Kesihatan Keluarga Yang Baik Bermula Dari Jantung Yang Berfungsi Dengan Sihat
Siapa sahaja yang tidak sayangkan keluarga? Bahkan ramai yang mengaku keluarga merupakan harta yang paling berharga di dunia ini, tiada galang gantinya. Jadi, sudah menjadi kewajipan untuk setiap orang mengambil berat tentang kesihatan diri dan keluarga bagi menjamin kehidupan yang lebih bahagia dan sihat sentiasa.
Sedar ataupun tidak, ada antara kita yang mengabaikan perkara-perkara yang menjejaskan kesihatan seperti penyakit darah tinggi yang boleh menyebabkan serangan jantung atau strok juga. Umum mengetahui penyakit jantung ini kekal menjadi penyebab utama kematian di negara kita. Ini kerana ia boleh ‘menyerang’ sesiapa sahaja tanpa mengira waktu, tua ataupun muda.
Jantung merupakan otot yang paling penting dalam tubuh badan dan ia merupakan salah satu kunci kepada kesihatan kita sekeluarga.
Tanpa jantung, darah tidak akan sampai ke otak. Tanpa jantung, bahan buangan sel-sel tidak boleh dipam kepada buah pinggang untuk dikeluarkan daripada badan kita. Bahkan tanpa fungsi jantung yang sentiasa mengepam, oksigen tidak dapat dihantar kepada organ lain termasuk paru-paru.
Jelas sekali, betapa pentingnya jantung kekal sihat untuk memastikan tubuh badan kita boleh berfungsi dengan baik.
2023 Utamakan Kesihatan Jantung Keluarga
Seiring dengan pertambahan usia di tahun 2023 ini, mungkin ada yang sedar dari awal dan telah menetapkan matlamat dan berazam untuk pastikan keluarga menjalani hidup yang lebih selesa berbanding tahun 2022.
Namun jangan lupa, semua itu mana mungkin dapat dinikmati andai kesihatan keluarga anda tidak berada pada tahap yang optimum. Lebih-lebih lagi bila berdepan dengan masalah jantung, sedangkan kita tahu kesihatan yang baik bermula dari jantung yang sihat!
Ads
Oleh itu, jom kita ketahui tips penjagaan jantung agar keluarga kita kekal sihat:
Bersenam
Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Senaman selama 30 minit setiap sesi akan dapat membantu mencegah penyakit kardiovaskular dan dapat menstabilkan tekanan darah seseorang.
Pilih Makanan Baik Untuk Jantung
Pilih makanan yang rendah dengan lemak tepu dan kolesterol. Jika makan daging, pilih bahagian daging yang kurang berlemak dan kurangkan makanan bergoreng. Pastikan makan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana keduanya merupakan sumber serat, vitamin dan mineral yang baik untuk jantung. Di samping itu, amat digalakkan untuk kurangkan pengambilan garam dan gula.
Tangani stress
Tangani stress dengan baik kerana ia akan mengurangkan hormon stress dan radikal bebas dalam diri, sekali gus menyeimbangkan tekanan darah dan risiko strok serta kardiovaskular.
Capai Berat Badan Unggul
Kekalkan berat badan yang ideal di dalam julat 18.5 – 24.9 kg/m2 bagi mengurangkan risiko serangan penyakit.
Ads
Berhenti Merokok
Tahukah anda dengan berhenti merokok akan mengurangkan kepekatan darah dan penghasilan radikal bebas di dalam darah. Ini bermakna jantung dapat melakukan ‘tugas’nya dengan lebih mudah dan kekal sihat.
Pantau Tekanan Darah
Disebabkan penyakit tekanan darah tinggi ini tidak mempunyai simptom, cara terbaik mengesan tekanan darah tinggi adalah dengan mengawasi bacaan tekanan darah. Ini sangat penting untuk kita pastikan tekanan darah kita berada pada tahap normal.
Oleh itu, bagi memantau bacaan tekanan darah adalah disyorkan memeriksa tekanan darah dengan lebih kerap. Bahkan sangat digalakkan agar anda mempunyai mesin pemantau tekanan darah sendiri di rumah.
Pun begitu terdapat banyak pilihan alat untuk mengukur tekanan darah ada di pasaran, namun mesin pemantau tekanan darah OMRON Healthcare dari Jepun ini boleh dijadikan pilihan terbaik.
Istimewanya Mesin Pemantau OMRON Healthcare
Ads
Penggunaan mesin pemantau tekanan darah OMRON Healthcare dapat memudahkan untuk anda mendapat bacaan tekanan jantung yang lebih tepat. Ini memandangkan produk OMRON Healthcare disahkan secara klinikal dan dilengkapi dengan Teknologi Intellisense™ yang membolehkan cuff peranti mengembang dan mengempis pada tahap optimum untuk setiap pengguna. Monitor HEM-7156 turut dilengkapi dengan 360° Accuracy IntelliWrap™ Cuff yang membolehkan anda mendapatkan bacaan yang tepat dan betul seperti di hospital atau klinik dan mudah dipakai dengan hanya menggunakan satu tangan.
Jika anda ingin ketahui lebih lanjut tentang rangkaian mesin pemantau tekanan darah OMRON Healthcare boleh klik di sini (www.omronhealthcare-ap.com/my/ )
Produk ini didaftarkan di bawah Akta 737 dengan nombor pendaftaran peranti perubatan: HEM-7156 (GB8793220-41739)
Nombor Kelulusan iklan: MDAMD 0006/2022
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Walaupun hidup merantau, mak ayah dikampung jangan pula lupa difikirkan. Kenalah ambil tahu apa mak kita makan, sihat ke tidak atau apa mak kita buat setiap hari.
Jangan sesekali lepas tangan. Cerita cikgu Abd Ghani Haron ini banyak yang boleh kita pelajari. Lebih-lebih lagi bagi anak muda yang merantau.
KERAP BALIK KAMPUNG?
Semasa membeli kuih untuk menyorok (bahasa kedah untuk sarapan) saya terlihat seorang anak jiran saya yang tinggal di Seremban manakala orang tua masih dikampung.
Saya menegurnya,”Kerap balik kampung, tak menunggu raya atau cuti sekolah?”Dia berkata,”Cikgu,walau seribu rakaat solat sunat saya kerjakan, walau beribu sedekah jariah saya berikan, walau seribu kebaikan saya tunaikan ketika saya berjauhan dari orang tua saya, tidak akan sama dengan satu kunjungan melihat emak ayah saya yang telah tua,tak akan sama dengan senyuman mereka berdua bila melihat saya melangkah ke pintu rumah.
Tak akan sama dengan renungan puas emak saya melihat saya menyuap nasi berlauk asam pedas, gulai batang pisang yang dimasaknya. Kepenatan, keletihan meredah hujan dan panas dalam perjalanan yang jauh, ratusan ringgit terkorban untuk petrol dan tol adalah pengorbanan yang tak ternilai pada sisi Allah hanya kerana untuk menggembirakan mereka berdua.
Itu saya rasa lebih baik dari berehat di rumah di depan tv, memenuhi hobi dan sukan atau melangut di komplek perniagaan di hujung minggu.”
Subhanallah! Jawapannya bagai satu tazkirah yang cukup bermakna untuk menjelas betapa besarnya ganjaran bagi pengorbanan seorang anak, bahkan ia melebihi jihad.
Pada anda yang berjauhan denga ibu bapa, ambillah iktibar dari hal ini. Jangan berkira wang ringgit, penat lelah untuk balik berziarah ibubapa. Jangan tunggu raya, jangan tunggu cuti sekolah tetapi carilah ruang sekerap mungkin.
Jika tidak pun, buatlah panggilan untuk bercakap sepatah dua sebaik ada kesempatan. Lebihkanlah memberi keutamaan untuk berziarah ibu bapa dari ziarah yang lain.
Bagi anak yang tinggal dekat pun, kunjungilah ibubapa seketika. Emak saya dahulu yang tinggal berdekatan dengan rumah saya, akan bertanya jika satu hari saya tidak mengunjunginya.
Maka setiap hari saya insyaallah akan ke rumahnya, walau sekadar berpusing motor dilaman rumahnya dan dia mendengar bunyi motor saya, cukuplah. Hanya orang yang telah tua akan merasai betapa mereka merindui anak anak yang tidak terzahir dengan cara memeluk cium seperti zaman mereka kanak kanak, tetapi memadailah dengan mengisi pandangan dimata tuanya.
Saya bentangkan kepada anda untuk memikirkan dan mungkin anda boleh menyelami lebih jauh dengan membaca nukilan saya. Pada yang masih ada ayah bonda, ziarahlah mereka sekerap kesempatan yang ada sementara kamu boleh melihat mereka. Wallahu’alam.
Kredit: Abd Ghani Haron
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Rumah yang indah sudah tentu menjadi idaman semua. Bukan sahaja dalamannya tetapi persekitaran luarnya.
Mempunyai halaman rumah yang dipenuhi pokok nan menghijau dan berbunga lebat sudah memberi ketenangan diri.
Lebih menarik pandangan mata tanaman pelbagai jenis pokok berbunga, corak dan berwarna-warni.
Begitulah sebuah perkongsian yang sungguh inspirasi oleh puan UmiBakri ZainulAbidin mengenai kediamannya yang penuhi pokok-pokok bunga. Uniknya kelihatan dijaga rapi dengan kemas. Meihat jumlah pokok yang banyak, rumah dilihat bagaikan dipagari pokok-pokok bunga.
Apa yang pasti, pemilik adalah seorang pencinta kebun, suka bercucuk tanam. Bukan calang-calang perlu memastikan pokok dijaga rapi dan kemas sebegini. Ikuti perkongsian beliau.
Saya minat pokok bunga. Nk jadi macam ni..setelah 25tahun. Saya beli sikit sikit. Ahamdulillah.lama lama jadi bukit..Semoga jadi inpirasi buat sahabat yg sehobi dengn saya…koleksi..saya tak jual ya
Susun atur kemas
Pastinya apabila melihat rumah ada, ia seakan sebuah nursery tanaman, Sekali imbas, bagaikan berada di taman bunga. Tenang jiwa kala berada di persekitaran ini.
Teruha melihat susun atur pokok bunga ini penuh kreatif. Pasu di susun dengan kemas di halaman rumah.
Mendidik anak untuk menjadikan mereka insan yang berakhlak dan baik, kita sebagai ibu bapa sering juga berdepan situasi di mana anak-anak ini melawan kata.
Oleh itu, ada baiknya kita terus mencedok ilmu dan petua yang diamalkan oleh orang terdahulu untuk mendidik anak-anak.
Sebagai contohnya, apa yang dikongsikan oleh Ustaz Md Rosdi Hasan di akaun fbnya. Jom semak.
TAK MAHU ANAK DEGIL DAN MELAWAN CAKAP IBU DAN AYAH.
Ini adalah petua orang-orang tua dahulu yang diamalkan supaya anak mereka tidak degil dan melawan cakap ibu dan ayah.
Petua ini saya lihat ramai yang sudah tidak diamalkan lagi, mungkin kerana suasana zaman sekarang sudah berubah atau tidak relevan lagi bagi orang zaman sekarang.
Petua ini cukup mudah sahaja oleh mereka waktu dahulu, dimana telah menjadi rutin bagi orang tua-tua dahulu setiap kali anak mereka tidur, mereka akan mengusap kepala anak mereka dengan telapak tangan sambil membaca kalimat ini seratus kali selama beberapa hari sehinggalah anak mereka terlelap, kemudian di tiupkan di ubun-ubun anak itu.
Kalau ada yang ingin mencubanya lakukanlah selama seminggu, dengan izin Allah kita akan dapat melihat perubahan pada anak itu.
Tegur remaja main motosikal, warga emas maut dipukul besi cota. Seorang lelaki warga emas berusia 60 tahun maut selepas dipercayai dipukul dengan sebatang besi cota dalam kejadian di Kampung Buluh, Gual Ipoh pada petang Khamis.