‘Kasihkan anak tangan-tangankan….’ tentunya peribahasa ini biasa kita dengar sejak dahulu lagi dan hingga kini hakikatnya masih tetap releven.
Benar, sebagai ibu bapa kita memang cukup sayang anak-anak kita, namun janganlah pula kita teragak-agak untuk menghukum andai mereka lakukan kesalahan.
Ini sebagai mana yang dipraktikkan oleh seorang ayah ini dalam mendidik anak-anaknya dan sekali gus memberi makna lebih luas tentang cara ‘tangan-tangankan’ anak masa kini.
Ini pandangannya.
Saya sayangkan anak-anak saya. Walaupun sayang, saya tidak teragak-agak untuk menghukum mereka jika mereka lakukan kesalahan.
Saya perhatikan, ada ibu bapa yang salah faham dan tidak bersetuju dengan pepatah ‘sayangkan anak tangan-tangankan’ ini.
Ada ibu bapa berpendapat, memukul anak-anak adalah cara kuno orang zaman dulu dan tak patut diamalkan sekarang.
Ads
Satu perkara yang saya rasa ibu bapa ini terlepas pandang ialah, ‘tangan-tangankan’ tidak hanya bermaksud ‘pukul anak’. Ia bermaksud ibu bapa mesti disiplinkan anak-anak.
Jika anak-anak mencarut, apa yang akan ibu bapa lakukan untuk memastikan anak berhenti mencarut?
Jika anak-anak main handphone dan tidak mahu berhenti untuk belajar, apa yang mampu ibu bapa lakukan untuk pastikan anak terus tutup HP dan mula belajar?
Saya percaya, selalu kita lihat ibu bapa yang langsung tidak melarang anak-anak mereka daripada melakukan kerosakan, membuat kacau di tempat awam atau mengeluarkan kata-kata yang kesat.
Ads
Lebih sedih bila kita tengok anak-anak seawal usia 5-6 tahun, mencarut-carut kepada ibu bapa mereka sambil ibu bapa mereka hanya tersengih dan ketawa. Mereka rasa anak mereka mencarut itu adalah kelakar.
Semasa saya kecil, emak saya yang garang di rumah. Jangan kata mencarut, bercakap guna bahasa AKU & ENGKAU dengan kawan-kawan pun Emak saya marah.
Kalau mencarut, apa akibatnya? Haha… pernah merasa kena lumur dengan cili kering kat mulut masa berumur 5 tahun.
Kena rotan atau kena cubit? Biasa saja tu.
Ads
Persoalannya, adakah emak saya kejam kerana memukul atau membuat saya rasa sakit? Sudah tentu tidak.
Jika Emak saya tidak disiplinkan saya dengan tindakan beliau, mungkin sekarang ini saya akan jadi seorang yang kuat mencarut, kuat mengamuk dan kaki buli orang lain.
Apabila saya jadi orang dewasa, saya terus faham kenapa Emak saya sangat garang ketika mendisiplinkan saya semasa saya kecil dulu.
Disebabkan disiplin yang diajarkan oleh Emak saya juga yang membuat saya lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu untuk mencapai kejayaan.
Saya doakan agar kita ibu bapa dipermudah urusan dan diberikan ilham dan petunjuk dalam usaha mendidik anak-anak kita ke arah kejayaan. Amin….
Menjadi lumrah dalam kehidupan berumahtangga pasti akan ada berlaku pertengkaran antara suami isteri. Daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah perkara yang besar. Betul tak? Tetapi kami nasihatkan kalau anda bergaduh, janganlah lama-lama takut nanti hubungan menjadi hambar pulak!
Sebenarnya untuk mewujudkan suasana harmoni dalam berumahtangga ini anda harus bijak mencari pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Apa yang penting, jika ada sebarang ketidakpuasan hati, luahkan dan selesaikan dengan cara yang baik. Selain itu, anda juga boleh lakukan 3 perkara ini untuk mencipta hubungan yang lebih intim dan mesra dengan pasangan anda!
1. Biasakan diri mencium pasangan
Mungkin perkara ini sudah biasa anda lakukan. Tetapi paling mujarab anda perlu lakukan dengan lebih kerap kerana cara ini dapat menguatkan lagi kasih sayang antara suami isteri. Bukannya cium pasangan ketika mereka ingin pergi kerja sahaja!
2. Berbicara tentang perasaan dan hubungan bersama
Kalau anda nak tahu antara kunci dalam sesebuah perkahwinan adalah berkongsi tentang cinta atau perasaan sebelum tidur. Masa inilah anda nak berkongsi segala cerita! Sekiranya anda meluahkan segala perasaan dan bercakap dari hati ke hati, ia dapat meningkatkan kualiti tidur dan hubungan antara anda berdua juga akan lebih mesra. Cubalah!
3. Urut pasangan
Ketika anda berdua di atas katil, sila letakkan telefon anda di sisi, saat ini adalah masa untuk bermanja dan bermesra bersama suami. Salah satu cara yang boleh anda lakukan adalah urut pasangan anda dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang. Setelah penat bekerja, tidak salah rasanya anda ringankan tangan untuk mengurut suami. Pasti suami anda suka!
Nampak macam mudah semua perkara ini kan, tetapi percayalah impaknya sungguh besar kalau anda lakukan setiap hari. Hidup anda akan lebih bahagia dengan pasangan. Kalau tak percaya cubalah!,…
.
Sumber: Aliffchannel
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pernah isteri kata, “Saya tak nak naik motor, saya nak naik kereta…!!!”
Pernah isteri kata, “Kereta abg kereta lama, saya nak kereta baru…!!!”
Pernah isteri kata, “Saya xnak dduk menyewa, saya nak dduk rumah sendiri…!!!”
Pernah isteri kata, “Rumah ni kecik, sempit…saya nak rumah yg besar dan luas…!!!”
Pernah isteri kata, “Duit abg bagi tak cukup, saya nak abg tambah lagi…!!!”
Isteri ni, apa yg suami ada, itulah yg dia terima, seadanya…apa yg suami sedia, itulah yg dia guna…tak mintak pun utk jadikan dia seperti seorang permaisuri…letak dia dlm istana…
Setakat mana yg suami mampu bg, mampu sedia, maka setakat itu sahajalah yg dia perlu sesuaikan dirinya dan anak2nya utk hidup…apa yg penting, suaminya baik, bertanggungjawab, tak jahat, tak buat maksiat…
Makan minum pakaian kenderaan kediaman smua tu, cukuplah dgn apa yg ada…tak mewah xpa, asalkan bahagia…sbb yg penting dlm hidup seorang wanita selepas mendirikan rumahtangga ialah mempunyai seorang suami yg baik terhadap dirinya, menyayanginya, setia dan terus berada disisinya utk selamanya.
Sumber: FB Firdaus Shakirin
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bacaan surah Al-Fatihah oleh anak usahawan Neelofa dan PU Riz, Muhammad Bilal dipuji wargamaya malah memuji cara didikan pasangan ini dalam mendidik anak mereka.