Diabetes gestasi adalah masalah kencing manis yang dialami wanita ketika hamil. Jom ketahui makanan yang harus dielakkan oleh ibu dengan kencing manis semasa mengandung.
Terpaksa mengawal atau mengelakkan sesetengah makanan sememangnya tidak menyeronokkan. Apatah lagi jika ia makanan kegemaran anda seperti makanan segera.
Walau bagaimanapun, untuk kesihatan anda dan juga bayi, ibu terpaksa berkorban sedikit apabila disahkan menghidap kencing manis semasa mengandung.
Berikut adalah beberapa jenis makanan yang perlu dihindari:
Makanan berproses
Minuman beralkohol
Makanan pastri seperti mufin, donut atau kek
Makanan bergoreng
Minuman bergula seperti soda, jus dan minuman manis
Aiskrim
Makanan diproses
Makanan yang sangat berkanji seperti pasta putih, roti putih, nasi dan juga kentang
Bijirin manis, bar granola manis dan oat manis
Kawal jumlah hidangan berkanji
Makanan berkanji yang diambil akan berubah menjadi glukosa. Disebabkan itu penting untuk tidak mengambilnya secara berlebihan atau ia akan meningkatkan jumlah glukosa yang tersimpan.
Bukan tidak boleh memakan makanan berkanji, boleh. Namun, anda harus pastikan ia dalam jumlah yang berpatutan, seperti 1 cawan kanji bagi setiap hidangan atau 2 keping roti putih.
Ads
Secawan susu
Susu adalah minuman yang sihat dan sumber kalsium penting untuk badan. Namun, susu adalah jenis karbohidrat dalam bentuk cecair.
Oleh itu, pengambilan berlebihan atau terlalu banyak sekali gus oleh wanita yang menghidap kencing manis semasa mengandung boleh menyebabkan peningkatan gula dalam darah.
Hadkan pengambilan buah-buahan
Buah adalah makanan sihat tetapi ia tinggi kandungan gula semula jadi. Seorang ibu mengandung boleh memakan sehingga 3 hidangan buah setiap hari, tetapi disarankan untuk makan satu persatu dan bukan sekali gus. Elakkan daripada memakan buah yang diproses dalam tin.
Ads
Waktu bersarapan
Pada waktu pagi, kadar gula dalam darah sukar untuk dikawal disebabkan tahap naik turun normal kadar hormon.
Pun begitu, pengambilan bijirin halus, buah-buahan bahkan susu mungkin tidak boleh diterima dengan baik semasa sarapan pagi.
Jika kadar gula dalam darah meningkat terlalu banyak selepas bersarapan dengan makanan sebegitu, ia bermakna anda harus mengelakkan daripada mengambilnya pada waktu sarapan. Biasanya, sarapan pagi yang mengandungi kanji serta protein adalah gabungan terbaik.
Elakkan jus buah
Ads
Untuk menghasilkan segelas jus memerlukan beberapa biji buah. Umumnya, jus adalah sumber karbohidrat pekat.
Disebabkan ia dalam bentuk cecair, memakannya berisiko untuk menaikkan kadar gula dalam darah dengan cepat, sudah tentu tidak bagus untuk mereka dengan gestasi diabetes.
Jauhi gula tambahan
JANGAN menambah gula, madu atau pemanis ke dalam makanan atau minuman anda. Apabila sesuatu produk menyatakan ia “bebas gula”, sila semak kandungannya. Ini kerana produk sebegini selalu mengandungi sejumlah besar karbohidrat. Contohnya, makanan yang diproses dan makanan segera.
Ini antara penyakit yang kian menghantui masyarakat kita pada masa kini. Tekanan darah tinggi adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat.
Penyakit ini tidak mempunyai penyebab khusus tetapi faktor seperti sejarah ahli keluarga yang mempunyai penyakit darah tinggi, obesiti, tekanan (stress) dan diabetes antara yang dikaitkan kepada punca penyakit ini.
Yang penting kena jaga kesihatan sedari awal. Elakkan makanan dan gaya hidup yang boleh menjurus kepada penyakit ini.
Berikut perkongsian dari Dr Hamid Arshat berkenaan cara kawal penyakit darah tinggi yang beliau amalkan selama ini.
KAWAL DARAH TINGGI
Beberapa panduan untuk mengawal tekanan darah. Bila umor meningkat 50 tahun keatas, ramai yang mengidap penyakit darah tinggi.
Saya pun bila kepenatan dan stress, tekanan darah saya Naik 150/90 Mm Hg. Kadang2 saya makan ubat untuk kawal . Alhamdulillah biasa nya pressure saya 130/80 mm Hg.
Tekanan darah meningkat sebab saluran2 darah menjadi sempit akibat dari timbunan lemak pada dinding2 (atherosclerosis). Sering dikaitkan dengan cholesterol tinggi dan ini berlaku perlahan2 dengan chronic inflammation. Bila saluran darah sempit jantung perlu mengepam darah dengan kuat dan tekanan darah meningkat untuk menyampaikan bekalan oksijen dan makanan kepada tisyu2 dalam organ2 terpenting.
Risiko dalam jangka panjang ialah serangan jantung dan angin akhmar serta lain2 gejala Kesihatan. 1. Kawal berat badan. Kegemokkan merupakan salah satu penyebab darah tinggi. Kurangkan makanan2 bergula dan karbohaidret.
Kurangkan makanan2 bergoreng, bersantan, kueh2 manis, chocolate manis. Jauhkan air minuman soda.
Kurangkan makan daging merah – lembu dan kambing.
2. Lakukan exercise 30 minit setiap hari. Exercise neningkatkan aliran darah kepada tisyu2 dan organ. Disamping menurunkan cholesterol dan gula dalam darah. Exercise mencetuskan keluar endorphin dari otak menjadikan kita tenang dan ceria.
2. Kawal stress. Minda yang tenang dan emosi ceria dapat kawal tekanan darah. Banyak bersabar, tahan marah, jadi orang pemaaf. Cukup rehat dan tidur. Banyak berzikir, berselawat, tafakkur, lakukan deep breathing exercises, yoga. 3. Makanan2 yang mengandongi vit C, beta carotene, flavonoid, antioxidant bolih bantu kawal tekanan darah, dengan menyekat chronic inflammation dan bantu baik pulih sel2 dan tisyu2.
Sayur2hijau bayam, sawi, ULAM2 – ulam raja, sambung nyawa, mint.
Juz ulam raja, selain bertindak mengawal cholesterol dan gula dalam darah, ia juga anti kanser.
Buah2- mangga, tembikai, keledek merah, carrot, berries
4. Amalkan minum juice lemon, limau nipis, limau kasturi, grapefruit khususnya selepas makan daging.. Air limau bolih mencairkan lemak2 dan bertindak sebagai anti inflammatory.
Juga amalkan minum teh halia dan green tea, kedua2 mengandongi bahan antioxidant dan anti inflammatory.
5. Fish oil, Minyak kelapa dara, extra virgin olive olive oil. Ikan salmon dan mackerel mengandongi Omega3 dan DHA, yang anti inflammatory.
Teh hijau memang semua maklum akan khasiatnya namun jika ingin lebih meningkatkan ‘kuasa’ teh hijau tersebut, boleh praktis yang dicadangkan oleh saintis ini.
Apatah lagi jika anda sekeluarga pengamal minum teh hijau untuk penjagaan kesihatan. Pasti perkongsian ini bermanfaat.
Jom semak.
TEH HIJAU – Cara Nak Sediakan.
Kajian penyerapan teh hijau dalam tubuh manusia telah saya lakukan di University of Glasgow, UK dulu.
Teh hijau kaya bahan antioksidan dan antikanser yang kuat yang dikenali sebagai epigallocatechin gallate.
Bahan ini banyak diserap melalui usus besar manusia.Untuk tingkatkan kehadiran bahan ini dalam minuman, teh hijau perlu direndam dalam air panas dengan sedikit jus limau kasturi atau madu kelulut.
Ini kerana bahan berkhasiat akan terekstrak dengan lebih banyak dalam air yang sedikit masam.
Untuk tingkatkan lagi khasiatnya, teh hijau perlu dijadikan serbuk terlebih dahulu sebelum direndam dengan air panas. Ia dikenali sebagai teh Matcha.
Sebaiknya ambil sedikit fiber contohnya barli selepas minum teh hijau agar penyerapan pada tahap maksimum
Mungkin ada antara kita sering mengalami masalah tumit kaki terasa sakit bila bangun daripada tidur. Sewajarnya anda perlu ambil serius, segera dapatkan rawatan doktor!
Penyebab kepada rasa sakit ini adalah apabila berlaku radang pada bahagian plantar fascia mengikut bahasa perubatannya. Lazimnya plantar fascia kebanyakan dialami oleh mereka yang berusia antara 40-60 tahun. Pun begitu tidak mustahil bagi sesiapa pun terkena di usia di usia muda jika tidak menjaga kesihatan kaki dengan baik.
[su_highlight background=”#d2cdcf” color=”#da2835″] Cara Atasi[/su_highlight]
Ada beberapa cara atau kaedah untuk menyembuhkan rasa sakit tersebut. Salah satunya adalah dengan mengamalkan rawatan secara tradisional dengan menggunakan bawang bakar.
Amalan ini telah dipraktikkan oleh Siti Raudzah dan apa yang menarik perhatian, setelah tiga hari mengamalkan cara ini Siti Raudzah merasai perubahannya. Menurutnya, “Dah 3 hari saya amalkan makan 3 biji bawang putih bakar ni setiap pagi sebelum sarapan. Masalah sakit kaki bila bangun tidur yang saya hidapi dah ok sekarang. Kalau tak, sebelum ni nak pijak lantai bila bangun tidur memang sakit. Kena jalan slow-slow dulu baru ok. Tapi sekarang bangun je, terus boleh jalan laju.”
“Petua ni ada sorang kakak bagi tahu saya. Dah dekat 1 tahun dia amalkan. Badannya pun saya tengok cantik. Perut pun kempis je. Segala angin dalam badan dapat diatasi. Kebaikannya untuk seluruh badan.”
Pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM, guru kongsi kisah sedih. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.