Sejak dulu lagi, kita disogokkan dengan ingatan anak lelaki tidak perlu membuat kerja rumah.  Sebaliknya segala urusan termasuklah memasak, mencuci, mengemas, menjaga anak, merapi dan sebagainya adalah kerja kerja orang perempuan.

Didikan tersebut terbawa-bawa sehingga anak lelaki meningkat dewasa dan mendirikan rumah tangga. Maka, segala tugasan rumah adalah di bawah tanggung jawab sang isteri. Sepatutnya segala urusan rumah tangga memerlukan kerjasama dua pihak. Lebih-lebih lagi jika sang isteri juga bekerja.

“Bukan Sebab Orang Ketiga, Tapi Tiada Tolak Ansur & Saling Membantu.” Elak Cerai Kerana Isu Remeh, Ini Teguran Peguam Syarie Buat Suami Isteri .

 

Justeru,  didikan atau parenting oleh ibu bapa zaman sekarang perlu memastikan anak lelaki juga melakukan kerja ini dari kecil, bukan bertujuan untuk lepas tangan, tetapi dalam masa yang sama meningkatkan kesedaran mereka akan bebanan ini untuk bakal isteri mereka di masa hadapan. 

Ada ketikanya, akan berlaku perbalahan yang akhirnya membawa kepada perceraian. Lebih-lebih lagi jika masing-masing ego dan enggan bertolak ansur. Perkongsian Peguam Syarie bernama Azliana Adnan mungkin  boleh membuka mata pada suami isteri supaya mengelakkan penceraian timbul hanya kerana hal yang remeh temeh.

IKLAN

“Bukan Sebab Orang Ketiga, Tapi Tiada Tolak Ansur & Saling Membantu.” Elak Cerai Kerana Isu Remeh, Ini Teguran Peguam Syarie Buat Suami Isteri .


Pagi ini salah satu berita utama ialah kes seorang peguam syarie mempunyai masalah rumahtangga dengan isterinya. Beliau telah memfailkan tuntutan kembali taat. Semasa prosiding, seperti yang dilaporkan oleh wartawan:

“Bukan sahaja baju dan seluar plaintif tidak diuruskan defendan, malah pakaian anak- anak dibiarkan berlonggok tanpa dilipat. Defendan juga tidak mencuci pinggan mangkuk yang telah digunakan dan dibiarkan di dalam sinki,” katanya.

Isu-isu seperti ini ditimbulkan. Sebenarnya sepanjang menjadi pengamal undang-undang, saya nampak banyak lagi alasan-alasan yang tidak munasabah, isu kecil dibesarkan yang dikemukakan oleh pihak suami atau isteri.

IKLAN

“Bukan Sebab Orang Ketiga, Tapi Tiada Tolak Ansur & Saling Membantu.” Elak Cerai Kerana Isu Remeh, Ini Teguran Peguam Syarie Buat Suami Isteri .

Dalam kes ini, Isteri beliau juga bekerja. Maknanya turut menyumbang kepada pendapatan keluarga. Isteri yang bekerja sudah tentu penat. Balik dari pejabat, di rumah kena lagi bekerja iaitu membasuh baju, mengosok baju, memasak, membasuh pinggan, menjaga anak dan menjaga suami yang memerlukan perhatian lebih dari anak.

Jadi bilakah masa isteri yang bekerja boleh rehat? Adakah membasuh baju mengosok baju memasak membasuh pinggan, vacuum rumah, menyapu, menukar lampin bayi, memandikan bayi dll hanya tugas seorang isteri? Dimanakah suami? Bekerja? Tapi isteri juga turut bekerja.

Perkahwinan adalah satu perkongsian untuk memperoleh Sakinah iaitu ketenangan, mawaddah iaitu kasih sayang dan warrahmah iaitu mesti ada belas ihsan. Jadi dalam perkahwinan harus ada persefahaman antara suami isteri terutama kepada isteri yang bekerja dan tidak mempunyai pembantu di rumah. Suami lah harus bantu isteri di rumah.

IKLAN

Kebanyakan masyarakat merasakan kerja rumah adalah tugas isteri. Rasulullah SAW juga kerap membantu isteri-isteri baginda didapur, pernah menjahit sendiri pakaian baginda yang koyak. Inilah contoh terbaik.

“Bukan Sebab Orang Ketiga, Tapi Tiada Tolak Ansur & Saling Membantu.” Elak Cerai Kerana Isu Remeh, Ini Teguran Peguam Syarie Buat Suami Isteri .

Jika isteri memasak, suami boleh membantu membasuh pinggan kotor. Jika isteri membasuh baju, suami boleh membantu mengosok baju. Jika isteri penat berjaga malam menjaga anak, suami boleh bangun pagi, siapkan anak-anak dan buat breakfast. Inilah konsep saling bantu membantu yang suami isteri perlu faham dan hadam.

Masalah rumahtangga melanda semua orang tidak kira miskin kaya tua muda, doktor, kerani, pilot, guru dan lain-lain. Peguam pun ada mempunyai masalah. Ini adalah salah satu dugaan dan ujian. Sebab itu dalam perkahwinan kena sentiasa bertolak ansur. Tapi jangan sampai menindas pasangan kita dari segi emosi dan fizikal. Punca utama perceraian bukan kerana orang ketiga, punca adalah sebab di atas iaitu tiada konsep bertolak ansur dan saling bantu-membantu. Dari situ baru muncul pihak ketiga.

Sumber: FB Azliana Adnan

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI