Bila Dah Minat, Isteri Ni Buat Satu Rumah Dihias Dengan Kemasan Lembut Berkait. Memang Sweet & Cantik Sangat!

Share

Menetapkan untuk menghias rumah dengan tema kemasan lembut yang dikait mungkin jarang-jarang kita lihat. Tapi bila Puan Ruhaida ini realisasikannya, nyata rumah milik keluarga ini nampak cukup luar biasa. Punya aura dan terlihat begitu ‘sweet’ dan pastinya ramai ibu-ibu di luar sana turut jatuh hati dengan konsep yang diketengahkan olehnya.

Mengetahui lebih lanjut bagaimana datangnya idea unik ini, pihak kami menghubungi Puan Ruhaida dan ini katanya. Jom semak.


Tak tau ler nak cakap macam mana. Bila dah kata minat tu memang minat lah..lagi pun memang nampak cantik, nampak unik.

Saya memang tak pandai mengait, dah berumur ni nak belajar mengait pun dah malas. Tu yang baik beli jer. First beli tahun lepas, saya beli yang kecil-kecil sahaja. Dari situ la mula-mula beli sikit-sikit.

Saya beli dari kedai bundle jer, sebelum ni memang tak tau pun bundle ade jual. Banyak dapat info kawan fb juga pun. Orang yang biasa beli bundle ni tahulah berapa harganya, memang murah dan mampu milik.

Anak-anak dah besar dan suami tak pernah komen dengan konsep rumah yang saya buat ni, kalau tak komen tu maknanya ok la kot. Tapi saya tahu suami memang tak suka dekor yang sarat dan serabut..Tu saya paham..saya pun tak suka, sesak mata tengok.

sumber : Ruhaida Ida

IKLAN