Memanjakan dan membelai kucing kesayangan memang seronok dan menghiburkan.
Apatah lagi jika dapat bermain dengan anak kucing yang aktif. Gelagatnya berlari, melompat dan memanjat, memang menggembirakan hati kita. Senang cakap, kucing ini memang boleh buat ‘kawan’ lah. Bahkan bercakap dengan kucing pun satu perkara lumrah bagi pecinta haiwan berbulu yang comel ini.
Jadi tidak hairanlah, ramai antara keluarga memelihara kucing sebagai binatang peliharaan di rumah.
Pun begitu, tindakan kucing ini juga kadang-kadang di luar jangkaan. Siapa sangka kemalangan juga boleh berlaku akibat tindakan kucing. Umpamanya berkenaan kisah adik Amsyar yang viral dicakar kucing.
Semahunya, kita tidak ingin kejadian seperti itu terjadi di dalam rumah kita. Namun andai perkara ini terjadi juga, apa perlu kita buat?
Ragu-ragu tentang itu, jom kita baca perkongsian ilmu dari Dr Ahamd Luqman Bukhari ini.
Sedih la pulak bila terbaca kisah adik Amsyar yang viral baru-baru ni sebab kena terkam dengan kucing kat rumah sendiri.
Sampaikan mak dia beritahu kelopak mata adik Amsyar terbelah dan banyak kesan luka kat kepala, mulut dan dada akibat terkena cakaran waktu tu.
Ads
Mudah-mudahan adik Amsyar cepat lah sembuh ye.
Mana yang ada bela kucing kat rumah tu tolong tengokkan anak kita jugak masa dia duk bergurau dengan haiwan tu.
Memang la biasa kalau ada yang tercalar sikit-sikit terkena cakaran kucing walaupun jarang ada yang sampai tercedera teruk macam adik Amsyar.
Sentiasa Beringat
Cuma kena beringat jugak sebab kucing ni selalunya jadi pembawa sejenis bakteria yang namanya Bartonella Henselae. Kalau ikutkan kajian, hampir 40% kucing pernah dijangkiti bakteria Bartonella ni.
Bukan apa, anak kita tu imuniti tak berapa kuat lagi.
Ads
Jadi kalau nampak kat badan si kecil tu kesan terkena cakaran dan luka, janganlah biarkan kucing duk jilat luka tu sebab air liur kucing kalau dah tercemar dengan bakteria tadi, takut-takut nanti termasuk kat badan anak kita sampai buatkan dia terkena penyakit Cat Scratch Fever.
Nanti mulalah luka tu akan jadi makin sakit, kemerahan dan membengkak. Kadang tu siap bernanah lagi. Kalenjar kat keliling kawasan luka tu pun membengkak sama.
Ada jugak kes yang sampai demam menggigil-gigil. Selera makan hilang, badan rasa lemah dan sakit kepala.
Tapi paling menakutkan kalau berlaku jangkitan yang serius sebab jangkitan tu boleh merebak ke mata, otak dan jantung anak kita.
Sebab tu saya nak pesan:
Ads
Penting sangat kalau kat badan anak kita tu ada sebarang luka, tolong elakkan dari dijilat kucing.
Kalau terkena cakaran kucing pulak, pastikan cuci segera luka tu gunakan air dan sabun.
Sekiranya luka tadi tu nampak melarat, cepat-cepatlah bawa anak kita ke klinik atau hospital untuk dapatkan rawatan.
Saya tulis posting ni sebab nak kita semua berhati-hati je. Bukan nak suruh buang atau buat zalim pulak kat kucing peliharaan kita tu.
Ingat ye, Nabi ada ceritakan dalam satu hadis yang ada seorang perempuan ni dia kena azab dan dicampakkan masuk ke dalam neraka semata-mata disebabkan dia kurung seekor kucing sampai haiwan malang tu mati kelaparan.
Nanti tolong saya #kongsikan info penting ni kat mak ayah yang lain jugak. Memang seronok bergurau dengan kucing ni tapi kita jugak kena tahu nak buat apa kalau anak kita terkena cakaran kucing ni.
Bukan mudah nak menghadam hakikat orang kita sayangi sudah pergi buat selama-lamanya. Apatah lagi kepergian tersebut dalam keaddan mengejut. Sukar diungkapkan dengan kata-kata andai berada di tempat lelaki ini.
Baru-baru ini, tular satu perkongsian di Twitter milik seorang pengguna yang dikenali sebagai Nabilfikri10. Dia yang berkongsi screenshot satu komen mengenai lelaki yang bercerita serba sedikit perjalanan kisah hidupnya.
Tanam isteri dan anak satu liang lahad
Perkongsian yang dibuat oleh Nabilfikri10 itu telah mendapat perhatian daripada netizen yang berasa sedih membaca komen Mrpapa Apiq Piqa di Facebook berkaitan cara-cara membasuh uri.
Menurut pemilik akaun Facebook Mrpapa Apiq Piqa atau nama sebenarnya Faizul Susanto itu, dia telah menceritakan hal sebenar sehingga mengundang sebak di hati netizen itu.
Jelas Faizul, isteri tercinta telah pergi menghadap Ilahi pada setahun yang lepas selepas mengalami komplikasi darah tinggi hingga anak dalam kandungan yang berusia 7 bulan turut gagal diselamatkan.
Mama datang peluk abang
Dulu hilang arah kini sudah pulih
Semoga awak tenang di sana
Pokok bentuk love atas pusara
Kisah meruntun hati Faizul itu telah menarik perhatian warganet apabila menyertakan gambar pusara isteri dan anaknya yang disemadikan dalam satu liang mempunyai satu pokok berbentuk ‘hati’ diatasnya.
Kuat demi anak-anak
Pemergian isteri tercinta dan anak ketiganya sangat memberi tamparan buat dirinya namun dia akui bahawa perlu kuat kerana dua orang anaknya masih memerlukan dirinya.
Kongsi keadaan Isteri melawan sakit
Faizul juga telah berkongsi kisah bagaimana keadaan isterinya yang sedang melawan sakit dihospital beberapa hari sebelum pergi meninggalkan suami dan anak-anak yang lain.
Semoga perkongsian yang dibuat oleh Faizul Susanto itu mendapat menunjukkan betapa besarnya pengorbanan isteri dalam mengandung dan melahirkan zuriat. Semoga keluarga ini tabah dengan dugaan tersebut. Al-fatihah buat arwah Izzati Danial.
Bila sebut sahaja ibu mentua, ramai daripada kita yang memberikan pesepsi yang kurang senang. Walaupun hanya sekadar ibu mentua, mereka juga sebenarnya inginkan hak yang sama dengan ibu kandung. Usahlah dibezakan kerana kedua-dua mereka juga sebenarnya adalah ibu kita.
Berdasarkan hasil kajian yang dilakukan oleh University of Wisconsin-Stevens (USWP), Amerika Syarikat membuktikan bahawa memang benar kebanyakan hubungan antara ibu mentua dan menantu wanita seringkali tidak aman dan harmoni. Banyak konflik yang diutarakan antara hubungan dua hala ini, iaitu ibu mentua dengan menantu wanita.
Dalam masyarakat kita, konflik melibatkan ibu mentua juga sering kali diajukan oleh pelbagai pihak. Namun benarkah semua ibu mentua dan hubungan yang terjalin ini tidak begitu serasi. Atau kita hanya terikut-ikut dengan pandangan orang lain, sehinggakan keadaan kita jadi lebih buruk.
Menyelami perasaan ibu mentua, itu adalah tip terbaik bagi kita dalam membentuk hubungan yang lebih harmoni. Cubalah mendekati dan mengenali dengan lebih peribadi siapa ibu mentua kita. Mungkin dengan cara ini buat hubungan kita jadi lebih hebat. Malah lebih rapat daripada anaknya sendiri. Tak mustahil kan?
Lima perkara yang diinginkan ibu mertua yang perlu anda ketahui. Jadi ia sebagai tip untuk lebih mengenali ibu mentua kita.
1.Keutamaan
Semua ibu ingin diutamakan dalam apa jua perkara. Begitu juga ibu mertua kita. Hubungilah dia saban hari dan berkongsi apa sahaja jika selagi mampu. Berdiskusi dan bertanya pendapat pasti membuatkan ibu gembira.
2. Kongsi Kasih
Ibu mertua adalah seorang ibu yang telah memberikan segenap jiwa dan raganya untuk anak lelaki tersayangnya. Beliau menginginkan janji bahawa kita tidak akan merebut tempatnya di hati anaknya. Jadi berbahagilah kasih sayang dengannya sekali sekala. Beri dia waktu untuk bersama anaknya. Mungkin sekali sekala biarkan suami kita keluar berdua dengan ibunya.
3. Waktu Bersama
Sama seperti ibu, ibu mertua anda juga perlukan perhatian. Sebolehnya dia mahu menghabiskan waktu untuk lebih mengenali wanita yang hidup bersama anak lelakinya. Perkongsian bersama itu pastinya buat anda lebih saling mengenali.
4. Cara Didikan
Boleh dikatakan ibu mertua mahu anda mendidik cucunya sama seperti dia mendidik anak-anaknya. Jika tidak dapat mengikuti kesemuanya, ambil sahaja beberapa perkara positif yang dapat dikongsikan dalam membesarkan anak. Tentunya didikan yang baik menjadi panduan malah ibu mertua juga pasti amat menyenanginya. Pasti hubungan jadi lebih harmoni.
5. Sentiasa Dekat
Walaupun berada jauh daripada depan matanya, seorang ibu tentu inginkan anaknya sentiasa dekat dengannya. Jadi sebagai menantu, kitalah yang harus bijak mendekatkan jarak ini. Telefon selalu dan ajak suami kerap pulang ke kampung adalah langkah paling bijak.
6. Jangan Jarakkan Hubungan
Setelah anak berkahwin, ibu mentua sentiasa inginkan perkembangan mengenai anaknya. Bagaimana menantunya menjaga anak lelakinya dengan baik ataupun tidak. Semua ini sentiasa berlegar di hati seorang ibu. Bimbang anak lelakinya dikuasai isteri sepenuhnya.
Jadi belajarnya untuk mendekatkan diri dengan ibu mentua kita. Paling penting jangan sesekali menjarakkan hubungan dengan anaknya. Minta suami sentiasa menelefon ibunya adalah langkah tepat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menggunakan halia dalam bahan masakan adalah perkara biasa kita lakukan. Jika tidak dihiris halus, halia akan dikisar lumat untuk dijadikan pelengkap ramuan masakan kari, rendang dan sebagainya.
Malah ada juga halia diproses menjadi serbuk untuk memudahkan kita menyediakan air minuman berherba.
Namun tahukah anda, perbezaan cara pengambilan halia ini sebenarnya juga mempengaruhi kandungan khasiatnya. Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian dari Dr Suri Roowi ini.
KHASIAT HALIA BERBEZA-BEZA MENGIKUT JENIS DAN CARA PENYEDIAANNYA
Kajian saintifik menunjukkan HALIA SEGAR boleh kurangkan demam. Ia disebabkan oleh kehadiran bahan zingiberene yang boleh menghalang jangkitan virus selain bersifat antibakteria dan antitumor. Kajian oleh Amerika Pain Society pada tahun 2010 menunjukkan halia boleh mengurangkan sakit otot akibat ‘exercise’ yang berlebihan.
Selain itu, HALIA SEGAR membantu masalah rheumatoid athritis, menurunkan tekanan darah tinggi dan mengatasi masalah ‘gastric’.
Jika HALIA segar di MASAK, bahan berkhasiat dalam halia segar (yang dikenali sebagai gingerol) akan membentuk bahan berkhasiat lain yang dikenali sebagai zingeron. Zingeron boleh bantu kawal berat badan.
Kandungan gingerol paling tinggi dalam HALIA BARA diikuti HALIA BENTONG dan HALIA MAKAN. Kajian oleh Saintis UPM mendapati halia bentong dan halia bara yang di simpan dalam ‘chliller’ pada suhu 5C masih menunjukkan kuantiti khasiat yang tinggi walaupun telah disimpan selama 4-8 bulan
Apabila dikeringkan dan dikisar jadi HALIA SERBUK, bahan gingerol akan bertukar kepada shogaol.
Shogaol adalah 2 kali lebih pedas berbanding gingerol (bahan dalam halia segar).
Bahan shogaol boleh bertindak sebagai antioksidan dan boleh bertindak sebagai ubat batuk.
Shogaol juga boleh membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan merencatkan pertumbuhan kanser ovari dan kanser usus besar.
Kajian oleh Saintis India, HALIA SERBUK juga membantu penyerapan zat besi dan bagus untuk masalah anemia
Ambillah halia ikut teknik penyediaan yang betul
Rujukan
a. Ubat Dari Dapur b. The Journal of Pain, Vol 11, No 9 (September), 2010: pp 894-903
c. International Food Research Journal 17: 335-347 (2010)
d. Indian Journal of Traditional Knowledge (2012) 11:78-82
Penoreh getah ambil upah jadi tukang cuci, rezeki musim banjir. Seorang penoreh getah di Besut, Terengganu menjadikan perkhidmatan mencuci rumah mangsa banjir sebagai sumber pendapatan sampingan.