Cara membuat:
1. Satukan magerin ( 1 cwn dulu) dan gula halus dan pukul dengan senduk kayu hingga berkrim.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3.Masukkan tepung gandum dan tepung jagung dan gaul rata.
4.Masukkan peanut butter dan gaul rata dengan tangan hingga adunan lembut ( Bila dipicit tak merekah. Kalau kurang lembut boleh tambah magerin atau peanut butter hingga lembut.Kalau lembik,tambah sedikit tepung gandum.
5. Bentukkan adunan kepada bebola kecil ikut saiz acuan.13 gm sebiji utk acuan saya.
6. Letakkan kismis ke dalam acuan dan tekan adunan ke dalam acuan.
7.Bakar pada 180 celcius selama lebih kurang 15-20 minit bergantung kpd oven.
Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini untuk membentuk anak itu mempunyai budi pekerti yang mulia berlandaskan syariat Islam. Pembentukan itu haruslah dilakukan ketika mereka masih di dalam kandungan ibu lagi.
Jika ditakdirkan mereka ini anak yang degil, keras hati, keras kepala dan nakal, janganlah anda kecewa dan patah semangat dalam menangani masalah ini. Anggaplah ia sebagai satu ujian Allah SWT kepada hambaNya yang dikasihi.
Di antara perkara yang boleh dilakukan untuk bantu anak anda yang nakal untuk mendengar cakap dan terlalu manja:
1. Pastikan dia makan malam sebelum maghrib seperti yang Nabi SAW sarankan supaya mudah belajar waktu malam. Makan malam lepas maghrib buat anak mudah letih dan mengantuk bila belajar. Makanan hadam selepas 1½ jam makan. Jadi anak boleh belajar dengan berkesan dan fokus jika belajar 1 ½ jam selepas makan malam.Pastikan dia kurang makan daging merah, banyakkan daging putih seperti ayam dan ikan. Daging merah buat anak pemarah dan agrasif serta mudah melawan cakap. Pastikan mereka makan buah SEBELUM makan nasi agar badan dapat serap Vitamin C yang ada dalam buah-buahan. Vitamin C membantu tenangkan fikiran anak di samping jaga
kulit.
2. Banyakkan memeluk anak. Anak yang sering dipeluk akan tenang, kurang degil, rasa selamat dan disayangi serta tidak perlu nak buat nakal.
3. Pesan kepada anak untuk menghadap Qiblat semasa belajar atau mengaji, ini akan tingkatkan keberkatan dalam belajar.
4. Sebelum belajar, baca doa-doa penerang hati termasuk surah Al-Insyirah. Nabi suruh Ali RA baca surah Al-Insyirah untuk kuat ingatan mudah faham, jadi tenang, mudah patuh arahan ibubapa dan tidak banyak meragam.5. Letak pokok hidup, seperti pokok keladi air, di kanan dan kiri meja tempat anak belajar untuk bekalkan oksigen kepada otak anak semasa belajar.
6. Beri anak supplement yang dapat menguatkan minda, tenangkan emosi, lembutkan hati dan kuatkan daya ingatannya.
7. Bacakan di kepala anak: Al-Fatehah, ayar Qursi dan surah Al-Insyirah untuk rangsang otak dan memori anak dan jadikan dia anak yang tenang, baik akhlak, dengar cakap ibubapa dan pintar. Bacakan waktu malam semasa nak belajar dan waktu anak nak pergi tadika/ sekolah.
8. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau oren. Ikut kajian, warna merah dan oren akan rangsang anak jadi agrasif dan hyperaktif.
9. Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur dan ikut sunnah Nabi SAW.
10. Pastikan rezeki yang ibubapa terima benar-benar berkat dengan mengelakkan perkara haram dan syubahat serta keluarkan zakat pendapatan dan zakat-zakat yang berkenaan. Rezki yang kurang berkat juga jadi punca anak jadi agrasif, tidak dengar cakap ibubapa dan extra nakal.
11. Ibubapa baik pulih diri secara bersepadu agar Allah SWT ubah anak-anak jadi hebat dan cemerlang. Prinsip hidup: Jika baik pulih diri kita secara bersepadu, Allah SWT akan ubah anak-anak dan semua orang di sekeliling kita. Juga, semakin rapat kita dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan perbaiki hubungan kita dengan semua orang.Mulai hari ini baik pulih diri secara menyeluruh dengan:
1. Jaga solat 5 waktu dan lakukan solat-solat sunat qabliah dan ba’diah untuk menampung segala kekurangan dalam solat-solat fardhu kita.
2. Solat taubat dan istighfar 70 kali sehari setiap hari. Lakukan juga solat hajat, istikharah dan tutup dengan solat WITIR setiap malam. Nabi SAW suruh kita untuk solat witir setiap malam sebagai pembalut kepada semua amalan kita setiap hari untuk dipersembahkan kepada Allah SWT.
3. Maafkan semua orang setiap malam sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi anggun, doa dimakbulkan, semua orang sayang dan anak dengar cakap kita.
4. Untuk merangsang ahli keluarga supaya solat dan elok perangai, bacalah Surah Ibrahim (ayat 40). Ini memang doa khas untuk mohon agar diri dan keluarga jaga solat.
5. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa Membuang Sifat Negatif, Bismillah 5 dan Ayat Qursi. Pengalaman menunjukkan sesiapa yang mengamalkan doa-doa tersebut, maka orang bujang akan bertemu jodoh, suami isteri akan bertambah sayang, orang bergaduh akan jadi damai, selesai masalah, langsai hutang, anak-anak jadi hebat dan soleh, hilang perangai buruk seperti enggan solat, dan sebagainya.
6. Pagar diri dengan Fatehah and Surah 3 Qul, hembus tapak tangan dan sapu seluruh badan. Ini akan menghindar daripada gangguan manusia, binatang, jin dan sihir.
7. Lembutkan hati anak kita atau orang lain dengan Fatehah, Surah Al-Hasyr (ayat 21-24), Surah Ta Ha (ayat 1-5),Ayat Qursi dan hembus ke badan, makanan, gambar atau pakaian yang sudah dipakai sebelum dicuci atau sekadar menghembus ke arah orang itu dari jauh.
8. Layan anak lebih baik daripada biasa agar dia rasa bersalah jika ingkar perintah ibubapa.
9. Setiap kali nak masuk rumah, pesan kepada semua ahli keluarga kita untuk baca Bismillah 3 kali, senyum, beri salam dan masuk dengan melangkah kaki kanan dahulu. Ini akan menghindarkan syaitan bernama DASIM daripada masuk ke kepala kita dan ganggu manusia supaya berkonflik, suami isteri supaya bergaduh hingga bercerai berai, anak-anak melawan ibubapa, anak-anak bergaduh sesama sendiri, anak-anak jadi extra nakal, dan sebagainya.
10. Setiap kali nak nasihati anak, nak suruh anak solat atau belajar, bacalah 3 Nama Allah: Ya ‘Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir dan hembus ke arah dia jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan. Ini akan melembutkan hatinya agar dapat mendengar cakap atau hujah ibu.
11. Jika terlalu sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi SAW:
“Inna lillahi wainna ilahi rojiuun. Ya Allah, aku redha dengan segala ujianMu, berilah aku pahala atas redha ini. Ya Allah, aku ada masalah anak sukar nak dengar cakap ibubapa. Ya Allah, Kau bantulah selesaikan masalahku. Kau jadikan dia anak yang soleh, sabar, pintar, baik akhlak, mendengar cakap ibubapa, rajin belajar dan sebagainya. Insya Allah hati akan tenang dan doa akan dimakbulkan.
12. Baca Al-Fatehah, Ayat Qursi dan Surah Al-Insyirah dan hembus atas kepala anak kita setiap hari hingga aqil baligh. Ini akan membantu dia jadi anak yang soleh, pintar, berakhlak mulia dan taat kepada ibubapa.
13. Cuba nasihati anak semasa dia tidur dengan berbisik di telinganya atau sekadar bercakap dalam hati. Nasihatkan agar jadi anak yang baik, sopan santun, dengar cakap ibubapa, dan sebagainya. Ikut kajian dan pengalaman peribadi saya, jika kita istiqamah menasihati anak kita semasa mereka tidur, anak-anak insya Allah akan berubah menjadi anak yang baik.
Cuba amalkan selama 40 hari, kerana tabiat baru terbentuk dalam masa 40 hari. Insya Allah segala masalah anak yang keluarga anda hadapi akan selesai langkah demi langkah.
Belimbing buluh yang cukup terkenal dalam sajian masak lemak ini rupanya boleh juga dijadikan jeruk. Malah rasanya lebih sedap, ‘kuat’ dan terangkat.
Mana taknya, rasa masam semulajadi belimbing buluh ini sudah cukup menguatkan rasa ‘powernya’. Apatah lagi digabungkan dengan tambahan rasa lain seperti gula dan garam. Memang terangkatlah rasanya.
Resipi yang dikongsikan oleh Norshah Mann Sharipuddin ini buat kita terliur melihatnya. Nampak power! Jom cuba.
Caranya:
1. Bersihkan belimbing dan potong hujung dan pangkalnya.
2. Letak belimbing di dalam balang.
3. Kemudian isikan air dan garam. Tutup balang dan biarkan selama 2 malam.
4. Selepas 2 malam, buang airnya dan rendam belimbing dengan air biasa selama 3 jam.
5. Masak air gula. Biarkan sejuk.
6. Selepas tiga jam, toskan belimbing dan masukkan semula ke dalam balang.
7. Tuangkan air gula, sedikit garam, cuka dan cili padi yang dipotong halus.
8. Tutup balang dan biarkan sekejap. Simpan dalam peti ais.
8. Selepas 1 hingga 2 jam, bolehlah dimakan.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Juara Da’i musim ketiga baru-baru ini berkongsi kisah duka apabila dikhabarkan ustazah yang mengajarnya diuji dengan sakit secara tiba-tiba.
Menurut Da’i Hamidah, dia yang kebetulan berkunjung ke Kuala Lumpur berkesempatan menziarahi ustazahnya yang dianggap insan cukup banyak berjasa dalam mencurahkan ilmu kepadanya.
Biarpun perancangan untuk bertemu dengan guru yang mengajarnya itu dibuat ‘last minute’, namun akui Da’i Hamidah itulah pelengkap dan menjadi memori untuk dikenang sampai bila-bila.
Dalam masa yang sama, Da’i Hamidah memohon semua pihak agar mendoakan ustazahnya itu kembali sembuh seperti sedia kala. Menurut pakar ustazah kepada Da’i Hamidah ini menghidap penyakit Motor Neuron Disease (MND) @ Amyothropic Lateral Sclerosis (ALS).
BACA SAMPAI HABIS plzzzz😭🙏🏻
Musafir saya ke Kl benar2 bermakna bila saya menziarahi guru saya yang dikhabarkan sakit.
Jadual tiba2 berubah tapi sebab saya baru tahu yang guru saya sakit. Dengan segera habis di ikim fm saya terus ke Semenyih utk menziarahi ustazah saya yg pernah mengajar saya sem 1 di USIM. 3 hari di KL penuh dengan aktiviti dari pagi sampai malam tapi terus segar setelah dapat bersemuka dengan guru saya. Walaupun itu plan last minit tapi itulah pelengkap musafir saya kali ini. Sungguh memori malam itu akan dikenang sampai bila2.
Pertemuan yg ditakdirkan oleh Allah Taala itu amat menyentuh hati saya dan menjadi jalan muhasabah utk diri saya sendiri. Benarlah jika kita kata kita diuji tetapi insan lain jauh hebat ujiannya! .
Satu ayat yg keluar dari mulut saya tatkala saya memandang wajah ustazah saya yg xboleh bertutur lagi seperti sedia kala :” Ustazah, terima kasih sangat . Segala ilmu yg ustazah curahkan kepada saya akan saya kongsi pada orang lain dan mudahan2 itu jadi saham akhirat buat ustazah “.
Kata2 itu buat ustazah saya menangis dan menangis. Teringat sebelum masuk program Dai, ustazah ini yg bagi nasihat dan semangat kepada saya utk saya menjadi penceramah.
Tapi apa yg saya betul2 sebak sebab ustazah saya masih muda dan sihat tapi secara tiba2 ditimpa sakit ini. Malah yg lebih sedih saya dapati sakit yg menimpa ustazah saya tiada ubatnya. Mereka dh ikhtiar hampir kesemua rawatan tetapi tidak lagi ketemu penawarnya.
Ya Allah, andai kalian yg baca perkongsian saya pagi ini. Tolong lah doakan ustazah saya . Saya mengaharapkan doa kalian semua😭🙏🏻🙏🏻🙏🏻. Mungkin berkat doa ikhlas dari tuan/puan sesuatu keajaiban akan berlaku❤️. Ya Allah Taala Maha Berkuasa . Dia boleh ubah apa yang dia inginkan.
Jadi tolong doakan ustazah saya diberi kekuatan ketabahan utk menempuh ujian hebat ini dan suaminya serta sesiapa sahaja yg menjaganya diberi ganjaran hebat atas kesabaran menjaga ustazah saya. Mudahan2 Allah Taala ampunkan dosa ustazah saya. Mudahan2 ada sinar bahagia dalam kehidupan ustazah sekeluarga In Sya Allah. – ikhlas dari anak didiknya : Dai Hamidah-
#daihamidah
#ustazahnasobah
#usim
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Michelle Yeoh mencipta pencapaian membanggakan apabila dinobatkan The Asian Filmmaker of the Year 2026 sempena Festival Filem Antarabangsa Busan ke-31.