Tahukah anda, berus gigi kalau tidak ditukar dan tidak di jaga dengan baik boleh menyebabkan anda sakit seperti demam, batuk selsema, jangkitan mulut, kulat dsb.
Kebiasaannya disebabkan berus gigi yang tidak dijaga dengan baik ini adalah tempat yang disukai oleh kuman.
Berus gigi rosak juga boleh menyebabkan gigi anda tidak dicuci dengan baik dan mungkin boleh menyebabkan luka.
Ads
Anda digalakkan untuk menukar berus gigi setiap tiga bulan, atau jika anda jatuh sakit. Letakkan di tempat yang kering dan kedudukan menegak agar ianya terdedah dan mudah kering.
Elakkan meletakkan berus gigi di tempat lembab seperti sebelah sinki dan sentiasa keringkan cawan pemegang berus gigi. Jangan campur berus gigi lama dengan berus gigi baru. Sentiasa beli stok lebih agar senang untuk menukar jika perlu.
“Betul ke Doktor ni dah tampal gigi aku? Kenapa makin sakit ni? Patutnya kalau dah tampal, makin eloklah. Ish Doktor ni, buat betul-betul ke tak ni?”
Mungkin ini antara yang pernah dialami oleh sebilangan antara kita. Walaupun gigi telah ditampal namun masih terasa sakit. Nak tahu puncanya, Dr. Yuliana Ayob berkongsi info untuk makluman bersama.
[su_highlight background=”#f4f2c0″ color=”#d93232″]6 Sebab Gigi Masih Sakit Selepas Ditampal[/su_highlight]
1) PROSES TAMPALAN IBARAT MENCUCI LUKA DI TANGAN
Cuba anda bayangkan, jari anda terkena pisau. Sakit tak? Sakit kan. Lepas sehari, makin kurang sakit.
Cuba anda bayangkan, gigi yang berlubang, bayangkan, jika ia berlubang kat tangan korang, pastu Doktor gunakan sejenis peralatan, korek-korek untuk buang kulit mati, buang kulit kotor, pastu Doktor cuci, letak ubat, dan tutup dengan ‘plaster’. Agak-agak korang, sakit tak? Sakitlah, selagi tak sembuh luka tu, selagi tu ia sakit. Paling kurang pun seminggu.
Bayangkan lagi, gigi anda yang berlubang tu, kami buang struktur gigi yang rosak. Berdesing telinga dengar bunyi peralatan kami, kami letak ubat, letak bahan tampalan, dan tutup lubang.
Memang akan ada rasa sakit selama beberapa hari selepas tampalan, kerana proses tampalan tadi bukanlah proses seminit dua. Dalam gigi kita ni ada saraf. Saraf yang sensitif semasa rawatan boleh menyebabkan kesakitan.
Jadi, tak perlulah risau. Sabar dulu beberapa hari. Ia akan baik semula.
2) GIGIKU BERLUBANG SANGAT DALAM
Dahlah tak mahu jumpa kami, sampai gigi berlubang sangat dalam. Sampai nak kena akar dah. Aduh, kasihannya gigi.
Gigi, kalau dah berlubang dalam sangat, memang boleh kena bahagian yang ada banyak saraf. Saraf kalau dah terluka, ibarat hati seorang ibu yang terluka, kita minta maaf, mak kita maafkan. Tapi, parut tu masih ada. Sakit tu, masih ada…hmm..
Ada sakit tu…untuk beberapa hari. Mungkin sampai seminggu.
3) JENIS BAHAN TAMPALAN
Ada ke bahan tampalan yang sempurna? Yang terbaik, terhebat dan termahal. Eh. Biasalah, nak yang bagus, harga lebih mahal. Tapi dalam kes bahan tampalan ni, memang ada kelebihan dan keburukan masing-masing.
Tetapi, banyak lagi kelebihannya. Cuma, ada jenis tampalan tertentu yang boleh menyebabkan rasa sensitif untuk beberapa hari. Kebiasaannya, rasa sensitif itu akan berkurang.
4) MAKAN MINUM APA SAHAJA
Biasanya kita tiada nasihat khusus untuk menjaga apa yang dimakan atau diminum selepas tampalan. Kalau selepas beranak, ada pantang larangnya.
Selepas tampalan pula, jika anda makan makanan yang panas atau sejuk, ia juga mungkin boleh menyebabkan rasa ngilu. Tiada pantang larang khusus selepas tampalan. Tetapi jika anda berasa ngilu selepas tampalan akibat jenis makanan atau minuman yang diambil, itu biasalah. Kalau tak nak rasa sensitif, jagalah apa yang anda makan. Ada pula orang yang makan kacang atau gigit tulang ayam selepas tampalan. Aduh… Apa jadi?
5) TAMPALAN PECAH
Sedar tak sedar, rupa-rupanya gigiku sakit selepas tampalan kerana telah pecah.
Apa puncanya?
Gigit makanan keras.
Makanlah makanan yang lembut dalam tempoh 24 jam selepas tampalan.
6) TAMPALAN YANG TINGGI
Namun, jika sakit masih berlarutan selepas seminggu dan anda rasa sukar untuk menggigit atau mengunyah makanan, ada kemungkinan tampalan itu tinggi. Berjumpalah dengan Doktor, supaya kami boleh ratakan tampalan yang tinggi.
Jadi, cukuplah dahulu 6 punca biasa yang sering menyebabkan anda berasa tidak selesa selepas tampalan. Paling utama dan terutama, jumpalah Doktor sekurang-kurangnya satu kali setahun, supaya pemeriksaan awal untuk mengesan gigi yang berlubang dapat dilakukan dengan jayanya.
Sumber : Dr. Yuliana Ayob
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Semuanya boleh berlaku sekelip mata sahaja, hari ini kita sihat mungkin esok lusa boleh diuji dengan masalah kesihatan yang boleh membataskan aktiviti harian.
Ini sebagaimana yang menimpa penyanyi terkenal Justin Bieber, baru-baru ini mendedahkan beliau mengalami ‘kelumpuhan muka’ disebabkan oleh sindrom Ramsay Hunt.
Disebabkan itu, penyanyi berusia 28 tahun ini mengumumkan untuk membatalkan beberapa siri konsert jelajahnya.
Bintang pop berusia 28 tahun itu yang pernah mempopularkan lagu ‘Baby’, berkata demikian melalui akaun Instagramnya pada Jumaat dengan berkongsi video tentang keadaan kesihatannya selama tiga minit.
Memetik laporan Sinar Harian, menurut Mayo Clinic, kehilangan pendengaran dan kelumpuhan muka yang dikaitkan dengan sindrom Ramsay Hunt berlaku buat sementara namun ia boleh menjadi kekal.
Mata kanan Bieber tidak dapat berkelip dan bahagian kanan mukanya tidak bergerak semasa dia muncul dalam video tersebut.
“Hai semua Justin (Bieber) di sini, saya ingin memaklumkan anda tentang apa yang sedang berlaku. Jelas sekali seperti yang anda boleh lihat wajah saya.
“Saya mempunyai sindrom yang dipanggil sindrom Ramsay Hunt dan ia adalah daripada virus ini yang menyerang saraf di telinga dan saraf muka sehingga menyebabkan muka saya lumpuh,” katanya menerusi akaun Instagram. – Agensi
Sumber : Sinar Harian & IG @justinbieber
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Boleh dikatakan hampir semua antara kita pernah mengalami sakit kepala, walaupun sakit kepala ini tidaklah serius, namun jika dibiarkan berlarutan akan mengganggu aktiviti harian kita.
Dan tahukah anda, sebenarnya terdapat lebih 150 jenis sakit kepala yang berbeza karektor, punca dan rawatan sebagaimana yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia di facebook. Perkongsian info ini mendapat perhatian wargamaya hingga telah dikongsikan lebih 8.2 ribu kali.
Mungkin selama ini ada yang menganggap asal sakit kepala sahaja mesti disebabkan rasa pening atau pusing. Rupanya banyak jenis penyakit yang dikategorikan sebagai sakit kepala.
Nak tahu detail ini perkongsiannya.
Ada 4 jenis sakit kepala, dan ini adalah antara yang paling biasa berlaku.
SINUS
Sakit yang terasa di sekitar mata, tulang pipi, dahi dan batang hidung.
Sakit ini akan rasa lebih teruk bila baring mengereng, bergerak secara mengejut dan pergerakan. Berlaku akibat jangkitan dan perubahan tekanan udara dalam rongga sinus.
TENSION
Sakit yang terasa dihadapan kepala, terasa seperti kepala diikat dan dihimpit. Aktiviti fizikal tidak membuat sakit bertambah teruk, Berlaku akibat stress, kurang air dan otot tengang.
MIGRAIN
Terasa sakit berdenyut di sebelah kepala dengan tekanan di belakang mata. Biasanya akan rasa loya dan kabur mata. Tasa sakit menjadi lebih teruk dengan pergerakan dan aktiviti fizikal. Sensitif dengan cahaya terang dan bunyi bising.
CLUSTER
Sakit di sebelah muka, kepala dan mata. Apabila baring membuat sakit bertambah teruk. Berpunca dari hidung atau air mata tersumbat.
Bila anda perlu jumpa doktor untuk rawatan segera untuk masalah sakit kepala?
✔️ Sakit kepala secara mengejut dan sangat sakit
✔️ Kanak kanak sering mengadu sakit kepala
✔️ Sakit kepala dengan gangguan penglihatan, keliru, hilang keimbangan tubuh dan pertuturan.
✔️ Sakit kepala dengan rasa kebas dan lemah
✔️ Sakit kepala dengan deman, sawan atau pengsan
✔️ Sakit kepala dengan tengang di tengkuk dan ruam
Kemesraan pasangan warga emas yang menyambut ulang tahun perkahwinan ke-54 mencuri perhatian ramai apabila video romantis mereka tular di TikTok dan menjadi inspirasi kepada masyarakat.