Sejak pagi tadi, isu rumah tangga Syamsul Yusof dan Puteri Sarah kembali hangat apabila Syamsul memuat naik gambar isteri-isterinya di laman Instagram miliknya.

Posting tersebut telah mendapat maklumbalas dari kedua-dua isterinya namun seperti yang dijangka adalah respon dari Puteri Sarah Liyana yang merupakan isteri pertama pengarah tersohor ini.

Puteri Sarah telah minta untuk dilepaskan kerana tidak rela hidup bermadu.

Menurut Sarah, sehingga kini suaminya masih lagi mendiamkan diri dan tidak ada sebarang perbincangan di antara mereka selepas suaminya itu membuat mengumuman sudah menikahi Ira Kazar pada hari Jumaat yang lalu.

Melalui posting tersebut, ramai rakan artis yang memberikan semangat padanya dan apa yang menarik perhatian ramai adalah komen dari ibu Syamsul Yusof.

[TRENDING] Hanya 15 Minit, Daging Liat Dapat Dilembutkan

IKLAN

“Puteri Sarah Liyana berhak untuk bahagia sebagai isteri dan ibu yang melahirkan Syaikul dan Summayyah. Langsung tidak dihargai segala pengorbanan! Kebahagiaannya telah dirampas dengan kejam oleh mereka.”

“Dia ditinggalkan terpakai-kapai menguruskan anak-anak yang sedang membesar! Adilkan semua ini?”

‘Dia Ditinggalkan Terkapai-kapai Menguruskan Anak-anak Yang Sedang Membesar. Adilkan Semua Ini?’ – Ibu Syamsul Yusof

Dalam pada itu, penyanyi Lufya turut menasihatkan Puteri Sarah agar menghentikan kemelut rumah tangga mereka dan berhak untuk hidup tenang.

IKLAN

[BIAR BETUL] ‘Baru Tahu Peel Anak-Anak.’ Awal Ashaari Kongsi Pengalaman Bercuti Tanpa Pengasuh

Kata Lufya, dia tidak mahu melihat Sarah dan anak-anaknya menjadi bahan fitnah dan harus menghentikan segala drama.

“Make a full stop dear. Jangan layan”drama” ni lagi. U n kids bukan mainan media. Hidup dengan tenang dan focus rangka masa depan anak-anak lebih baik sayangku. Biarkan dorang dalam dunia yang sementara ini. Tak mau tengok u n kids jadi bahan fitnah lagi Sarahku Sayang. Keep ur faith in Islam, Allah & Rasul. Lots Of love”

IKLAN

Harap pergolakan rumah tangga di antara mereka ini mendapat kata persetujuan yang mendamaikan tanpa persengketaan.

‘Dia Ditinggalkan Terkapai-kapai Menguruskan Anak-anak Yang Sedang Membesar. Adilkan Semua Ini?’ – Ibu Syamsul Yusof

[MESTI BACA]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

‘Dia Ditinggalkan Terkapai-kapai Menguruskan Anak-anak Yang Sedang Membesar. Adilkan Semua Ini?’ – Ibu Syamsul Yusof

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI