Menetapkan untuk menghias rumah dengan tema kemasan lembut yang dikait mungkin jarang-jarang kita lihat. Tapi bila Puan Ruhaida ini realisasikannya, nyata rumah milik keluarga ini nampak cukup luar biasa. Punya aura dan terlihat begitu ‘sweet’ dan pastinya ramai ibu-ibu di luar sana turut jatuh hati dengan konsep yang diketengahkan olehnya.
Mengetahui lebih lanjut bagaimana datangnya idea unik ini, pihak kami menghubungi Puan Ruhaida dan ini katanya. Jom semak.
Tak tau ler nak cakap macam mana. Bila dah kata minat tu memang minat lah..lagi pun memang nampak cantik, nampak unik.
Ads
Saya memang tak pandai mengait, dah berumur ni nak belajar mengait pun dah malas. Tu yang baik beli jer. First beli tahun lepas, saya beli yang kecil-kecil sahaja. Dari situ la mula-mula beli sikit-sikit.
Ads
Saya beli dari kedai bundle jer, sebelum ni memang tak tau pun bundle ade jual. Banyak dapat info kawan fb juga pun. Orang yang biasa beli bundle ni tahulah berapa harganya, memang murah dan mampu milik.
Anak-anak dah besar dan suami tak pernah komen dengan konsep rumah yang saya buat ni, kalau tak komen tu maknanya ok la kot. Tapi saya tahu suami memang tak suka dekor yang sarat dan serabut..Tu saya paham..saya pun tak suka, sesak mata tengok.
Berpantang maut sebelum ajal… Bukan mudah untuk menerima hakikat diri menghidap penyakit yang cukup mengerikan. penyakit yang digeruni oleh semua orang. Namun takdir Tuhan tak siapa mampu menduga.
Kisah ini cukup menyentuh hati oleh Nor Hidayah Arifin menerusi laman Facebooknya yang berkongsi kisah bagaimana dia didiagnos sebagai pesakit kanser.
Hidup Mati Itu Atas Kehendak Allah, Bukannya Kanser
Aku adalah salah seorang pesakit kanser thyroid / metastatic papillary thyroid carcinoma yang masih sihat hingga ke hari ni. Tujuan cerita ni aku nak bagi semangat kepada pesakit-pesakit kanser di luar sana untuk semua golongan.
Aku menghidap kanser seawal usia aku 28 tahun ,pada tahun 2018 . aku tahu semua ni bila aku melahirkan anak yg ke2.satu ketumbuhan yang besar ada ditengah2 leher, biji itu membesar dengan cepat, menyebabkan aku sukar menelan dan susah bernafas ketika tidur, lalu aku terus kehospital untuk medical checkup, setelah dokter membuat ujian imbasan ultrasound dan biopsi aku di diagnose ksnser thyroid. Untuk pertama kali aku dapat tahu tentang penyakit ni , seluruh badan aku mengeletar ketakutan , hati aku berkata ” Ya Allah beratnya ujian yang kau beri ini ” . Aku terkejut dengan apa yang doktor kata ” Adik , adik tahu tak yang sekarang adik positif kanser ” .tulah suara yg keluar dari mulut dokter yg pertama aku dengar time tu.
Aku terdiam bisu masa tu di sepanjang perjalanan aku pulang ke rumah. Fikiran aku celaru ” Macam mana aku nak bagitahu keluarga tentang penyakit ni ? Macam mana perasan keluarga aku bila dapat tahu aku hidap kanser ” Bagaimana kehidupan aku selepas ini?
Aku sebak bila ingat balik saat tu . Masa tu aku tak dapat keluarkan setitis pun air mata . kerana mungkin aku teramat terkejut dan tak percaya apa yang aku ini menghidap kanser . Kanser adalah penyakit mati .
2 bulan selepas itu aku dimasukkan ke wad , keadaan aku semakin hari semakin teruk , aku jadi mudah sesak nafas sampaikan nak menelan air liurpun jadi susah , nafas aku makin hari makin pendek tapi aku berdiam sahaja aku tak mahu menceritakan kepada keluarga aku apa yang aku rasa, aku tidak mahu mereka terlalu bimbang. Selepas 11 bulan operation pertama selesai radioaidin/kimoterapi Aku di kejutkan lagi dengan keputusan dokter yang kanser aku hidap ini bukan berada disatu tempat , tapi kanser ni dah merebak ke beberapa tempat yang lain . Kanser aku bermula dari leher lalu merebak ke limfa .
Aku dimasukkan ke wad lagi untuk membuang sel kanser kali kedua, setiap pagi doktor akan ambik darah dan aku dimasukkan darah kerana bacaan hb sangt rendah 6 sahaja sebab aku penghidap alpha thalasmia , rambut aku mula gugur satu persatu , lidah aku mula hilang rasa ,badan aku teramat panas, jari2 tangan aku terbakar kerana kesan daripada kimoterapi, Barulah saat itu air mata aku menitis , dengan derita tu . ” Allahu Akbar , aku redha ya Allah , aku redha jika ajal aku sudah hampir , Kalau ajal aku masih panjang, teguhkan aku menempuh ujian-Mu ini “.
Aku ingat lagi nasihat dari seorang dokter, dokter surgical surgery dokter yang handle kes aku, dia juga dokter yang mengetuai 2 kali operation aku berturut turut. Aku dinasihatkan untuk tabah dengan ujian Allah ini , aku disarankan supaya berzikir dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW , jangan meninggalkan solat !!! . Ingat Allah ! , ingat Allah !, ingat Allah !. Yakin lah dengan kuasa Allah. Allah sahaja tempat kita bergantung .
Alhamdulillah , aku menjaga zikir dan selawat ku . Berzikir lah setiap hari sekurang2 100x Subhanallah , Perbanyakkan baca al-quran . jika tak mampu solat berdiri maka duduk la , jika tak mampu lagi lakukanlah sambil baring . Ingat lah peringatan ni . laksanakan solat dan doa kepada-Nya
Kekuatan dalaman yang kita dapat ketika solat sangat luar biasa .Kerana ketika kita solat kita merendahkan diri kita kepada Al- Khaliq yakni Pencipta kita . Kita merendahkan diri kita di hadapannya dan kita bergantung kepada-Nya . tetapkan hati kita hanya mahukan Keredhaan-Nya .
Alhamdulillah , aku sekarang sihat dan sudah kembali sedia kala Kebanyakkan orang semua ragu-ragu dengan cerita aku ni , sebab kalau tengok diri aku , memang seperti orang yang sihat dan tidak pernah dapat apa-apa penyakit sekali pun . Alhamdulillah . Rawatan aku sekarang hanya follow up di hospital 6 bulan sekali .
Buat pesakit diluar sana , jangan cepat berputus asa , yakinlah ujian yang Allah beri ini kepada orang-orang yang mampu laluinya . Anda mampu . Percaya lah ! ,Orang seperti anda adalah orang yang terpilih . Usaha lah untuk buat rawatan , ikhtiarlah rawatan kampung sekali pun . kalau aku cerita rawatan yang aku pernah buat , lagi panjang lah cerita ni . jadi aku tamat di sini . Jangan tinggalkan solat , banyakkan berdoa , Redha dan terus BERSABAR. #thyroidcancer #alphathalassmia #papilarythyroidcancer
Bagi penggemar makanan dari Timur Tengah, Nasi ayam mandy yang berasal dari Yaman adalah salah satu hidangan nasi arab yang digabungkan nasi dan ayam dengan pelbagai rempah ratus dari Arab. Nak cuba sendiri di rumah? Jom tengok resipi ini!
Buat ibu-ibu yang nak mencuba resipi baru, mungkin Nasi Ayam Mandy ini sesuai untuk dicuba. Resipi yang dikongsikan oleh Nurfaryana Nazari simple je tapi membuka selera.
RESEPI by FARYANA:
Rebus ayam 1/2 ekor 30minit bersama
* 1kiub pati ayam
* 1/2 sudu jntn manis, 1/2 sudu ketumbar, 1/2 sudu lada hitam biji
* 1 bawang besar potong 4, 1 cili hijau/merah potong 2, 1bji tomato potong 4
*sesudu garam
NASI
beras basmathi 3cwn rendam 30minit
*tumis planta sesudu besar, daun kari(optional), 1/2sudu jintan manis, 1/2sudu ketumbar biji, 1 kulit kayu manis, masukkan beras yg direndam, gaul 1minit, transfer masuk dlm periuk nasi..
*letak sup ayam ikut paras masak nasi yg sesuai, letak tulang2 ayam (kaki n leher), masuk skali bhn2 dlm sup tu, tomato bwg, lada n lain2.. tabur daun sup/ketumbar, masak mcm biasa nasi.. baki sup tu nnt jadikan sup utk mkn dgn nasi..
* bila nasi dh masak, buka penutup titis pewarna merah n kuning sikit, gembur guna garfu.
ACAR
*potong dadu 4biji tomato, timun, hiris halus kobis n carrot..
*perah lemon, garam n gula.
SAMBAL
*blend 2biji tomato saiz sederhana, 2biji cili besar, 10bj cili padi, garam gula, n perahan air asam jawa/ lemon..
*hiris halus bawang besar n tomato, gaul dgn bhn blend.
AYAM
keluarkan ayam dalam sup td, lumur kunyit, kicap manis(perap kejap), lepas tu boleh bakar sekejap bg ada garing tu..
SIAP!! korang boleh la try.. comfirm mnjadi
Nampaknya semakin menjadi-jadi orang memperkatakan tentang dua insan ini, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana ekoran kemelut rumah tangga yang mereka sedang hadapi.
Apatah lagi susulan pengakuan yang dibuat oleh Syamsul berkenaan pernikahannya yang kedua, tidak dinafikan ramai orang kecewa hingga menimbulkan kemarahan malah ada yang menanam rasa benci terhadap tindakan Syamsul.
Ekoran daripada itu, perkara ini juga mendapat perhatian bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan beliau turut menitipkan kata-katanya bukan sahaja untuk Syamsul, tetapi orang ramai yang mengambil tahu mengenai urusan rumah tangga mereka.
Ikuti nasihat yang dikongsikan oleh Dr Zulkifli di laman webnya, supaya diperolehi sedikit panduan dan pedoman.
#14 Kepada Syamsul Yusof, Keluarga Dan Masyarakat
Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.
Semasa saya di dalam penerbangan Garuda Air menuju ke Jakarta pada tengahari ini pada 9 Januari 2023, saya sempat meneliti isu-isu semasa di media sosial. Masih hangat dibincangkan tentang saudara Syamsul Yusof, keluarga dan juga bapanya, Datuk Yusof Haslam. Isu yang agak lama berlarutan, sehingga dinoktahkan dengan pengakuan Syamsul baru-baru ini.
Terlebih dahulu saya memohon maaf kepada semua yang terlibat dalam isu ini. Sejujurnya saya tergerak untuk mengemukakan sedikit nasihat. Bukanlah ingin membuktikan saya lebih mengetahui, tetapi sekadar ingatan bersama berdasarkan sedikit ilmu yang saya ada. Saya lafazkan ‘أستغفرُ اللهَ وأتوبُ إليهِ’. Mudah-mudahan kita beroleh sedikit panduan dan pedoman.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Saya mulakan nasihat ini seperti berikut:
Pertama: Agama itu adalah Nasihat
Ini selaras dengan firman Allah SWT:
وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ
Maksudnya: “Dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran.”
(Surah al-Asr: 3)
Imam al-Tabari berkata: Maksud saling berpesan dengan kebenaran itu adalah mereka saling menasihati untuk mengerjakan amalan, sebagaimana diturunkan oleh Allah di dalam Kitab-Nya, iaitu yang diperintahkan-Nya dan menjauhi apa yang dilarang-Nya. (Lihat Tafsir al-Tabari, 24/590)
Kita mahukan apa yang terzahir adalah satu gambaran umat atau kelompok Muslimin yang bersatu padu, satu umat yang terpilih, yang sedar dan yang tegak di bumi di atas lunas-lunas kebenaran, keadilan dan kebaikan. Begitulah yang ditafsirkan oleh Sayyid Qutb Islam pada ayat di atas. Allah SWT mahukan mereka menjadi satu umat yang terpilih, kuat, sedar, siap siaga mengawasi kebenaran dan kebaikan dan sentiasa saling berpesan sesama mereka supaya menjunjung kebenaran dan bersabar dalam perjuangan dan hidup saling mesra, bekerjasama dengan semangat ukhuwah Islamiyah sebagaimana apa yang disarankan oleh kata-kata berpesan di dalam al-Quran. (Lihat Tafsir Fi Zilal al-Quran, 17/521). Begitulah besarnya peranan nasihat.
Daripada Tamim al-Dari R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Agama itu merupakan nasihat. Kami bertanya: Tentang siapa? Sabda Baginda: Tentang Allah, tentang Kitab-Nya, tentang Rasul-Nya, tentang pemimpin-pemimpin orang Islam dan masyarakat semuanya.” Riwayat Muslim (55), Abu Daud (4944) dan al-Nasaie (7/156)
Nasihat tentang-Nya adalah nasihat untuk beriman kepada-Nya, mengikut segala titah perintah-Nya, dan menjauhi segala larangan-Nya. Nasihat tentang kitab-Nya adalah nasihat supaya menurut segala panduan Allah SWT dalam kitab-Nya. Nasihat tentang Rasul-Nya adalah nasihat untuk mengutamakan segala perbuatan, perkataan, dan pengakuan Rasulullah SAW sebagai role model dalam hidup. Manakala nasihat tentang pemimpin dan masyarakat adalah nasihat untuk kedua-duanya saling berperanan; peringatan untuk pemimpin agar memimpin dengan adil dan masyarakat untuk mematuhi pemerintah dengan sebaiknya selagi masih dalam hal-hal yang dibenarkan syarak.
Ibn Hajar menyatakan: Nasihat kepada orang Islam keseluruhannya bermaksud, antaranya menunjukkan jalan bagi mereka (masyarakat Islam) bagi keperluan mereka dalam urusan akhirat dan dunia, menghalang mudarat daripada kena pada mereka, mendatangkan kebaikan kepada mereka, menyuruh mereka berbuat kebaikan, menegah mereka daripada kemungkaran dengan cara yang sesuai pada tempatnya, mencintai suatu yang baik bagi diri mereka perkara yang dia cintai bagi diri sendiri, dan membenci suatu perkara yang buruk ditimpa kepada mereka seperti mana jika berlaku pada diri sendiri, menyeru mereka untuk berakhlak dengan apa yang termasuk dalam erti kata nasihat dengan mengikut petunjuk generasi Salafussoleh R.Anhum. Bahkan ada sebahagian salaf yang bersungguh-sungguh melakukan nasihat sehingga tergadai kepentingan dunia mereka sedangkan mereka tidak kisah.” (Lihat al-Fath al-Mubin 1/257)
Kedua: Syabas kepada Saudara Syamsul
Tindakan saudara meletakkan noktah bagi kemelut “cakap-cakap belakang” dengan mengisytiharkan perkahwinan tersebut adalah perlakuan yang berani. Saya katakan syabas kerana itulah kalimah yang terbaik kerana ia berakhir dengan tindakan yang selari dengan syarak. Semoga dengan ini, akan selesailah kemelut yang menjadi teka-teki yang hakikatnya menyebabkan keadaan menjadi lebih parah.
Ketiga: Syabas kepada Datuk Yusof Haslam
Sikap yang ditunjukkannya jelas amat matang. Nada suaranya memberi erti seribu satu macam makna yang hanya dirasai oleh seorang bapa yang sedaya upaya berlaku adil dengan menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah SWT sebagai pencorak kepada selembar kain putih. Sifat kebapaan yang dizahirkan, mengingatkan saya kepada kisah Nabi Nuh AS yang tegas dengan prinsip dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anaknya. Inilah yang sewajarnya kita insafi dan kita lakukan.
Keempat: Kepada keluarga semua pihak yang terlibat, wajib untuk kita beriman dengan qadha’ dan qadar.
Maksudnya: “Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu sukakan sesuatu sedangkan itu adalah keburukan bagi kamu. Allah itu lebih mengetahui dan kamu tidak mengetahui.”[1]
Surah al-Baqarah (216)
Ibn Kathir berkata: Hal ini berlaku untuk semua perkara. Boleh jadi manusia menyukai sesuatu, padahal tidak ada kebaikan dan maslahat sama sekali di dalamnya..Allah yang mengetahui akhir sesuatu dari perkara kita. Allah yang mengkhabarkan dengan apa yang ada maslahat untuk dunia dan akhirat kita. Maka lakukan dan patuhlah pada perintah-Nya, nescaya kita akan beroleh petunjuk.” (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 1/573)
Ini bersyaratkan dengan redha dan patuh kepada perintah Tuhan dan Rasul, buat mengikut kehendak-Nya dan menghindarkan hanya beriman dengan emosi dan perasaan. Kenyataan ini ditegaskan oleh tokoh tasawuf, Ibn ‘Ata’illah al-Sakandari:
Maksudnya: “Segala cita-cita terdahulu itu tidak boleh mencarikkan segala kota takdir.”
Ia membawa maksud bahawa sesuatu yang ditentukan Allah SWT sejak azali tidak boleh diubah dengan apa-apa jua pun termasuk kekuatan azam hati. (Lihat Ahasin al-Kalim Syarh al-Hikam, 1/22)
Antara tindakan kita, lihatlah ke hadapan dengan penuh optimis dan keyakinan yang tinggi. Jarakkan diri dari bersifat pesimis. Jika diberi segelas air limau yang masam, usahlah berang. Tambahkan gula secukup rasa, ukirkan senyuman yang terindah tanda terima kasih atas pemberian. Jadilah ia segelas air limau yang menyegarkan, manis dan mendamaikan bila diteguk. Justeru, kitalah yang akan mewarnai kehidupan kita untuk menuju kebahagiaan.
Kelima: Sikap kita semua
Kita akan menuju untuk menemui Tuhan. Ambillah kebaikan dalam hidup dan jadikan keburukan sebagai sempadan untuk membina semula kehidupan yang baharu. Tidak ada yang sempurna kerana kehidupan itu sendiri adalah medan ujian. Allah SWT berfirman:
Maksudnya: Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya.”
(Surah al-Mulk: 2)
Syeikh Dr Wahbah al-Zuhaili berkata: Allah SWT lah yang mewujudkan mati dan hidup, serta menentukan keduanya semenjak azali lagi. Dia-lah yang menjadikan mereka (manusia) berakal agar mengetahui makna-makna pembebanan kewajiban sambil mereka melaksanakannnya. Begitu juga kerana Allah memperlakukan mereka dengan perlakuan orang yang menguji perbuatan mereka. Lalu Allah membalas mereka atas perbuatan mereka. Hal itu dilakukan, juga supaya Dia mengetahui mana dari kalangan mereka yang paling taat dan paling ikhlas kepada Allah dan amalnya yang paling baik. (Lihat al-Tafsir al-Munir, 15/25)
Sayyid Qutb berkata: Allah SWT berfirman selepas itu, ‘وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ’ (“Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.”) untuk mencurahkan ketenangan dalam hati yang sentiasa memelihara perintah Allah SWT dan takut kepada-Nya. Sesungguhnya Allah SWT Maha Perkasa lagi Maha Mengalahkan, tetapi Dia juga Maha Pengampun lagi maha Bertolak Ansur. Apabila hati terjaga dan sedar bahawa ia berada di dunia ini untuk berdepan dengan ujian dan cubaan, di samping ia berhati-hati dan menjaga diri, maka dia berhak untuk bertenang, menetap dan berselesa kepada pengampunan dan rahmat Allah SWT. (Lihat Fi Zilal al-Quran, 6/3631)
Untuk menghasilkan ‘أَحْسَنُ عَمَلًا’ (yang lebih baik amalnya), maka sudah tentu dengan mengutip pengajaran dan pengalaman terdahulu bagi memaknai kehidupan kita di dunia. Kehidupan yang berorientasikan akhirat. Bak kata Hamka, “Hidup ini hanya sekali, justeru biarlah bererti.” Justeru, binalah tekad untuk membina kehidupan baru yang lebih baik.
Keenam: Kehidupan yang baru hendaklah diteruskan. Inilah realiti, di mana semua pihak perlu akur. Nasihat saya, dalam kehidupan rumah tangga, tiga perkara utama perlu dititikberatkan:
Keadilan sama ada dari nafkah zahir dan batin, termasuk juga perasaan kasih sayang.
Mu’asyarah (pergaulan) yang baik. Hal ini menjadi perintah Tuhan. Firman Allah SWT:
وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
Maksudnya: “Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.”
(Surah al-Nisa’: 19)
Imam al-Zamakhsyari menjelaskan bahawa ““Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik” secara umum ditafsirkan “berlaku adil dalam hal tempat tinggal dan nafkah, serta memperhalusi tutur kata.” (Lihat Tafsir al-Kasysyaf, 1/491)
Syeikh al-Maraghi berkata: “Para suami diwajibkan bergaul dengan isteri-isterinya secara baik. Oleh itu, bergaullah dengan mereka secara yang dapat menyenangkan tabiat mereka. Tetapi tidak pula bertentangan dengan syariat dan adat. Janganlah kamu bersikap bakhil dalam menafkahi mereka dan jangan pula kamu sakiti mereka dengan ucapan dan perbuatan atau kamu menghadapi mereka dengan wajah muram dan kening berkerut. Kalimah mu’asyarah (bergaul) di sini menunjukkan pengertian kebersamaan dan perkongsian iaitu layanilah mereka dengan cara yang baik dan para isteri perlu melayani kamu seperti itu juga. Jadi, suami dan isteri diseru agar saling memberikan kebahagiaan serta menjadi sumber ketenangan dan kebahagiaan dalam melayari rumahtangga. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 2/1128)
iii. Zahirkan rasa kasih sayang kepada kaum keluarga dan anak-anak. Ini selaras dengan kisah Nabi bersama al-Aqra’ bin Habis R.A, sebagaimana diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A katanya: Rasulullah SAW telah mencium al-Hasan bin Ali dan bersamanya ada seorang sahabat bernama al-Aqra‘ bin Habis al-Tamimi R.A yang sedang duduk. Lantas Al-Aqra‘ R.A berkata: “Sesungguhnya aku memiliki sepuluh orang anak, tetapi aku tidak pernah mencium seorang pun di antara mereka.” Rasulullah SAW lalu berpaling memandangnya seraya bersabda:
مَنْ لاَ يَرْحَمُ لاَ يُرْحَمُ
Maksudnya: “Sesiapa yang tidak menyayangi maka dia tidak akan disayangi.”
Riwayat al-Bukhari (5997)
Al-Hafiz Ibn Hajar dalam mengulas hadith ini, menukilkan daripada Ibn Battal yang menyebut, “Hadis ini mengandungi maksud galakan agar bersikap rahmat (perasaan belas kasihan) terhadap semua makhluk. Termasuk dalam maksud rahmat adalah sentiasa memberi makan, minum, meringankan beban dan tidak melakukan tindakan salah laku dengan memukul.” (Lihat Fath al-Bari, 10/440)
Ingatlah anak merupakan hibah atau anugerah kurniaan Tuhan. Ia menjadi penyambung warisan kehidupan kita. Ingatlah bahawa dengan kita meninggalkan anak yang soleh merupakan aset kita di hari akhirat kelak, yang mendoakan kebaikan kepada kita. Saya teringat kisah anak saya yang meninggal baru-baru ini akibat kanser. Saya muatkan kisahnya dalam buku terbaru saya, Salam Terakhir.
Ketujuh: Jadilah suami dan bapa yang terbaik
Inidikator ini telah diumumkan oleh Rasulullah SAW kepada semua dengan menyebut:
Maksudnya: “Orang yang terbaik di kalangan kamu ialah orang yang terbaik kepada keluarganya dan aku adalah yang paling baik di antara kamu terhadap keluargaku.”
Riwayat al-Tirmizi (3895), Ibnu Majah (1977), al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (16117), Syu’ab al-Iman (10502) dan Ibn Hibban (4177) daripada Abdullah bin Abbas R.Anhuma. Kata Imam al-Tirmizi: Hadis hasan sahih.
Syeikh Muhammad bin Abd al-Rahman al-Mubarakfuri Rahimahullah apabila mensyarahkan hadis ini beliau berkata: (Iaitu berbuat baik) kepada kaum keluarganya dan juga mereka yang mempunyai hubungan silaturahim dengannya. Menurut pendapat lain: (Iaitu) kepada isterinya dan juga kaum kerabatnya. (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 10/269) Justeru, jelas bahawa hadis di atas merupakan di antara bukti keagungan dan keindahan ajaran Islam yang menganjurkan orang lelaki khususnya para suami untuk berbuat baik kepada ahli keluarga yang meliputi isteri, anak-anak, kaum kerabat, dan selainnya.
Ertinya, kebaikan seseorang bukan semata-mata dinilai pada hanya memberi, menjamu, bersedekah, solat, zakat dan haji, tetapi dalam hablum min al-nas atau hubungan sesama manusia. Maka kebaikan itu melimpah dengan cara memukadimahkan kebaikan kepada kaum keluarga.
Kelapan: Bahagia merupakan impian utama. Ingatlah, dalam kehidupan, semua dalam kalangan kita inginkan bahagia dalam hidup. Tetapi tidak semua dapat mencapainya. Benarlah kata pujangga, Hati’ah al-‘Absi yang mengungkapkan:
Aku tidak melihat kebahagiaan hakiki dengan terhimpunnya harta
Akan tetapi, orang yang bertakwa itulah orang yang bahagia.
(Lihat al-Adab al-Syar’iyyah oleh Ibn Muflih, 3/307; Tarikh Madinah Dimasyq oleh Ibn ‘Asakir, 72/65)
Sila baca lebih lanjut dalam buku kami bertajuk Baiti Jannati.
Kesembilan: Mohonlah maaf kepada kedua ibu bapa. Taat dan patuhlah kepadanya serta berbaktilah kepada keduanya. Sesungguhnya, inilah perintah Allah SWT kepada kita semua. Benarlah firman Allah SWT:
Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”
(Surah al-Isra’: 23)
Syeikh al-Maraghi berkata, Allah SWT benar-benar mewasiatkan tentang tanggungjawab terhadap kedua-dua ibubapa secara serius, sehingga sesiapa sahaja yang derhaka terhadap mereka akan meremang bulu romanya serta ngeri mendengarnya. Ini disebabkan wasiat itu dimuliakan oleh Allah SWT dengan perintah supaya manusia bertauhid dan beribadah kepada-Nya. Kemudian kewajipan tersebut digenapkan dengan kewajipan supaya berbuat baik kepada kedua-dua ibubapa. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 8/3932)
Kesepuluh: Kepada rakan netizen, sebaik-baik dalam kalangan kita adalah yang mendoakan kebaikan kepada rakan kita, saudara Syamsul dan keluarganya. Bukan dengan tindakan seolah-olah ingin menjatuhkan dan menghancurkan rumah tangga yang telah dibina berdasarkan syarak. Antara doa yang terbaik adalah doa saudara kepada saudaranya tanpa diketahuinya seperti yang dinaskan di dalam hadith.
Kesebelas: Jangan marah kerana sifat marah boleh menghilangkan pertimbangan akal dan membawa kepada persengketaan. Tindakan pada ketika itu akan lebih kepada mengikut hawa nafsu dan melepaskan amarah. Daripada Abu Hurairah RA bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW:
Maksudnya: “Wasiatkanlah kepadaku.” Baginda pun bersabda: “Janganlah marah.” Orang itu mengulanginya beberapa dan Baginda bersabda, “Janganlah marah.”
Riwayat al-Bukhari (6116)
Al-Hafiz Ibn Hajar menukilkan daripada Ibnu al-Tin, katanya: “Nabi SAW telah menghimpunkan kebaikan dunia dan akhirat dalam sabdanya, ‘Jangan marah,’ kerana marah boleh menyebabkan sikap saling memutuskan hubungan dan menghalang sikap lemah-lembut sesama manusia. Bahkan, ia dapat menyakiti orang yang dimarahi sehingga dapat mengurangkan agama.” “Untuk membantu seseorang meninggalkan marah adalah dengan segera mengingati keutamaan dan kelebihan menahan marah. Begitu juga dengan mengingati ancaman terhadap sikap marah. (Apabila hendak marah), maka berlindunglah daripada syaitan (dengan mengucapkan ‘أعُوذُ باللهِ مِنَ الشَّيْطانِ الرَّجِيمِ’) dan kemudian berwudhu’. (Lihat Fath al-Bari, 29/391)
Maksud perkataan “Janganlah Marah” yang dikatakan kepada lelaki tersebut adalah jangan menuruti hawa nafsu kemarahan itu, dan bukanlah maksudnya melenyapkan sama sekali nafsu itu. Ini kerana kemarahan adalah satu-satunya daripada tabiat manusia yang tidak mungkin dihapuskan. Oleh itu, maksud Rasulullah SAW dengan larangannya kepada perkara menimbulkan kemarahan itu dan pernah juga Rasulullah SAW menerangkan: “Bahawa kemarahan itu daripada syaitan. Sesungguhnya syaitan itu dijadikan dari api. Api hanya dapat dipadamkan dengan air. Apabila seseorang dalam kalangan kamu marah maka hendaklah dia berwuduk.” Baginda bersabda pada hadis yang lain: “Jauhilah kemarahan, kerana ia adalah bara api yang menyala-nyala dalam hati anak Adam. Cubalah lihat apabila salah seorang kamu dalam keadaan marah, kedua matanya merah, urat lehernya kelihatan timbul. Apabila salah seorang berasa marah, maka hendaklah dia berbaring atau duduk di atas bumi.” (Lihat al-Kafi Syarah Hadis 40, hlm. 156-157)
Kedua belas: Kita tidak mahu menjadi golongan yang tergelincir lidah, bahkan rugi kepada diri kita sendiri. Ingatlah, kita semua banyak melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah yang sentiasa bertaubat. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW telah bersabda:
Maksudnya: “Setiap anak Adam banyak melakukan kesalahan. Sebaik-baik orang yang banyak melakukan kesalahan adalah orang yang banyak bertaubat.”
Riwayat al-Tirmizi (2499), Ibn Majah (4251) Ahmad (13049), Ibn Abi Syaibah (34216), al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (5/420), al-Hakim (4/244), al-Darimi (2727) dan Abu Ya’la (2922). Syeikh Syu’aib al-Arnaut menyatakan isnadnya hasan dalam Takhrij Syarh al-Sunnah (5/92)
Berdasarkan hadits di atas, difahami bahawa manusia tidak akan terlepas daripada kesilapan. Syeikh al-Mubarakfuri berkata: ‘كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ’ yakni banyak kesalahan. Ungkapan ‘وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ’ (Sebaik-baik orang yang banyak melakukan kesalahan adalah orang yang banyak bertaubat) bermaksud mereka kembali kepada Allah dengan bertaubat daripada segala maksiat, dan sebaliknya giat dalam melakukan ketaatan. (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 7/202)
Marilah sama-sama kita sentiasa mengulangi istighfar dan taubat. Semoga Allah SWT menerima taubat dan istighfar kita serta amalan baik yang kita lakukan. Bak kata pepatah Melayu, “Buang yang keruh, ambillah yang jernih.”
Ketiga belas: Jagalah solat antara suami isteri, terutamanya solat Tahajjud di waktu malam bagi meraih rahmat daripada Allah SWT. Sabda Nabi SAW:
Maksudnya: “Semoga Allah merahmati seorang suami yang bangun di tengah malam lalu solat dan membangunkan isterinya lalu isterinya pun solat. Jika isterinya enggan, maka ia memercikkan air ke wajahnya. Dan semoga Allah merahmati seorang isteri yang bangun di tengah malam lalu solat dan membangunkan suaminya lalu suaminya pun solat. Jika suaminya enggan, maka dia memercikkan air ke wajahnya.”
Riwayat Abu Daud (1308) dan Ibnu Majah (1336)
Akhir sekali, marilah sama-sama kita mengamalkan doa yang diajar oleh Allah SWT:
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” (Surah al-Furqan: 74)
Semoga Allah SWT jadikan rumahtangga kita sentiasa aman, baik dan bahagia. Amin.
Nota Hujung:
[1] Walaupun ayat ini berkenaan dengan kewajipan jihad atau perang tetapi kaedah menyebut:
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.