Pelakon, Zizan Razak dipuji ramai kerana membahagiakan ibunya dengan menghadiahkan ibu tersayangnya sebuah kereta Mercedes.
Menerusi akaun Tik Tok abang Zizan, @hafizarazak869, detik indah dan menyentuh hati itu dikongsikan mereka sekeluarga.
Difahamkan, ibu Zizan, Anai Ibrahim pernah mengimpikan untuk memiliki kereta Mercedes GLC300 itu.
Menerusi video yang dikongsikan, Zizan pada awalnya hanya membawa ibunya ke showroom kereta dengan alasan untuk mencuci mata dan melihat-lihat kereta yang di pamerkan di sana.
Ads
Bagaimanapun ibu Zizan amat terkejut dan terharu bila mana diberitahu bahawa kereta jenis Mercedes GLC300 itu merupakan hadiah Zizan buat ibunya.
Kegembiraan jelas terpancar malah ibu Zizan mengalirkan airmata tanda terharu dengan hadiah yang begitu bermakna dalam hidupnya.
Meninjau di ruangan kapsyen, rata-rata pengikut setia anak kelahiran Dungun, Terengganu itu dipuji ramai kerana membahagiakan ibunya.
Ads
Malah abang kepada Zizan turut sama memuji usaha keras dan sikap penyayang adiknya.
“Alhamdulillah adik. Along bangga dengan adik. Banyak tolong kami. We love you my adik,” tulisnya.
Pengorbanan seorang wanita yang bernama isteri dan ibu ini tidak terhitung nilainya. Mengandung, melahirkan, membesarkan dan mendidik anak-anak segalanya dilakukan tanpa berkeluh kesah sedikit pun. Demi melihat orang yang disayangi hidup bahagia dan selesa, seorang isteri sanggup berkorban segalanya.
Demikian juga dengan wanita bernama Datuk Seri Dr Wan Azizah ini. Bukan semua wanita mampu melakukan sepertinya. Tolak ke tepi bab politik, namun sebagai isteri dan ibu dia telah melakukan yang terbaik usai suaminya dipenjarakan.
Anak-anak berjaya di bawah bimbingan dan didikannya. Bukan itu sahaja, mereka banyak mewarisi keperibadian ibu mereka ini baik dari segi penampilan mahupun pertuturan. Perkongsian dari Dr Syahr Musafir cukup menarik untuk dibaca tentang bagaimana keperibadian Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai seorang ISTERI, IBU dan juga PEMIMPIN.
Moa bermanfaat untuk kaum wanita diluar sana dalam mencontohi wanita cekal ini.
Jarang-jarang sekali bersembang tentang politik, tetapi musim-musim PRU sebegini memang ‘kena’ sembang bab politik. Suka atau tak suka, kena ambil tahu. Setuju atau tak setuju, dengar dulu…
Satu hari isteri saya berseloroh, “Abang, Sayang baca artikel pasal bagusnya cara Tun Dr Siti Hasmah #TDSH bertanggungjawab check and balance kepada Tun Dr Mahathir #TunM yang selalu sibuk urus negara sejak join politik…”
Berperwatakan kering seperti biasa, saya sekadar memberi jawapan, “Betul dah tu. Bukan senang nak jadi isteri seorang Perdana Menteri #PM.”
Pendek jawapan saya. Memberi respon sekadar itu, tak menoleh ke arahnya pun.
Isteri saya diam. Suasana sunyi. Dan si dia masih diam walaupun selepas beberapa minit.
Pelik.
Saya rasa ada sesuatu yang tak kena, saya menyambung, “Bonda Tuan Sabariah #BTS isteri Tuan Guru Nik Aziz #TGNA pun bagus.”
Isteri saya diam juga.
Alahaiiiiii… Merajuk ke ni?
Saya pandang isteri, nampak isteri pandang ke lain. Sah! Memang sah merajuk.
Alamak, camne nak pujuk?
Saya pandang ke isteri, walaupun wajahnya tak memandang saya.
“Politic aside, Abang sangat selesa pada seorang isteri kepada seorang ahli politik Malaysia. Nak cerita sikit ni, nak dengar tak? Kalau tak nak dengar, Abang tak cerita…” saya memulakan bicara.
Isteri dah mula menoleh, walaupun baru sipi-sipi. Taktik memujuk berjaya!
Saya menyambung, “Ada tiga sebab, kenapa Abang rasa Datuk Seri Dr Wan Azizah #DSWA adalah contoh isteri yang baik.”
Isteri saya terus palingkan muka memandang tepat ke arah saya dan tunjuk minat. Confirm dia tak sangka saya nak cerita pasal DSWA, isteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim #DSAI ini.
“Pertama, sebab tudung bawal DSWA. Tak tahu harganya berapa sehelai, mungkin beribu-ribu, mungkin hanya RM10, tetapi pakai bawal nampak sederhana dan rendah diri. Lengkap pula baju kurung atau kebarung ringkas yang selalu DSWA pakai, nampak merendah diri sangat.
Kedua, sebab kemenjadian anak-anak. Nurul Izzah, Nurul Nuha, Nurul Iman, Nurul Ilham, Nurul Hana, semua tampak solehah bertudung, educated, alhamdulillah. Ehsan Anwar pun OK. Sehebat manapun si ayah, si ibu adalah madrasah utama anak-anak. Apabila melihat anak-anak yang berjaya, kita kena puji ibu mereka dahulu, sebelum puji ayah mereka.
Ketiga, sebab DSWA lambang seorang isteri yang sangat-sangat setia…,” saya berhenti. Bukan sebab tarik nafas atau sengaja berhenti, tetapi sebab saya rasa sebak.
Isteri saya memandang tepat ke mata saya.
“Wanita mana sanggup bersuamikan seorang lelaki yang dituduh peliwat, satu dunia tahu isu ini, dicemuh, dihina, dipenjarakan, diperkatakan…. Tetapi DSWA tetap ada di situ. Daripada seorang oftalmologis (doktor pakar mata) menjadi seorang ahli politik menubuhkan sebuah parti politik kerana mahu membela nasib suami. Abang tak tahu dari mana DSWA dapat kekuatan untuk PERCAYA pada suaminya itu dan KUAT berusaha untuk mencari keadilan buat suami. Abang tak nak cerita pasal DSWA hebat atau lemah dari segi percaturan politik, tetapi Abang memang admire dan amaze dengan KESETIAANNYA SEBAGAI ISTERI KEPADA SUAMI. Unbelievable, but true.”
Isteri masih pandang mata saya, saya menyambung dengan kata-kata tersekat, “Abang doa Sayang isteri Abang yang akan setia, percaya dan sokong Abang walaupun JIKA ada suatu hari nanti Abang difitnah, dihina, dibuang, atau apa saja berlaku, Sayang tetap percaya pada kejujuran Abang sebagai seorang suami dan sebagai seorang manusia.”
Rasa sebak tadi berpindah menjadi titisan berkaca di kelopak mata. Subhanallah. Jika tadi hanya nak pujuk, kini sudah bertukar jadi sesi luah rasa antara suami dan isterinya.
Percayalah, Datuk Seri Wan Azizah memang ikon isteri setia sepanjang zaman. Just imagine how strong she has been…. Ingat senang ke nak stay strong bilamana suami dalam penjara dan seluruh Malaysia mempersoalkan apa, bila, di mana bla bla bla atas segala pancaroba yang berlaku? Dengan nak urus anak lagi. Fuh! SUSAH. But she has always been there by his husband’s side.
Moga setiamu hingga ke syurga…
Isteri saya kembali tersenyum, bukan sebab isteri saya suka tudung bawal dan bukan sebab isteri saya jual tudung bawal #ZawjahHijab, tetapi sebab suaminya ini bersembang dengannya. Terapi seorang isteri tak semestinya belikannya hadiah, tetapi memadai apabila suaminya melayan perbualan bersamanya. #TipsMemikatHatiIsteri
Taktik memujuk selesai dan berjaya, tetapi bukan sekadar taktik kosong sebab suami ini pun rasa terisi minda dan hati daripada perbualan tadi… Alhamdulillah.
Hari ini pasca-PRU14, lambat betul angkat sumpah PM baru, saya berseloroh kepada isteri, “Kalau DSWA yang jadi PM baru, memang betul-betul sejarah tercipta sebab ubah kerajaan selepas 60 tahun dan PM wanita pertama selepas 60 tahun. Heheh…”
Disclaimer: Ini bukan post politik, ini post pasal suami isteri. Terima kasih.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dalam kesibukan dengan urusan kerjayanya, Lan Solo atau nama sebenar Mohd Razlan Mohamed Yusof hari ini bersama isteri dan anak-anak menjejakkan kaki ke tanah suci bagi mengerjakan umarah.
Berita tersebut dikongsikan oleh Lan menerusi instagramnya pagi tadi. Lan dan Sheila dikurniakan empat cahaya mata, Nur Amna Qaleesya, 8, Nur Amna Qeesyara, 6, Muhammad Akid Qassyaff,4, dan Nur Amna Quxandra yang berusia setahun.
Assalamualaikum..
Hari ni..8 sept 2019, Ahad..
Kami sekeluarga akan berangkat ke tanah suci utk menunaikan umrah.
Dgn rendah hati, sy mewakili isteri serta anak2 memohon semua sama2 berdoa agar perjalanan umrah kami mudah dan lancar.
Sbg manusia,kami tidak sempurna dan tidak lepas drpd melakukan kesilapan.
Dgn kesempatan ini, dpt la andainya semua yg membaca ini memaafkan segala kekhilafan kami, dr segala segi.
Terlanjur perbuatan,terlanjur tuturkata,terhina tanpa sengaja,tutur bicara yg menghiris hati sesiapa,terusik harta, terlebih kira, terdgr berita yg tidak sepatutnya. Mohon juga halalkan makan minum kami seikhlas hati serta segala yg keruh dapat dijernihkan dr hati ke hati.
Seandainya perjalanan ini adlh perjalanan terakhir kami, dapatlah kiranya sejuta keburukan kami dapat dilenyapkan mungkin dgn hanya satu kebaikan yg pernah kami lakukan sekiranya ada.
Semoga perjalanan kami ke tanah suci, penuh dgn redha dan berkat illahi.
Siapa yang mengikuti laman sosial Ozlynn dan Johan, mesti akan familiar dengan cara mereka mendidik anak-anak. Tahun lalu, anak sulung mereka, Ariq berangkat ke luar negara bagi melanjutkan pengajiannya di Dublin, Ireland dalam bidang perubatan.
Sesekali, ibu kepada 6 orang anak ini akan memuat naik tentang anak sulungnya di sana yang sentiasa menghubungi mereka sekeluarga meskipun berjauhan.
Baru-baru ini, Ozlynn berkongsi tangka layar perancangan belanja bulanan kasar yang dibuat dan dilapor oleh Ariq kepadanya sehingga membuatkan dia sebagai seorang ibu tersentuh. Terutamanya satu petikan ayat
Money doesn’t grow on the trees so spend wisely, your parents aren’t rich, you have 5 siblings to take care of!!!
“Dia anak yang ajar kami semua perkara jadi baharu, dia yang merasa segala kesusahan dengan kita orang jugak, dia jugak anak yang selalu kena belasah dengan papa, dan dia jugak anak yang selalu papa sebut-sebut dan bangga pada semua orang.
“Ya, dia anak yang semakin meningkat dewasa, semakin menyenangkan hati. Alhamdulillah. Banyak jugak yang kita orang belajar bila dia semakin besar,
kadang kami alpa dan setiap kali diuji. kami juga belajar perbaiki setiap kesilapan dan kekurangan. dia jugak anak yang buat kami belajar banyak perkara,” tulis Ozlynn.
Dalam pada itu, Ozlynn turut mendoakan perjalanan hidup anaknya dipermudahkan dan dipenuhi dengan kejayaan.
“Tapi ingatlah, Allah sentiasa menguji hamba Nya untuk menjadi yang terbaik disisi Nya. Dan Allah tidak melihat bagaimana hamba Nya diuji tapi Allah
melihat bagaimana hamba Nya menghadi ujian itu.
“Sesungguhnya setiap amalan kita bukanlah untuk mencari syurga, akan tetapi setiap amalan kita adalah untuk mencari reda Allah kerana kita ke syurga atas keredaan Allah.
Papa and mama love you.. Berjayanya kamu dalam pelajaran adalah bonus buat papa dan mama, tapi berjayanya kamu dalam agama adalah syurga dunia buat kami. Jadilah manusia yang sentiasa merendah diri..insha-Allah senang hidup mu nanti,” tambah Ozlynn.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.