Suami menyusul pergi selepas dua minggu isteri meninggal dunia bersalin anak ke empat. Hanya selepas dua minggu pemergiannya isterinya, seorang lelaki menyusul ‘pergi’ selepas ahli keluarganya mendapati dia tidak sedarkan diri.
Suami Menyusul Pergi Selepas Dua Minggu Isteri Meninggal Dunia Bersalin Anak Ke Empat
Safry Roslan, 35, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2.50 pagi di Hospital Duchess of Kent (HDOK), Sandakan, Sabah. Terdahulu isterinya, Airyn Darwisa Rudy, 25, meninggal dunia pada 30 Julai lalu ketika melahirkan anak keempat mereka.
Menurut adiknya, Jefrie Roslan, 29, arwah abangnya dalam keadaan sihat tetapi sehari sebelum meninggal dunia dia bersikap luar biasa dengan ahli keluarga dan rakan sekerja.
“PADA ISNIN LALU, ARWAH KELIHATAN SIHAT SAJA DAN PERGI KERJA SEPERTI BIASA. CUMA ADA KAWAN-KAWAN MEMBERITAHU DIA BERSIKAP PELIK APABILA SEPANJANG HARI ITU DIA BERSALAMAN, MEMINTA MAAF DAN MEMELUK RAKAN-RAKAN SEKERJA.
“Ketika di rumah pula, dia bawa kami sekeluarga makan bersama-sama dan turut meminta maaf jika ada salah dan silapnya.
“Pada awalnya saya tertanya-tanya tetapi saya menganggap mungkin dia rindukan arwah isterinya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.
Menurut Jefrie, arwah abangnya berubah sikap selepas isterinya meninggal dunia.
“PADA MALAM SEBELUM DIA ‘PERGI’, KAMI BERSEMBANG DAN DIA BERCERITA ARWAH ISTERINYA ADA BERTEMU DAN MENGAJAKNYA KE ‘RUMAH’ BAHARU MEREKA YANG CANTIK.
“Saya anggap mungkin arwah terlalu rindukan isterinya kerana selepas isterinya meninggal, dia kerap bermimpi dan mengigau,” katanya.
Katanya lagi, arwah abangnya tidur sekitar hampir jam 12 tengah malam dan beberapa kali mengigau sehingga terpaksa dibangunkan.
“DIA MENGIGAU SEKITAR JAM 1 LEBIH PAGI, KAMI BANGUNKAN DIA DAN DUDUK SEKEJAP SEBELUM BARING SEMULA TETAPI DIA TERUS MENGIGAU.
“TIDAK LAMA KEMUDIAN, TIADA KEDENGARAN SUARA DIA MENGIGAU DAN TERUS SENYAP. KAMI PANTAU KEADAANNYA TETAPI DIA SEPERTI TIDAK SEDARKAN DIRI.
“Dia sedar sekejap dan menarik nafas kemudian diam. Dalam tiga kali dia begitu,” katanya.
Jefrie berkata, memandangkan keadaan abang agak teruk dan bibirnya mulai pucat, keluarga membawanya ke hospital.
Van jenazah yang sama membawa jenazah Allahyarham Safry selepas dua minggu menguruskan jenazah isterinya.
“Kami kemudian dimaklumkan dia sedang kritikal dan meminta kami terus berdoa sementara doktor berusaha tetapi sekitar jam 2.50 pagi, akhirnya abang disahkan telah tiada,” katanya.
Ads
Jefrie berkata, arwah abang dikebumikan di sebelah kubur arwah isterinya di Tanah Perkuburan Islam Jalan Aman Sandakan.
Van jenazah yang sama membawa jenazah Allahyarham Safry selepas dua minggu menguruskan jenazah isterinya.
“Alhamdulillah, semuanya telah selesai jam 8 malam tadi.
“Kami tidak mengharapkan apa-apa, kami hanya harap jika ia telah tular sebelum ini, berilah komen yang baik-baik supaya anak-anak arwah sudah besar nanti tahu kisah ibu bapa mereka,” katanya.
Ditanya nasib empat anak arwah yang kini telah menjadi yatim piatu, Jefrie berkata, bayi yang baru dilahirkan itu kini dalam jagaannya bersama isteri.
“Walaupun saya anak keempat dan arwah anak sulung, tetapi kami sangat rapat kerana tinggal bersama-sama.
“JADI SEBELUM DIA PERGI, DIA ADA BERPESAN MEMINTA SAYA MENJAGA ANAKNYA YANG BARU DILAHIRKAN ITU.
“TIGA LAGI ANAKNYA MASING-MASING BERUSIA LIMA, EMPAT DAN DUA TAHUN KINI DIJAGA OLEH NENEK MEREKA,” KATANYA.
Sebelum itu, pemilik akaun TikTok Abam Botak atau nama sebenarnya, Yunizam Yusop, 36, menerusi satu video yang dimuat naiknya pada Selasa memaparkan van jenazah yang dikendalikannya terlibat dalam pengurusan jenazah arwah.
Gajet daripada satu sudut dilihat dapat membantu kanak-kanak dalam proses pembelajaran. Namun, andai tidak dikawal ia boleh mengundang masalah.
Antaranya seperti yang berlaku tidak lama dulu apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun terpaksa menjalani rawatan psikiatri kerana ketagih bermain tablet.
Perkara ini sekali gus membuktikan betapa seriusnya kesan jika anak-anak bermain gajet secara berlebihan. Jadi ibu bapa perlu mula mengambil langkah berikut untuk memastikan anak tidak ketagih bermain atau melayani telefon bimbit mahu pun tablet.
1. Jangan beli selagi tiada kepentingan
Jangan beli telefon atau tablet untuk anak-anak selagi tiada kepentingan untuk menggunakannya. Tidak perlu kenalkan mereka dengan komputer di awal usia apatah lagi game di internet.
2. Jangan main game depan anak
Walau pun anda suka bermain game tapi jangan tunjukkan ‘kegilaan’ itu di depan anak-anak. Bagaimana mahu menegur anak jika bapa sendiri pun berjam-jam melayan game.
3. Bawa ke majlis ilmu
Mahu memberi ilmu atau pengetahuan caranya bukan semata-mata memberi gajet. Adalah lebih baik ibu bapa terus membawa anak-anak ke majlis ilmu. Ajak anak mendengar tazkirah di masjid atau surau, kem, kelas agama atau mana-mana majlis ilmu.
4. Bawa anak beriadah
Jika tidak memberi gajet, ibu bapa mesti mencari aktiviti untuk memenuhi masa anak sebagai gantinya. Ajak anak berbasikal, beriadah di taman permainan atau apa-apa aktiviti di luar rumah agar mereka tidak bosan.
5. Ajak anak baca al-Quran
Daripada menghabiskan masa dengan telefon berjam-jam, hadkan masanya. Ajak pula anak baca al-Quran tapi pastikan ibu ayah turut membacanya bukan hanya menyuruh.
6. Hadkan masa menonton TV
Kesan menonton tv berlebihan sama juga dengan gajet, jadi hadkan masa menonton anak. Jangan dibiarkan saja anak-anak menonton kartun pagi, petang, dan malam. Kartun dikatakan merangsang minda kanak-kanak, tapi jika berlebihan, tak elok juga.
7. Tanamkan sifat zuhud
Tanamkan dalam jiwa anak-anak sifat zuhud dan tidak bermewah-mewah. Terus-terang pada anak-anak, ‘keluarga kita orang susah‘. Fahamkan anak-anak, jangan terpengaruh dengan anak-anak orang berada yang membeli telefon bimbit atau gajet yang mahal.
8. Kenalkan dengan buku ilmiah
Kenalkan anak dengan buku-buku ilmiah. Kalau boleh kurangkan mereka membaca buku kisah-kisah dongeng. Berikan mereka buku-buku ringkas sirah Nabi s.a.w. Ada banyak di pasaran. Bacakan pada mereka sehingga mereka minat. Ambil sedikit masa 10 minit sebelum tidur sebagai contoh cerita tentang Nabi s.a.w.
Sumber : tazkirah.net
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelawak dan pelakon, Ajak Shiro bersyukur kerana anak sulungnya, Jad Thaqif sudah boleh menguruskan jenazah.
Berkat ikut atuknya menguruskan jenazah, setakat ini Jad sudah membantu menguruskan sembilan orang jenazah dalam masa dua hari.
“Walaupun aku ada pengetahun tetapi dia lebih pengalaman. Dia lagi banyak rekod berbanding aku.
“Semalam dengan hari ini sahaja sudah sembilan jenazah dia mandikan. Baba doakan Allah berikan pahala selayaknya untuk anak baba ini. Jad rehat eh muka nampak letih tu,” tulisnya dalam satu perkongsian di akaun Instagramnya.
Rata-rata pelajar sekolah menjalani sesi Pembelajaran dan Pengajian di Rumah (PDPR). Jika di sekolah pembelajaran lebih terbuka antara guru dan pelajar, namun berbeza di rumah yang mana pelajar terpaksa menggunakan komputer dan data internet.
Gambar hiasan
Namun, bukan semua keluarga mampu memilikinya. Lebih-lebih lagi dalam situasi mendesak begini. Ada yang terpaksa memilih sama ada membeli peralatan untuk anak belajar atau makanan untuk mengisi perut ahli keluarga.
Demikianlah situasi yang dialami oleh keluarga ini. Saudari Iwaizumi Hajime menerusi laman Twitter memuat naik satu perkongsian yang cukup menyentuh hati. Kisah pelajar ibunya yang hidup susah.
weh gais, sedih la tengok ws anak murid mak aku ni. mak aku sedih sebab dia makan senang tapi anak muridnya tengah susah 😔 jom la gais kita tolong mana yang mampu 😭 rt pun dah hargai sangat sangat 😭😭 pic.twitter.com/B9v4BJo0ZF
Dalam pada itu, saudari Iwaizumi turut memuat naik nombor akaun si ibu berkenaan bagi membolehkan orang ramai menyumbang kepada keluarga ini.
anyone yang nak sedekah dekat dia, boleh transfer dekat number acc mak dia 1011241000078841 nurazean binti abu bakar (BSN) maaf lewat baru dapat number acc dia 😅
Berkat perkongsian tersebut,kisah ini menjadi tular dan ada pihak yang tampil menghulurkan bantuan buat keluarga ini khususnya pemberian telefon bimbit untuk belajar.
alhamdulillahh sy dengan mak sy baru shj memberi bantuan kpd pelajar tersebut.turut disertakan telefon bimbit untk memudahkan urusan pelajarannya, terlihat senyuman dimuka ibu n pelajar trsebut☺️terima kasih kpd penyumbang dn sesiapa mendoakan beliau.semoga allah berkati semua🥰 pic.twitter.com/hCAU1pxMDa
Hasil sumbangan orang ramai itu membuatkan keluarga ini berasa cukup terharu dan berterima kasih dengan sumbangan yang cukup luar biasa diterima mereka.
korang ni update dari dia, alhamdulillahh suka dengar☺️ sorry tau siapa yang nak bank in tapi dah tak valid, maybe sebab bank dah block sebab banyak yang masuk, terima kasih korang yang sudi tolong dan doakan dia, semoga allah lipat gandakan lagi rezeki korang🥰 pic.twitter.com/hGbesshhHR
Juruterbang wanita rugi hampir RM200K, terpedaya pakej haji palsu. Seorang juruterbang wanita dilaporkan mengalami kerugian melebihi RM190,000 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan membabitkan tawaran palsu pakej haji oleh individu tidak dikenali.