Usah pandang ringan jika anak anda tersedak setiap kali minum susu atau menjamah makanan kegemarannya. Jangan kata bayi, kanak-kanak berusia tiga tahun ke atas juga berisiko mengalami masalah ini.
Banyak kematian melibatkan bayi tersedak susu dicatatkan di negara kita. Hal ini membuktikan masalah anak tersedak dan tercekik makanan adalah masalah yang tidak boleh dipandang ringan.
Apa yang perlu anda lakukan jika anak kecil anda tercekik dan tersedak serius yang serius?
#Langkah 1 – Halakan Kepala Ke Bawah
Bagi bayi di bawah umur 1 tahun, sebaiknya anda menepuk di belakang badan menggunakan tapak tangan sehingga lima kali sehingga bayi anda mengeluarkan sendawa.
Dengan menggunakan lengan dan paha anda, posisikan kepala dan muka bayi menghala ke bawah dan tepuklah sebanyak lima kali.
Ads
#Langkah 2 – Elak Keluarkan Objek
Jika anak-anda tersedak atau tercekik, tetapi masih boleh bernafas dan bercakap, ini bermakna laluan pernafasan masih ada. Ketika ini jangan cuba mengeluarkan objek atau makanan yang tersekat kerana ia mungkin akan menolaknya lebih dalam lagi.
Apa yang perlu anda lakukan adalah mencuba untuk anak kecil anda batuk dengan sendirinya sehingga dia benar-benar pulih. Biarkan dia bernafas seperti biasa.
Ads
#Langkah 3 – Menekan Perut
Jika kanak-kanak itu masih dalam keadaan sedar tetapi tidak boleh bernafas atau bercakap atau mukanya sudah mula menjadi biru, apa yang perlu anda lakukan adalah menggunakan teknik menekan perut. Namun anda harus melakukan teknik yang tepat.
Sebagai ibu, tidak salah jika anda mempelajari teknik ini supaya mampu menyelamatkan anak kecil anda.
Ads
#Langkah 4 -Minta Bantuan Kecemasan
Namun jika anak anda sudah tidak boleh bernafas, ada baiknya anda segera meminta bantuan kecemasan.
Pastikan anda menyimpan nombor kecemasan seperti nombor hospital terdekat atau ahli keluarga dan jiran yang dirasakan mampu membantu anda. Sementara menunggu bantuan kecemasan tiba, kaedah paling tepat adalah melakukan kaedah CPR kepada anak kecil anda.
Kanak-kanak?
Bagi kanak-kanak pula, apa yang anda boleh lakukan adalah dengan memeluk anak dari belakang dan letakkan tangan di bawah dadanya atau di atas perut.
Kemudian tarik atau ‘sentak’ sedikit kuat supaya makanan yang tersangkut terkeluar dengan sendirinya. Lakukan beberapa kali supaya keadaan anak kembali pulih. Buat dengan yakin.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sudah tentu ramai yang tahu bahaya ketagih minum ketum. Malah sudah kes menunjukkan beberapa kematian (pengambilan ketum bersama dadah yang lain) pernah direkodkan akibat ketagihan ketum.
Terbaru menerusi Agensi Anti Dadah Kebanggsaan Daerah Besut mendedahkan luahan hati seorang isteri mengenai suaminya ketagih minum air ketum. Kisah masyarakat ini memang real berlaku dalam kehidupan kita.
Perkongsian Agensi Anti Dadah Kebanggsaan Daerah Besut ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai bahaya air ketum ini.
LUAHAN ISTERI TENTANG SUAMI KETAGIH MINUM AIR KETUM
Suami saya memang minum ketum sebelum kawin lagi. Alasan dia untuk tenaga lelaki dan untuk kerja.
Sekarang kami dah ada anak. Anak dah nak masuk 2 tahun. Saya nampak perubahan ketara pada suami sejak saya pregnant. Dia semakin panas baran. Stok ketum tak pernah putus. Dalam peti sejuk penuh dengan air ketum.
BADAN SUSUT
Badan dia semakin susut. Dari size pinggang 40 jadi 34. Boleh nampak tulang dah. Selera makan pun kurang. Dia asyik dengan air ketum. Saya tengok dia minum kalah orang minum air masak. Setiap jam nak kena minum.
Duit gaji tak pernah cukup. Saya sedih bila nampak mesej kawan dia mintak hutang. Suami beli ketum sampai berhutang. Hisap rokok pun makin kuat.
ABAIKAN KELUARGA
Duit belanja dapur pun tak bagi. Sewa rumah pun saya bayar. Bila tanya mesti kena marah. Sampai dah nak naik tangan. Saya stress.
Saya tak tahu macam mana lagi nak selesaikan masalah ni. Saya nak semua ni selesai cepat. Anak saya semakin membesar. Saya tak mahu anak saya terganggu emosi.
Panjangkan luahan ni. Inilah luahan hati seorang isteri.
Anda yang kaki ketum anda rasa anda sakit jika tak ambil ketum. Tapi sebenarnya anda sedang menghancurkan masa depan keluarga anda juga.
Bukan mudah sebenarnya nak turunkan berat badan seperti yang kita ingini. Nak nak pula jenis yang metabolisme rendah. Ini semua bergantung kepada usia dan juga cara kita melakukannya.
Bagi yang kebanyakannya gagal mendapatkan berat yang diingini, ia mungkin berpunca daripada diri sendiri yang tidak mahu meneruskan proses diet atau dengan erti kata lain tidak konsisten.
Cara mudah untuk anda turunkan berat badan adalah dengan perbetulkan amalan gaya hidup anda. Kerana gaya hidup menjadi satu kebiasaan dan ia akan membuat anda tidak rasa terbeban untuk diet semata-mata.
Apa yang kita perlu untuk penurunan berat badan yang optimum bukanlah mengurangkan pengambilan kalori semata-mata; kita memerlukan satu gaya hidup sebagai penyelesaian yang akan menyokong usaha kita supaya lebih mudah.
Jom ikuti tips diet yang dikongsikan oleh Cik Alia Amira Rohadi. Semoga ia memberi inspirasi kepada anda yang ingin kurus.
Macam tak percaya, gadis ini berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10 kg dalam masa sebulan sahaja!
Tak percaya? Cuba tengok gambar di bawah. Terbukti kan?
Mari ikuti 10 tips diet daripadanya.
10 TIPS DIET HILANGKAN 10KG DALAM 1 BULAN. TANPA UBAT!
Assalamualaikum, Bismillahirahmanirahim (90kg-58kg) 32kg = Loss 10kg in 1 month
Haaa sebelum tu nak cakap dulu, tips diet ini BERGANTUNG kepada metabolisma, kerajinan serta disiplin yang kuat tau!
Mula-mula, kena detox dulu badan tu haaa. (Maksudnya pastikan banyak buang air besar)
Tahu ke idok brape tan matrix lemak2 serta ? yang menapak & beranak-pinak dekat usus tu? So! Korang boleh google tau.
Jus lemon adalah antara air detox yang boleh diamalkan.
Pengambilan diet seharian yang saya amalkan ni kalau korang nak tukar or untuk breastfeding mom boleh lebihkan portion protein (better refer pakar / dietition dulu)
Pagi:
Sebelum pukul 9 pagi (kalau utk pesakit kencing manis whole grain bread tau?.. Kalau yg memang manis muka dia tu.. Roti gardenia kosong tu jee haa?)
Lunch:
Nii kalau hari2 makn telor goreng nanti jadi sadoo jangan salahkan sis yee???
Dinner:
(Ehh plisss,, jangan gtal2 nak makan pizza kaa nugget ka malam2 ni acah-acah mat salleh tau)
Jaga pemakanan dan diet untuk cepat hamil
Dalam sehari kena ambil 2-3 liter air suam / day ni wajibalghunoh utk yg nak loss weight10kg/month.
Korang boleh google jgk macam mana nak kira berapa liter air utk dperlukan oleh badan dan cara nak divide. (Tak adalah nanti ulang alik tandas je…)
Saya memang tekankan pengambilan Green Tea.
Bukan kata mnum Green Tea tak jaga makan, tak senam tuptup turun 20kg. Ehh memang idokkk ler..
Ia MEMBANTU meningkatkan metabolisma selain itu dia jgk bantu dalam weightloss.
Saya peminat Green Tea Ahmad ?blh dptkan di Tesco atau Aeon atau boleh beli dengan Muhammad Harith Syazwan.
Setiap hari korang WAJIB workout 30min/day.
Untuk perempuan boleh lah nak zumba.
Haaa ni kalau yang keje ofis tu mohon buat lebih, sebab korang kurang bergerak berbnding cikgu atau nurse yang selalu ke hulu hilir ni..
Bangunn je dari tidur sebelum korang pergi toilet, sebelum gosok gigi, terus minum air kosong agak2 dalam 2-3 gelas ( kalau air suam, amaaaat dan sangat digalakkan)
Korang boleh search kebaikan minum air selepas bngun tidur. Banyak manfaatnya.
Kalau seminggu korang blh loss cuma 3kg, Janganlah sedih dulu! Kalau 4 minggu dah dapat berapa? Haaa gitu.
Gambar Cik Alia Amira sebelum diet dan paling terkini. / Foto Kredit: FB Alia Amira Rohadi
Satu lagi nak pesan ni, jenis yang tak kuat semangat atau cepat down.. Please, sayang cari kekuatan kamu.
Kalau ada awak tu suami yg ade isteri gemuk, jangan dihina badannya. Tapi temanlah dia buat zumba atau jagakan anak masa dia tengah workout tu! (Kan nampak sawitdisitu.. Hahahaha)
Benar setiap yang bernyawa itu pasti mati. Ajal maut itu rahsia tuhan. Namun bukan perkara mudah untuk seseorang hadapi jika insan yang pergi adalah orang yang paling rapat. Apatah lagi jika dia adalah pasangan hidup kita.
Melalui pengalaman getir ini, telah dikongsikan oleh Encik Khairul Abdullah di akaun fbnya setelah isterinya dijemput Ilahi pada Ogos yang lalu.
Saya selalu membayangkan yang abah atau emak yang akan pergi dahulu. Lazimnya begitulah kerana faktor usia mereka yang semakin tua.
Jadi saya cuba bersedia dari segi emosi dan fizikal jika perkara itu terjadi. Saya sudah ada skrip tentang bagaimana ianya berlaku dan apa yang harus saya lakukan.
Namun, pemergian seorang isteri adalah perkara terakhir yang saya jangkakan. Tidak pernah membayangkan yang dia akan pergi secepat itu.
Demi Allah saya tidak bersedia.
Namun itulah hakikat yang saya dan anak-anak perlu terima. Setiap yang hidup pasti akan mati. Kami akur kami redha.
Sepanjang hidup saya, sudah ramai saudara mara dan sahabat handai yang telah pergi dahulu. Ramai juga yang telah saya bantu sempurnakan jenazah mereka hingga ke kuburan.
Sudah agak biasa bagi saya memandikan jenazah dan masuk ke liang lahad. Saya cuba menabur bakti buat kali terakhir untuk semua yang saya kenali dan sayangi.
Namun menguruskan arwah isteri adalah sesuatu yang diluar jangka.
Di dalam keadaan yang masih terkejut dan sangat berduka, saya mencuba yang sebaiknya. Memandikan jenazah isteri adalah suatu pengalaman yang sebolehnya tidak ingin sama sekali untuk saya lalui.
Pahit dan luluh melihat sekujur tubuh yang tidak lagi bernyawa yang pernah meneman siang dan malam saya selama belasan tahun.
Pilu ketika menggosok dan membersihkan tangan kaku yang pernah menyuapkan makan ke mulut ini, yang menggosok baju yang dipakai ini yang berpenat lelah menguruskan tiga anak kecil ini.
Pilu ketika membersihkan bibir yang pernah mengungkapkan kalimah cinta, yang pernah berjanji untuk bersama hingga ke akhir usia, yang pernah berpesan untuk menjaga amanahnya bila dia tiada.
Allahuakbar, hanya tuhan yang tahu betapa ingin saya memeluknya ketika itu dan menangis sepuasnya.
Namun saya tahan, saya gagahkan diri meneruskan hingga ke akhirnya.
Ketika selesai dikafankan, anak-anak saya di bawa masuk.
Saya kaget, gementar, berombak dada, tersekat nafas dan hampir longlai rasanya. Apakah yang harus dikhabarkan kepada si kecil bertiga bila melihat ibunya.
Khaleef tiada reaksi ketika saya menceritakan yang ibunya telah tiada. Sesungguhnya dia belum mengerti ketika itu.
Beliau hanya mencium dahi ibunya bila disuruh dan mengucapkan selamat tinggal.
“Goodbye mommy, I love you” ungkapnya apabila disuruh.
Begitu juga Khaleel, yang agak keberatan melihat dan mencium ibunya dan berat untuk mengungkapkan sebarang kata.
Ketika baby Khaleed diberikan kepada saya, kepiluan mula melanda. Namun saya cuba mengungkap kata. Cuba untuk memberitahu yang ibunya kini sudah tiada.
Namun, saya rebah.
Baby Khaleed segera disambar dari pelukan saya.
Allahuakbar, saya tidak kuat. Sesungguhnya saya tidak kuat untuk melihat bayi sekecil itu yang harus berpisah dari kasih sayang seorang ibu.
Kelam rasanya dunia.Kosong rasanya jiwa.
#diariseorangsuperdaddy
sumber : Khairul Abdullah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.