Macam mana nak bersihkan bantal begini? Nah! Boleh cuba cuci bantal ini ikut cara yang dikongsi oleh Nismira melalui akaun TikTok miliknya. Menggunakan 3 bahan hasilnya bantal penuh peta memang bertukar bersih.
Bantal bila bersarung memang nampak elok tapi cuba buka sarung, macam ‘peta’ penuh dengan kesan kotor. Kalau dah bertahun-tahun guna lagilah, akan ada tompokan kuning kesan dari rambut yang basah, air liur dan sebagainya. Malah ada yang berbau.
Cara Bersihkan Bantal Kotor Dan Berbau
* Sediakan baking soda, borax, sabun pencuci dan air.
* Masukkan bantal dalam bekas/ besen muat untuk rendam bantal.
* Isi air dan masukkan baking soda, borax serta sabun pencuci.
* Kocak-kocakkan supaya bahan pencuci rata.
Biarkan dalam bekas dan balik- balikkan. Hasilnya boleh dilihat dalam beberapa minit saja. Kotoran akan tanggal dan air pun bertukar warna.
Ads
Bila nampak bantal dah bersih, boleh buang air kotor tadi dan bilas.
Kemudian boleh dijemur hingga kering. Hasilnya memang puas hati.
Ads
Cara Bersihkan Bantal Kotor Dan Berbau – Kata Nismira setiap 3 bahan yang digunakan itu ada fungsinya, baking soda untuk naikkan warna putih, manakala borax untuk hilangkan bau busuk sementara pencuci untuk bersihkan kotoran.
Bolehlah tidur dengan selesa malam2 tanpa bau yang tidak menyenangkan..
Sejak tular video seorang jutawan yang membelikan wang bonus secara tunai sebanyak RM 10000 kepada 3 pembantu rumahnya serta percutian mewah, ramai yang tertanya-tanya siapakan usahawan tempatan yang dimaksudkan.
Melihat pada kemurahan hatinya menghargai pembantu rumah yang selama ini menguruskan rumah dan anak-anak dengan sebaiknya, ramai yang mendoakan agar wanita ini menjadi inspirasi kepada usahawan-usahawan yang lain.
Tidak ada salahnya jika kita berkemampuan dan menghulurkan pada yang memerlukan. Selain dapat membantu, kita juga dapat mendapat pahala kerana menggembirakan mereka.
Menerusi video yang dikongsikan di aplikasi TikTok @farahwen, usahawan ini dilihat menawarkan hadiah bonus sebanyak RM30,000 kepada 3 pembantu rumahnya.
Bukan itu sahaja, pembantu rumahnya turut dibawa bersama bercuti di sebuah pulau yang menawarkan penginapan yang begitu mewah. Lebih hebat, perjalanan menuju ke tempat penginapan mewah ini dibawa dengan menaiki helikopter.
Kemewahan yang dilimpahkan buat ketiga-ketiga pembantu rumah beliau ini sekaligus membuatkan para netizen teruja serta menjadikannya sebagai inspirasi kerana jarang ada majikan yang menghargai pekerja seperti ini.
Bagi yang ingin mengetahui siapakah usahawan ini, beliau pernah tular suatu ketika dulu apabila baju raya yang berharga RM 20 000 tertumpah kuah minyak. Pada ketika itu, beliau masih belum sempat bergambar dengan baju rayanya itu.
Paling menyedihkan apabila kotoran tersebut tidak dapat dicuci pada baju yang dibuat dari sutera itu.
Nahas jalan raya, tujuh mangsa maut, dua beradik belum tahu ibu bapa sudah tiada. Dua kanak-kanak yatim piatu yang masih menerima rawatan di Hospital Melaka belum dimaklumkan mengenai pemergian ibu bapa mereka dalam kemalangan meragut tujuh nyawa itu.
Muhammad Uwais Al-Qarni Khairul Ikhwan, 7, masih di unit rawatan rapi (ICU) manakala adiknya Nur Sofea Humaira, 4, telah ditempatkan di wad biasa hospital sama.
Exco Kesihatan Sumber Manusia dan Perpaduan, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, saat ini adalah lebih penting untuk menjaga emosi kanak-kanak itu lebih-lebih lagi mereka dalam keadaan kesakitan.
Menurutnya, Nur Sofea baru sahaja selesai menjalani pembedahan susulan paha retak pada pagi Rabu, manakala Muhammad Uwais Al-Qarni yang berada di ICU masih menunggu masa untuk menjalani pembedahan.
“Mereka belum tahu lagi (pemergian ibu bapa) walaupun mereka sedar kerana kita tak mahu menganggu emosi mereka.
“Kita tak mahu ganggu emosi Muhammad Uwais yang mengalami kecederaan parah di paha kanannya apabila tulangnya pecah,” katanya.
Hee Sem yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Jaya berkata, kesemua penumpang bas warga Singapura yang cedera telah dibenarkan pulang.
Ujarnya, selain dua beradik terbabit, seorang lagi pemandu lori membawa muatan pakaian terpakai dan tercedera dalam kemalangan itu masih dirawat di Hospital Melaka.
“Pemandu berusia 27 tahun itu berada dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di ICU setelah mengakami cedera parah terutamanya di bahagian kaki,” ujarnya lagi.
Media sebelum ini melaporkan tujuh termasuk lima sekeluarga maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan termasuk sebuah treler dan bas pelancong di Kilometer 204.0 Lebuhraya PLUS arah utara di sini, pada Isnin.
Turut maut pemandu bas pelancong, Noorisnien Khamid, 56; dan penumpang bas yang merupakan warga Singapura, Lamrah Asid Ali, 66.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, siasatan awal mendapati sebuah lori jenis Foton dan bas pelancong yang membawa 27 penumpang dalam perjalanan dari utara menghala ke selatan manakala kenderaan MPV Toyota Estima sebuah treler jenis Nissan dan Perodua Bezza menuju ke arah utara.
Menurutnya, setiba di lokasi kejadian, tayar hadapan sebelah kanan lori Foton yang dipandu lelaki berusia 31 telah tercabut dan berada di atas jalan di lorong tengah.
Katanya, bagaimanapun bas pelancongan yang tiba di tempat kejadian telah terlanggar tayar tersebut lalu hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum melanggar penghadang jalan dan bertembung dengan kereta Perodua Bezza serta Toyota Estima yang dinaiki lapan sekeluarga itu.
“Akibat kemalangan itu, tujuh mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital Melaka dan Alor Gajah untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.
Baru-baru ini, di laman TikTok, seorang wanita bernama Siti Nur Ahmad yang merupakan pemilik stesen minyak di Pendang Kedah telah mendedahkan bahawa dia menerima sampul misteri berisi wang RM1000 pada hari Ahad lalu.
Kandungan sampul itu amat mengejutkan dan pengirimnya adaah bekas pekerja di stesen minyak itu.
Pengirin talah menceritakan kesalahan yang pernah dilakukan dan ingin mengganti semula semua wang yang telah di ambil.
“Cara dia ambil duit itu saya tak dapat ceritakan lanjut, tapi sewaktu dia kerja dulu dia pernah ambil duit dan barang-barang.”
Jelas pemilik stesen minyak ini lagi, dia menganggap kejadian ini sebagai lumrah dalam dunia perniagaan dan berharap kisah tersebut menjadi inspirasi kepada orang luar agar bekerja dengan amanah.
“Sejujurnya saya terkejut dengan kiriman sampul ini. Mungkin pelaku rasa bersalah, dulu masa dia buat kesalahan , dia masih muda. Baru lepasan SPM, tak matang lagi.”
“Sekarang mungkin dia dah berjaya, dia boleh fikir kesilapan yang pernah dibuat dan mahu tebus semula. Mungkin dia menyesal dengan tindakannya dulu.”
“Iyalah sebab duit ini akan menjadi darah daging dan akan di soal di akhirat kelak. Insya Allah, saya halalkan kepada staff ini atas apa yang berlaku dulu.”
Siti turut berpesan kepada orang di luar sana agar sentiasa berpegang pada amanah dalam menjalankan tugas masing-masing.
“Kita kena ada sifat amanah dan tanggungjawab untuk berjaya pada masa depan. Kena percaya yang rezeki Allah it luas. Rezeki yang halal dan berkat ini sangat penting sebab ia akan jadi darah daging.” Jelas Siti yang telah mengusahakan stesen minyak tersebut sejak 13 tahun yang lalu selepas mengambil alih operasi dari ayahnya yang telah membukanya 37 tahun yang lalu.