Erra Fazira ‘luluskan’ telefon bimbit untuk anak, tapi ada syarat khas. Siapa sangka, walaupun anak kepada selebriti terkenal, Engku Aleesya tidak pernah memiliki telefon bimbit sendiri sebelum ini. Menurut ibunya, primadona Erra Fazira, keputusan itu dibuat demi kebaikan puteri kesayangannya.
Erra Fazira ‘Luluskan’ Telefon Bimbit Untuk Anak, Tapi Ada Syarat Khas
Namun, selepas mencecah usia 16 tahun dan selesai peperiksaan, barulah Aleesya diberi ‘lampu hijau.’ Itupun dengan peraturan yang cukup ketat!
“Memang Aleesya tidak ada telefon sebelum ini tetapi dia baru sahaja memperoleh pelepasan kerana sudah selesai peperiksaan.
“Kami sama-sama buat perjanjian bahawa dia boleh dapat gunakan telefon cuma dalam waktu tertentu sahaja.
“Kata laluan pula kena kongsikan dengan saya serta bapanya dengan syarat boleh kami akses pada bila-bila masa. Kalau buat salah atau langgar perjanjian, kami tarik balik telefon,” kata Erra.
Ads
Erra yang juga digelar Primadona Filem Melayu Alaf Baharu menjelaskan, langkah ini adalah cara beliau dan bekas suami, Engku Emran, memantau penggunaan gajet anak mereka.
“Itu cara kami memantau anak. Kami buat sebaik yang mungkin kerana sebagai ibu bapa tentu kita tidak mahu mereka lakukan perkara buruk.
“Era tanpa sempadan ini membolehkan kita terdedah kepada bermacam-macam maklumat. Sudah tentu cara tapis adalah menerusi pemantauan.
Ads
“Tetapi kadang-kadang, sebijak-bijak kita, bijak lagi anak. Jadi, kita buat sahaja mana yang terdaya dan selebihnya berdoa kepada Allah,” tambahnya lagi.
Untuk info, Aleesya merupakan anak tunggal hasil perkongsian hidup Erra dan Engku Emran sebelum mereka bercerai selepas tujuh tahun berkahwin. Sebelum itu, Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pengarah, Datuk Yusry Abd. Halim pada tahun 2003, namun berpisah selepas tiga tahun.
Tiga minggu yang lalu, arwah berpeluang mencapai impiannya untuk menjadi anggota bomba. biarpun dalam keadaan yang tidak berdaya, adik Ahmad Danial Ahmad Suhairi berpeluang memakai uniform dan menaiki jentera bomba.
Namun pagi ini, khabar duka diterima adik Ahamd Danial disahkan meninggal dunia akibat kanser otak Diffuse Intrinsic Pontine Glioma (DIPG) tahap empat awal pagi tadi.
Berita itu dikongsikan oleh pengerusi Persatuan Sokongan Anak-Anak Kanser (Pesona) menerusi laman Facebook miliknya pagi tadi.
Inalillahiwainailahirojiun Selamat berpulang, anakanda Danial. Al Fatihah.
Ahmad Danial Ahmad Suhairi 2/2/2012 – 25/10/2019 Kanser otak DIPG
Berita sedih ini turut dikongsikan oleh pihak Sekolah Rendah Agama (SRA) Al-Irsyad, yang turut menyampaikan salam takziah kepada seluruh keluarga adik Ahmad Danial.
Allah menjemputnya pulang di hari Jumaat yang mulia. Semoga keluarga almarhum Ahmad Daniel tabah dan sabar menghadapi ujian ini. Jenazah akan dibawa pulang ke rumah neneknya di Beserah untuk disemadikan di sana.
Tenanglah kamu di sana wahai anak syurga.. 02.02.2012-25.10.2019
Jika merujuk kepada sejarah dahulu, masayarat dahulu terkenal dengan sikap yang pemalu. Jika hendak bercakap pun kena dengan nada suara yang perlahan.
Malah jika ada tetamu datang, anak-anak tidak boleh duduk sekali dengar atau berada di samping orang tua.
Jika berjalan dihadapan orang tua, perlu tundukan sedikit badan tanda menghormati dan sikap adab sopan.
Dengan ini, jelas membayangkan sikap pemalu dan sopan santun telah didik dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Sudah pastinya sikap ini akan dibawa sehingga dewasa.
Namun, tak tahu dimana silapnya, golongan muda sekarang sebaliknya. Mereka lebih bersikap terbuka. Ada segelintir tidak menujukkan sikap ‘malu’ dalam diri.
Barangkali peredaran masa dengan dunia teknologi tanda batas, membuatkan anak-anak mudah terpengaruh terutama era digital ini. Anak-anak dapat mengekses internet tanpa dipengawasan ibu bapa.
Begitulah cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa zaman modern ini. Malah terbukti apabila seorang pakar motivasi, saudara Akhi Fairuz yang tidak jemu memberikan pendedahan sebegini kepada anak-anak dan ibu bapa untuk mengelak perkara yang tidak diingini.
Menerusi perkongsianya di facebook miliknya, beliau melahirkan rasa bimbang apabila menerima banyak soalan daripada pelajar.
Beliau berharap ibu bapa ambil peduli mengenai hal ini dan cakna apa yang berlaku dipersekitaran agar anak tidak terpengaruh dengan unsur negatif.
Majoriti yang follow saya di instagram adalah budak sekolah rendah dan menengah. Mereka ikuti saya selepas bersama dalam siri ceramah yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
Di twitter pula, majoriti yang follow saya lelaki serta wanita bujang. Kebanyakan mereka belum lagi berkahwin. Ada yang masih menuntut di universiti serta ada yang sudah bekerja.
Lain pula ceritanya di facebook. Masing-masing sudah berumahtangga dan dikurniakan cahaya mata.
Di instagram, setiap kali saya buka sesi Q&A, berpuluh soalan yang ditanya berkaitan onani dan pornografi. Bukan sekadar budak sekolah menengah, bahkan pelajar sekolah rendah yang baru darjah 4 berkongsi kisahnya!
“Bang, saya dah keluar air mani lepas tengok porn. Saya dah akil baligh ke?”
“Bang, boleh bagi tips nak berhenti porn dan melancap tak?”
“Bang, apa keburukan onani ya?”
“Bang, apa dia kesan ketagihan porn ya?”
Tuan puan bayangkan, jika 100 orang yang bertanya soalan, 80 soalan pasti berkisar tentang porn dan onani!
Bagaimana pula di twitter? Lambakan DM yang saya terima!
“Tunang saya ketagih porn. Dia juga bagi tahu tengah struggle berhenti melancap. Boleh tak Akhi bagi tips untuk saya sampaikan kepada beliau.”
“Akhi, saya dah terjebak dengan PMO (porn masturbate orgasm) ni sejak sekolah rendah lagi. Sekarang saya dah berusia 24 tahun. Setiap kali saya cuba nak berhenti, saya gagal. Rasa diri ni tak guna betul! Ada tu sampai rasa nak bunuh diri!”
“Saya sekarang tengah cuba berhenti tengok porn dan onani. Tapi itulah Akhi, kat media sosial ni banyak gambar dan video yang buatkan saya cepat trigger. Akhirnya, saya tumpas! Saya kembali masuk dalam ketagihan itu. Tolong bantu saya Akhi!!!”
Facebook?
“Anak saya kantoi tengok porn tuan. Saya check history, macam-macam webporn yang dia layari. Saya sedih sangat. Rasa gagal jadi mak yang terbaik buat anak.”
“Anak saya berumur 6 tahun. Lelaki. Lately ni, kerap sangat dia sentuh bahagian kemaluan. Tu tahan lagi, tapi yang buatkan saya syak sesuatu, bila dia gosokkan kemaluan pakai tangan. Gayanya tu macam tengah beronani. Tolong saya tuan! Apa yang saya kena buat? Saya buntu! Saya takut!”
“Tuan, suami saya kantoi tengok porn!”
“Tuan, saya belajar tengok porn sebab suami saya ajar.”
“Tuan, anak saya terjebak dengan porn sebab bekas suami saya yang ajar anak saya.”
“Tuan, kenapa ya orang lelaki yang dah berkahwin tetap tengok porn? Ada sekali tu, pasangan saya kantoi melancap. Saya tak tahu nak buat macam mana. Salah saya ke sebagai seorang isteri? Kenapa dia tak lepaskan nafsunya kepada saya? Suami saya tu bertanggungjawab tuan. Solat tak tinggal. Ulang alik ke masjid setiap hari. Bantu saya Tuan.”
********
Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiuun.
Ada ketika saya menghela nafas panjang saat membaca kisah serta pertanyaan mereka ini.
Tenat betul masyarakat kita.
Ketahuilah yang onani ini salah satu acting out kepada ketagihan pornografi!
Pornografi ini juga yang mendorong seseorang individu memandang individu yang lain dengan pandangan seksual semata-mata, menjurus kepada jenayah cabul, rogol, liwat, seks luar tabie, kehendak seksual yang melampau, paraphilia dan lain-lain.
Sebelum hal yang disebutkan di atas berlaku, amat penting untuk kanak-kanak, remaja, mahasiswa, lelaki wanita bujang, orang dewasa, suami isteri serta yang berusia memahami apa itu pendidikan seksualiti yang sebenar.
Kognitif (akal) antara elemen yang terpenting dalam pendidikan seksualiti. Jika bahagian ini rosak, maka rosaklah pemikiran serta tindakan individu berkenaan.
Malangnya dalam masyarakat kita, hal-hal seksual dipandang taboo dan tertutup. Sedangkan topik ini mahu mendidik manusia untuk menghargai tubuh badan, faham fungsi kemaluan, menjaga kehormatan diri, menjauhi zina, kembali kepada fitrah yang Tuhan tetapkan.
Akhirnya, seks itu difahami dan dipelajari dari video lucah! Maka, bermulalah kerosakan dalam diri manusia itu sendiri!
‘Kasihkan anak tangan-tangankan….’ tentunya peribahasa ini biasa kita dengar sejak dahulu lagi dan hingga kini hakikatnya masih tetap releven.
Benar, sebagai ibu bapa kita memang cukup sayang anak-anak kita, namun janganlah pula kita teragak-agak untuk menghukum andai mereka lakukan kesalahan.
Ini sebagai mana yang dipraktikkan oleh seorang ayah ini dalam mendidik anak-anaknya dan sekali gus memberi makna lebih luas tentang cara ‘tangan-tangankan’ anak masa kini.
Ini pandangannya.
Saya sayangkan anak-anak saya. Walaupun sayang, saya tidak teragak-agak untuk menghukum mereka jika mereka lakukan kesalahan.
Saya perhatikan, ada ibu bapa yang salah faham dan tidak bersetuju dengan pepatah ‘sayangkan anak tangan-tangankan’ ini.
Ada ibu bapa berpendapat, memukul anak-anak adalah cara kuno orang zaman dulu dan tak patut diamalkan sekarang.
Satu perkara yang saya rasa ibu bapa ini terlepas pandang ialah, ‘tangan-tangankan’ tidak hanya bermaksud ‘pukul anak’. Ia bermaksud ibu bapa mesti disiplinkan anak-anak.
Jika anak-anak mencarut, apa yang akan ibu bapa lakukan untuk memastikan anak berhenti mencarut?
Jika anak-anak main handphone dan tidak mahu berhenti untuk belajar, apa yang mampu ibu bapa lakukan untuk pastikan anak terus tutup HP dan mula belajar?
Saya percaya, selalu kita lihat ibu bapa yang langsung tidak melarang anak-anak mereka daripada melakukan kerosakan, membuat kacau di tempat awam atau mengeluarkan kata-kata yang kesat.
Lebih sedih bila kita tengok anak-anak seawal usia 5-6 tahun, mencarut-carut kepada ibu bapa mereka sambil ibu bapa mereka hanya tersengih dan ketawa. Mereka rasa anak mereka mencarut itu adalah kelakar.
Semasa saya kecil, emak saya yang garang di rumah. Jangan kata mencarut, bercakap guna bahasa AKU & ENGKAU dengan kawan-kawan pun Emak saya marah.
Kalau mencarut, apa akibatnya? Haha… pernah merasa kena lumur dengan cili kering kat mulut masa berumur 5 tahun.
Kena rotan atau kena cubit? Biasa saja tu.
Persoalannya, adakah emak saya kejam kerana memukul atau membuat saya rasa sakit? Sudah tentu tidak.
Jika Emak saya tidak disiplinkan saya dengan tindakan beliau, mungkin sekarang ini saya akan jadi seorang yang kuat mencarut, kuat mengamuk dan kaki buli orang lain.
Apabila saya jadi orang dewasa, saya terus faham kenapa Emak saya sangat garang ketika mendisiplinkan saya semasa saya kecil dulu.
Disebabkan disiplin yang diajarkan oleh Emak saya juga yang membuat saya lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu untuk mencapai kejayaan.
Saya doakan agar kita ibu bapa dipermudah urusan dan diberikan ilham dan petunjuk dalam usaha mendidik anak-anak kita ke arah kejayaan. Amin….