Memandangkan tahun ini ada yang tak berpeluang pulang beraya di kampung, mahu tak mahu kenalah sediakan sendiri hidangan untuk pagi raya seisi keluarga.
Admin kongsikan resipi rendang ayam dengan cara memasak bagi anda yang sukakan rendang jenis berkuah. Cukup mudah, pertama kali buat pun dah menjadi.
Nak tahu caranya, jom cuba resipi daripada Lieza Hashim ni. Selamat mencuba!
Bahan-bahan : (kisar)
1.Bawang putih *20 ulas*
2. Bawang merah *30 biji*
3. Kunyit hidup *3 ketul sedang*
4. Halia *2 ketul sedang (agak2 je ya)*
5. Lengkuas *1 ketul ( dalam 2 1/3 inci)*
6. Cili padi 1 genggam *(ikut nak pedas mana)*
7.Cili kisar *1 senduk*
8. Serai *10 batang*
Cara membuat:
1. Ayam matikan air dahulu
Masak atas kuali balik2kan hingga separuh masak.
2. Tumis bawang putih,bawang merah, masukkan cili kisar, dalam beberapa minit masukkan halia, kunyit, lengkuas, cili padi dan serai.. masak sehingga pecah minyak. Terus masukkan gula melaka, garam, asam keping dan sedikit perisa.
3. Masukkan ayam, dalam bebapa minit masukkan santan sehingga mendidih. Kemudian masukkan kerisik dah agak pekat masuk hirisan daun kunyit+ daun limau.
Dah siappp
Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Semenjak tercetusnya beberapa isu salah guna kebenaran rentas negeri, dilihat pihak berkuasa kini semakin mengetatkan syarat dan hanya memberi kelulusan pelepasan bagi urusan yang mendesak seperti kematian, kecemasan serta pasangan PJJ.
Pun begitu, ramai akui walau ada dokumen-dokumen sokongan dilampirkan bagi membuktikan adanya hal kecemasan, namun ada juga yang sukar mendapatkan pelepasan rentas negeri.
Ini sebagaimana pengalaman yang dilalui sendiri oleh seorang anak yang dikenali sebagai Aida Najwa, berkongsi ceritanya yang pernah cuba memohon kebenaran rentas negeri atas alasan abah di kampung tidak sihat dan abah meminta untuk dibawakan ke hospital untuk mendapatkan rawatan dialisis. Namun permohonan ditolak hingga perginya abah ke negeri abadi tanpa sempat untuk dia bersua muka.
Sungguh, saat membaca perkongsian luahan hati Aida Najwa ini cukup menyentuh perasaan. Ada yang sedih, pilu dan tidak kurang juga ada yang marah dan terkilan. Bermacam-macam perasaan dirasai oleh warganet.
Untuk itu, bersama kita sedekahkan alfatihah untuk abah Aida Najwa, almarhum Nasir Nordin semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, amin.
Ini dia perkongsian penuh dari Aida Najwa.
16 Ramadhan 1442H
اِنّا لِلّٰهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْن
Perginya Abah. Ke negeri abadi. Selamanya.
Abah yang sakit tapi masih mampu untuk bergurau senda dengan anak2. Sungguh, along rindukan Abah.
Setiap kali lepas solat, bibir Abah tak pernah lekang mendoakan anak2 dan keluarganya. Tiap kali call, tak pernah miss ‘I love you’ sebelum end call. Selalu call tanya khabar kami. Duit cukup tak? Makan apa tadi? Waa sedap nyaa. Nanti boleh la masakkan untuk Abah. Aku rindu semua tu.
Aku sangat terkilan sebab tak dapat jumpa Abah minggu lepas. Hari Sabtu Abah call. Abah kata ‘Along, tolong hantar abah pergi hospital. Abah kena betulkan tapak dialisis. Jarum tu dah tercabut. Pusat dialisis ni tak boleh buat dialisis’
Aku pun kata ok. Sebab aku ada kat KL, so aku kena la pergi mohon interstate travel dari polis. Aku sampai je pondok polis, polis tanya ‘Cik nak pergi mana?’
Aku pun jawab saya nak amik Abah saya dari pusat dialisis kat Nilai lepastu nak bawak pergi hospital kat Seremban. Masa tu aku belum dapat surat refer ke hospital. So tak dapat nak tunjuk polis. Cuma aku cakap nak amik Abah dari pusat dialisis lepastu nak hantar hospital. Aku mengharapkan polis faham. Sebab dialisis ni sangat penting untuk kelangsungan hidup. Hidup mati Abah.
Ok lepas tu polis tanya ‘selalu siapa hantar dan amik?’ Aku cakap makcik saya. Then polis cakap ‘habis tu makcik mana? Dah mati?’
Allah je tahu rasa hati macam mana. Kau dah la taknak bagi orang rentas negeri walaupun bagi aku, tu satu kecemasan. Pastu soalan pun nak tanya dengan biadab. Aku cuba sabar sebab aku kat balai polis. Kang apa apa, susah.
Aku pun cakap ‘makcik saya ada kecemasan jadi dia balik kampung. Jadi dia minta saya tolong minggu ni’.
Aku tolong Abah pun bukan selalu. Mmg selalu makcik yang hantar dan amik Abah dari pusat dialisis tu. Sekali sekala bila aku free and nak ringankan beban dia, polis tak lepaskan. Itu Abah kandung aku. Bukan orang lain. Memang patutnya jadi tanggungjawab aku adik beradik untuk jaga Abah. Tapi yang aku dapat hanyalah perli manusia yang tak memahami.
Ok pastu polis cakap ‘awak takde adik beradik lain ke yang boleh tolong?’ Aku jawab ‘Tak. Adik saya kerja. Satu lagi tak boleh drive’.
Polis pun dengan selamba ‘Kalau tak pandai drive, takkan book grab pun tak pandai?’ Ya Allah aku rasa nak lempangkan aje polis ni. Aku masih sabar. Aku cakap ‘Encik, Abah saya OKU. Susah sikit nak jalan’. Pada fikiran aku, apalah salahnya bagi anak yang buat tanggungjawab tu? Bukan nak jalan2. Nak membantu Abah untuk tujuan perubatan..
Polis pun sambung ‘Takde jiran ke yang boleh tolong?’ Aku terkebil2 pandang polis tu. Macam tak percaya dia boleh suruh jiran instead of anak sendiri. Aku bukan tak lampirkan bukti Abah sakit. Aku print surat dialisis Abah, IC Abah, kad OKU Abah.. Semua aku bagi. Tapi tak dapat jugak.
Polis pun cakap ‘Awak tak boleh rentas negeri lah dik. Bukti tak cukup kukuh’.
Aku rasa sedih gila. Plus hampa dengan layanan polis yang seakan memandang rendah urusan aku. Pastu aku call Abah. Aku kata Abah, sorry tak dapat balik minggu ni. Tak dapat hantar abah pergi hospital. Polis tak bagi. Abah merajuk. Abah kata sukatilah. Aku sedih sebab abah merajuk untuk benda yang bukan salah aku.
Dan akhir sekali, aku tak dapat pun jumpa Abah sampai lah akhir hayat dia…
Betul lah orang cakap. Zaman sekarang ni. Nak jumpa mak ayah walau mereka sakit pun tak boleh. Dah meninggal baru dapat jumpa.
Dapatlah aku jumpa Abah yang dah kaku. Yang roh dah terpisah dari jasad. Yang tak mampu bercakap dan bergelak ketawa lagi. Yang dibalut dengan kain serba putih dari hujung kaki hingga ke hujung kepala.
Memang aku tahu jodoh ajal semua Allah dah tentukan. Cuma aku sedih sebab tak dapat nak ada dengan Abah di saat saat akhir dia. It would be different if I have met him last week, takde la aku rasa macam ni sangat.
Apa yang mampu aku lakukan sekarang hanyalah berdoa untuk Abah dan memperbaiki diri. Moga kebaikan Abah menjadi asbab untuk Abah ditempatkan di Syurga Allah. Perginya pada bulan mulia, bulan Ramadhan.
Untuk keluarga yang dah susah payah jaga Abah, along ucapkan terima kasih banyak2. Along takkan mampu balas jasa semua. Hanya Allah yang boleh membalas segala kebaikan kalian. Along juga minta maaf sebab tak mampu nak bagi komitmen 100%, terpaksa serahkan tanggungjawab ni kepada ude Iza dan keluarga.
Moga Abah tenang di sana. Along sentiasa doakan Abah. Along cuba kuat untuk adik2. Berehat lah. Along sayang Abah.
Moga kita berjumpa di Syurga kelak. Al Fatihah.
Nasir bin Nordin
28-06-1969
28-04-2021
Sering juga terjadi, bila tetamu datang ke rumah masa itu jugalah kita akan mengeluarkan teko yang tersimpan lama di dalam kebainet untuk digunakan semasa menghidang minuman.
Namun apa yang mengecewakan, teko tersebut mempunyai bau yang tidak menyenangkan dan ini sekali gus merosakkan mood untuk kita menggunakan teko yang kita rasakan terbaik untuk digunakan oleh tetamu yang bertandang.
Tahukah anda, sebenarnya ada cara atau petua untuk elakkan daripada semua ni berlaku. Untuk itu, jom cuba 3 cara ini.
Cara 1
Ambil daun pandan dan dipotong 2 inci kemudian masukkan ke dalam teko sebelum disimpan kemas di dalam almari. Cara ini akan menjadikan teko bukan sahaja berbau harum malah mengelakkan lipas daripada bersarang di dalam kabinet dapur.
Cara 2
1. Basuh bersih teko dan keringkan.
2. Masukkan uncang teh dan letakkan di dalam teko. Simpan kemas di dalam kabinet.
3. Hasilnya teko akan tidak berbau hapak dan kekal harum.
Cara 3
Sebelum teko ingin disimpan lama, cuci terlebih dahulu dengan soda bikarbonat untuk pastikan mampu menyerap dan menghapuskan bau-bauan yang tidak menyenangkan. Caranya mudah, campurkan soda ini dengan air suam, kemudian gosokkan pada bahagian dalam teko dan biarkan seketika sebelum di bilas. Kemudian keringkan dan bolehlah disimpan teko tersebut untuk digunakan di masa akan datang tanpa ada kesan bau yang tidak diingini.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tahun ini sekali lagi kita semua bakal meraikan hari raya tanpa dibenarkan merentas negeri untuk menziarahi orang tua di kampung. Hati siapa yang tak sebak. Doa baik-baik semoga keluarga kita dilindungi dan selamat dari wabak bahaya ni.
Apa pun persiapan hari raya tetap dilakukan. Meraikan di rumah bersama anak-anak. Hidangan raya tetap perlu ada di meja. Sudah pastinya akan duduk di rumah sambil menonton rancangan menarik sempena hari raya.
Salah satu kudapan yang popular mesti ada di meja adalah kacang goreng yang rangup. Selain beli di kedai, apa kata buat sendiri di rumah. Penyediaannya amat mudah, hanya menggunakan 3 bahan aje! Paling menarik, 15 minit terus siap!
KACANG TANAH GORENG RANGUP GUNA TEPUNG SERBA GUNA
3 bahan je.. Semudah ABC. 15 minit je siap bleh telan trus. 3 bahan utama :
-Kacang tanah ( basuh dan keringkan dlu )
-telur sebiji
-tepung bestari pedas
Penyediaan:
Gaulkan kacang dengan telur hingga rata
Masukkan tepung sikit demi sikit dan gaul rata
Panaskan minyak
Goreng dalam minyak panas , api sederhana
Rajin2 kacau supya masak sekata dan xhangus
Angkat dan toskan minyak
Wajib biarkan sejuk dlu, dan tos minyak supaya rangup
Dah sejuk bru makan dan simpan dalam bekas kedap udara Edit tambahan : boleh tambah sdikit gula kalau nk rs manis2.. Sy mmg xletak sbb nk mkn masin2 pedas… Tepung ni da masin ye jgn tmbah garam dah..
Dah siap, rasa pedas!
Selamat mencuba!
Kredit: Zita Samat
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.