Buat penggemar ayam ala kenny roggers bolah cuba resipi superb ini. Tengok gambar pun dah sedap, rasanya pasti superb.
Merujuk kepada bahan-bahan penyediaan, jelas menunjukkan serapan bahan-bahan masakan akan menjadikan isi ayam lebih juicy dan rasa yang sedap
Malah, menurut puan Ainon ini, resipi ini dipelajari melalui youtube lebih 5 tahun lalu. Kini menjadi salah satu menu kegemaran keluarga.
Jom kita lihat perkongsian resipi ini.
Saya pernah cuba beberapa resipi roast chicken termasuk resipi kenny rogers yg pernah viral tu. Tapi tak berapa jadi sbb bawang yg diblend dan lumur pd ayam kemudian dibakar dlm oven macam tak berapa sesuai. Dapat rasa pahit bawang yg kurang masak. Mungkin juga teknik saya salah.
Bolehlaa makan sekadar utk kenyang.
Ads
Roast chicken basic ni jugak yg family suka. Satu2nya western menu saya yg arwah suami suka dan makan bertambah2. Dia tekak Melayu susah sikit nak terima menu omputeh. Kecuali kalau makan di restoran.
Roast chicken ni makanan traditional orang sini. Kita makan rendang masa raya, depa makan nilah utk christmas dinner. Kalau big family, roast turkey. Saya prefer ayam sbb isinya lebih manis & juicy. Macam beli ikan kembung, kalau ikan besar isi kurang sedap kan.
Saya share resipi kat gambar kalau ada ibu2 muda yg nak mencuba resipi sihat dan mudah ini. Resipi ni saya belajar dari youtube Laura Vitale lebih 5 tahun lalu. Sekarang dah jadi salah satu menu favorite keluarga.
Basic ingredients. Ayam, Onion , lemon, garlic, thyme (nampak hitam sbb lama sgt berbulan2 dlm freezer), rosemary kalau takda fresh, dried pun ok, butter 1 full tbsp, salt & pepper.Potong carot, celery & kentang. Campak dlm mangkuk baking, pour olive oil, sprinkle black pepper & secubit garam . Gaul & ketepikan sayur2 dan susun onion mcm dlm gambar. Susun begini supaya nnt juice dari ayam jatuh dan bercampur dgn air dr sayur2 menjadi kuah yg enak.Cincang halus rosemary, ambil 1 ulas yg paling besar garlic dan sagat. Campurkan keduanya dgn butter, tambah sedikit garam (dlm 1/2 tsp) dan black pepper dan gaulkan. Kemudian sumbat di bwh kulit ayam (rujuk gambar seterusnya) & tekan dr luar utk ratakan. Kalau ada lebih sapu jer keliling ayam tu. Lemon & garlic di belah dua & sumbat ke dalam perut ayam. Sumbat juga thyme. Klu ada garlic yg tertanggal campak aja ke dlm mangkuk bake.
Ads
Kemaskan dan letak atas susunan onion & sayur2. Bakar pd 170-180 celcius (fan oven) jangan dibuka2 selama 1jam setengah – 1 jam 45 minit bergantung kpd size ayam. Kalau kecil, sejam setengah dah boleh check dgn mencucuk pd pangkal kalau tak da darah maknanya dah masak. Kalau besar sejam 45 minit.
CARA BUAT GRAVY & MASH POTATO
Sebab ramai yg tanya, saya tambah resipi utk gravy & mash potato.
Ads
Mash – rebus potato (letak garam siap2 dlm air nnt tak perlu letak dah) hingga empuk, toskan, lenyek sambil dicampur butter (1 -2 tbsp), lada hitam & lada sulah. Tambah sedikit fresh milk (agak2 jgn sampai lembik).
Gravy- tumis garlic atau onion atau both with butter (dlm 2 tbsp) sampai onion bertukar warna. Masukkan black pepper, tambah air sejuk sikit & blend utk hancurkan onion (boleh skip kalau anak2 tak kisah tergigit onion). Masukkan air lagi, 1 kiub ayam dan tepung yg dibancuh dgn air utk pekatkan kuah. Sukatan air & tepung agak2la ya. Dlm 2 cwn air & 1 full tbsp tepung kot. Itu resipi asal, tp saya tambah 1 tbsp black pepper sauce, sedikit susu segar dan kicap manis sikit utk warna. Tak perlu garam sbb kiub ayam dah masin.
WOW SEDAPNYA, MESTI CUBA!
Ni saya punya. Chicken breast & kuah, carot, onion, nasi goreng butter & sedikit gravy. Saya suka rasa isi ayam dan kuahnya dimakan bersama carot & onion campur sikit gravy. Rasa manis onion dan karot melengkapkan rasa ayam.
Selamat mencuba!
Sumber: Ainon Abdulllah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tomato egg muffin masak guna air fryer menu antara resipi mudah, ringkas dan cepat disediakan. Sedap dan mengenyangkan. Sesuai untuk dinikmati sama ada untuk sarapan pagi mahupun minum petang. Boleh juga dijadikan menu diet.
Tomato Egg Muffin Masak Guna Air Fryer
Bahan-bahan yang diperlukan untuk resipi ini tidak banyak. Tempoh masa untuk memasaknya pun singkat. Tidak perlu menggoreng. Bila-bila masa teringin hendak makan boleh terus buat!
Resipi Tomato Egg Muffin
Bahan-bahan:
3 biji telur
1 biji tomato (dipotong dadu)
1 batang daun bawang di hiris
1 batang sosej(optional)
Sedikit lobak merah dipotong dadu
Sedikit lada benggala(optional)
Lada hitam dan lada sulah secukupnya
*serbuk cili (jika suka)
Nah Resipi Cara Nak Buat
Cara memasak:
1. Di dalam mangkuk, pukul telur hingga agak kembang bersama lada hitam dan lada sulah. Campurkan dengan semua bahan-bahan lain. Kacau sehingga sebati.
2. Tuang bancuhan telur ke dalam cawan kertas muffin.
3. Tabur sedikit serbuk cili.
4. Bakar dalam air fryer dengan suhu 160 darjah celcius selama 10 minit atau sehingga masak. Bergantung pada air fryer masing-masing. Enak dinikati ketika panas-panas.
Air soya di antara air yang selalu kita beli untuk menghilangkan dahaga. Paling famous pada bulan Ramadhan untuk dijadikan minuman berbuka. Tapi kalau dapat air soya homemade lagi nikmat!
Biasa beli saja kan, kali ini apa kata jom cuba buat sendiri. Bukan sahaja mudah tapi lebih berkhasiat kerana tanpa menggunakan bahan pengawet, rasa juga lebih segar.
Buat sendiri juga lagi jimat, modal RM 1.50 saja tapi boleh dapat 2 liter air soya. Menarik kan? Jom cuba buat nanti! Ikut saja resipi perkongsikan oleh Asrinna Bakri di bawah.
BUAT SENDIRI AIR SOYA HOMEMADE
Bahan-bahan:
Kacang soya
Gula
Daun pandan
Cara-cara:
1. Cuci dan rendam kacang soya 4-5 jam atau hingga kembang. Boleh juga rendam sebelum tidur untuk masak keesokkan harinya.
2. Ulang cuci. Buang kulit-kulit yang tertanggal. Toskan.
3. Langkah ini PENTING. Kisar kacang soya dengan air. Nisbah 1 cawan kacang soya, 3 cawan air. Masukkan air sikit-sikit.
4. Tapis guna penapis kain.
5. Masak air soya dengan daun pandan. Api sederhana je. Masak sampai nak mula mendidih, boleh tutup api.
6. Masukkan gula mengikut tahap kemanisan yang diingini. Kacau sampai gula larut. Siap.
Untuk 250g kacang soya, dapat 2 liter air soya. Semoga bermanfaat.
Sumber: Asrinna Bakri
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Memasak satu kemestian lebih-lebih lagi ibu yang mempunyai anak. Namun, ada kalanya ativiti memasak boleh mengakibatkan periuk, belanga mahupun kuali jadi hitam legam akibat kesan hangus. Sayang periuk tu, silap-silap nanti kena buang pula, kan dah rugi.
Meskipun pelbagai cara telah digunakan, memang agak susah nak sental periuk jika sudah terlajak hangus.Namun, usah peningkan kepala, jom cuba petua mudah ini, tanpa perlu gunakan produk yang mahal pun.
Baking Soda atau Serbuk Penaik
Selalunya ianya digunakan untuk membuat pelbagai jenis kek dan kuih muih. Tetapi kali ini gunakan baking soda untuk hilangkan kesan hangus pda periuk. Caranya, rendamkan periuk atau kuali yang sudah hangus berkerak tadi bersama dengan satu sudu serbuk penaik. Biarkan selama beberapa jam. Hasilnya kesan hangus tadi akan menjadi lembut dan lebih mudah untuk dibasuh dan disental.
Cuka makanan dan Serbuk penaik
Caranya, masukkan air dan satu cawan cuka ke dalam periuk atau kuali yang sudah hangus tadi, kemudian didihkan ia.Selepas itu padamkan api dan campurkan pula dengan dua sudu serbuk penaik atau soda bikarbonat. Sental sehingga kesemua kerak hangus tertanggal. Jika perlu tambahkan lagi soda bikarbonat . Cara ini amat sesuai untuk kesan hangus yang nipis atau kurang tebal seperti air menjadi kering didalam cerek dan sebagainya.
Garam dan Limau Nipis
Caranya, perahkan beberapa biji limau nipis (ikut kesesuaian besar periuk dan kuali) kemudian campurkan dengan satu sudu garam. Biarkan selama satu jam. Akhir sekali sental dan cucilah seperti biasa.
Tomato
Seboleh-bolehnya carilah buah tomato yang tidak terlalu masak, ini kerana kandungan asidnya lebih tinggi. Caranya, lenyekkan beberapa biji buah tomato ke dalam periuk atau kuali yang hangus tadi. Biarkan selama semalaman sebelum anda teruskan kerja menyental dan mencuci.
Minuman berkarbonat atau bergas
Amat sesuai digunakan untuk jenis hangus yang diakibatkan oleh gula karamel. Caranya, rendamkan periuk atau kuali yang hangus tadi dengan minuman berkarbonat.Biarkan selama beberapa jam. Selepas itu anda bolehlah menguji sama ada kerak tersebut sudah tertanggal atau tidak dengan mencungkil kesan kerak tersebut menggunakan sudu besi. Jika tidak, biarkan selama semalaman.
Sabun Mandi
Potong sabun mandi menjadi kepada empat bahagian. Ambil satu bahagian sabun mandi tersebut dan rendamkan ke dalam periuk atau kuali yang hangus sehingga kembang. Kemudian, sental periuk tadi dengan sabun tersebut, Kemudian teruskan pula menyental menggunakan berus dawai.
Selamat Mencuba! Semoga bermanfaat!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menjelang hari raya yang bakal disambut tidak berapa hari lagi, pasti ada diantara kita yang melapangkan masa untuk mencuba buat kuih raya bersama anak-anak di rumah.