Bila Anak Demam & Ada Pula Eczema, Dr. Ini Pesan Mesti Hindari 5 Jenis Makanan!

Share

“Makin runsing dibuatnya, bila lihat anak asyik merengek siang malam sebab ada eczema. Tergaru-garu badan yang terasa gatal, hingga ada yang terluka dibuatnya. Sudahlah begitu, tiba-tiba demam pula akibat cuaca yang tidak menentu masa ini.  Sebagai ibu, melihat keadaan anak sedemikian tentu sayu hati dibuatnya.”

Selain ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor dalam membantu merawat penyakit yang dihidapi, seharusnya ibu-ibu juga perlu ambil berat tentang apa yang dimakan oleh anak-anak ketika itu. Memandangkan setiap apa yang dimakan, akan menyumbang kepada kesihatan diri seseorang. Oleh sebab itu, kita perlulah lebih berhati-hati dalam memilih yang terbaik untuk keluarga kita!

Ini sebagaimana yang dikongsi oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad di dalam facebooknya untuk info bersama.


 

“Apabila anak-anak kita demam dan selsema, tolong elakkan 5 makanan yang tak bermanfaat ini. Apatah lagi jika anak-anak ini ada masalah eczema.”

 

  1. Sport drinks dan minuman bergas.

 

2. Ais Krim

 

3. Roti putih

 

4. Gula gula

 

5. Semua jenis jajan

 

Mengikut American Journal of Clinical Nutrition kesemua ini sebabkan keradangan dan lemahkan sistem imun.

Sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad

 

 

 

IKLAN