Bagi ibu bekerjaya, waktu mengemas rumah sememangnya cukup terhad. Jika tidak diselesaikan pada malam hari, iaitu selepas anak-anak tidur, waktu hujung minggu adalah waktu yang sesuai untuk mengemas rumah.

Pun begitu jika mengemas rumah secara besar-besaran ketika hujung minggu, mak-mak boleh jadi kepenatan kerana melakukan kerja-kerja sepanjang hari. Sebenarnya ada banyak cara bagi memudahkan kita untuk mengemas rumah dengan lebih pantas dan efisyen.

Tulisan ibu ini di blog peribadinya, fydanoh.com boleh kita jadikan tip untuk mengemas lebih pantas dan efisyen, sesuai dengan kesibukan ibu bekerja. Jom ikut caranya.

Tips Kemas Rumah Cara Tepat & Pantas Bagi Ibu Bekerjaya,  Boleh Bereskan Kerja Lebih Tip Top!

Tips kemas rumah
Ibu-ibu memang superwoman dan kuat, tapi apa kata kita jimatkan tenaga pada hujung minggu?

1. Basuh pakaian sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu
Elakkan kumpul baju seminggu dan tunggu hujung minggu baru nak basuh baju. Sebaliknya, agak-agak muat 1 mesin basuh boleh terus basuh. Saya sediakan
jadual untuk membasuh baju, iaitu setiap 3 hari dalam seminggu. Seboleh-bolehnya saya elakkan basuh baju pada hari minggu. Waktu saya membasuh baju ialah
hari Selasa dan Jumaat.

Keluarga kami kecil sahaja, jadi boleh lah masuh 2 kali seminggu. Mungkin jika keluarga yang lebih besar perlu basuh lebih kerap atau mungkin perlu basuh
pakaian setiap hari.

Ibu saya memang basuh baju setiap hari semasa beliau masih kerja dulu. Setiap kali balik kerja, beliau akan masak sambil tu mandi dan terus basuh baju.
Sampai sekarang masih tertanya-tanya macammana sambil basuh baju dia boleh agak lauk dah masak.

Tips Kemas Rumah Cara Tepat & Pantas Bagi Ibu Bekerjaya,  Boleh Bereskan Kerja Lebih Tip Top!

IKLAN

2. Cara mudah uruskan kain baju
Bila dah basuh baju, tentulah perlu jemur dan lipat kan? Aktiviti mana agaknya yang paling susah dan malas nak buat? Bagi saya lipat baju, dan saya percaya kebanyakan ibu pun macam tu. Biar saja berlonggok, nanti dah tinggi barulah gelabah nak melipat.

Tips paling mudah ialah gunakan penyangkit sewaktu menyidai pakaian. Contohnya pakaian yang perlu digosok seperti kemeja ataupun baju kurung. Jadi, angkat
terus sangkut dalam almari.

Tips kedua untuk melipat baju ialah dengan melipat sambil menonton TV. Ini memang saya paling suka buat, terutamanya rancangan TV yang saya suka
tengoklah. Sedar-sedar cerita habis, baju yang dilipat pun habis.

3. Pandai mengambil peluang
Contohnya, kalau kita nak membasuh baju dan menyapu lantai, kita boleh setkan dulu mesin basuh dan boleh menyapu lantai. Ataupun seperti ibu saya tadi, sambil mandi, basuh baju dan memasak sekaligus. Hebatkan wanita?

Tips Kemas Rumah Cara Tepat & Pantas Bagi Ibu Bekerjaya,  Boleh Bereskan Kerja Lebih Tip Top!

IKLAN

4. Membuat kerja ikut arah jam
Maksudnya di sini, kita tetapkan titik permulaan kita untuk kemas rumah. Contohnya bermula dengan dapur, kemudian pusinglah ikut arah jam. Cara ini lebih sistematik dan tiada ruang yang akan tertinggal.

5. Bermula dari atas ke bawah
Mulakan proses mengemas dengan membuang sawang-sawang di siling dan bersihkan habuk yang melekat dikipas terlebih dahulu. Kemudian barulah di sapu lantai.

Jika rumah 2 tingkat pula, eloklah kemas tingkat atas dulu kemudian barulah tingkat bawah. Ibu sibuk dan kerjaya, buat kerja mengikut jadual dan berdisiplin, tak perlu lagi jadi sotong.

Tips Kemas Rumah Cara Tepat & Pantas Bagi Ibu Bekerjaya,  Boleh Bereskan Kerja Lebih Tip Top!

6. Sambil mengemop lantai, sambil bersenam
Mengemop lantai tidak perlu dilakukan setiap hari, sebaliknya selang sehari atau seminggu sekali sudah memadai, kecuali memang lantai benar-benar kotor. Sebelum mengemop lantai, habuk dan sampah sarap perlu disingkirkan terlebih dahulu sebaiknya di vakum. Kalau tak sapu sahaja dah memadai.

IKLAN

Untuk mengemop pula, mulakan bahagian tengah kemudian bergerak ke bahagian tepi, dalam gerakan membulat. Teknik ini saya belajar semasa ‘cuci pesakit’ dalam dewan bedah. Kerana kita tahu bahagian tengah tentunya lebih bersih daripada kawasan dekat dinding. Kalau mulakan bahagian tepi dulu, tentulah habuk-habuk akan ditarik ke tempat yang sudah bersih.

Mengemop dan menyapu adalah aktiviti yang paling saya sukai, kerana saya akan pasang muzik kegemaran saya dan gerakkan badan mengikut alunan muzik. Memang
cepat sahaja buat kerja.

Tips Kemas Rumah Cara Tepat & Pantas Bagi Ibu Bekerjaya,  Boleh Bereskan Kerja Lebih Tip Top!

7. Gunakan bantuan mesin
Bagi yang berkemampuan, boleh lah gunakan alat-alat bantuan ni. Contohnya gunakan vakum dan robot untuk mengemop lantai. Jadinya, kerja kita akan menjadi lebih ringan dan mudah berbanding menggunakan cara tradisional.

Jadi, siapa kata ibu berkerjaya tidak boleh memiliki rumah yang tersusun dan kemas sentiasa? Asalkan ibu boleh mengamalkan disiplin dan konsisten dengan
kerja.

Selamat mencuba.

Sumber: fydanoh.com

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI