Ads

“Kalau Nak Jadi Ahli Sukan Kena Bijak”, Rita Rudaini Tegas Pendidikan Anak Tetap Nombor Satu

Setiap ibu bapa pasti mahu melihat anak-anak berjaya dalam bidang yang mereka minati. Begitu juga pelakon Rita Rudaini yang tidak pernah menghalang dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna, sekiranya mereka mahu menjadikan bidang sukan sebagai kerjaya profesional pada masa hadapan.

Bagi Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mokhtar, 50, dia sentiasa menyokong minat anak-anak. Namun dalam memberi sokongan, pelakon itu tetap tegas mengingatkan bahawa pendidikan tidak boleh sesekali diketepikan walau apa juga bidang yang ingin diceburi.

“Saya okay dengan pilihan anak-anak, cuma saya pesan kalau nak jadi ahli sukan, kena cerdik dan bijak. Pelajaran tetap perlu diutamakan,” katanya.

“Kalau Nak Jadi Ahli Sukan Kena Bijak”, Rita Rudaini Tegas Pendidikan Anak Tetap Nombor Satu

Rita Rudaini Sentiasa Sokong Minat Anak-Anak

Sebagai seorang ibu, Rita memahami setiap anak mempunyai minat dan impian tersendiri. Jika anak-anaknya cenderung ke arah sukan, Rita tidak melihat perkara itu sebagai halangan, sebaliknya memberi ruang untuk mereka meneroka potensi diri.

Namun bagi Rita, minat dan bakat sahaja tidak mencukupi. Untuk berjaya, anak-anak perlu mempunyai ilmu, disiplin dan kesungguhan. Pesanan itu bukan sekadar nasihat biasa, tetapi tanda kasih seorang ibu yang mahu memastikan masa depan anak-anaknya lebih terjamin.

Tambah Rita, anak sulungnya, Rayyan turut menyimpan impian untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan dan bercita-cita menyambung pelajaran di luar negara suatu hari nanti.

“Anak saya Rayyan pernah cakap dia minat bidang kejuruteraan dan kalau boleh mahu sambung belajar di luar negara. Saya sentiasa menyokong.

Ads

“Saya kata, kalau nak buat sesuatu, kena buat betul-betul. Tentang duit, jangan fikir. Itu mommy pandai-pandailah uruskan. Dia fokus belajar sahaja.

“Macam sekarang, dia cakap yuran tuisyen mahal. Memang mahal, tetapi saya pesan jangan fikir pasal itu. Belajar sahaja, duit biar saya yang cari dan fikir,” ujarnya.

“Kalau Nak Jadi Ahli Sukan Kena Bijak”, Rita Rudaini Tegas Pendidikan Anak Tetap Nombor Satu
Rita bersama anaknya

Belajar Sahaja, Duit Biar Mommy Cari

Kata-kata Rita itu cukup menyentuh hati. Sebagai ibu, dia mahu anak-anaknya memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran tanpa terlalu memikirkan soal kewangan. Biarpun sedar kos pendidikan hari ini bukan sedikit, Rita tetap mahu memikul tanggungjawab tersebut sebaik mungkin. Baginya, selagi mampu, dia akan berusaha mencari rezeki demi memastikan anak-anak mendapat pendidikan terbaik.

Rita Rudaini Tak Mahu Anak-Anak Terabai

Dalam masa sama, Rita mengakui bukan mudah untuk membahagikan masa antara kerjaya dan tanggungjawab sebagai ibu tunggal. Namun, dia sentiasa berusaha memastikan anak-anak tidak kekurangan kasih sayang dan perhatian.

Bagi Rita, bekerja mencari rezeki memang penting, tetapi masa bersama anak-anak juga tidak boleh diabaikan. Dia tidak mahu terlalu sibuk mengejar duit sehingga anak-anak terasa jauh atau terpinggir.

Ads

“Memang bekerja itu penting, saya keluar mencari duit, tetapi saya atur masa juga. Saya tak nak terlalu sibuk mencari duit sampai anak-anak terabai.

“Saya tak suka begitu kerana anak-anak perlukan kita juga. Kalau mereka di rumah, mereka suka ajak keluar, misalnya pergi minum kopi.

“Di situlah kami bercakap, bercerita dan bersembang macam kawan-kawan. Bagi saya, perkara itu penting. Kalau asyik cari duit sahaja pun tak boleh juga sebab saya takut jiwa anak saya kosong,” katanya.

Ads

Pendidikan Dan Kasih Sayang Sama Penting

Apa yang dikongsikan Rita menjadi peringatan buat ibu bapa bahawa dalam membesarkan anak-anak, pendidikan dan kasih sayang perlu berjalan seiring.

Menyokong minat anak adalah satu bentuk kasih sayang. Namun dalam masa sama, ibu bapa juga perlu membimbing agar anak-anak tidak leka dan tetap mempunyai asas pendidikan yang kukuh.

Begitu juga dalam soal mencari rezeki. Wang memang penting untuk memastikan keperluan keluarga mencukupi, tetapi kehadiran ibu bapa dalam kehidupan anak-anak tidak boleh diganti dengan apa pun.

Untuk rekod, Rita pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Aidil Zafuan Abd Radzak pada 2008 sebelum bercerai lima tahun kemudian iaitu pada 2013. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

BACA LAGI : Rita Rudaini Dakwa Sekolah Sorok Kes Buli ‘Bawah Karpet’-“Pelajar Senior Pukul, Ikat Pelajar Di Pokok..”

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

“Nak Jaga Ibu Ayah…” Impian Remaja Disleksia Jual Air Tembikai Buat...

Kisah Muhammad Zufar Azman, remaja disleksia yang menjual air tembikai bayar seikhlas hati, menyentuh hati ramai dengan semangat berdikari.