“Aduhh! Nak luruskan kaki pun sakit bila kejang otot ni. Memang nak gerak pun sakit. Kena urut-urut dulu hingga rasa kejang tu kembali normal.”
Sudah tentu ada antara kita pernah mengalami rasa kejang otot waktu pagi terutama waktu bangun tidur atau pun ketika bersukan.
Walau nampak biasa aje kejang otot ni tapi jika dibiarkan ia akan menyebabkan akan menjadi serius. Ikuti penjelas Dr Zubaidi Ahmad perkara ini.
Kejang otot yang menyerang sewaktu baru bangun tidur adalah pengalaman yang kurang menyenangkan dan boleh mengganggu ‘mood’ anda sepanjang hari.
Biasanya kejang otot ini menyebabkan kesakitan pada jari kaki dan betis, iaitu antara bahagian yang kerap dilanda masalah ini.
Berdasarkan kajian American Academy of Family Physicians, 60% orang dewasa yang sering mengalami kekejangan otot pada awal pagi atau sebelah malamnya turut menghidapi masalah gangguan tidur atau insomnia.
Meskipun kejang otot adalah perkara biasa, tetapi ada serangan kejang otot tertentu perlu diambil serius kerana boleh menyebabkan komplikasi lebih serius.
LIMA GEJALA KENA AMBIL TAHU
Disenaraikan lima gejala kejang harus diberi perhatian dan memerlukan pemeriksaan kesihatan segera:
Ads
1. Kejang otot yang berlaku dalam tempoh panjang.
Kekejangan yang berlaku dalam tempoh singkat boleh menjejaskan kualiti hidup seseorang, apatah lagi jika ia berlangsung dalam tempoh lama. Andai kejang menjejaskan fungsi harian anda, sebaik-baiknya dapatkan bantuan.
Kekejangan yang berlangsung dalam tempoh yang panjang boleh menjadi petanda gejala penyakit lebih serius. Selain dari itu, gejala kejang yang terlalu lama juga boleh disebabkan kolesterol tinggi selain gangguan saraf.
2. Kejang otot disertai bengkak, kemerahan dan perubahan warna pada bahagian terjejas.
Ads
Pengambilan ubat tertentu selain sering terbabit dengan perjalanan panjang contohnya duduk terlalu lama (sama ada di atas kenderaan atau di tempat kerja) boleh memungkinkan anda mengalami gejala kejang otot disertai kemerahan.
Kalau ada simptom lain termasuk bengkak dan perubahan warna pada kulit, itu menandakan ada gumpalan darah dalam tubuh. Pada awalnya gumpalan darah itu tidak bahaya, namun risiko boleh meningkat apabila berlaku saluran darah pecah dan menyumbang kepada serangan jantung atau strok. Ambil langkah pencegahan untuk mengelakkan anda berada pada tahap berkenaan.
3. Otot kaki yang kejang pada jarak sama ketika melakukan aktiviti olahraga.
Ini satu petanda bagi atlet yang gemar melakukan aktiviti larian jauh. Biasanya anda akan menghadapi saat otot betis seolah-olah ‘mengeras’.
Jika keadaan itu berlaku secara konsisten pada jarak hampir sama, ia mungkin gejala sindrom kompatmen. Ia merujuk kepada bahagian otot kaki mengembang sehingga memberi tekanan kepada bahagian lain. Kes terburuk membabitkan penyakit ialah saluran darah mahupun saraf tercedera dan terjejas akibat masalah berkenaan. Dapatkan nasihat doktor sebelum meneruskan larian.
4. Kekejangan yang disusuli rasa mual, demam dan muntah.
Ads
Kejang otot yang disertai rasa mual, demam dan berakhir dengan muntah menandakan masalah dalam badan. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh masalah dehidrasi.
Sebaik-baiknya ambil air mencukupi untuk mengembalikan elektrolit dalam badan. Namun dapatkan nasihat doktor jika gejala itu berlarutan.
5. Disertai rasa panas dan kebas di bahagian otot mengalami kejang.
Apabila kejang otot turut disertai rasa panas dan kebas, ia merujuk kepada gejala dipanggil hernia cakera. Setiap tulang belakang dilengkapi dengan cakera pertengahan, bertindak sebagai penyerap kejutan dan pautan. Apabila seseorang berjalan atau berdiri, cakera ini menyokong beban yang menegak ketika pergerakan.
Namun bagi yang mengalami masalah ini, biasanya saraf akan ditekan dan akhirnya menyebabkan kesakitan. Biasanya pesakit akan rasa pijar di bahagian tubuh bawah terutama kaki.
Bagi melegakan gejala terbabit, biasanya terapi panas digunakan untuk menghilangkan rasa sakit. Namun, sebaik-baiknya temui doktor untuk tahu tahap kesakitan serta rawatan sesuai
Masalah kesihatan mental bukan lagi isu taboo yang disorokkan dalam masyarakat.
Ramai yang sudah terbuka dan ‘celik’ minda untuk membincangkan masalah kesihatan yang semakin membarah pada masa kini.
Perkongsian ilmu daripada doktor-doktor pakar serta pesakit yang telah didiagnosa oleh doktor telah membuka mata ramai orang supaya tidak lagi memandang remeh tentang isu kesihatan mental.
Kesedaran masyarakat yang semakin meningkat turut membantu para pesakit untuk lebih berani tampil berkongsi pengalaman masing-masing.
Foto: Canva.com
Untuk pengetahuan semua, kesihatan mental itu sendiri mempunyai pelbagai cabang dan perbezaannya.
Bukan semua orang mempunyai masalah mental yang sama, dan hanya doktor pakar sahaja yang berhak untuk memeriksa dan membuat pengesahan jenis sakit mental yang dihadapi pesakit.
Senaman Ringan Kurangkan Risiko
Menurut perkongsian Dr Rozanizam Zakaria, Pakar Psikiatri, Pensyarah, Penulis dan Mental Health Educator Vice President II I-Medik bila seseorang mula rasa down, lesu, serabut dan tertekan, mulalah bersenam.
SENAMAN RINGAN BANYAK MEMBANTU MENGURANGKAN RISIKO UNTUK SESEORANG UNTUK MENDAPAT MASALAH DEPRESI.
Ini kerana menurut fakta perubatan, aktiviti fizikal terutamanya senaman secara sederhana akan meningkatkan hormon-hormon seperti berikut:
Serotonin – memperbaiki mood
Dopamine – memperbaiki motivasi
Endorfin – mengurangkan kesakitan badan
Adrenalin – meningkatkan tenaga
Selain itu menurut Dr Rozanizam lagi, senaman secara konsisten juga meningkatkan nama kimia otak neurotrophin yang berfungsi memperbaiki kerosakan dalam otak manusia.
Foto: Canva.com
Bahkan kajian yang dilakukan oleh Harvard Public Health School turut menunjukkan berjalan kaki dan berlari secara kerap dapat mengurangkan sebanyak 26 peratus risiko masalah depresi atau kemurungan.
Sangka anak Demam, selesema biasa, ibu terkejut anak hidap penyakit sinus kronik. Mulanya seorang ibu menyangka anaknya mengalami demam dan selesema biasa. Namun sangkaan itu meleset.
Sangka Anak Demam, Selesema Biasa, Ibu Terkejut Anak Hidap Penyakit Sinus Kronik
Bukan hanya sedih, suri rumah, Aimie Nadia Zahruddin sangat terkejut dan sedih apabila mendapati anaknya menghidapi penyakit Sinusitis atau radang pada rongga sekitar saluran hidung tahap kronik hingga membahayakan nyawa.
Nur Faziqqyah Alina yang ketika ini dimasukkan ke hospital kerana penyakitnya.
Aimie Nadia, 33, berkata, anaknya, Nur Faziqqyah Alina Mohd Faizul, 8, sering mengalami demam, selesema dan kegatalan pada bahagian hidung sebelum disahkan doktor menghidap penyakit kronik Sinusitis.
“Sebelum ini memang ada perasan dia selalu garu hidung, kalau demam dan selesema sampai sebulan dua kali. Sampailah 28 Januari baru-baru ini, anak mengadu demam, sakit kepala dan sakit di bahagian kening.
“Saya dan suami mula bawa ke klinik berdekatan, kemudian doktor nak rujuk kepada hospital. Ketika itu matanya sudah bengkak sebelah kiri dan ini kali pertama jadi seperti itu.
“Pada 31 Januari, dia dimasukkan ke hospital dan ketika itu matanya sudah membengkak sampai ke dahi dan sampai satu tahap mata sebelah kanan juga membengkak. Bukan itu sahaja, ada ketika yang anak cakap dia nampak mama ada tiga, bermaksud penglihatannya juga terganggu,” katanya.
Aimie Nadia (kanan) dan anaknya Nur Faziqqyah Alina (kiri). (Gambar kanan: Nur Faziqqyah Alina yang menghidap penyakit Sinusitis atau radang pada rongga sekitar saluran hidung tahap kronik.)
Aimie Nadia yang menetap di Johor Bahru itu berkata, doktor memberitahu keadaan itu berlaku kerana ketiga-tiga bahagian sinus atau rongga bahagian sekitar hidung anaknya telah bernanah.
Jelasnya, pembedahan terpaksa dilakukan dengan kadar segera untuk menyedut buang cecair nanah agar tidak merebak ke bahagian otak.
“Doktor ada cakap kalau lambat untuk pembedahan, takut nanah akan merebak ke otak, kalau nanah sudah merebak ke otak lagi bahaya… boleh pulih tetapi mungkin keadaan tak akan sama.
“Penyakit ini merebak dengan sangat cepat, bayangkan dalam masa empat hari sahaja sudah membengkak dengan banyak,” ujarnya.
Berkongsi mengenai keadaan anaknya ketika ditimpa penyakit itu, Aimie Nadia berkata, Nur Faziqqyah Alina seperti kemurungan dan tidak dapat menerima kenyataan keadaan mukanya membengkak sebegitu.
Keadaan Nur Faziqqyah Alina sebelum melakukan pembedahan dengan keadaan mukanya yang semakin teruk.
“Saya nampak dia banyak diam, kemudian dia cakap, kenapa muka adik macam ini… adik tak mahu muka macam ini.
“Sebagai ibu, saya tak tipu saya banyak menangis, risau tengok keadaan dia macam itu. Saya tidak menyalahkan takdir cuma saya salahkan diri sebab leka. Kenapa masa dia garu hidung, demam banyak kali saya tidak periksa betul-betul?” tambahnya.
Berkongsi mengenai keadaan anaknya sekarang, Aimie Nadia berkata, doktor berjaya mengeluarkan cecair nanah yang berada pada muka Nur Faziqqyah Alina dan bengkaknya juga sudah beransur pulih.
Ibu kepada tiga anak itu turut berkongsi nasihat terhadap ibu bapa agar tidak mengambil mudah kesihatan anak-anak walaupun mereka hanya mengalami demam biasa.
“Jangan sambil lewa tambah lagi sekarang macam-macam penyakit. Mungkin anak demam biasa tetapi kena ambil tahu juga, jangan leka dan rajinkan membaca,” ujarnya.
Mengawal berat badan dan seterusnya memiliki berat badan yang ideal tentunya ada banyak cara dan amalan yang dilakukan. Selain melalui pemakanan yang sihat dan melakukan aktiviti bersenam, bahkan mengamalkan petua juga tidak kurang hebatnya dalam memberikan kesan pada tubuh badan.
Ini seperti mana kaedah mengamalkan petua yang dikongsikan oleh Aisyah Badar Bajrai . Menurutnya, minum air daun parsley yang dicampur dengan perahan lemon boleh memberi kesan pada sesiapa yang ingin menurunkan berat badan.
“Aisyah share petua kurus yang best tapi simple. Macam biasa, kita guna bahan simple-simple jek. Ramai bagi feedback berat badan turun 3-5 kg dalam masa 2 minggu bila konsisten buat petua ni,” ujarnya pada perkongsian di facebook.
TEH PARSLEY UNTUK KURUS
Bahan- bahan;
1 genggam daun parsley dengan batang ( boleh guna jenis daun flat atau yang bergulung)
1 hiris jus lemon
1 gelas air panas mendidih
Cara buat;
1.Rendam parsley dalam segelas air panas mendidih.
2.Bila teh parsley dah suam, masukkan jus lemon.
3.Minum masa perut kosong.
Teh parsley ni sebenarnya rendah kalori tapi kaya dengan macam-macam vitamin yang best macam vitamin A, B, C, K, potassium dan iron.
Parsley ni sebenarnya kaya dengan chlorophyll juga tau. Sebab tu dia boleh detox badan dan kuruskan badan. Bila minum teh parsley ni, korang akan kurang rasa craving dan dia bantu kontrol lapar. Selamat mencuba
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Nak berjaya dalam pelajaran? Ini nasihat Tun Dr Mahathir buat anak muda. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menitipkan nasihat bermakna buat generasi muda yang ingin cemerlang dalam akademik dan kehidupan, jangan cepat putus asa jika tercicir dalam pelajaran. Sebaliknya, terus berusaha dan ulang kaji pelajaran berkali-kali.