Masa kecil, anak-anak memang sentiasa ‘melekat’ dengan kita, kan? Mama jadi pusat dunia diorang semua nak buat sama-sama, nak peluk, nak dekat, sampai kadang mak tak ada ruang nak bergerak.
Tapi bila anak dah mula bersekolah, tiba-tiba perasan hubungan makin renggang. Aktiviti banyak dengan ayah, tugasan sekolah pun ayah yang teman. Rasa seronok juga sebab ada sikit masa untuk diri sendiri, tapi dalam diam, terasa juga hati bila sedar kita bukan lagi pilihan utama diorang.
Sebenarnya, ini semua adalah proses semula jadi dalam perkembangan anak. Ada fasa-fasa tertentu di mana keperluan dan fokus mereka berubah.
Dari bonding erat dengan ibu masa kecil, hinggalah ke fasa remaja yang lebih cenderung kepada kawan-kawan. Mari kita faham lebih mendalam tentang peringkat-peringkat ini dan bagaimana peranan kita sebagai ibu bapa berubah mengikut usia mereka.
Ikuti perkongsian dari Puan Wawa Shuaqi ini mengetahui lanjut fasa perkembangan anak.
Lepas anak-anak mula masuk darjah 1, diorang banyak habiskan masa dengan ayahnya. Dah tak rapat dah dengan saya macam dulu.
Padahal, kalau ingat fasa berkepit dengan saya dulu, punyalah takut mak hilang. Tiga-tiga anak macam tu. Sampai mak nak ke bilik air pun jenuh.
Nak buat aktiviti, nak mintak tolong, nak tidur, nak makan, semua nak dengan mama.
Tapi bila mula bersekolah, slowly diorang banyak habis masa dengan ayah. Main bola dengan ayah. Buat kerja sekolah dengan ayah. Repair basikal dengan ayah. Tengok tv pun dengan ayah.
Lama-lama, saya mula rasa bebas sikit. Makin kurang tekanan. Tapi sedih juga. Sebab terasa kedudukan dah jatuh di tempat yang kedua.
Ads
Rupanya, anak-anak ni memang ada stage dia. ——‐—————————-
1.Fasa 0-7 Tahun: Hubungan Akrab dengan Ibu
Dalam tahun-tahun pertama anak, anak-anak memang perlukan ibu. ‘Bonding’ tu dah mula ada sejak anak dalam rahim.
Bila anak lahir, naluri kita sebagai mak bertambah kuat. Sampai anak nangis, kita kalut bangun nak angkat dan susukan.
Jangan matikan naluri tu. Sebab anak perlukan kewujudan kita untuk bina attachment yang sihat. Yang akan bantu perkembangan emosi dia. .
2. Fasa 7-12 Tahun: Ayah Sebagai Role Model
Ads
Lepas tu, bila dah masuk sekolah, anak mula pandang ayah sebagai contoh. Ayahlah hero.
Masa ni, ayah-ayah kena betul-betul main peranan. Kena banyak luang masa dan berkomunikasi dengan anak.
Anak akan belajar banyak tentang tanggungjawab dan disiplin bila buat aktiviti dengan ayah.
Ayah yang banyak terlibat dalam hidup anak pada tempoh ni, akan bantu anak develop keyakinan diri. .
3. Fasa 14 Tahun ke Atas Pengaruh Kawan dan Kehidupan Sosial
Bila dah remaja, anak-anak mula cari identiti diri. Kawan-kawan jadi pengaruh besar dalam hidup diorang.
Ads
Kalau mak ayah banyak terlibat dalam hidup anak pada 2 fasa sebelum ni, insya Allah mereka lebih terjaga.
Waktu inilah, didikan agama mak dan ayah terasa dicabar. Sebab anak dah start nak jadi satu level dengan kawan-kawan dia.
Tapi, kita mak ayah jangan letih menasihat dan membimbing. Belum masanya lagi untuk kita nak putus asa pada diorang.
Walaupun kawan-kawan lebih diorang utamakan, tapi insya Allah semua nilai yang kita tanam sejak kecil akan tetap jadi panduan mereka. .
Sampailah anak akan berhenti ‘menguji’ sabar kita pada umur 25 tahun. (Mudah-mudahan)
Kenapa 25 tahun? Dalam bidang neurosains, sekitar umur 25 tahun inilah peringkat otak dah capai titik usia matang. Otak dah fully develop.
Waktu ni baru anak akan berhenti rebel dan mula nampak pengorbanan mak ayah dia dulu. Dah mula buat keputusan yang baik untuk future.
Apa yang penting, kita parents kena usaha sentiasa hadir dan terlibat dalam hidup anak. Walaupun ada waktu, kita rasa letih dan payah sampai banyak air mata tumpah.
Moga Allah izinkan kita terus kuat berjuang mendidik anak-anak.
Sumber: FB Wawa Shauqi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pelakon, Puteri Aisyah tampil berkongsi wajah terkini si comel kesayangannya dan suami, Muhammad Faliq yang kini berusia empat bulan.
Menerusi satu entri terbarunya, ibu cantik jelita ini memuat naik beberapa keping gambarnya bersama Faliq.
Paling menarik perhatian pastinya badan semangat Faliq yang begitu semangat dan kini semakin membesar.
Tak hairanlah buat ramai peminat dan pengikut Puteri Aisyah geram.
Faliq kelihatan begitu comel dengan kemeja T hijau yang dipadankan bersama seluar biru, sambil dipangku kemas ibunya.
Meninjau di ruangan komen rata-rata wargamaya teruja melihat perkembangan sihat Faliq yang kini semakin sihat membesar dengan badan berketak-ketak miliknya.
Terdahulu, Puteri Aisyah selamat melahirkan cahaya mata pertamanya, Muhammad Faliq yang dilahirkan pada 4 April 2024 lalu.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Suatu ketika dulu pernah tular di dada-dada akhbar apabila seorang bayi perempuan berusia 8 bulan parah apabila cedera parah di betis kanan dan beberapa jari kirinya hampir putus selepas diserang seekor monyet liar di rumahnya di Jalan Dato’Mohd Shah, Batu Pahat, Johor.
Kejadian yang berlaku pada tahun 1998 itu pastinya merupakan detik hitam dalam keluarga ini. Namun siapa sangka, setelah 25 tahun berlalu, bayi itu kini bergelar doktor (Al-Hafizah)
Kisah ini telah dikongsikan oleh kakak kepada Dr Fatin Nabihah (Al-Hafizah) Binti Hj Kamarudin iaitu Annie SK bahawa adik bongsunya yang juga anak kesembilan ini baru sahaja selesai konvokesyen dan berjaya menamatkan pelajaran dengan cemerlang dalam Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBCh), Universiti Al-Azhar.
Inilah baby girl yang menggemparkan Malaysia in 1998 di muka depan suratkhabar dan masuk semua newspaper dan berita TV dengan tajuk “bayi parah dibaham kera”.
Alhamdulillah finally..
Dr Fatin Nabihah (Al-Hafizah) binti Hj Kamarudin. The youngest of bin/binti Kamarudins. Bongsu nombor 9. Born 1997.
Pendidikan: 2002: Tabika Perpaduan Gunung Soga 2003-2008: Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB), Batu Pahat – UPSR 5A 2009-2013: Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor (SMAKJ), Kluang – SMRA Pelajar Terbaik Negeri Johor, SMA Mumtaz & SPM 10A 2014-2015: Darul Quran JAKIM – Hafazan Quran 30 juzuk 2015: UIA course Law (tolak) 2015: UPNM Medic (few months je) 2016-2022: Universiti Al-Azhar Medic
Antara Malaysian medic students Al-Azhar yang dapat program pertukaran belajar ke Mexico. Syukur selesai semua.
Terdahulu mengimbau kejadian tragedi tersebut, kejadian berlaku kira-kira jam 9.15 pagi, Fatin Nabiha tidur dalam buaian di ruang tamu rumah manakala kakaknya Laila Mastura, 7 dan abangnya Mohd Faiz, 5 bermain berhampiran buaian sebelum monyet liar tersebut menyerang.
Monyet liar tersebut dipercayai masuk menerusi tingkap di sebuah bilik.
Bila anak tidur berdengkur ibu bapa perlu hati-hati kerana ada sebabnya ia berlaku yang berkaitan dengan kesihatan anak.
Ikuti perkongsian Doktor Ezairy M. Salih yang sungguh bermanfaat.
5 sebab kenapa anak kita berdengkur?
Ada antara anda yang yang ada masalah ini. Jom lihat lima perkara di bawah.
1. Masalah berat badan. Berat badan berlebihan akan menyebabkan gangguan pada salur pernafasan dan mengakibatkan masalah dengkur bertambah teruk
2. Tonsil yang besar. Ini menyebabkan halangan berlaku semasa proses pernafasan. Berdengkur boleh berlaku.
3. Adenoid besar. Struktur adenoid terletak di bahagian nasopharynx iaitu di belakang hidung. Pembesaran pharyngeal tonsil ini boleh mengakibatkan masalah berdengkur juga
4. Terlalu letih. Otot dan tisu yang lemah akibat terlalu letih akan mengakibatkan gangguan semasa bernafas ketika tidur. Berdengkur akan berlaku
5. Masalah pada hidung. Polyp atau apa-apa masalah di rongga hidung juga boleh menyebabkan masalah dengkuran.
Bagaimana langkah rawatan dan penyelesaiannya?
Dapatkan pemeriksaan bersama doktor. Anda akan dibantu. Merawat segala punca masalah adalah langkah paling terbaik.
Turunkan berat badan, aktif bersukan, rajin guna ubat doktor beri dan lain-lain.
Moga bermanfaat. Sila #kongsi kepada orang yang anda sayang.
Dr Ezairy M.Sallih
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di