Setiap ibu bapa bimbang apabila anak yang memasuki darjah 1, masih tidak boleh membaca. Namun untuk atasinya perlu ada tindakan segera pada usia empat tahun. Bukan hanya meneroka persekitaran sahaja pada usia ini.
Menurut Ahli Terapi Pertuturan Bahasa, Ruby Izyan Atika Abu Bakar,realitinya, darjah 1 mesti dah boleh baca. Paling koman, boleh baca CVCV (saya suka baca buku). Tak percaya? Sila tengok buku darjah 1 murid 2017.
Tak kisahlah apa pun kaedah di Jepun, di Finland atau di Australia. Hakikatnya di Malaysia, buku teks dan buku kerja murid memang begitu. KBAT pun dah ada untuk darjah 1.
Pada saat pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia (6 tahun ke bawah), nampaknya semakin ke arah naturalistik, tetapi tahap pendidikan aliran sekolah kebangsaan masih di peringkat exam oriented.
Maka tidak hairanlah apabila banyak tadika yang begitu menekankan aspek pengukukan membaca, menulis, mengira (3M). Bukan yang asas, tetapi pengukuhan.
BAGAIMANA MURID YANG BARU MENGENAL HURUF BERBANDING MURID YANG SUDAH LANCAR MEMBACA APABILA MELANGKAH KE DARJAH 1?
Sudah tentu mana-mana ibubapa tidak mahu anaknya tercungap-cungap di darjah 1, sedangkan murid lain majoritinya sudah lancar.
Siapalah kita untuk mengubah dasar negara, apatah lagi sistem pendidikan negara. Maka sebagai ibu, kita hanya boleh mengajar anak kita untuk redah saja sistem ini. Tidak kiralah aliran kerajaan atau swasta, sama saja.
Maka….persoalan seterusnya….adakah mengajar anak membaca pada usia muda, mengganggu psikologi kanak-kanak? Saya ada baca artikel yg viral baru-baru ini tentang isu psikologi ini.
Sehingga dikatakan murid yg membaca lebih awal ni, tidak meneroka…
Ini terpulang kepada kaedah yang anda guna untuk mengajar anak. Jika anda ajar sambil merotan, mencubit, suara meninggi saja….memanglah kaedah ini menekan psikologi kanak-kanak.
Ads
Tetapi jika anda guna kaedah bermain sambil belajar, maka tiada masalah. Tetapi, adakah semua ibubapa tahu kaedah bermain sambil belajar? Adakah ibubapa tahu menahan sabar untuk mengajar anak membaca sambil dia terjoget sana sini?
Maka, jika anda seorang yang baran, jangan cuba-cuba untuk ajar anak membaca. Buruk padahnya.
Secara umumnya, perkembangan bahasa pertuturan kanak-kanak berkembang pesat pada usia 0-4 tahun. Perkembangan ini merangkumi daya kognitif berikut:
– tumpuan, ingatan, kefahaman, kod bunyi bahasa, makna, penghasilan, memori, ingatan pendengaran, padanan dan sebagainya.
Ini juga adalah asas untuk kanak-kanak belajar membaca. Sama saja kemahiran kognitifnya, cuma ditambah sedikit lagi iaitu:
– persepsi visual dan eye tracking.
Dengan itu kanak-kanak boleh mengkod huruf yang dilihatnya.
Ads
Ramai ibubapa moden yang mengajar anak mengenal huruf sejak bayi. Bayi tu baru pandai duduk, si ibu tunjuk flash cards huruf-huruf.
Saya tidak kata ianya salah. Anda boleh buat jika itu pilihan anda.
Tapi saya tidak memilih jalan itu. Saya tidak pilih short-cut. Sebab psikologi kanak-kanak perlukan masa untuk berkembang. Jadi saya ikut jalan jauh.
Ibaratnya, saya menyiram benih, membajanya dan saya nak pastikan akarnya benar-benar kukuh mencengkam jauh ke dalam tanah.
Maka pada usia bawah 4 tahun (0- 3tahun 11 bulan), saya tidak memperkenalkan asas 3M kepada anak saya. Jika ada, saya hanya menyanyi atau cakap secara tidak langsung. Tiada buku ABC. Tiada flash cards. Tiada huruf magnet. Tiada puzzle huruf.
Apabila genap hari lahirnya 4 tahun, barulah saya keluarkan segala bahan mengajar ABC, 123. Pada masa itu, psikologinya telah bersedia. Kita ajar, dia serap macam span. Malah pada 1 sesi pengajaran, tak sampai 10 minit pun.
Berbalik pada topik asal, saya juga mula mengajar anak membaca pada usia 4 tahun. Saya tidaklah begitu berani untuk mula ajar pada usia 7 tahun. Ya…saya takut. Kerana saya sedar bahawa saya di Malaysia. Saya sedar sistem pendidikan di Malaysia.
Ads
Saya tak sanggup memikirkan jika anak tiada asas membaca pada usia 7 tahun….
Saya faham bahawa guru tadika dan pengusaha tadika cuba melakukan yang terbaik demi murid-murid. Saya harap guru-guru tadika juga lebih fleksibel dengan kaedah pengajaran yang digunakan. Janganlah sehingga menekan psikologi kanak-kanak.
KENAPA SAYA PILIH 4 TAHUN? BUKAN 3 TAHUN? BUKAN 5 TAHUN?
Sebab pada usia 4 tahun, kemahiran urus diri telah kukuh. Boleh ke tandas, mandi sendiri, pakai baju sendiri, makan sendiri. Maka dia lebih bersedia untuk aktiviti motor halus (pegang pensel untuk menulis).
Pada usia 4 tahun, anak sudah boleh duduk di meja kerusi dengan lebih bersedia untuk belajar.
Namun, tidak semestinya pada usia 5 tahun, anak sudah lancar membaca. Kita bukannya lumba lari, siapa sampai dulu dia menang. Kita ajar secara santai, kaedah bermain dan konsisten.
YANG PENTING PADA USIA 7 TAHUN, MASUK DARJAH 1, ANAK BERSEDIA UNTUK BACA BUKU TEKS SEKOLAH TU. BUKU-BUKU SASBADI YANG DIBERIKAN PIHAK SEKOLAH TU.
Siapa saya untuk bercakap pasal ni?
Saya Pn Ruby, ahli terapis pertuturan bahasa. Sebagai seorang yang ada latar belakang linguistik, psikologi, perkembangan bahasa dan neuropsycholinguistik, saya rasa saya juga boleh bersuara dalam isu ini.
Sumber: rubyatika.wordpress.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika ingin diimbau zaman persekolahan dulu, diakui cukup padat jadual harian. Seawal pagi bangun untuk ke sekolah kebangsaan dan sehingalah petang barulah pulang ke rumah. Pelbagai aktiviti dilakukan saban hari, itu juga membuatkan kita berasa letih hingga boleh tertidur.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Bercerita tentang tidur, ada satu waktu yang orang tua-tua dahulu cukup pantang untuk tidur. Lain tidak bukan adalah pada waktu senja. Dikatakan apabila seseorang yang tidur pada lewat petang bila terjaga boleh membuatkan dia di dalam kebingungan. Tidak dapat bezakan sama ada terjaga pada waktu subuh ataupun senja!
Begitulah situasi yang tular baru-baru ini terjadi kepada seorang anak perempuan ini apabila dia terlihat kelam kabut bersiap nak pergi ke sekolah sedangkan ketika itu senja dan hal ini telah mengundang tawa warganet.
Menerusi video yang dimuat naik oleh ibunya di laman TikTok @fauzalinafauzi, kelihatan anaknya itu sudah siap memakai baju sekolah dan meminta ibunya segera menghantarnya ke sekolah kerana sudah lambat.
Apa yang melucukan adalah rupa-rupanya dia tertidur sampai senja sehingga membuatkan dia fikir itu waktu pagi dan sudah terlambat ke sekolah.
Walaupun ibunya sudah berulang kali menegaskan bahawa itu waktu Maghrib, dia tetap merayu si ibu untuk menghantarnya ke sekolah. Perkara tersebut membuatkan ibunya gelihati dan mengekek gelak.
“Adik, kau nak pergi sekolah apa? Sekolah kau malam ke? Sebab tu orang tua-tua kata jangan tidur petang,” kata ibunya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut terhibur melihat anak perempuan tersebut yang kelam kabut bersiap untuk ke sekolah kerana menyangka dirinya sudah lewat.
Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang akui mengalami pengalaman yang sama bila tidur lewat petang.
“Stress adik tu, bagi jelah dia pergi sekolah. Hahaha ni takpa lagi, member aku siap kayuh basikal sampai pak guard dah” – Netizen
“Aku pernah wehh masa tu time periksa.. kelam kabut aku dah siap-siap pakai kasut, nenek aku siap gelak lah.. rupanya senja weii..”-Netizen
“Tak payah anak.. mak aku pun pernah macam ni.. katanya dah Iambat prgi kerja..”Komen yang lain.
Momen paling indah dalam hidup seorang wanita adalah apabila diri disahkan mengandung dan bakal melahirkan zuriat dari rahim sendiri. Lengkap sudah fitrah hidup bagi seorang wanita apabila lahirnya si kecil tanda kasih dan sayang, sekali gus melengkapkan syurga kecil suami isteri.
Dalam menantikan si kecil ini, pasti isteri paling berdebar menantikan saat-saat untuk melahirkan. Pelbagai persediaan dilakukan. Namun, bukan hanya isteri, sang suami juga kena sama-sama memberi semangat dan berada di sisi suami kerana waktu inilah isteri amat memerlukan anda.
Sementara menantikan isteri melahirkan zuriat anda, suami mestilah mengamalkan bacaan doa untuk isteri yang sedang bertarung nyawa di wad bersalin. Ini sedeikit sebanyak dapat mengurangkan kesakitan. Saudara Haris Darus berkongsi beberapa surah yang boleh para suami amalkan untuk memudahkan isteri bersalin.
10 April adalah ulangtahun kelahiran isteri saya. Tadi, pada tarikh yang sama, isteri saya dibawa masuk ke karma bersalin. Saya menunggu di luar. Tidak dibenarkan menemani isteri bersalin sebab nak elakkan wabak-19.
Siap saja melahirkan anak, dia beritahu saya, proses bersalin tadi senang dan sekejap saja. Lebih kurang 10 minit saja. Alhamdulillah.
Saya senyum baca text whatsapp-nya. Dia tak tahu yang suaminya ini membacakan sesuatu untuknya di luar karma bersalin.
Amalan ini dikongsikan oleh seorang ilmuwan islam, Maulana Hamid. Ini amalannya semasa dijangkiti virus Covid-19.
Alhamdulillah, berkat amalan ini, proses kelahiran bayi perempuan kami tadi berjalan dengan baik. Senang dan sekejap saja. Saya baca surah Yaasin dan diikuti dengan bacaa ini:
1. Selawat 3 kali.
2. Baca surah Al Fatihah 3 kali.
3. Baca surah Al-Ikhlas 3 kali.
4. Baca “Hasbunallahu Wani’ Mal Wakil 313 kali.
5. Penutup dengan selawat 3 kali.
Dan maafkan isteri.
Kita ada Dia. Dia sebaik-baik penolong. Kita doa pada-Nya. Tak kira yang kecil atau besar ujian itu , semuanya dari Dia.
Alhamdulillah. Kami dikurniakan satu lagi amanah dari-Nya. Anak perempuan seberat 2.8kg. Mudah-mudahan tanggungjawab ini dipikul sebaiknya.
Haris Darus
Tahun depan Papa jimat duit beli kek besday. Beli satu saja dan sambut besday mama dan kamu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Musim perayaan begini memang saat paling dinantikan. Waktu inilah dapat bertemu dan berkumpul. seronok dapat berkumpul ramai-ramai sambil berborak dan makan-makan. Yang dah lama tak jumpa waktu inilah nak eratkan kembali hubungan kan. Tak kisahlah saudara mahupun teman.
Dalam keseronokan beraya, bagi ibu bapa yang membawa anak harus mengawal tingkah laku mereka di rumah orang. Jangan terlalu leka berborak sehingga terlupa anak-anak sudah ‘terlebih perangai’. Lebih memburukkan keadaan bila anak memecahkan barangan di dalam rumah.
Jangan nak salahkan tuan rumah jika perkara ini berlaku kerana sebagai ibu bapa patut disiplin dan mendidik anak supaya ‘behave’ di rumah orang.
Gambar hiasan
Situasi ini dikongsikan oleh seorang bapa yang mempunyai anak Autisme. Mengakui anaknya sangat hyper dan tak reti duduk diam, namun Bapa bernama Fais ini mengakui cukup garang dan akan menegur bila anak buat silap.
Biarpun cara yang dipraktikkan kurang dipersetujui isteri dan keluarga, namun itu adalah demi kebaikan anaknya sendiri.
Melentur buluh biar dari rebungnya, itu pendekatan yang Fais ambil. Dia juga tidak memihak pada anaknya, sebaliknya setiap ibu bapa ada cara didikan masing-masing.
Biarpun terpaksa menegur berulang kali, namun menurut Fais cara begini membuatkan anak-anak tahu apa yang mereka lakukan itu adalah salah.
Segalanya bermula daripada rumah. Justeru, nak mendidik anak supaya berkelakuan baik di rumah orang haruslah bermula dari ibu bapa itu sendiri.
Segalanya bermula dari ibu bapa sendiri. Bak kata pepatah anak itu ibarat kain putih, yang mencorakkannya adalah ibu bapa. Jadi hati-hati dalam melakar corak supaya tidak kotor dan terlihat cantik dan bersih.