan penyebab dan pencetus utama bagi berbagai jenis penyakit, termasuk penyakit-penyakit yang menyebabkam kematian mengejut, iaitu serangan jantung dan angin akhmar ( stroke ).
Saya ingin berkongsi cara-cara saya tangani stress. 

1. TAWAKAL. Saya sentiasa berdoa kepada Allah agar terus dikurniakan kesihatan kekuatan tubuh.Saya tawakkal kepada Allah sambil berusaha menangi stress. Saya redha dengan ketentuan Allah.

IKLAN

2. REDHA. Apabila ditimpa musibah, saya anggap sebagai ujian Allah keatas keimanan saya. Kita datang dari Allah dan akhirnya akan kembali kepadaNya. Saya cuba sabar dan melakukan solat serta mohon pertolongan Allah.

Bijak Kawal Stress Rahsia Terbesar Awet Muda, Dr Hamid Arshat Kongsikan Caranya!

3. SABAR. Apabila kehilangan duit sebab ditipu, dicuri, diperas ugut, atau tercicir sebab lalai, saya cuba tahan sedih dan marah. Saya anggap duit itu sudah bukan rezeki atau milik saya. Mungkin saya telah melakukan sesuatu kesalahan dan ini kifarah atau balasannya.

4. TAHAN MARAH. Bila memandu kereta, sering berlaku pemandu-pemandu lain mencetuskan provokasi, saperti menghempit, bunyikan horn dan lain-lain, saya ambil langkah mengalah sahaja dan tahan marah.

Begitu juga dalam situasi lain yang mencetus kemarahan, khususnya dirumah dikalangan Keluarga dan ditempat kerja. Tahan marah, tinggalkan Dan beredar jauh untuk sejukkan hati. Ustaz nasihat ambil wuduk, tapi Alhamdulillah saya sering dapat kawal tanpa wuduk.

IKLAN

5.MEMAAF. Saya selalu memaafkan orang yang buat salah dan silap, samaada sengaja atau tidak. Dan terus lupakan peristiwa tersebut tanpa mengungkit.

6. TIDAK DENDAM. Walau pun difitnah dan dizalimi, saya tidak simpan DENDAM. Dan kawal perasaan untuk membalas.

7. Bila sakit atau pening kepala sebab penat atau stress lepas kerja, saya makan panadol 2 biji (1gm), biasanya ia akan reda dan rasa tenang. Panadol bertindak membuka saluran darah yang kuncup dalam jantung, otak dan organ-organ lain akibat stress.

Ramai takut nak makan panadol atau lain-lain pain killers. Nasihat saya, makan ubat tersebut. Ada kajian yang menunjukkan panadol meningkatkan kesihatan dan melanjutkan umur.

IKLAN

8. Saya suka berkebun, mencangkul, tanam sayur-sayur herba dan pokok buahan disekitar kawasan rumah. Kesannya memang relaxing.

Bijak Kawal Stress Rahsia Terbesar Awet Muda, Dr Hamid Arshat Kongsikan Caranya!

9. Memang jadi amalan saya bila memandu kereta saya terus menerus berzikir dan berselawat. Kesannya memang relaxing dan tenang fikiran.

10. DEEP BREATHING. Amalan menarik nafas dengan mendalam dan melepaskan nafas perlahan-lahan. Ulang untuk 5 minit. Saya lakukan bila-bila masa dan dimana-mana tempat bila rasa stress dan tidak selesai.

11. SIMPLE LIFE TANPA BERLUMBA. Amalkan cara gaya hidup yang sederhana tanpa membazir wang, tidak pentingkan jenama pada pakaian, kereta, hiasan dan lain-lain. Saya pentingkan substance dari rupa bentuk luaran.

Cuba amalkan panduan-panduan tersebut. insha’Allah,kita boleh kawal stress, terus awet muda, sihat dan dengan izin Allah lanjut usia serta boleh terus berkhidmat kepada agama dan bangsa. Aamin.

Kredit: Dr Hamid Arshat

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI