Pasti ramai yang geli bila banyak tahi cicak di tepi tingkap, tandas dan juga belakang langsir. Boleh hilang selera makan jugalah bila lihat kotoran najis ini.

Walaupun ia tidaklah membawa bahaya seperti lipas atau tikus, namun cicak masih lagi tergolong dalam kumpulan serangga perosak. kerana boleh mendatangkan penyakit.

Manakan tidak, haiwan ini makan lalat, nyamuk dan haiwan perosak lain. Jadi, bakteria daripada serangga yang dimakan cicak mungkin akan berkumpul di dalam tahinya.

Sebenarnya, ada banyak cara hilangkan tahi cicak di dinding. Anda boleh gunakan bahan-bahan yang ada di rumah atau guna sahaja khidmat profesional!

[TRENDING] Meremang Bulu Roma Dengar! Nyanyian Adik MZ Sekali Lagi Tarik Perhatian

[EKSKLUSIF] Kalau Nak Jadi Perdana Menteri Kenalah…Nasihat ‘Deep’ Tun M Kepada Umar

1. Kenal Pasti Dari Mana Cicak Masuk

Untuk kurangkan tahi daripada cicak di dinding rumah, pertama sekali anda perlulah tahu dari mana mereka masuk. Jangan lupa, cicak mempunyai badan yang fleksibel. Jadi, ia boleh masuk melalui rekahan-rekahan kecil di rumah.

Jadi, selepas anda kenal pasti dari mana cicak masuk, cuba tutup rekahan tersebut. Jika ia masuk dari tingkap, cuba pasang kasa dawai untuk menghalangnya daripada memasuki rumah.

IKLAN

2. Sembur Dinding Dengan Bahan Penjauh Serangga Semula Jadi
Anda tidak perlu berbelanja ratusan ringgit untuk halau cicak dari rumah. Sebenarnya, ada banyak bahan semua jadi yang anda boleh gunakan sebagai penghalau cicak.

Sebenarnya cicak tidak menyukai bau yang kuat dan pedas. Ada juga yang kata cicak tidak sukakan bau bawang putih dan bawang merah.

Cara pertama, cuba campurkan beberapa sudu serbuk cili di dalam air panas. Kemudian, sembur pada kawasan dinding, tingkap dan pintu.

Selain itu, anda juga boleh kisar bawang bersama air dan gunakan campuran ini sebagai semburan. Tapi jangan sembur banyak-banyak, berbau bawang pula rumah nanti!

Jika anda tidak mahu sembur rumah dengan bawang, hirisan bawang putih sudah memadai untuk menghalau cicak. Letak sahaja beberapa ulas bawang putih di kawasan yang dikehendaki. Pasti kurang tahinya nanti!

IKLAN

3. Letak Ubat Gegat Di Tempat Banyak Tahi Cicak
Jangan ingat ubat gegat berkesan untuk lipas sahaja! Ia juga boleh digunakan untuk menghalau semut, lalat, kupu-kupu dan juga cicak!

Tidak rugi jika anda beli ubat gegat sebungkus dua. Letakkannya di kawasan yang ada banyak cicak seperti di bawah sinki, bilik air, dapur atau di sekitar peti ais.

4. Gunakan Campuran Serbuk Kopi Dan Tembakau
Tahukah anda, campuran kopi dan tembakau sebenarnya berkesan untuk membunuh cicak! Tak percaya? Cuba letakkan kopi dan tembakau dalam kain nipis. Kemudian gantung di tempat yang ada banyak cicak.

Keesokan harinya, anda mungkin akan nampak banyak bangkai cicak bergelimpangan di sekitar kain tersebut.

Selain itu, anda juga boleh campurkan kopi dan tembakau dalam satu bekas. Sapukan gam pada hujung pencungkil gigi dan gaulkannya dengan campuran tadi. Letakkan umpan tersebut di kawasan kegemaran cicak seperti di belakang peti ais atau almari.

IKLAN

5. Kemas Rumah Untuk Elak Banyak Tahi Cicak
Kadangkala, cicak suka singgah sebab rumah kita bersepah! Cuba tengok kebun dekat luar, sudah berapa lama dibiarkan tak terjaga?

Jika ini yang berlaku, cuba habiskan masa hujung minggu untuk kemas rumah dan potong rumput yang tumbuh meliar di rumah.

Bersihkan kesan-kesan tahi yang melekat di dinding dan sembur dengan air bawang atau lada seperti yang diterangkan tadi.

Selamat Mencuba!

[TIP KEWANGAN]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Rupanya Guna Bawang Pun Boleh Untuk Halau Cicak! Hanya Sembur Pada Kawasan ‘Hotspot’

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI