Setiap orang ada minat yang tersendiri. Ada yang suka melakukannya bersendirian dan ada yang suka melakukan bersama kumpulan.
Malah bagi yang obses dengan aktiviti yang mereka minati, mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk merealisasikan minat mereka itu termasuk mengeluarkan wang yang banyak.
Seperti yang berlaku di Damansara Avenue baru-baru ini, ia sememangnya menjadi port peminat-peminat kereta berkumpul kerana saiz parkir terbukanya yang boleh memuatkan kereta yang banyak.
Bagaimanapun kehadiran mereka membuatkan penduduk di kawasan perumahan berdekatan berasa kurang senang, lebih-lebih lagi mereka membuat bising dengan membuat ‘pop & bang’ pada waktu lewat malam.
Baru-baru ini tular satu klip video seorang lelaki marah peserta & pengunjung yang didakwa membuat bising sehingga mengganggu penduduk kawasan setempat.
Ads
Di dalam video berkenaan lelaki itu menegur orang ramai di situ sambil menunjukkan sekeping kertas yang didakwanya satu laporan polis mengenai aktiviti gathering tersebut.
Tindakan lelaki itu disambut baik oleh netizen, bukan sahaja berani menegur geng kereta terbabit seorang diri, bahkan untuk ‘keamanan’ penduduk setempat di situ yang sudah lama berhadapan dengan isu yang berulang itu.
Ads
Ada juga netizen menyatakan tidak salah untuk membuat car gathering kerana masing-masing mempunyai minat tersendiri, namun jangan abaikan kesejahteraan orang sekeliling.
Tidak kiralah berapa mahal harga kereta yang dibawa semasa perjumpaan, pastikan rasa ‘hormat’ dan ’empati’ terhadap orang lain turut dibawa bersama.
Tak ramai anak muda yang sanggup berkorban masa depan semata-mata untuk menjaga ahli keluarga yang ramai dan sakit.
Namun bagi gadis ini, dia lebih memantingkan keluarganya dari masa depan sendiri kerana rasa tanggungjawab yang menebal dalam hatinya.
Menerusi perkongsian video di TikTok yang dimuat naik oleh ibu gadis itu, anaknya yang akan memasuki tingkatan empat mendapat tawaran dari Kolej Vokasional Tanjung Puteri dalam kursus Teknologi Automotif.
“Bila keluar keputusan, barulah dia cakap ‘siapa nak bantu mama dan ayah uruskan Nenek Ani? Siapa nak uruskan adik-adik?’
“Patutlah beriya tak nak masuk kolej,” demikian antara kapsyen yang ditulis si ibu.
Wanita bernama Farisa Karmila itu berkata, dia sendiri terkesima bercampur sebak selepas anak sulungnya, Nur Faieza Farisa Mohd Fariduddin Fawwaz memilih untuk mengutamakan keluarga berbanding perkara yang melibatkan masa depannya.
“Sebenarnya sebelum Along mohon kolej, dia tanya dulu dan saya setuju saja. Selepas menjawab ujian kemasukan kolej, dia kata tak jadi nak masuk tapi tak cakap sebab.
“Kemudian selepas dapat panggilan interview, sekali lagi cakap tak jadi pergi kalau dapat. Saya tanya ‘Along nak kerja ke?’ tapi dia masih tak cakap sebabnya. Bila keluar keputusan pada 17 Mac baru-baru ini, saya tanya lagi sekali.
“Terus dia cakap siapa nak jaga adik-adik dan Nek Ani. Saya rasa sedih bila dengar kata-katanya. Dia pilih untuk utamakan keluarga ketika remaja lain teruja nak capai impian, tapi dia tolak,” ujar wanita berusia 34 tahun ini mengenai anak sulungnya yang digelar Along.
Menurut Farisa yang merupakan ibu kepada lapan cahaya mata, Along merupakan seorang anak yang sangat bertanggungjawab, ringan tulang dan tidak pernah merungut meskipun masa remajanya banyak dihabiskan untuk keluarga.
“Along ada tujuh adik dan sebagai kakak, dia banyak membantu jaga adik-adik. Selain itu, dia juga jaga nenek saudaranya, Nek Ani yang terlantar sakit. Kami menjaga Nek Ani sejak 10 tahun lalu.
“Sebab terbiasa tengok saya dan suami uruskan Nek Ani, dia tak kekok langsung mandikan, bersihkan, bagi makan untuk Nek Ani lebih-lebih lagi bila saya sibuk berniaga makanan.
“Kadang-kadang dia bantu kami berniaga juga. Ada masa dia keluar juga dengan kawan-kawan tapi lebih banyak masanya untuk keluarga,” ujar ibu kepada cahaya mata berusia antara enam bulan hingga 16 tahun ini.
Bagaimanapun ujar Farisa, dia dan suami memujuk anak sulung mereka agar menerima tawaran tersebut demi masa depannya.
“Bahkan Nek Ani pun pujuk dia. Kami kata, urusan di rumah, biarlah mama ayah dan adik-adik yang dah besar uruskan. Akhirnya selepas dipujuk, Along akur untuk terima tawaran itu,” ujarnya yang menetap di PPR Kempas, Johor Bahru.
Farisa menambah, Along akan mendaftar masuk ke kolej berkenaan pada 27 Mac ini.
Tidak menyangka perkongsian kisah Along meraih melebihi 1.2 juta jumlah tontonan, Farisa berkata dia terharu apabila mendapati rata-rata warga maya memberikan komen positif dan sokongan buat anak sulungnya itu.
“Alhamdulillah saya bersyukur dengan komen yang positif. Malah ramai yang mendoakan kejayaan Along. Semoga doa itu semua berbalik kepada mereka juga.
“Saya sekadar kongsi video itu untuk dijadikan kenangan. Dalam masa yang sama, mahu sampaikan mesej positif kepada orang lain. Tak ramai remaja yang sanggup nak jaga orang tua sebab sebenarnya ia tak mudah.
“Mudahan secara tak langsung, menerusi video ini, saya dapat berkongsi nilai-nilai murni dengan orang lain,” akhirinya.
Peningkatan usia membuatkan banyak perubahan dalam diri kita. Tidak terkecuali rambut kita yang selama ini hetam mekar akan mula memutih.
Pastinya perkara ini akan memberi kesan kepada seseorang. Bukan sukar menerima kenyataan tetapi faktor ini jika berlaku secara drastik mungkin akan memberi tekanan serta menjejaskan imej seseorang.
Siapa sangka, rupanya penembuhan uban ini boleh dielakkan jika kita sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat lebih-lebih lagi kurang memakai produk yang mengandungi chemikal.
Ada juga petua lain yang sangat efektif serta murah iaitu dengan hanya menggunakan daus kari sahaja. Nak tahu bagaimana caranya?
PETUA ELAK UBAN SEMAKIN BANYAK
“Wow, berkilat rambut Cik Pah! Panjang lebat dan tak ada uban. Macam mana Cik Pah jaga?
Rambut pun tak makan usia ya? “Saya bertanya terkejut melihat rambut wanita yang berusia nak masuk usia 55 tahun yang saya panggil Cik Pah.
Kami saling mengenali sudah lama. Dulu Cik Pah ini pernah membuka saloon rambut di sekitar Kuantan pada awal tahun 90 an. Akhirnya Cik Pah tutup perniagaannya sebab suaminya sakit. Cik Pah menjaga suami dan terpaksa ulang alik ke hospital.
Baru-baru ini saya terjumpa Cik Pah semasa kenduri di rumah kawan. Kebetulan Cik Pah mengambil wuduk. Sempat mata saya menjeling melihat rambut Cik Pah ketika membuka tudungnya. Macam rambut orang muda.
Tak ada uban berkilat hitam yang pasti bukan warna rambut. Asli hitam. Jeles lah.
Cik Pah rupanya ada resipi turun temurun yang di amalkan olehnya sekeluarga. Apa lagi, bila balik rumah saya terus mencuba resipi ini.
Bahan-bahan:
1. 3 tangkai daun kari. Ambik daun sahaja
2. 3 sudu besar plain yogurt.
Cara membuat:
1. Blenderkan keduanya sampai sebati.
2. Kemudian sapukan pada kulit kepala dan rambut dengan urutan yang lembut.
3. Biarkan selama 30 minit . Barulah dibilas basuh dengan syampu sehingga bersih.
4. Amalkan seminggu 1 kali.
Hasilnya, cara natural untuk penjagaan rambut.
Info tambahan:
Merujuk kajian dari India yang dilaporkan kepada Journal of Pharmacognosy and Phytochemistry, daun kari membantu mencegah uban rambut pra-matang dan hasilnya rambut masih kekal warna hitam, lebat dan berkilat dengan kandungan Vitamin B dalam daun kari.
Sekumpulan 21 murid dan empat guru taman bimbingan kanak-kanak (tabika) KEMAS di Kampung Klang Gate di sini menempuh detik cemas apabila bilik darjah mereka dinaiki banjir kilat susulan hujan di Lembah Klang, sejak awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, berkata beberapa lokasi di sekitar kawasan itu dinaiki air susulan kejadian limpahan air sungai berhampiran.
Beliau berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan Indah serta BBP Ampang dikerah ke lokasi terbabit sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 10.12 pagi.
“Komander operasi melaporkan banjir dianggarkan pada paras pinggang (dewasa) menaiki empat rumah dan sebuah Tabika KEMAS.
“Pihak bomba mengarahkan penghuni rumah untuk pindah ke balai penghulu dan mengeluarkan 21 pelajar serta empat guru,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Keadaan anak-anak ini yang terpaksa naik ke atas meja turut tular di media sosial. Bagaimanapun kesemua murid dan guru-guru telah dibantu dan dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat.