Tiga minggu yang lalu, arwah berpeluang mencapai impiannya untuk menjadi anggota bomba. biarpun dalam keadaan yang tidak berdaya, adik Ahmad Danial Ahmad Suhairi berpeluang memakai uniform dan menaiki jentera bomba.
Namun pagi ini, khabar duka diterima adik Ahamd Danial disahkan meninggal dunia akibat kanser otak Diffuse Intrinsic Pontine Glioma (DIPG) tahap empat awal pagi tadi.
Berita itu dikongsikan oleh pengerusi Persatuan Sokongan Anak-Anak Kanser (Pesona) menerusi laman Facebook miliknya pagi tadi.
Ads
Inalillahiwainailahirojiun Selamat berpulang, anakanda Danial. Al Fatihah.
Ahmad Danial Ahmad Suhairi 2/2/2012 – 25/10/2019 Kanser otak DIPG
Ads
Berita sedih ini turut dikongsikan oleh pihak Sekolah Rendah Agama (SRA) Al-Irsyad, yang turut menyampaikan salam takziah kepada seluruh keluarga adik Ahmad Danial.
Allah menjemputnya pulang di hari Jumaat yang mulia. Semoga keluarga almarhum Ahmad Daniel tabah dan sabar menghadapi ujian ini. Jenazah akan dibawa pulang ke rumah neneknya di Beserah untuk disemadikan di sana.
Rezeki orang lain-lain, mungkin ada yang lebih dapatlah memiliki rumah sendiri yang selesa dan dihias indah. Namun jika tidak berkemampuan, syukuri dengan rezeki yang ada. Walau rumah kecil dan masih menyewa, perlu juga dijaga rapi agar kediaman yang menjadi tempat berteduh anak beranak dari hujan dan panas tetap memberi keselesaan.
Begitulah apa yang dikongsikan oleh Nadia Afiq Aniq, hidup keluarganya diuji dua tahun lepas dengan ujian yang sangat besar. Menurutnya, dari rumah yang selesa terpaksa pindah duduk dengan mak ayah di kampung.
Pada awal tahun 2021, Alhamdulillah dapat sewa rumah kos rendah dengan bayaran sewa bulanan RM400. Masuk awal pkp2.0. dan menurutnya walaupun rumah sewa tapi dia cuba deko dengan bajet rendah asalkan cantik di mata.
Katanya lagi, sebagai surirumah setiap masa dirinya di rumah, kerja dari rumah. Biar pun rumahnya kecil dan asalkan kemas, bersih itu semua cukup bahagia baginya.
Di sini dikongsikan transformasi keadaan rumah sewanya untuk tatapan bersama bagi menyuntik inspirasi buat yang lain. Apa yang pasti, jangan hanya tunggu bila berduit dan duduk rumah sendiri baru nak cantikkan rumah, rumah sewa pun boleh! Tepuk dada tanya selera, kita anak beranak yang nak duduk rumah tersebut, jadi tidak ada salahnya mencantikkan rumah sesadap mata memandang.
Ni (selepas) tempat anak duduk tadi. Meja dan kerusi tu yang lama, buruk dah, nak cover beli cover chair kat shopee. Deko cermin kedai eco. Frame pun kedai eco, gambar dalam frame tu saya print kat kedai.
Ni ruang tamu. Memang cat teruk gila, owner rumah cakap dia tak sempat cat.. Jadi kami cat sendiri.. Owner rumah tolak rm200 duit sewa rumah untuk bulan pertama.
Ni (selepas) kat ruang tamu.. Tv tu beli secondhand je rm340..
Yang ni xde pic sebelum.. Rod langsir tu guna batang mop kedai eco . Penyangkut batang mop tu pun kedai eco rm2.10.. X pe la kan, asal nampak cantik di mata sendiri .. Langsir ikea rm12.90Ni dapur..
Masa nak sewa, terkejut jugak kenapa kotor sangat.. Tapi fikir balik, kalau dah cat nanti okay la kan..
Ni selepas cat. Dapur ni memang kecik, sebelah kiri tu dah pintu tandas .Tampal-tampal tu dari kedai eco, frame eco rm2.0.. Kain kabinet tutup sinki tu guna alas meja je. Potong-potong tampal
Cat asal sebelum masuk rumah ni
Selepas cat.. Alhamdulillah walaupun tak mewah macam orang lain, tapi dah bersyukur sangat dapat menyewa kat sini.. Terima kasih sudi baca sampai habis.. Moga murah rezeki & dipermudahkan segala urusan.
Kesilapan notifikasi status Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) serta individu dalam pemantauan (PUS) menerusi aplikasi MySejahtera sudah dipadamkan dan diperbetulkan.
Aplikasi itu menerusi Twitternya @my_sejahtera hari ini berkata, pihaknya sudah menyelesaikan masalah yang menjadi punca perkara itu berlaku.
“Selamat pagi semua. Kami minta maaf di atas kesulitan yang berlaku apabila pengguna aplikasi itu secara rambang diberi status HSO dan PUS,” katanya.
Ini berikutan beberapa individu mendakwa status mereka di MySejahtera bertukar kepada HSO dan PUS sejak awal pagi ini.
Pengguna Twitter @zool_hilmi memohon Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyelesaikan isu berbangkit kerana ia menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat.
“Perkara itu tidak sepatutnya berlaku. Bagaimana kami nak keluar rumah apabila aplikasi itu perlu digunakan di semua tempat,” katanya.
Kalau sebut tentang ibu tiri, semestinya masyarakat akan beranggapan buruk kononnya mereka ini bermuka-muka, di depan suaminya baik tapi di belakang, menganiaya anak tiri sendiri! Stereotaip ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi anak-anak sebelum mengenali ibu tirinya, dan boleh mewujudkan jurang antara mereka.
Tetapi, tak semua sama seperti yang dimomokkkan. Masa kini, dah terbukti ada ibu tiri yang baik, malah melayan anak tiri sama seperti melayan anak kandung sendiri. Misalnya seperti yang tular baru-baru ini, individu yang bernama Nurain Dona Dameria Abdullah menyayangi dua anak tirinya, Danish Naufal Norhasidi dan Danial Aiman Norhasidi seperti zuriat sendiri.
Kasih sayang dicurahkan wanita yang mesra disapa Nurain, 40, itu membuatkan Danish Naufal, 21, dan Danial Aiman, 20, selesa hingga memilih tinggal bersamanya walaupun wanita itu sudah berpisah dengan bekas suami kira-kira tujuh tahun lalu.
Berkongsi kisahnya, Nurain yang menetap di Kempas berkata, sejak awal lagi dia tidak pernah menganggap Danish Naufal dan Danial Aiman sebagai anak tiri.
“Saya berkahwin dengan ayah mereka ketika Danish Naufal berusia lima tahun dan Danial Aiman empat tahun.
“Bukan mudah nak rapat kerana anak dijaga ibu mentua sebelum itu jadi lebih manja dengan nenek mereka.
“Lama kelamaan, saya diterima juga malah saya yang mengajar mereka solat,” katanya dipetik dari HMetro.
Lebih membuatkan Nurain tersentuh apabila dua anak tirinya bukan hanya menyayangi malah tidak pernah lupa untuk meraikan hari ulang tahun kelahirannya.
“Setiap kali hari jadi, mereka pasti akan buat kejutan bagi meraikannya. Kiranya, mereka tidak pernah lupa hari penting dalam hidup saya dan sering juga belanja makan untuk berkongsi rezeki.
“Baik Danish Naufal mahupun Danial Aiman, kedua-duanya begitu malah mereka sanggup mengambil cuti bagi menjaga saya ketika sakit.
“Boleh dikatakan, hubungan kami memang rapat malah mereka tidak malu untuk bermanja atau kongsikan masalah dengan saya,” katanya yang mempunyai tiga anak kandung berusia tujuh, 12 dan 14 tahun hasil perkahwinan dengan bekas suami.
Berhubung kisahnya yang tular, Nurain berkata, tujuannya berkongsi video di TikTok sekadar untuk menunjukkan kepada masyarakat terhadap sisi ibu tiri yang jarang diketengahkan.
“Niat saya nak buka mata orang kerana imej ibu tiri sinonim dengan kejam dan hanya berperwatakan baik di hadapan suami tetapi sebaliknya dengan anak tiri.
“Hakikatnya, bukan semua ibu tiri begitu dan diharap perkongsian saya itu dapat menyedarkan masyarakat.
“Semoga perkongsian yang baik daripada saya boleh jadi ikutan ibu tiri di luar sana juga peringatan kepada mereka supaya tidak membezakan layanan terhadap anak kandung dan anak tiri.
“Ia bagi mengelak timbulnya perasaan dendam anak tiri kepada kita apabila mereka sudah dewasa dan layanan saya dapat hari ini adalah hasil tuaian sebelum ini,” katanya.
Meninjau di ruangan komen video tiktoknya, rata-rata memuji ketulusan dalam menjaga kedua anak tirinya. Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman sendiri dijaga oleh ibu tiri yang baik.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.