Air Nabeez banyak khasiat dan manfaatnya, salah satunya ialah membuatkan perut rasa kenyang lebih lama terutama ketika waktu berpuasa. Air minuman Nabeez bukanlah resipi baru. Bagaimanapun masih ramai yang belum mengamalkan air sunnah Nabi Muhammad SAW ini.
Air Nabeez Cara Singkir Toksin Dari Tubuh
Kebiasaannya, air Nabeez cukup popular semasa bulan Ramadan. Ramai yang akan buat air nabeez ini untuk sahur. Rasa air bergantung pada kurma yang kita gunakan. Kalau kurma itu manis, manislah airnya. Boleh saja guna apa-apa jenis kurma pun. Khasiatnya tetap sama.
Riwayat daripada Imam Muslim, Aisyah berkata;
“Kami biasa membuat perahan untuk Rasullulah SAW di dalam air minum yang bertali di atasnya, kami membuat rendaman di pagi hari dan meminumnya di petang hari, atau membuat rendaman di petang hari dan meminumnya di pagi hari.” (H.R Muslim).
Pastinya ada banyak lagi kurma lebihan bulan puasa lalu jadi gunakan sebaiknya untuk membuat air nabeez ini.
Sesuai Amalkan Ketika Bulan Ramadan
Cara membuat air nabeez:
1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil contoh tiga biji. Buang bijik lalu cari-carikkan isi kurma.
Ads
2. Sediakan air masak anggaran 500ml – 1 liter.
3. Rendam isi kurma dalam air tadi malam sebelum tidur. Tak perlu simpan dalam peti sejuk. Tutup bekas air, jangan dibiarkan terbuka.
4. Bangun keesokan hari, minumlah air ini.
Ads
Kelebihan air nabeez:
*Selain membantu perut tahan lapar dan dahaga, kandungan dalam kurma ini juga membantu untuk menyingkirkan toksin dari tubuh.
*Ia juga sangat berguna sebagai detox untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan.
*Selain itu disebabkan air nabeez tinggi dengan khasiat serat, ini mampu membantu proses pencernaan dan meningkatkan serta menajamkan fikiran agar tidak mudah lupa.
Ads
Info
*Air nabeez ini boleh juga diamalkan sebelum sarapan. Amalkan minum sewaktu masa perut kosong.
*Kurma yang paling baik digunakan untuk membuat air nabeez ialah kurma ajwa.
*Sebaiknya buat air ini untuk sekali minum. Jangan simpan lama atau lebih 3 hari kerana ia akan jadi masam dan tak boleh diminum.
*Selain daripada kurma, boleh juga menggunakan kismis untuk membuat air nabeez.
Baru-baru ini Janna Nick membuat pengakuan yang mengejutkan ramai pihak melalui satu posting di Instagram dengan mendakwa dirinya secara klinikal disahkan dengan Bipolar Disorder.
Sementara itu, salah seorang yang dikenali sebagai Aifa Azlan membuat posting berkongsi pengalamannya yang juga mengidap penyakit yang sama. Menurutnya, pertama kali melihat video pendek yang dikongsikan oleh Janna Nick yang terlihat menangis telah mengandaikan ada sesuatu yang tidak kena dan ternyata andaiannya itu tepat.
Ini perkongsiannya.
Maka terjawab sudah. Betul lah andaian aku haritu masa Janna Nick post video menangis dekat Instagram haritu. And today Janna Nick sendiri bagitahu dia clinically diagnosed with bipolar disorder. Sama macam penyakit aku.
Aku dah setahun doktor diagnosed with bipolar disorder dan belum lagi boleh discharge dari PSY. Masih lagi tidur dengan bantuan ubat. Tapi tak mengapa aku dah redha. Sekurang-kurangnya makan ubat otak aku boleh rest secukupnya. Kalau tak seksanya hidup bila tidur otak masih bekerja. Otak overload. Macam-macam fikir sampai kena serangan panic. Sakitttt sumpah sakit.
Jujur aku cakap, aku kalau tgok tingkahlaku, percakapan orang aku boleh tahu dia sakit ke tak. Hanya jauhari yang mengenal manikam. Aku dah makan garam. Even orang tu tak bercerita, aku tgok gaya dan cara dia aku boleh tahu dia tengah down, stress atau depress.
And ada jugak aku takut ramai kawan2 dalam fb aku ada ciri-ciri bipolar. Tapi takkan aku nak pergi diagnose. Pandai-pandai lah kalau rasa perlukan bantuan cari doktor.
Ni ciri-ciri bipolar disorder. Ada dua fasa. Fasa manic dan fasa dan fasa low (depression)
Fasa manic biasanya seseorang akan merasa sangat bertenaga, banyak cakap, banyak idea, otak brgerak dengan laju, membeli belah tanpa kawalan, memandu secara merbahaya, dan lain lain.
Ada satu lagi seseorang itu yang dulunya biasa je tiba-tiba drastik berubah jadi alim. Selalu bercakap pasal agama. Macam aku dulu la masa tahun 2019. Terlalu drastik berubah. Rupanya doktor cakap masa tu aku dalam fasa manic. Takpun dari alim tiba-tiba pergi buka tudung atau pakai ketat-ketat. Ni pun sama jugak.
Fasa low( depression)
Rasa sedih yang berpanjangan, rasa kosong,hilang minat kepada benda yang disukai. Cepat letih dan tak bertenaga. Rasa diri tak berguna, rasa bersalah, gangguanntidur, payah utk membuat keputusan.
Alhamdulillah selepas dapat rawatan dan kenal ciri-ciri penyakit bipolar aku dah boleh tepis dah benda-benda tak elok. Contoh berbelanja tanpa kawalan. Setiap kali aku nak start spending spree aku akan cakap dengan diri sendiri. This is not me. Penyakit aku dah datang.
Bahaya kalau kita tak sedar tentang penyakit kita. Doktor cakap ada ramai orang bisnes ada bipolar. Bila tak sedar dia akan spending spree atau buat pelaburan sampai licin duit dalam akaun.
Sekarang otak aku dah boleh berfikir secara waras bila dah dapatkan rawatan. Aku tak buat keputusan secara melulu. Aku dah tak ambil tahu benda remeh temeh. Benda-benda kecik pun aku tak masukkan dalam kepala otak. Emosi aku makin stabil. Otak aku rileks. Tenang. Aku betul-betul dapat tidur cukup 8 jam sehari. Alhamdulillah.
And one more thing. Doktor akan mendiagnose seseorang itu ada bipolar selepas seseorang itu mengalami episod depression yang teruk dalam hidup dia. Dan mostly yang ada bipolar adalah orang yang kuat bekerja menggunakan otak dan biasanya cantik. Hahaha ni doktor yang rawat aku cakap tau.
Anak yang sihat dan cergas tentu akan mengembirakan ibu ayah. Malah membuatkan mereka boleh fokus kepada urusan rumahtangga.
Namun siapa kita untuk melawan takdir, apabila anak jatuh sakit. Sama ada ibu atau ayah menjadi pembawa, atau kedua-duanya mewarisi.
Kanser adalah antara penyakit yang juga menyerang kanak-kanak dan remaja. Ibu bapa kena alert gejalanya dan perlu berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Nak tahu lebih lanjut mengenai kanser pada anak, ikuti lanjut hurian Dr Rashdan Mohamed tentang hal ini.
KANSER DI KALANGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA
1-Jenis kanser paling tinggi dihidapi kanak-kanak adalah leukemia, mengapa? Kanser yang paling biasa berlaku dikalangan kanak-kanak dan remaja bawah 15 tahun adalah leukemia, diikuti kanser otak & sistem saraf, limfoma, neuroblastoma, kanser ginjal dan kanser tulang. Ini adalah hasil dari kajian yang dijalankan. Manakala bagi remaja 15 hingga 19 tahun, kanser otak, saraf dan limfoma adalah lebih tinggi berbanding leukemia.
Leukemia itu sendiri ada beberapa jenis seperti Acute Lymphocytic Leukemia, Acute Myeloid Leukemia dan Chronic Leukemias.
Punca utama mengapa leukemia yang paling biasa dihidapi kanak-kanak mungkin sukar dipastikan. Ada banyak faktor, antaranya, kajian menunjukkan sesuatu bangsa atau etnik mempunyai peratusan risiko yang lebih tinggi untuk sesetengah kanser berbanding kanser yang lain. Ada faktor genetik dan persekitaran yang mempengaruhi (akan dibincangkan lanjut nanti).
2-Adakah trend ini boleh dikurangkan? Dari banyak kajian yang dijalankan, incidence kanser dikalangan kanak-kanak ada menunjukkan peningkatan berbanding dahulu, namun begitu, dengan diagnosis dan rawatan awal yang optimum, kita dapati, survival rates juga meningkat. Sebagai contoh, secara kasar, pada era 1970-an, hanya sekitar 58% – 70% kanak-kanak dan remaja dengan kanser, hidup dalam masa 5 tahun. Namun kadar ini meningkat kepada 85% – 90% pada ketika ini (bergantung jenis kanser dan tahap). Kemajuan teknologi, pengesanan dan diagnosis awal, serta rawatan yang ditawarkan antara faktor peningkatan positif survival rates ini. Namun, ada juga kanser tertentu yang sukar dirawat dan mempunyai survival rates yang rendah berbanding leukemia.
3-Punca kanak-kanak menghidap kanser (termasuk semua jenis kanser)? Antaranya adalah:
3.1. Faktor genetik Kebanyakan kanak-kanak dan remaja yang menghidapi kanser ini ada perubahan atau mutasi pada bahan genetik atau genes yang menyebabkan kanser berlaku. Perubahan atau mutasi genetik ini mungkin dari keturunan atau juga berlaku secara spontan dan semulajadi. Sebagaimana yang kita bincang tadi, ada etnik tertentu berisiko untuk kanser tertentu. Ada juga kanser yang dihidapi itu mungkin disebabkan faktor keturunan. Ada masa, masalah genetik sindrom tertentu seperti Sindrom Down yang berisiko untuk mendapat leukemia. Jadi, faktor genetik ini meyumbang kepada risiko untuk menghidapi kanser tertentu.
3.2. Faktor persekitaran Faktor persekitaran juga ada peranan dalam kanser. Contohnya, merokok menyebabkan kanser peparu dan kanser mulut. Pendedahan kepada bahan-bahan kimia tertentu seperti asbestos, racun serangga dan bahan radiasi juga boleh membawa kepada kanser. Jangkitan kuman tertentu juga memberi risiko.
4-Kebanyakan kes pesakit kanser kanak-kanak didiagnosis sudah pada tahap berapa? Ada pesakit kanser kanak-kanak yang didiagnosa pada peringkat awal dan ada juga pada peringkat lewat. Apa yang lebih utama adalah, nasihat saya kepada semua ibu bapa, untuk mengenalpasti gejala seperti demam berpanjangan, hilang selera makan, susut berat badan, sakit kepala, muntah berterusan, sakit tulang, bengkakan pada organ atau apa jua gejala yang membimbangkan untuk mendapatkan rawatan awal di fasiliti kesihatan, supaya diagnosa awal dan rawatan awal boleh diberikan
5-Jenis-jenis rawatan untuk pesakit kanser kanak-kanak? Bergantung kepada jenis dan tahap kanser. Secara umum rawatan kanser kanak-kanak adalah: 1. Rawatan kemoterapi 2. Rawatan radioterapi 3. Pembedahan 4. Rawatan sokongan multidisiplin 5. Rawatan paliatif
Kebiasaanya, doktor pakar onkologi kanak-kanak akan mengenalpasti terlebih dahulu jenis dan tahap kanser, dan akan berbincang dengan ibu bapa berkenaan rawatan yang akan diberikan termasuk kesan sampingan dan manfaat rawatan. Ada sesetngah kanser perlu kemoterapi, pembedahan dan diikuti radioterapi.
Ada juga, seperti leukemia tertentu, yang hanya memerlukan kemoterapi. Kanak-kanak dan remaja yang menghidapi kanser ini akan dimasukkan ke unit onkologi hospital di mana mereka akan menerima rawatan yang telah dirancangkan termasuk rawatan sokongan seperti sesi kaunseling, fisioterapi, dan rawatan khusus pakar-pakar lain termasuk pakar endokrin seperti saya. Rawatan paliatif, biasanya, dikhususkan untuk pesakit kanser tahap akhir, untuk mengurangkan kesakitan dan penderitaan mereka.
6-Seawal usia berapa kanak-kanak boleh didiagnosis menghidap penyakit kanser? Oh, kita ada pesakit seawal usia bawah 1 tahun didiagnosa menghidapi kanser juga. Secara umum, umur antara bayi hingga 19 tahun, dan kebiasaanya sekitar usia 5 hingga 8 tahun, bergantung jenis kanser.
7-Adakah kanak-kanak yang menghidap kanser berpotensi sembuh? Benar, dengan pengesanan awal dan rawatan, juga jenis dan tahap kanser, InSyaAllah, kanak-kanak ini berpotensi sembuh. Sebagaimana kita bincang dia atas, sesetengah kanser seperti leukemia, berpotensi sembuh dengan survival rate setinggi sehingga 90%.
8-Adakah ada risiko penyakit kanser ini berulang semula, jika pesakit sudah sembuh dalam rawatan sebelum ini? Risiko itu tetap ada, risiko untuk berulang (recurrence) atau kanser ke-dua (second cancer). Ianya bergantung kepada jenis dan tahap kanser, juga rawatan yang diberikan. Namun, doktor pakar onkologi dan pakar lain yang merawat, akan terus memantau keadaan pesakit menerusi temujanji susulan untuk memastikan jika kanser ini berulang atau ada kesan sampingan dari kanser mahupun rawatan, melalui pemeriksaan klinikal, ujian makmal dan radiologi. Saya sendiri, ada beberapa pesakit kanser yang dirujuk kepada saya kerana mengalami masalah endokrin (hormon) susulan kanser kalenjar pituitary yang perlu dibedah dan pesakit survivor lain.
9-Nasihat kepada ibu bapa yang mempunyai anak menghidap penyakit kanser Pertamanya, doa dan hati saya bersama semua pesakit, ibu bapa dan keluarga kanak-kanak dan remaja yang menghidapi kanser ini. Saya faham, ianya bukan mudah. Dengan penuh rendah diri, ini nasihat saya: 9.1. Berbincanglah dengan doktor pakar yang merawat berkenaan jenis, tahap dan rawatan yang ditawarkan. Tidak dinafikan, ada sesetengah rawatan termasuk kemoterapi yang mempunyai kesan sampingan tertentu yang juga ada rawatannya. Dapatkan maklumat dan nasihat dari doktor pakar 9.2. Ada juga ramai yang akan cuba “tawarkan” nasihat berkenaan “rawatan alternatif” yang mungkin akan menyebabkan kelewatan mendapatkan rawatan optimum, sehinggakan meyebabkan kanser itu melarat dan merebak ke tahap bahaya. Ada juga “rawatan alternatif” ini mengandungi bahan kimia tertentu atau teknik rawatan yang membahayakan. Ada juga yang tidak patuh shariah. Perkara-perkara sebegini hendaklah dielakkan. 9.3. Pesakit dan keluarga juga perlu banyak bantuan dan sokongan termasuk bantuan dan sokongan fizikal, moral dan psikologi ketika mendapat tahu berkenaan kanser dan ketika proses rawatan. Sokongan dan bantuan keluarga, rakan dan komuniti amat penting. Bantuan fizikal dan kewangan juga diperlukan. Keluarga terutama ibu dan ayah harus bersatu hati ketika masa sukar ini. 9.4. Sesi rawatan dan temujanji amat penting dan harus diberi keutamaan. 9.5. Terimalah takdir ini dengan hati terbuka, pasti ada hikmahnya dan bersedia untuk menempuh proses rawatan dengan positif, sifat sabar, berlapang dada dan bersangka-baik. Memang normal untuk berada dalam keadaan penafian (denial) dan marah, namun, lagi cepat untuk menerima hakikat ini, lagi cepat rawatan dimulakan, lagi tinggi peluang anak untuk sembuh dan survive, InSyaAllah
Di ketika anak kita asyik demam berpanjangan, kita terlupa yang sihat dan diuji dengan sakit semuanya datang dari Allah. Jadi selain ubat dan petua yang kita amalkan untuk redakan panas badan anak, doa adalah kunci dan senjata untuk anak sembuh.
Doa apa yang kita nak amalkan? Perkongsian Penulis Keibubapaan, Haris Athirah Rusli yang berkongsi doa Nabi Ibrahim ini boleh mak ayahkan selalu sepanjang anak demam.
Kita ikhtiar macam-macam, kadang kita terlupa yang bagi sakit dan sembuh tu Allah.
Doa, solat hajat, itu yang paling pertama kita kena buat bila anak tak sihat. Baca Fatihah, selawat, istighfar, dan ulang kali baca doa Nabi Ibrahim ni.
Api yang bersifat panas dan membakar, tiba-tiba jadi sejuk dengan izin Allah.
Baca doa ni selalu, masa anak tengah demam. Moga Allah izin sembuh segera.
Antara usaha lain yang mak ayah boleh bantu untuk redakan demam anak adalah dengan mencuba pelbagai petua mudah.
* Mandikan anak dengan air rendaman lemon.
* Minum air kosong yang mencukupi sepanjang hari.
* Basahkan tuala atau span dan basahkan tubuh anak sentiasa.
* Mandikan anak dengan kerap.
* Tanggalkan baju atau hanya pakai pakaian yang nipis sahaja sepanjang hari.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.