Sebagai ibu bapa, kita mahukan yang terbaik untuk setiap anak-anak terutamanya kesihatan mereka.
Namun bila anak mula demam dan tidak kembali kebah selama tiga hari, segera berjumpa doktor.
Ikuti nasihat Dr Ezairy M.Sallih, Doktor Otorinolaringologi (ENT) moga menjadi panduan bersama supaya ibu bapa memantau kesihatan anak-anak.
“Doktor, anak saya sudah tiga hari demam, sakit tekak dan hari ini tak boleh makan, bahaya tak doktor?”
“Ibu saya dah dua bulan ada ketulan kat leher dia, tekan tak sakit, kena buang tak, doktor?”
Soalan-soalan seperti ini bukanlah jarang untuk saya temui. Setiap hari saya terima puluhan mesej di sini dan di emel berkenaan soalan-soalan seumpama ini. Saya akan jawab secara ‘general’ segala masalah yang dialami.
Perlu diingatkan, semua diagnosis secara tepat perlu kepada beberapa langkah yang mesti dilakukan. Kemudian, diagnosis tepat kepada pesakit dapat dikenalpasti.
Ads
Doktor perlu menjalankan langkah seperti berikut
1. History taking
Sejarah lampau pesakit perlu diketahui. Apa pesakit ada? Kencing manis, darah tinggi, serangan strok beberapa tahun lepas dan lain-lain. Ini semua penting supaya dokor dapat melakukan rawatan yang tepat dan wajar kepada pesakit.
Gejala dan simptom terkini pesakit juga perlu diketahui secara terperinci. Ini perlu supaya kami mampu mendapatkan diagnosis tepat kepada pesakit.
2. General examination
Ads
Doktor perlu melakukan pemeriksaan menyeluruh kepada pesakit. Ini termasuk keadaan keseluruhan pesakit seperti bagaimana pesakit mampu berjalan, menggunakan kerusi roda, cara pesakit bernafas, dan banyak lagi. Tanpa melihat sendiri keadaan pesakit, doktor tidak mampu melakukan kesemua ini.
3. Local examination
Apabila pesakit mengadu mengenai masalah telinga, tekak atau hidung contohnya. Doktor akan memeriksa lebih terperinci bahagian ini. ‘Local examination’ perlu dilakukan selepas doktor melakukan ‘general examination’ kepada pesakit. Pemeriksaan pada tekak contohnya, doktor perlu melihat warna tekak, apa-apa pembengkakan pada kawasan tekak, sekitar gigi, bagaimana pula struktur sekitar tonsil dan banyak lagi.
Doktor juga perlu melakukan ‘palpation’ untuk mengenalpasti lebih terperinci ciri-ciri sesuatu penyakit. Pembengkakan pada leher contohnya boleh disebabkan oleh jangkitan kuman, kebarangkalian kanser, ketumbuhan benign dan berbagai-bagai lagi. Kesemua ini memerlukan pemeriksaan secara dekat oleh doktor.
Ads
4. Keputusan ujian darah dan lain-lain
Selepas memeriksa keadaan fizikal pesakit, seterusnya doktor akan mendapat idea tentang penyakit yang dialami oleh pesakit. Dari sini, kami akan melakukan beberapa ujian yang perlu. Ini seperti ujian darah, x-ray, skan dan lain-lain jika perlu. Namun, ada sesetengah kes hanya memerlukan diagnosis secara klinikal terhadap pesakit.
Oleh itu, jika anda ada sebarang masalah, jangan ragu-ragu mendapatkan pemeriksaan doktor. Tidak semua persoalan saya mampu jawab secara terperinci. Menjadi kesalahan bagi mana-mana petugas kesihatan melakukan konsultasi dan memberi diagnosis di media sosial tanpa melakukan pemeriksaan.
*Gambar menunjukkan beberapa jenis pembengkakan pada leher. Ia memerlukan pemeriksaan oleh doktor di klinik atau hospital.
Moga tulisan saya ini bermanfaat. Sebarkan info ini semoga lebih ramai mereka yang kita sayang dapat berjumpa doktor selepas ini.
Sumber:Dr Ezairy M.Sallih
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Saat melahirkan anak, pasti sang ibu perlu melalui proses berpantang. Ada yang mengikut cara tradisional tak kurang yang memilih cara moden.
Walau apa jua pilihan yang penting itu adalah untuk kesihatan diri dan juga bayi. Terutama bagi bayi yang menyusu badan.
Bagi sesetengah ibu Kini memilih cara yang lebih moden sehinggakan hampir tidak mengikut kaedah pantang seperti dahulu. Sehingga kan perkara ini sering menimbulkan perdebatan antara netizen Di media Sosial.
Sementelah ada selebrti yang memuat naik kaedah berpantang. Terbaru, isteri kepada Ryzal Ibrahim iaitu Maryam . Selebriti media Sosial ini turut menerima tempias teguran netizen baru-baru ini sehinggakan Ryzal berkongsi mengenai isu tersebut.
Maryam atau nama sebenarnya You Narae, iaitu wanita warga Korea. Isteri saya bukan Melayu, bukan Cina, bukan India dan budaya negara lain tidak diwajibkan untuk dia ikuti. Isteri saya peluk Islam atau erti kata lain tukar agama bukan tukar budaya. Jadi, janganlah paksa orang menerima budaya bukan miliknya.
“Setakat ini, Maryam menjalani pantang cara tradisional dengan bertungku, mengurut, mandi herba dan makan makanan pantang dalam pantauan saya dan Confinement Lady dari @natalismothercare yang datang rumah kami. Itu sudah memadai bagi saya dia sanggup ikut walau bukan budaya dia,” tegas Ryzal lagi menerusi kapsyennya.
Pasangan yang cukup dikenali dengan nama @duriankimchi itu menerima beberapa komen yang mempersoalkan cara Maryam berpantang.
Jelas Ryzal, walaupun isterinya kini sudah bergelar muslimah, namun dia berharap supaya budaya isterinya itu dihormati.
“Kalau budaya pantang Melayu itu wajib untuk semua kaum, adakah orang Islam di Korea, Jepun, Eropah akan kena ikut juga? Maryam masuk Islam, bukan masuk kaum.
“Budaya dan warisan keluarga di Korea masih miliknya walaupun dia seorang Muslimah atau saudara baru. Saya minta Hajjah, Makcik, Akak serta semua disini supaya berikan ruang kepada Maryam dan hormat budaya miliknya,” Katanya lagi.
Tentunya ramai antara kita gemar menikmati hidangan yang bercitarasa pedas hingga ada merasakan tidak berselera jika hidangan yang terhidang tidak pedas rasanya. Pun begitu perlu dingat, makanan yang terlampau pedas jika terlalu kerap dimakan, boleh memberikan kesan tidak baik pada kesihatan, terutamanya pada sistem penghadaman seseorang.
Perkongsian daripada seorang anak gadis ini di aplikasi TikTok umpamanya boleh dijadikan pengajaran untuk semua terutamanya kepada mereka yang ‘gila pedas’.
@mrshya telah berkongsi video yang menunjukkan segala makanan segera yang bercitarasa pedas termasuklah spicy ramen yang sering dimakan olehnya. Sesiapa melihat warna merah makanan tersebut pastinya sudah dapat membayangkan tahap kepedasan melampau yang dimakan.
“I buat konten cmni utk pengajaran supaya x mkn pedas sllu.i kena kanser atau cyst sbb i ada drah rendah n gastrik,” tulisnya di ruangan komen bagi menjawab pertanyaan daripada followernya.
Menurut pemilik akaun TikTok dengan nama @mrshya bahawa ibunya sering melarang untuknya makan makan pedas. Namun tidak diendahkan hinggalah suatu ketika dia mengalami pedih perut yang pada awalnya disangka perkara biasa sahaja.
Namun setelah mendapatkan rawatan doktor, siapa sangka kini dia disahkan mengalami barah ovari.
Sejak perkongsian tersebut, video ini mendapat tontonan 290K dan ramai juga yang meninggalkan komen dan berkongsi pengalaman kesan daripada makan makanan terlalu pedas.
Antaranya komen daripada @Syaza Nutritionist:sorry tp bukan soal pedas tp lebih kepada fast food/process food dan makanan yg tingkatkan keradangan. Moga cepat sembuh lebihkn mknn antioxidant ya
Manakala komen @biar_la_rahsia:derita weh sape yg suka mkn pedas tu bila nampak video ni masalahnye sedap tau mkn pedas ni org yg suka mkn pedas je faham
Turut mendoakan @ummu tadj:Bkn sebab pedas semata-mata but more to unhealthy food habit. Get well soon sis. Youre a fighter!
Orang kita memang terkenal dengan pelbagai petua dan hingga kini masih kekal diamalkan bagi pelbagai tujuan. Salah satunya adalah bagi tujuan penjagaan rahim. Istimewanya tentang petua nan satu ini, tidaklah perlu diamalkan setiap hari. Memadai diambil sekali sebulan, atau dengan lebih tepat lagi sekali selepas habisnya haid.
Nak tahu apakah bahan penyediaan herba tersebut, yang dikatakan berfungsi untuk ‘mencuci’ rahim agar lebih bersih dan sihat selepas tempoh period. Jom semak!
Bahan-bahan:
Halia sebesar ibu jari
Kunyit sebesar ibu jari
2 batang serai
2 helai daun pandan-disimpul
3 cawan air
2 helai daun sirih
1 biji manjakani
Sedikit gula batu atau madu
Cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
2. Rebus sehingga menjadi satu cawan air.
3. Sedia untuk diminum ketika suam.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di