Apabila bergelar isteri dan ibu pastinya pelbagai tanggungjawab yang perlu dilakukan tanpa mengira masa. Lebih-lebih lagi apabila bergelar surirumah sepenuh masa.
Perkongsian isteri pelakon terkenal Datuk Fizz Fairuz, Datin Almy Nadia mengenai rutin hariannya mendapat perhatian peminatnya.
Beliau yang memuat naik posting dengan gambar kain yang masih belum berlipat,berkongsi cerita kehidupnya bergelar surirumah sepenuh masa.
Tugasan seorang surirumahtangga sepenuh masa,bila anak2 tdo,si ibu bersilat buat keja lain.. tak ada rehat yer.. org keja ofis org shooting,ada jgk rehatnya cuti nya mcnya tapi housewife fulltime tak ada cuti.. ms bila nak rehat bila nak tdo tgh malam blm time sakit lagi,klu semua sakit berjemaah nahh ambil org paling last sakit adalah mama n papa.. papa lately ni senang sakit sbb dia shooting tempat panas n tempat berhabuk,mama akan sakit lps semua dah sihat time mama sakit.. yesss inilah PENGORBANAN seorang ibu yer.. bukan senang tau,bukan susah.. if kita enjoy de moment itu saat paling bahagia skali..
Ads
Pasangan ini bernikah pada tahun 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata Arianna, 3, Aurora,1 dan Nur Afrina Ayra, 3 bulan.
Ads
Dalam pada itu, peminatnya turut bersetuju bahawa tugas surirumah ini tidak pernah habis dan mendoakan kebahagian rumahtangganya.
Mengimbau kembali bagaimana Puan Nur Rabitahani Basroh, 30 boleh berjinak-jinak mengusahakan penanaman bayam brazil di kawasan sekeliling rumahnya, ada ceritanya yang tersendiri.
Baginya semua itu dilakukan pada asalnya sekadar untuk mengisi masa terluang setelah berhenti kerja demi menjaga anaknya yang menjalani pembedahan jantung. Kini setelah dua tahun berlalu, siapa sangka melalui tanaman sayur brazil ini juga telah menjana pendapatan sampingan buat keluarganya.
.
.
Saya memang memang masak sendiri makanan untuk keluarga. Jadi terdetik di hati ketika itu, kenapa tidak saya manfaatkan tanah yang ada ini untuk menanam sayuran. Memandangkan saya tidak boleh bekerja kerana perlu menjaga bayi yang baru menjalani pembedahan dan ada banyak masa di rumah. Saya manfaatkan masa dengan berkebun sebaik saja anak tidur. Daripada sekadar hobi dan mengisi masa terluang, kebun dapur saya kini bukan saja membantu menambah pendapatan keluarga malah menjimatkan belanja dapur kerana tidak perlu lagi membeli sayur.
Sebenarnya berkebun juga mampu menjadi sumber pendapatan keluarga. Saya dapat menjimatkan kos barang dapur dengan menanam sendiri sayur-sayuran di rumah. Berkebun di laman rumah juga tak perlukan kawasan tanah yang luas, hanya sedikit ruang dan idea kreatif.
.
Tambahnya lagi, kawasan itu kini menjadi terapi buatnya malah suami dan anaknya banyak membantu dari membersihkan rumput dan menuai hasil tanaman sama ada untuk dimakan sendiri atau dijual.
.
Khasiat yang tidak diketahui oleh orang ramai tentang pengambilan bayam brazil adalah:-
1) melawan kanser
2) mengekalkan kesihatan mata
3) salah satu sumber vitamin K
4) menguatkan tulang
5) membantu menurunkan berat badan
6) meningkatkan sistem imuniti badan
7) membantu sistem penghadaman
8) mengelakkan daripada sembelit
9) membantu melancarkan darah
10) mencegah anemia
11) mengatasi masalah gusi
12) nutrisi yang baik untuk pembesaran
13) mengekalkan stamina
14) mengekalkan kesihatan mulut
15) mengikat kalsium
16) mencegah penuaan pramatang
17) mengekalkan kesihatan ibu mengandung
Selain itu, mudahnya menanam bayam brazil boleh dijadikan pilihan buat ibu-ibu yang ingin mencuba menanam sayuran di laman rumah. Menurut Nur Rabitahani lagi, bayam brazil ini boleh ditanam melalui keratan batang dan boleh dituai hasilnya seawal 3 minggu. Penjagaan tanaman ini juga cukup mudah dan ringkas, hanya perlu disiram dua kali sehari dan kena rajin dibaja.
Ini antara menu bayam brazil yang enak untuk disediakan kepada keluarga
1. Masak Lemak Ikan masin
.
2. Masak Lemak Udang
.
3. Kerabu
.
Malah enak juga jika dijadikan ulam, dimakan mentah.
Melihat daripada aspek keibubapaan, tentunya cara didikan dan pendekatan orang dulu-dulu untuk membentuk keperibadian anak-anak berbeza pandangannya dengan ibu ayah hari ini.
Pun begitu, sama ada kita sedar atau tidak perbezaan pandangan tersebut cukup berbeza dan ini disenaraikan oleh saudara Najmi Nawawi untuk dijadikan panduan bersama.
Ini perkongsiannya.
Orang dulu vs Orang sekarang
Kata orang dulu (1) :
“Anak sekarang rapat dengan ayah kan. Zaman dulu rapat dengan ibu sahaja.”
Jawab orang sekarang (1) :
“Tak, anak rapat dengan kedua-dua ibu dan ayah. Cuma favaurite person itu bertukar-tukar.”
Kata orang dulu (2) :
“Kakak gosokkan baju abang dan adik. Diorang tak pandai gosok tu.”
Jawab orang sekarang (2) :
“Tak, orang lelaki pun boleh gosok baju mereka sendiri.”
Kata orang dulu (3) :
“Senanglah ada anak perempuan, boleh bantu masak-masak.”
Jawab orang sekarang (3) :
“Tak, orang lelaki pun boleh memasak juga.”
Kata orang dulu (4) :
“Isteri solehah buat semua benda untuk pastikan suami gembira.”
Jawab orang sekarang (4) :
“Tak, suami isteri yang soleh dan solehah sama-sama buat semua benda untuk masing-masing gembira.”
Kata orang dulu (5) :
“Untunglah ada orang rumah, rumah kau mesti terurus.”
Jawab orang sekarang (5) :
“Tak, kalau tiada orang rumah pun. Rumah aku tetap terurus.”
Kata orang dulu (6) :
“Jadi suri rumah, kerja menghabiskan duit laki dia la tu.”
Jawab orang sekarang (6) :
“Tak, tapi kalau dia nak habiskan pun apa salah dia. Ada hak untuk dia dalam bahagian nafkah. Suami dia, bukan suami orang.”
Kata orang dulu (7) :
“Anak biar ramai, supaya kita ramaikan orang islam.”
Jawab orang sekarang (7) :
“Tak, ramai itu maksudnya yang berkualiti bukan sekadar kuantiti. Tak guna ramai kalau jadi buih-buih di lautan sahaja.”
Kata orang dulu (8) :
“Kena nasi kangkang la tu, duduk ikut telunjuk isteri sahaja.”
Kata orang sekarang (8) :
“Tak, islam kan ajar kita hormati pasangan. Termasuk pandangan dan pendapat, segalanya keputusan bersama.”
Kata orang dulu (9) :
“Kau itu perempuan kena bangun awal, abang kau itu lelaki. Tak apalah dia nak lambat pun.”
Jawab orang sekarang (9) :
“Tak, orang lelaki atau perempuan, tak kisah. Dua-dua bagus bangun awal.”
Kata orang dulu (10) :
“Nanti nak kahwin kan, orang perempuan kena la pandai masak, basuh pinggan, basuh baju, lipat kain dan semua.”
Jawab orang sekarang (10) :
“Tak, sama sahaja lelaki dan perempuan. Bahkan keutamaan perlu diberi kepada lelaki kerana dia akan memimpin keluarga.”
Kata orang dulu (11) :
“Anak perempuan kena banyak beli mainan pinggan mangkuk, main masak-masak. Anak lelaki tak boleh. Malulah kalau anak lelaki main masak-masak.”
Jawab orang sekarang (11) :
“Tak, anak lelaki pun tak salah beli mainan masak-masak. Jangan letak label permainan memasak untuk perempuan sahaja.”
Kata orang dulu (12) :
“Orang perempuan kena jaga aurat sempurna. Nanti orang lelaki tengok.
Kata orang sekarang (12) :
“Tak, orang lelaki kena tunduk pandangan. Orang perempuan jaga aurat. Sama-sama, bukan semua perempuan sahaja.”
Kata orang dulu (13) :
“Malulah anak lelaki nangis. Macam perempuan.”
Jawab orang sekarang (13) :
“Tak, biarlah anak lelaki menangis. Jangan keraskan hati mereka. Ingatlah hati keras akan membawa kepada ego yang tinggi melangit. Sikap sombong.”
p/s: Begitulah. Budaya yang telah lama sebati dalam masyarakat yang pastinya sukar untuk diubah.
Suami rendah, isteri tinggi, murah rezeki? Pernah tak anda dengar pepatah orang lama, “kalau suami rendah, isteri tinggi, murah rezeki”? Mungkin bagi sesetengah orang, ia sekadar gurauan atau kepercayaan turun-temurun, tapi sebenarnya pepatah ini menyimpan satu mesej yang lebih dalam dari sekadar perbezaan fizikal.
Dalam masyarakat kita, ramai yang secara spontan akan ketawa bila nampak pasangan yang suaminya lebih rendah daripada isterinya. Macam janggal, kata mereka. Tapi realitinya, bahagia itu bukan terletak pada tinggi atau rendah, besar atau kecil — tapi pada persefahaman dan rezeki yang Allah kurniakan.
Kalau kita tengok dari sudut pandang budaya, masyarakat Melayu memang banyak kepercayaan yang unik. Ada yang logik, ada juga yang hanya mitos. Tapi menariknya, pasangan ‘tinggi rendah’ ini selalu dikaitkan dengan rezeki yang murah dan rumah tangga yang harmoni. Kenapa agaknya?
Jawapannya mungkin bukan terletak pada fizikal semata-mata, tetapi pada dinamika hubungan itu sendiri.
Lelaki yang berani berkahwin dengan wanita yang lebih tinggi biasanya seorang yang yakin dengan diri sendiri. Dia tidak kisah pandangan orang luar, sebaliknya fokus pada nilai dan hati pasangannya. Manakala wanita pula yang memilih lelaki lebih rendah daripadanya selalunya lebih terbuka dan matang — dia nampak nilai lelaki itu bukan pada ketinggian, tapi pada kualiti diri.
Dan bila dua orang yang ‘luar biasa’ ini bersama, mereka saling melengkapi. Komunikasi lebih matang, ego lebih terkawal, dan masing-masing tahu peranan dalam hubungan. Maka dari situ, datanglah rezeki — bukan sahaja dalam bentuk duit, tapi juga ketenangan, kesihatan, kebahagiaan dan anak-anak yang membahagiakan.
Perlu kita ingat, rezeki bukan datang sebab tinggi atau rendah seseorang. Ia datang daripada Tuhan yang melihat usaha dan keikhlasan hati kita. Tapi andai pasangan rendah dan tinggi itu saling menyokong dan membina rumah tangga yang harmoni, maka tidak mustahil pintu rezeki itu terbuka luas.
Kata orang, bila kita reda dengan pasangan kita seadanya, Allah tambah lagi nikmat yang tak disangka-sangka. Mungkin itulah maksud sebenar pepatah tu — bukan sebab beza tinggi, tapi sebab mereka bersyukur dan saling menerima.
Jadi kalau anda seorang wanita tinggi yang rasa susah nak cari jodoh sebab lelaki asyik rendah daripada anda, jangan risau. Mungkin rezeki anda ada pada seseorang yang tidak tinggi dari segi fizikal, tapi tinggi akhlak, tinggi usaha dan tinggi cinta dia pada anda.
Dan untuk lelaki pula, jangan cepat rasa rendah diri bila pasangan anda lebih tinggi. Tinggi rendah tu urusan badan, tapi bahagia itu urusan hati.
Apa kata kita ubah cara pandang? Daripada gelak atau sindir, lebih baik kita doakan — moga pasangan ‘tinggi-rendah’ ni terus dimurahkan rezeki dan diberi kebahagiaan yang tak putus-putus.
Melalui satu hantaran pempengaruh media sosial Ryzal Ibrahim, dia berkongsi situasi tentang dirinya dan isteri, pempengaruh Maryam Younarae. Berbanding dirinya, Maryam memiliki lebih ketinggian berbanding dirinya.
“DAH TAHU TINGGI PAKAI SELIPAR JEPUN CUKUP LAH”- TULISNYA DI RUANGAN KAPSYEN.
Hantaran Ryzal itu mendapat respon di kalangan warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya:
Untuk rekod, Ryzal mendirikan rumah tangga bersama Maryam pada 15 Ogos 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Rina yang kini berusia 4 tahun
dan seorang cahaya mata lelaki, Nik You Rian yang dilahirkan pada 19 Februari lalu.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.