Ads

5 Wanita Hebat Diraikan Soora Miguhara, Bukti Ibu Juga Mampu Bersinar Dalam Kerjaya

Kecantikan seorang wanita bukan hanya dinilai pada luaran semata-mata, sebaliknya terpancar melalui keyakinan, ketabahan dan kekuatan diri dalam menjalani pelbagai peranan kehidupan. Inilah mesej utama yang dibawakan menerusi Soora Miguhara Radiant Women 2026, sebuah acara yang meraikan wanita inspirasi daripada pelbagai latar belakang.

Menerusi penganjuran Soora Miguhara Radiant Women 2026, jenama kecantikan Soora Miguhara terus mengangkat makna kecantikan sebenar dengan meraikan lima wanita hebat yang mempunyai kisah, pengaruh serta kredibiliti tersendiri dalam bidang masing-masing.

Majlis penuh prestij itu berlangsung dalam suasana eksklusif di Aurum Theatre, The Gardens Mall, Kuala Lumpur dan menjadi platform penghargaan kepada wanita masa kini yang terus memberi inspirasi kepada masyarakat melalui pencapaian, ketabahan serta sumbangan mereka.

5 Wanita Hebat Diraikan Soora Miguhara, Bukti Ibu Juga Mampu Bersinar Dalam Kerjaya

Soora Miguhara Radiant Women 2026 Raikan Wanita Yang Terus Bersinar

Mengangkat tema “Radiant Women 2026”, majlis ini meraikan wanita yang bukan sahaja dikenali kerana bakat, kecantikan dan pencapaian, malah kerana perjalanan hidup mereka yang sarat dengan disiplin, keberanian, ketabahan serta impak positif kepada masyarakat.

Lima nama yang diberi penghormatan sebagai Top 5 Radiant Women Soora Miguhara 2026 ialah Dr Fie Tawfek, Mek Dinda, Ika Nabila, Mimi Haris dan Nabila Razali.

Ads

Setiap penerima hadir dengan kekuatan tersendiri merangkumi bidang profesional, kesihatan, seni, kandungan digital, keusahawanan dan hiburan. Mereka membuktikan bahawa wanita hebat mampu bersinar dalam pelbagai bentuk dan peranan, termasuk sebagai seorang ibu, usahawan serta figura awam yang menjadi inspirasi ramai.

5 Wanita Hebat Diraikan Soora Miguhara, Bukti Ibu Juga Mampu Bersinar Dalam Kerjaya
Puan Fatin Alawiah Founder Soora Miguhara 

Lima Wanita Inspirasi Dengan Kisah Tersendiri

Pemilihan lima wanita ini dibuat berdasarkan nilai radiant yang dibawa dalam kehidupan dan kerjaya masing-masing. Mereka bukan sekadar dikenali sebagai figura popular, tetapi turut mempunyai kisah perjuangan, daya tahan dan keberanian untuk terus berkembang walaupun berdepan pelbagai cabaran.

Dr Fie Tawfek diraikan atas sumbangannya dalam dunia kesihatan dan keusahawanan, manakala Mek Dinda diiktiraf atas keberaniannya membina nama dalam dunia kecantikan digital.

Pelakon Ika Nabila pula dihargai atas konsistensinya dalam seni lakonan serta perkongsian bermakna mengenai dunia keibubapaan. Kehadirannya membuktikan bahawa seorang ibu juga mampu kekal aktif, relevan dan terus memberi impak dalam kerjaya seni.

Ads

Sementara itu, Mimi Haris diraikan atas bakat versatilnya dalam dunia hiburan dan pengacaraan, selain berjaya mengimbangi tanggungjawab sebagai ibu serta wanita bekerjaya.

Nabila Razali pula diangkat sebagai figura seni yang terus relevan, berdisiplin dan memberi inspirasi kepada generasi muda. Beliau menjadi contoh bahawa kejayaan dalam kerjaya dan kehidupan berkeluarga mampu bergerak seiring dengan komitmen serta perancangan yang baik.

Soora Miguhara Perkenal MIGUHARA Vita Shine Intensive Cream

Selain meraikan lima wanita inspirasi ini, Soora Miguhara turut memperkenalkan produk terbaharunya iaitu MIGUHARA Vita Shine Intensive Cream.

Produk ini diperkenalkan sebagai sebahagian daripada komitmen jenama tersebut dalam menawarkan solusi penjagaan kulit yang lebih menyeluruh buat wanita moden yang mengutamakan kesihatan kulit.

Ads

Krim ini diformulasikan untuk membantu mencerahkan kulit kusam, meratakan tona kulit, mengurangkan penampilan tompok gelap serta memberikan hidrasi agar kulit tampak lebih sihat, segar dan berseri.

Antara ramuan utama yang digunakan termasuk Chamomile Extract, Vitamin Tree (Sea Buckthorn Extract), Niacinamide, Ceramide NP, Sodium Hyaluronate dan Centella Asiatica Extract.

Formulasi ini sesuai digunakan bagi kulit kusam, kering, sensitif serta tona kulit yang tidak sekata, sekali gus melengkapkan aspirasi Soora Miguhara dalam meraikan kecantikan semula jadi wanita.

Wanita Hebat Wajar Terus Diraikan

Soora Miguhara Radiant Women 2026 membuktikan bahawa Soora Miguhara bukan sekadar sebuah jenama kecantikan, tetapi turut memahami nilai wanita dari sudut yang lebih mendalam. Acara eksklusif ini menjadi lambang penghargaan kepada wanita yang terus melangkah, membina nama, mengurus cabaran dan tetap bersinar dengan cara mereka sendiri.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

Sebelum Sakit, Hafeez Al-Bukhary Pernah Jaga Ayah Uzur, Bakti Seorang Anak...

Hafeez Al-Bukhary Zulkefly menghembuskan nafas terakhir selepas berjuang melawan kanser usus besar tahap empat. Kisah bakti Allahyarham menjaga ayahnya yang uzur turut menyentuh hati ramai.