Pening kepala memikirkan bagaimana nak suburkan tanaman? Bagi ibu-ibu yang suka berkebun dan bercucuk tanam, melihat tanaman subur menghijau dan merimbun tentu suatu kepuasan.
Namun nak suburkan tanaman sayur dan semua sejenis tanaman di rumah pun ada rahsianya. Kali ini mak-mak boleh cuba menggunakan cara ini. Semburan oraganik!
Ini caranya
Resepi semburan organik. Racun pokok organik sesuai untuk semua tanaman.
Bahan-bahan:
5 ulas bawang putih
Ads
5 cili padi
Seinci halia
300ml air
1 sudu minyak masak
Ads
1 sudu sabun basuh pinggan
Cara-cara:
Blend semua bawang putih, cili & halia bersama air. Tapis. Campurkan dengan minyak dan sabun. Kacau- kacau, simpan 24 jam. Tambah air nisbah 1:4 sebelum menyembur. Lagi lama simpan lagi berkesan. Selamat mencuba.
Ads
SEBELUM
tengok ni haa, hitam tak dak rupa daun
SELEPAS
woww hasilnya. yang ni saya sembur 2 kali saja. selang seli (contohnya harini dan lusa)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Biasanya jika membuat transaksi ke akaun tabung haji daripada akaun bank, anda akan dikenakan caj sebanyak RM1.00 untuk setiap transaksi kan?
Untuk mengelakkan anda dicaj RM1.00 untuk setiap transaksi berjaya, anda boleh cuba membuat bayaran menggunakan JomPAY atau aplikasi THiJARI. Tak tahu macam mana? Ikuti langkah di bawah, senang sahaja!
CARA TRANSFER DUIT KE AKAUN TABUNG HAJI TANPA KENA CAJ RM1
Kalau sebelum ni guna online banking nak transfer ke akaun Tabung Haji, ada caj RM1 pada setiap transaksi. Saya ada akaun sendiri, akaun isteri dan akaun 5 orang anak. Setiap kali transfer ni saya bayar RM7 tanpa sedar.
Bukanlah berkira RM7 tetapi kalau ada cara nak buat online transfer secara percuma, buat apa bayar? Petang ini saya call Tabung Haji melalui 0362071919 dan saya beritahu staf Tabung Haji saya cuba-cuba buat cara guna JomPAY tu. Ikuti langkah di bawah.
1. Log masuk ke online banking kita (perbankan internet)
2. Pilih JomPAY
3. Isi maklumat transaksi
*Biller Code – 60228
*Biller Code Name – “Tabung Haji-Deposit”
*Ref-1 – Nombor Akaun TH (15 digit)
*Ref-2 – (Kosongkan)
*Amaun (RM) – (Isikan nilai)
4. Teruskan hingga selesai
Hanya akaun TH yang aktif akan dikreditkan, atau sebaliknya duit akan dikembalikan. Duit akan masuk ke akaun Tabung Haji kita dalam masa beberapa jam, staf Tabung Haji beritahu lebih kurang 1 hari bekerja. Bukan masuk terus. Cara ini percuma dan tiada caj langsung tapi risau pula apabila baki tu lambat update.
Selain menggunakan cara JomPAY, boleh juga menggunakan aplikasi THiJARI kerana tiada caj masuk dan duit juga terus masuk tanpa perlu menunggu.
Gunakan fungsi ‘Pindahan’ atau ‘Fund Transfer’ dalam aplikasi THiJARI sama ada di smartphone atau di website. Yang ini saya share pada gambar step by step ye.
1. Log masuk ke THiJARI. Jika belum ada akaun, sila daftar/register new user.
2. Pilih ‘Menu’ > ‘Fund Transfer’ atau ‘Pindahan’.
3. Pilih ‘Transfer Bank to TH Account’ > Pilih akaun yang kita nak depositkan duit.
Di sini ada akaun saya sendiri, dan anak-anak.
4. Masukkan butiran seperti jumlah dan seumpamanya. Terus pilih Bank mana yang kita nak gunakan, kita akan dibawa ke online banking bank kita sepertimana bank pilihan kita.
5. Teruskan transaksi hingga menerima notifikasi ‘Transfer Successful’. Selesai.
Duit akan terus masuk ke akaun Tabung Haji kita secara automatik. Tak perlu tunggu apa-apa. Check terus di bahagian akaun Tabung Haji tu, terus dapat lihat pertambahan simpanan di situ.
Tiada caj tambahan atau caj tersembunyi. Alhamdulillah sangat best. Moga bermanfaat.
Lelaki sediakan tujuh orang pembantu rumah, tanda terima kasih kepada isteri. Rumah tangga adalah asas kepada masyarakat dan menjadi tempat di mana nilai-nilai murni serta kasih sayang dipupuk dan dibina.
Dalam konteks ini, peranan seorang suami yang menyantuni isterinya adalah amat penting untuk mewujudkan sebuah rumah tangga yang harmoni dan bahagia.
Menerusi hantaran di akaun Instagramnya, pengasas spa, Dr Hannan Yusof berkongsi tentang pentingnya seorang suami menghargai isterinya.
Macam tak masuk akal, tapi di rumah saya memang ada tujuh orang pekerja sepenuh masa untuk uruskan keluarga saya. Ada pemandu, ada tukang kebun, ada pengawal keselamatan. Semua itu untuk kemudahan isteri dan anak-anak saya.
Saya cerita bukan nak menunjuk. Tapi nak kongsi segala saya buat ini sebab saya nak balas balik pengorbanan isteri saya selama pada saya. Sebab saya nak dia betul-betul rehat sekarang, sebab dia sudah terlalu banyak berjasa pada saya.
Pada awal perkahwinan, dia banyak mengalah. Dia yang uruskan anak-anak sebab dia nak saya fokus kejar cita-cita saya nak berniaga. Dia yang uruskan segala urusan rumah. Duit pun saya tal mampu nak bagi pada dia dulu sebab dulu saya banyak hutang sebab gagal dalam perniagaan kedai makan saya.
Dialah satu-satunya manusia yang yakin saya akan berjaya. Dia korbankan masa dia, kerjaya dia sebab dia nak saya berjaya dulu. Saya banyak tinggalkan famili. Sampai waktu dia lahirkan anak ke dua, saya tak ada sebab waktu itu saya pergi belajar di Korea.
Satu perkara lagi pasal isteri saya, dia tak pernah minta apa-apa daripada saya. Sejak dulu, dia tak pernah mengidam apa-apa. Apa yang saya bagi dia terima dengan gembira. Dia tak pernah bandingkan hidup dia dengan orang lain. Dia sentiasa gembira dengan apa yang kami mampu.
Sebab itulah sekarang saya bagi dia tujuh orang pembantu. Biar dia betul-betul rehat. Segala urusan rumah dan anak-anak dia tak perlu fikir. Waktu untuk dia nikmati hasil penat lelah dia selama ini. Sekarang dia boleh kejar cita-cita dia sejauh mana dia nak. Alhamdulillah.
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa” (Surah Al-Furqan (25:74))
Kesimpulannya suami yang menyantuni isterinya adalah seorang suami yang memahami tanggungjawab dan peranannya dalam rumah tangga. Dia bukan sahaja menjadi pelindung dan penyedia, tetapi juga seorang yang memberikan kasih sayang, perhatian, dan menghargai isterinya.
Keberkatan dan kebahagiaan dalam rumah tangga akan terhasil apabila suami menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh ikhlas dan dedikasi. Oleh itu, setiap suami harus berusaha untuk menyantuni isterinya demi mencapai kebahagiaan dan keberkatan dalam kehidupan berkeluarga.
Belum sampai sebulan berumahtangga, lelaki tular bersanding atas katil meninggal dunia.
Isterinya, Siti Marha Azuar terpaksa menerima hakikat pemergian suami Mohd Hashmi Arifin yang meninggal dunia akibat barah otot tahap empat.
Berita sedih tersebut dikongsi wanita berusia 35 tahun itu menerusi satu perkongsian video di aplikasi TikTok sehingga meraih rasa simpati orang ramai.
Video berdurasi 24 saat tersebut memaparkan foto hitam putih Mohd Hashmi dan rakaman sekumpulan lelaki mengangkat keranda untuk dimasukkan ke dalam van jenazah.
Sebelum ini, kisah pasangan itu dilaporkan media sehingga membuatkan warganet kagum dengan ketulusan Siti Marha yang juga ibu tunggal dua anak kerana menerima lamaran pesakitnya.
Mohon doakan suami saya Mohd Hashmi Arifin,” tulisnya yang bekerja sebagai jururawat.
Acara persandingan mereka yang diadakan pada 13 November lalu memperlihatkan Allahyarham Mohd Hashmi terpaksa diusung menaiki katil untuk ke lokasi acara di Kota Damansara, Petaling Jaya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan takziah kepada wanita berkenaan atas kehilangan suaminya serta mendoakan roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Sumber : @marhashmi121122
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.