Mencari solusi untuk menghalau lipas daripada berlegar-legar di ruangan dapur selain menggunakan racun serangga ada baiknya jika digunakan kaedah lebih selamat dengan menggunakan bahan-bahan tersedia di rumah. Apa yang pasti terdapat pelbagai pilihan kaedah dan cara boleh dipraktikkan dan semuanya mudah untuk dilakukan.

  1. Daun pandan

Anda juga boleh mengambil beberapa helai daun pandan, hiris nipis-nipis dan taburkan di dalam laci atau kabinet. Atau pun lebih mudah simpulkan daun pandan tersebut dan letakkan di sudut dalam kabinet. Dikatakan, lipas tidak suka pada bau daun pandan yang harum.

  1. Buah pelaga dan kulit kayu manis

Bila Ada Lipas Di Dapur, Begini Caranya Nak Halau Dengan Selamat!

Dikatakan juga lipas tidak suka pada bauan rempah seperti buah pelaga dan kulit kayu manis. Jadi caranya cukup mudah, letakkan sahaja rempah ini di dalam laci kabinet dan ia tidak akan membiak di situ.

  1. Baking Soda

Bahan-bahan:

1 sudu besar baking soda
1 sudu besar gula

Caranya:

IKLAN

Satukan dua bahan tersebut dan kemudian letakkan di dalam bekas. Sebaiknya letakkan bekas tersebut di dalam kabinet dapur yang menjadi laluan lipas.

Dikatakan bau kemanisan gula akan menarik minat lipas untuk makan ramuan tersebut manakala baking soda pula akan berfungsi membunuh lipas.

  1. Buah lemon

Bila Ada Lipas Di Dapur, Begini Caranya Nak Halau Dengan Selamat!

Ambil sebiji lemon dan dihiris nipis. Letakkan di tempat yang dirasakan menjadi sarang lipas terutamanya di ruangan gelap seperti di dalam kabinet dapur. Cara ini bukan sahaja dapat menghalau lipas tetapi dalam masa yang sama menjadikan ruang kabinet berbau lemon yang menyegarkan.

IKLAN
  1. Timun

Setiap kali anda memotong timun, biasanya akan buang bahagian pangkal dan hujung timun tersebut bukan? Sebenarnya kedua-dua bahagian tersebut boleh dijadikan sebagai salah satu cara untuk menghalau lipas.

  1. Sabun

Gunakan sabun mandi juga tidak menghampakan untuk membuatkan lipas tidak suka di kawasan tersebut. Caranya, ambil sebuku sabun dan kemudian potong kepada saiz yang agak kecil. Taburkan di dalam almari anda terutamanya di dalam laci dan boleh lihat kesannya selepas itu.

  1. Air sabun

Bila Ada Lipas Di Dapur, Begini Caranya Nak Halau Dengan Selamat!

IKLAN

Sediakan air sabun di dalam botol spray dan apabila ternampak lipas terus sembur ke arahnya. Biasanya lipas akan cepat mati setelah disembur dengan air sabun kerana lipas tersebut tidak dapat bernafas. Ini memandangkan air sabun telah menutup lubang pernafasan lipas yang terletak pada seluruh bahagian kulit kepala hingga ke kulit badan.

  1. Cecair penyegar mulut

Semburan cecair penyegar mulut juga boleh digunakan sebagai agen menghalau lipas. Sebaiknya pilihlah yang beraroma pudina untuk kesan yang lebih efektif.

Selain usaha ini boleh dilakukan untuk pastikan lipas yang ada di dalam rumah dapat dihapuskan, disamping itu adalah lebih wajar sekiranya usaha untuk menghalang lipas dari masuk ke rumah dilakukan terlebih dahulu.

Ini pula antara tip mudah yang boleh dipraktikan.

  1. Pastikan ruang singki sentiasa kosong

Jadikan kebiasaan setiap kali selepas makan, basuh semua pinggan yang ada dan  jangan sekali-kali dilambakkan di dalam singki. Sisa-sisa makanan yang ada di situ sebenarnya yang akan mengundang kehadiran lipas.

  1. Tong sampah sentiasa tertutup

Pastikan juga tong sampah yang ada di ruang dapur tertutup rapat. Ini penting untuk elakkan bukan sahaja lipas malah menghindarkan kehadiran lalat, semut dan sebagainya.

  1. Makanan ditutup

Ini juga penting untuk pastikan makanan yang dimakan tidak tercemar. Ini kerana ketika kita terlihat lipas sedang makan hakikatnya lipas tersebut sedang meninggalkan bakteria-bakteria yang berbahaya dan pelbagai jenis kuman.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI