“Malam tu anak saya menjerit. Dia mengadu sakit sangat telinga. Demam. Tak boleh nak tidur.”
Ini antara gejala yang sering juga dialami oleh pesakit yang mengalami masalah ‘acute otitis media’.
Menerusi facebook milik Dr Ezairy M. Sallih boleh dijadikan panduan supaya ibu ayah jangan buat tak tahu bila anak mengadu sakit telinga.
Ini sebabnya!
Ads
Apakah sebenarnya masalah ini?
‘Acute otitis media’ merupakan jangkitan yang berlaku di bahagian telinga tengah pesakit.
Sesiapa pun boleh alami masalah ini. Tetapi kanak-kanak kalau kena, memang kasihan. Sakit. Tak boleh tidur jadinya.
Ads
Apa rawatannya?
Biasanya kami di ENT akan lakukan pemeriksaan telinga pesakit, kami akan tanya cerita pesakit, dah berapa lama masalah ni, pernah tak alami masalah sama sebelum ni…
Ubat titis antibiotik kebiasaannya akan diberi. Jika ada masalah pada hidung juga yang kami suspect menjadi punca, ubat untuk hidung akan diberi juga. Ubat makan juga mungkin perlu diberi.
Ads
Jika anak-anak sampai jadi tak aktif, demam panas,’kami suspect mungkin ada komplikasi, sesetengah kes perlu dimasukkan ke dalam wad. Ini jarang, tetapi perlu juga dilakukan jika ada tanda komplikasi ke bahagian mastoid atau ke dalam otak.
Kawan-kawan, jangkitan telinga ni tak boleh diambil mudah. Kalau anak mengadu apa-apa, dengarlah rintihan mereka. Langkah awal kita as a parent, mungkin boleh membantu. Mungkin boleh mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
.
Sumber: Dr Ezairy M.Sallih
Pakar Bedah Telinga, Hidung & Tekak
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Khasiat dan manfaat daripada mengamalkan air rebusan kunyit atau jus kunyit untuk penjagaan kesihatan dalaman wanita, tentu sudah ramai mengetahuinya.
Apatah lagi menjadi kelaziman orang Melayu kita untuk diamalkan semasa berpantang agar luka bersalin cepat sembuh.
Pun begitu, tahukah anda selain teknik direbus untuk mendapatkan khasiat kunyit, menurut saintis Dr Suri Roowi terdapat beberapa perkara perlu difahami dalam menyediakan jus kunyit ini agar khasiatnya dapat dikekalkan.
Nak tahu apakah teknik dan tipsnya, jom kita baca perkongsian penuh daripadanya.
BAGAIMANA TEKNIK SEBENAR SEDIAKAN JUS KUNYIT UNTUK MANFAAT KESIHATAN?
Kajian menunjukkan memasak kunyit yang di’blend’ dapat tingkatkan bahan berkhasiat (kurkumin) di dalam air rebusan.
Ia juga tingkatkan kemampuan bahan berkhasiat untuk melawan sel-sel kanser selain bertindak sebagai antioksidan.
Memasak kunyit dalam masa singkat (kurang 10 minit) TIDAK memusnahkan bahan khasiat kurkumin, sebaliknya akan tingkatkan keboleh-serapan bahan berkhasiat dalam darah.
2. Merebus kunyit lama (lebih 15 minit) pula akan kurangkan khasiat kunyit sehingga 50%. Memanggang akan turunkan khasiat sehingga 75% manakala menggoreng @ menumis akan kurangkan khasiatnya sehingga 98%
3. Menurut Saintis dari Institut Penyelidikan Teknologi Makanan, Mysore, India, memasak kunyit untuk tempoh lama akan menyebabkan kehilangan bahan berkhasiat sehingga 53%. Walau bagaimanapun, kehilangannya dapat diturunkan kepada 30% jika kunyit dimasak @ rebus BERSAMA ASAM JAWA.
3. Bahan berkhasiat kurkumin bersifat lipofilik (suka pada minyak) jadi, untuk tingkatkan penyerapan bahan khasiat dalam darah, kunyit sebaiknya diambil bersama sedikit minyakzaitun atau susu. Penggunaan santan pada kadar sederhana juga dibolehkan.
4. Meminum jus kunyit bersama serbuk lada hitam juga dapat meningkatkan penyerapan bahan berkhasiat dalam kunyit. Kajian menunjukkan bahan piperine (bahan berkhasiat dalam lada hitam) dapat tingkatkan penyerapan bahan berkhasiat kunyit (kurkumin) sehingga 2000%.
Kajian yang dilakukan oleh Saintis China pada tahun 2015 juga mendapati gabungan kunyit dengan lada hitam DAPAT TINGKATKAN penyerapan bahan khasiat kunyit dengan ketara, DAPAT ELAKKAN PEMBESARAN BATU HEMPEDU dan DAPATKAN TURUNKAN LEMAK dan KOLESTEROL DARAH
5. Cadangan dos: 1 kunyit sebesar ibu jari dengan 1 mug air + sedikit lada hitam atau asam jawa dan diminum 2x sehari. Boleh juga diambil bersama susu segar.
BOLEHKAH KITA MEMINUM JUS KUNYIT BERSAMA UBATAN MODEN @ MEMINUMNYA PADA KADAR TINGGI?
1. Elakkan pengambilan jus kunyit bersama ubat-ubatan moden dan suplemen cair darah, suplemen antiplatelet dan ubat antikencing manis.
2. Penggambilan jus kunyit semata (100% kunyit) yang terlalu banyak boleh meningkatkan risiko batu karang. Ini kerana kunyit tinggi bahan oksalat, bahan ini dapat mengikat kalsium dan membentuk kalsium oksalat (batu karang) dalam ginjal atau pundi kencing.
Satu badan anda gatal dan mungkin sudah berjangkit kepada ahli keluarga yang lain? Ini mungkin “kudis buta”. Gatalnya tidak dapat dibawa bincang dan apabila garu akan sampai berdarah. Ini pesanan dari Dr Ahmad Sahman untuk merawat kudis buta.
Kudis buta atau nama lainnya, “scabies” adalah keadaan kegatalan pada permukaan kulit yang digigit oleh kutu “sarcoptes scabiei”.
Apabila dilihat di bawah mikroskop, kutu ini berbadan bulat dan mempunyai 8 kaki. Kutu ini betina dan akan menggorek masuk ke dalam kulit untuk bertelur dan mati kemudian. Apabila telur menetas, ianya akan menjadi kutu dan akan menyebabkan kegatalan.
Bagaimana boleh berjangkit?
Ia sangat mudah berjangkit melalui sentuhan langsung kulit seseorang dengan orang yang mengalami kudis buta. Kutu ini boleh didapati pada tuala, selimut, baju atau cadar yang diguna pesakit kudis buta dan boleh hidup selama tiga hari dan kemudiannya akan mati.
Ia akan hidup lebih panjang jika mampu menumpang pada ‘perumah baru’ dan boleh hidup lebih 30 hari !
Jangkitan scabies biasanya berlaku di tempat-tempat awam seperti taska dan tadika, sekolah, asrama dan pusat-pusat penjagaan yang mana orang ramai kerap berhubungan dan berinteraksi antara satu sama yang lain.
Ruam scabies biasanya melibatkan celah-celah jari tangan dan kaki, ketiak, pusat, kawasan pinggang, kemaluan dan celah paha, manakala sangat jarang melibatkan muka dan kepala.
Bagaimana ingin merawatnya?
Rawatan pertama: Menggunakan losyen anti scabies
Losyen Permethrin 5%:
– Sesuai digunakan kanak-kanak 2 bulan ke atas dan wanita mengandung
– Sapu dan biarkan semalaman
– Contoh: A-Scabs lotion
Emulsi Benzyl Benzoate (EBB) 25%:
– Sapu dan biarkan pada kulit 24 jam, kemudian mandi.
– Dewasa (12 tahun ke atas): pakai losyen 25% tanpa perlu di campur dengan air
– Kanak-kanak (2-12 tahun): campur losyen dengan air pada nisbah 1:1 (kepekatan jadi 12.5%)
– Bayi (2 bulan ke atas): campur losyen dengan air pada nisbah 1: 3 (kepekatan jadi 8.3%)
– Jika perlu, ulang rawatan selepas 5 hari penggunaan kali pertama.
– Contoh : Scabitone Emulsion, RidPed
Losyen Lindane 1%:
– Sapu dari bahagian leher hingga ke tapak kaki. Biarkan pada kulit 8-12 jam, kemudian mandi.
– Digunakan sekiranya losyen permethrin dan benzyl benzoate gagal merawat kudis buta.
– Elak gunakan pada wanita hamil serta menyusu anak, bayi pramatang, pesakit sawan, individu dengan masalah kulit (atopic dermatitis, psoriasis).
– Contoh : Scaboma Lotion
Rawatan kedua: Jangan berkongsi tuala, baju atau tempat tidur dengan pesakit kudis buta.
Rawatan ketiga: Elak hantar kanak-kanak yang dijangkiti dari sekolah atau tempat asuhan sehingga selesai rawatan.
Rawatan keempat: Semua ahli keluarga perlu dirawat pada masa yang sama, tidak kira sama ada mereka ada rasa gatal atau tidak.
Rawatan kelima: Basuh semua pakaian dengan air panas pada suhu 60 darjah celcius.
Semoga bahan bacaan kali ini dapat memberi manfaat buat anda dan keluarga.
KELUARGA INSPIRASI selami perkongsian eksklusif keluarga dan kerjaya daripada figura yang pernah menjadi fenomena Bonda Rozita, Encik Azmi Zainal, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim, Datuk Rashid Sidek dan Ustazah Asma Harun.
Saksikan setiap jam 2.30 petang pada 12-16 September 2022 hanya di facebook keluargamagazine. Jangan ketinggalan ok!
Mengawal pengambilan makanan adalah kunci utama untuk kejayaan pesakit diabetes dapat mengawal kandungan gula dalam darah.
Dan tahukan anda, penemuan kajian terkini mendapati bahawa pengambilan jus buah (walaupun ia buah yang segar) jika secara berlebihan boleh menyebabkan peningkatan risiko penyakit diabetes.
Info ini turut dikongsikan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad, bersama kita baca perkongsian ini dan beringat jika ada ahli keluarga yang berisiko mendapat diabetes untuk lebih menjaga dan mengawal pemakanan.
BOLEHKAH JUS MENYEBABKAN DIABETES?
Kajian terbaru yang dilakukan para santis dari Harvard T.H Chan School of Public Health, Boston, Amerika Syarikat, mendapati bahawa pengambilan jus buah (walaupun ia buah yang segar) jika secara berlebihan boleh menyebabkan peningkatan risiko penyakit diabetes.
Sebelum ini, kita mengetahui hanya minuman yang ditambah gula seperti teh tarik atau air bergas didapati menjadi punca kepada penyakit diabetes. Namun penemuan terbaru ini sangat mengejutkan kerana jus buah-buahan dikatakan sebagai minuman yang segar dan banyak khasiat.
Dalam kajian yang diterbitkan dalam journal Diabetes Care ini, menyebutkan bahawa jus buah-buahan juga boleh meningkatkan risiko penyakit diabetes.
Menurut Dr Jean Philippe Drouin-Chartier, ketua bagi saintis yang terlibat dalam kajian ini memberitahu bahawa minuman manis, termasuk jus buah segar boleh menyebabkan penyakit diabetes. Sebaiknya kita menggantinya dengan minuman yang lebih sihat seperti air putih, dan teh atau dan kopi tanpa gula.
Fakta perlu tahu
Beberapa fakta yang perlu ketahui untuk kita selamat mengambil jus buah-buahan ini.
1. Pengambilan jus buah-buahan boleh diambil dengan syarat serat buah-buahan ini tidak dipisahkan bersama dengan jusnya. Perbuatan mengasingkan serat dari jusnya akan meningkatkan kadar penyerapan gula ke dalam darah.
2. Tidak mengambil jus buah-buahan secara berlebihan. Bagi kanak-kanak yang berusia kurang dari 6 tahun, American Academy of Pediatrics menyarankan hanya mengambil jus buah-buahan sebanyak 100 hingga 170 gram setiap hari. Sementara kanak-kanak yang berusia 7 hingga 18 tahun, boleh mengambil antara 200 hingga 350 gram dalam sehari. Bagi orang dewasa, pengambilan jus buah-buahan tidak melebihi 2-3 gelas dalam sehari.
3. Tidak menambah gula dalam jus buah-buahan itu yang akan meningkatkan tahap karbohidrat dan kalori dalam minuman itu.
4. Tidak minum jus buah-buahan di waktu pagi ketika perut kosong jika kita alahan terhadap buah tersebut, sebagai contoh jus nenas yang mungkin akan menyebabkan rasa kembung perut.
5. Tidak menyimpan jus buah-buahan yang telah disiapkan terlalu dalam dalam peti sejuk. Sebaiknya menghabiskan jus tersebut dalam masa 4 jam setelah disiapkan.
6. Beberapa jenis buah seperti mangga, avokado, nangka, atau durian mempunyai tahap karbohidrat yang tinggi. Seeloknya jus buah-buahan yang tinggi karbohidratnya tidak diambil bersama dengan makanan yang berat, contohnya makan tengahari.
Saya sendiri berpendapat bahawa pengambilan jus buah-buahan tidak akan berbahaya jika diambil dengan sederhana dan tidak memisahkan jus dari seratnya.
Pengambilan jus buah-buahan secara berlebihan terutama jus buah-buahan yang mempunyai nilai karbohidrat yang tinggi sudah tentu memberikan kemudaratan kepada peminumannya terutama pesakit diabetes.