Melihat anak-anak membesar di depan mata menjadi momen yang cukup berharga buat ibu bapa. Biarpun sibuk dengan kerja seharian, namun anak-anak dan keluarga tetap menjadi keutamaan.
Tidak hairanlah ada yang tidak melepaskan peluang mengabadikan kenangan anak-anak baik dalam gambar mahupun video untuk menjadi kenangan apabila mereka dewasa kelak.
Demikian juga dengan isteri kepada Faris Khairol Anuar ini, yang lebih selesa menghabiskan masa di rumah memberi sepenuh perhatian menjaga anaknya.
Elfira Loy rajin berkongsi perkembangan anak lelakinya, Muhammad Rayyan Khalaf menerusi laman instagramnya.
Ads
Terbaru, Elfira berkongsi potongan video berpura-pura pengsan untuk melihat reaksi anak lelakinya itu.
Awalnya, Rayyan ketawa sambil mengintai wajah mommynya itu. Namun apabila si mommy tidak membuka mata, rayyan memandang ke arah kamera sambil memegang tubuh Elfira.
Ads
Disebabkan mommynya tidak memberi sebarang reaksi, rayyan terus mengucup pipi menyebabkan Elfira tidak dapat menahan ketawa.
Ads
Akhirnya Elfira ‘menyerah kalah’ sambil berkata ok mommy bangun’ kepada Rayyan yang tidak henti-henti mencium pipinya. Comel dan bijak Rayyan, seolah-olah tahu mommynya hanya berpura-pura sahaja.
Sejak dilahirkan penyeri hidup pasangan selebriti terkenal Fattah Amin dan Fazura, yang diberi nama Nur Fatima Aisya ini sering menjadi tumpuan sejak wajahnya dikongsikan kepada umum.
Terbaru, akaun Instagram Fattzuralovelife, berkongsi gambar Fatima sedang makan di bulan Ramadan.
Biar pun hanya memaparkan wajah comot dengan sisa makan di mulut, warganet tetap terhibur.
“Assalamualaikum semua puasa tak? Fatima puasa hari ni.. “
PEMINAT TERHIBUR WALAUPUN HANYA SEKEPING GAMBAR FATIMA.
Warganet memuji kecomelan Fatima yang kini telah berusia tujuh bulan.
COMEL MATA HITAM TU
Apa yang pasti, paparan wajah Fatimah sentiasa di tunggu-tunggu peminat ibu bapanya. Peminat sentiasa tak sabar menantikan setiap perkongsian mengenai kehidupan Fatima.
Kasih ibu membawa ke syurga… Pemngorbanan mengandung dan melahirkan tidak mampu dinilai dengan harta dan wang ringgit. Itulah yang ditempuhi oleh seorang wanita yang bergelar ibu. Momen paling indah dan dinanti untuk melengkapi fitrah diri sebagai wanita.
Kasih sayang yang ditunjukkan berpanjangan biarpun anak-anak sudah besar dan memiliki keluarga sendiri. Namun ibu tetap ibu. Demikian yang boleh diungkapkan tatkala menonton satu video seorang warga emas dikelilingi anak-anaknya.
Video berdurasi tiga minit tersebut memperlihatkan sisi ibu yang cukup menyentuh hati. Sambil duduk berlantaikan papan, anak-anak dalam lingkungan awal 50-an disuap makan oleh si ibu.
Kelihatan sepinggan nasi putih dan ikan bakar, sebotol budu dan semangkuk kicap berlada serta secawan air kosong. Biar menunya cukup ringkas, namun suapan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya benar-benar meninggalkan kesan yang cukup menyentuh hati.Seorang demi seorang disuap nasi ke dalam mulutnya.
“Perhatikan walaupun anak dia sudah berumur 50 tahun ke atas, masih cubit ikan dan tengok satu-satu takut ada tulang. Itulah sifat ibu kami, cucu-cucu pun bagai nak gila menangis.
“Ya Allah, panjangkan umur mek kami. Inilah memori terindah. Yang rakam tu separuh gila menangis,”ujar Wan Raliza Ilunie Wan ramli, 25 atau mesra dengan panggilan Yuniey Iluniey pemilik facebook yang memuat naik video tersebut.
Menurutnya, video tersebut dirakamkan sempena hari keluarga yang dirakamkan di sebuah vila di Marang, Terengganu.
jelas Yuniey lagi, warga emas bernama Fatimah Hamat adalah neneknya yang berusia lewat 70-an. Selain nenek, turut serta dalam video tersebut adalah ibunya serta bapa dan ibu saudaranya.
“Masa tu pertama kali keluarga besar kami berkumpul selepas sekian lama memandangkan masing-masing sibuk walaupun tinggal berdekatan. Kami memanggil nenek dengan panggilan Mek. Nenek ada 12 anak tetapi lima meninggal dunia. tinggal 7 orang. Dalam majlis ini yang tidak turut serta adalah anak sulung Mek,”jelas Yuniey lagi kepada mstar.
Jelas Yuniey lagi, sesi suap-menyuap itu dibuat kerana kerinduan yang menebal di kalangan anak-anak terhadap Mek. Malah akui ibu Yuniey, sesi suapan tersebut mengimbas kembali zaman kanak-kanaknya sehinggakan masing-masing tak dapat menahan air mata.
“Dah berpuluh tahun mereka tak merasai suapan Mek. Macam ibu saya sendiri, umurnya 51 tahun dan sudah hampir 49 tahun tidak merasa disuap oleh Mek. Ini kerana, orang dulu-dulu waktu kecil sahaja disuap ibu bapa. Lepas itu abang atau kakak yang mengambil tanggung jawab tersebut,”jelas Yuniey sambil memberitahu datuknya sudah lama meninggal dunia.
Jelas Yuniey lagi, itulah momen paling manis dalam hidupnya yang takkan dilupakan sampai bila-bila.
“Mek sebenarnya tidak sihat. Tetapi apabila dia melihat anak-anak, cucu dan cicit berkumpul, dia jadi sihat dan bersemangat. Waktu rakam tu saya bayangkan, kalau tak ada peluang begini, mungkin tak dapat merasa sampai bila-bila. Sebab Tuhan boleh ‘ambil’ mereka bila-bila masa, kita tidak tahu,” jelasnya lagi yang merupakan usahawan kosmetik.
Tambhnya lagi, kekangan kewangan bukan alasan untuk tidak berkumpul dengan ahli keluarga lain sekali gus merapatkan hubungan yang jauh.
“Lain boleh dicari ganti, namun kalau orang yang kita sayang dah tak ada,takkan ada gantinya. Hargailah selagi mereka masih ada,” ujarnya lagi.
perhatikan walaupun ank2 die dah umur 50tahun keatas still cubit ikan dan tngok satu2 tkt ade tulang?? inilah sifat ibu ? kami cucu2 ni pun bgai nk gile menangiss??..ya allah?? pnjngkn umur mek kami .. memories terindah .. #yg rakam tu separuh gila menangis?Kredit fb Yuniey Iluniey
Aqish telah menggegarkan satu Malaysia dengan pendedahan tentang bapanya di sebuah podcast di YouTube.
Kata-kata Aqish membawa kejutan kepada para penonton dan pendengar apabila Aqish menceritakan kelakuan sebenar bapanya terhadap Aqish sekeluarga.
Puteri Balqis Ashikin atau lebih dikenali sebagai Aqish, 15 tahun, merupakan seorang pelakon kanak-kanak yang popular sejak umur 2 tahun.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Aqish telah sudah lama tidak muncul di kaca TV tetapi akan terlibat dengan satu projek pada tahun depan.
Aqish merupakan seorang mangsa penderaan kanak-kanak dari segi seksual, fizikal dan emosi.
Dalam podcast ini, Aqish menceritakan pengalamannya sewaktu membesar dan membuat pilihan untuk tidak merahsiakan kes ini lagi.
Bapa Aqish dicorakkan sebagai seorang yang bernafsu tinggi ataupun “bernafsu binatang” apabila Aqish mendedahkan bahawa bapanya gemar menonton video lucah dengan kelantaran suara yang kuat di kawasan-kawasan terbuka seperti kedai Mamak bersama rakan-rakannya dan pada ketika itu, bapanya akan menyuruh Aqish yang berumur 5 tahun sewaktu itu, untuk menonton video tersebut bersamanya.
“Bila Aqish tengah belajar, dia akan buat-buat marah dan suruh Aqish masuk bilik. Dia akan masuk dan buat-buat membuka tali pinggang dia tetapi dia akan mencangkung dan merab* saya…”
Aqish juga meluahkan bahawa bapanya merupakan seorang yang baik di depan orang lain tetapi sebalik pintu rumah mereka, itu bukanlah hakikatnya. Bapa Aqish akan menci*m dan merab* Aqish di rumah.
Ibu Aqish juga merupakan salah satu mangsa penderaan sebelum mereka bercerai. Aqish menceritakan bahawa bapanya banyak berhutang tetapi ditinggalkan untuk ibu Aqish menyelesaikannya.
Aqish berdiam selama ini kerana ibunya yang percaya jika kes ini diceritakan, ia akan membawa parah kepada mereka kembali. Aqish membuat keputusan untuk akhirnya luahkan penderitaan yang dilalui oleh mereka.
Jika anda membaca artikel dan terfikir kenapa Aqish baru sahaja menceritakan hal ini memandangkan ini telah berlaku pada waktu dahulu, anda perlu memahami situasi Aqish dan ibunya pada zaman itu. Bukan mudah untuk seorang mangsa penderaan kanak-kanak untuk meluahkan trauma dan derita yang telah mereka lalui.
Semoga Aqish dan ibunya mendapat keadilan yang sepatutnya. Buat pembaca di luar sana, semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda. Ingat, keluarga adalah orang dan tempat yang sepatutnya memberi perasaan selamat dan tenang. Jangan salah gunakan hak dan kuasa anda sebagai ibu bapa. Sayangilah anak-anak anda.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.