Delima seorang ibu yang membawa anak-anak ke masjid untuk sama-sama menunaikan solat Tarawih adalah berdepan dengan ragam anak-anak. Maklumlah budak-budak, suka sangat berlari-lari tak kira tempat hatta dalam masjid sekali pun.

Tidak dengan itu, buat bising pula. Bimbang juga kita andai jemaah lain tidak selesa jadinya.

Bila ini ragamnya, pasti kita akan pulang awal tanpa sempat menghabiskan solat Tarawih.

Namun, berbeza situasinya andai ibu-ibu berkesempatan solat Tarawih  di Masjid Sultan Idris Shah II atau dikenali sebagai Masjid Negeri di Ipoh.

Ruang bermain untuk kanak-kanak dikhususkan sehingga membuatkan anak-anak ini seronok bermain dengan pelbagai aktiviti yang disediakan oleh pihak masjid.

Ini sebagaimana yang dilaporkan Sinar Harian, menurut Imam Besar Masjid Negeri, Abd Farid Salleh berkata, tidak salah membawa anak-anak ke masjid malah ia satu perbuatan yang digalakkan.

IKLAN

Siap Ada Ruang Untuk Anak Beraktiviti. Superb Usaha Masjid Ni Nak Bagi Jemaah Selesa Tarawih!

Inisiatif untuk menyediakan zon kanak-kanak itu tercetus selepas mendapati ramai kalangan jemaah yang bertarawih datang membawa bersama anak-anak kecil berusia 7 tahun ke bawah.

Ditempatkan di tingkat atas bersebelahan ruang solat tarawih, zon kanak-kanak di Masjid Negeri ini bukan sahaja selamat, malah di dalamnya tersedia pelbagai jenis mainan dan buku aktiviti untuk dilakukan sepanjang solat berlangsung.

IKLAN

Siap Ada Ruang Untuk Anak Beraktiviti. Superb Usaha Masjid Ni Nak Bagi Jemaah Selesa Tarawih!

Terdapat pelbagai aktiviti disediakan termasuklah mewarna, membaca dan sebagainya sepanjang solat tarawih berlangsung.

Tambahan, Imam Besar Masjid Negeri mengalakkan ibu bapa membawa anak-anak ke masjid dan amalan ini perlu dididik sejak mereka kecil lagi.

IKLAN

Tambah Imam Masjid Negeri lagi, bagi menitikberatkan aspek keselamatan ibu bapa perlu mengisi borang pendaftaran dan mendapatkan kad khas untuk diserahkan semula semasa mengambil anak mereka.

Setiap malam akan ada dua kakitangan dari Pejabat Pentadbiran Masjid Negeri dan pasukan sukarelawan secara bergilir membantu memantau kanak-kanak yang diletakkan di zon ini.

Sepanjang empat hari puasa ini, lebih 40 keluarga telah mendaftar, ada juga sebahagian kanak-kanak ini terlalu leka bermain hinggakan tidak mahu pulang.

Katanya, buat masa ini, hanya kanak-kanak berusia 4 hingga 7 tahun dibenarkan ditempatkan di situ bermula jam 8.30 malam hingga 10.30 malam sementara tujuh tahun ke atas digalakkan solat bersama ibu bapa masing-masing.

Sumber : Sinar Harian

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI