Imam Muda Asyraf timang bayi lelaki, isteri selamat lahirkan anak ke empat. Pendakwah bebas ustaz Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 39 atau lebih dikenali sebagai Imam Muda Asyraf timang cahaya mata ke empat.
Imam Muda Asyraf Timang Bayi Lelaki, Isteri Selamat Lahirkan Anak Ke Empat
Berita gembira itu dikongsikan dilaman Instagramnya.
Tepat jam 1.13 pagi tadi bersamaan (18/7/2024). Isteri saya Nur Husna Bt Yusoff baru sahaja selamat melahirkan seorang anak lelaki.
Semoga dengan kehadiran ahli keluarga baru kami ini, menambah lagi keberkatan serta memberi rahmat buat alam seluruhnya. Ameen Ya Rabbal alamin. – tulisnya di ruangan kapsyen.
Pelawak dan pelakon, Achey atau nama sebenarnya Nor Nasir Hamzah berkongsi perkembangan terkini mengenai proses rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) yang sedang dijalani oleh isterinya, Nor Hasanah Yahaya.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Achey di laman Instagramnya, dia mendedahkan isterinya telah menjalani proses memasukkan embrio matang ke dalam sistem peranakannya.
“Bismillah bermula dari Ogos dan kini, proses penting telah tiba… memasukkan embrio matang ke tubuh ibunya.
“Mudah-mudahan berjaya, doakan proses ini berjalan dengan baik. Tak mudah proses ini, positif kita jalani, positif la kita dapat. Usaha sebaik yang boleh, Allah juga yang menentukan berjaya atau tidak, doakan kami terus kuat.
“Allahuakhbar, bismillah, tiada daya dan usaha hambaMu ini tanpa keizinanMu Ya Allah. Doakan Anne kuat dan hari ini bermula fasa penting,” ujarnya di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa keterujaan mereka untuk menantikan berita gembira hasil daripada keputusan IVF tersebut. Malah, mereka juga turut mendoakan agar urusan Achey dan isteri sentiasa dipermudahkan selepas 11 tahun menanti kehadiran zuriat dan berharap pasangan itu akan kuat dalam menempuh segala dugaan.
Terdahulu, Nor Hasanah Yahaya telah menjalani pembedahan untuk membuang tiub fallopian yang tersekat bagi membolehkan dia hamil di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru.
Sumber: Instagram @acheykintangkintung
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Detik melahirkan cahaya mata sulung pastinya menjadi pengalaman yang sangat bermakna buat penyanyi terkenal, Amira Othman. Bukan sahaja melalui fasa kehamilan dan bersalin yang penuh cabaran, malah momen itu turut memperlihatkan pengorbanan suami tercinta, Fattah Amin yang setia berada di sisinya.
Amira yang baru sahaja melahirkan anak pertama mereka, Muhammad Jarir Umar, menzahirkan rasa syukur dan penghargaan mendalam terhadap Fattah atas segala bantuan serta sokongan yang diberikan sepanjang tempoh kehamilan sehingga proses bersalin.
Menerusi perkongsian terbaharu di Insta Story miliknya, Amira menitipkan ucapan terima kasih buat Fattah yang banyak membantu ketika dirinya melalui fasa penting sebagai seorang ibu.
“Terima kasih suami saya, tolong macam-macam mengandung selama bersalin selama berperang nyawa keluarkan Jarir.
“Moga Allah ganjarkan syurga untuk suami saya,” titip Amira.
Luahan ringkas itu jelas menggambarkan betapa besarnya nilai kehadiran seorang suami ketika isteri sedang melalui saat getir melahirkan zuriat. Bagi seorang wanita, proses bersalin bukan sekadar menahan sakit, tetapi satu perjuangan yang menuntut kekuatan fizikal, emosi dan mental.
Ramai dalam kalangan peminat turut tersentuh dengan penghargaan yang diberikan Amira kepada suaminya. Ucapan tersebut mencerminkan hubungan yang dibina atas dasar kasih sayang, hormat serta sokongan antara satu sama lain dalam menghadapi fasa baharu kehidupan berkeluarga.
Sebelum Amira bersalin, Fattah dilaporkan sanggup memperlahankan seketika kerjaya seninya demi memberi tumpuan sepenuhnya kepada isteri tercinta.
Malah, ketika Amira memasuki fasa akhir kehamilan, Fattah mengambil keputusan untuk menolak sebarang tawaran kerja di luar kawasan atau komitmen yang memerlukan tempoh masa panjang agar dapat terus berada dekat dengan Amira.
Tindakan Fattah itu turut menerima pujian daripada peminat yang melihatnya sebagai contoh seorang suami yang bertanggungjawab dan mengutamakan keluarga. Keputusan untuk mengurangkan komitmen kerja demi memberi perhatian kepada isteri merupakan satu pengorbanan yang bukan mudah dilakukan, terutama bagi individu yang aktif dalam dunia hiburan.
Amira selamat melahirkan Muhammad Jarir Umar pada jam 6.20 petang Selasa di sebuah hospital di ibu negara.
Kehadiran Muhammad Jarir Umar pastinya melengkapkan lagi kebahagiaan rumah tangga pasangan ini. Semoga Amira terus diberi kesihatan yang baik selepas bersalin, manakala Fattah terus menjadi pelindung dan kekuatan buat isteri serta anak tersayang.
Dalam masa yang sama, ramai peminat turut mendoakan agar bayi yang dilahirkan membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh serta membahagiakan kedua ibu bapanya pada masa hadapan.
Perkongsian Amira mengenai pengorbanan suaminya juga mengingatkan masyarakat tentang pentingnya sokongan pasangan dalam setiap fasa kehidupan, terutama ketika proses kehamilan dan kelahiran yang memerlukan kekuatan serta pengorbanan daripada kedua-dua pihak.
Untuk rekod, Amira dan Fattah diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 14 September tahun lalu dalam sebuah majlis yang berlangsung di Sepang, Selangor.
Daripada Dia Kita Datang dan Kepada-Nya Kita Kembali. Peritnya menerima kenyataan, kehilangan orang tersayang. Perginya takkan kembali, tiada lagi gelak tawa dan senda gurau tatkala bersama.
Hanya Tuhan yang tahu akan perasaan itu. Namun, siapa kita mampu menolak andai itu takdirNya. Luahan wanita ini yang baru dua bulan berkesempatan mengecap bahagia, kini sang suami tersayang pergi buat selama-lamanya.
Arwah Muhammad Amirul Ashraf Bin Salki dikatakan meninggal dunia selepas bermain futsal. Dia yang rebah kemudiannya dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia.
Menerusi Instagram Airina Roslan, wanita kuat ini berkongsi momen terakhir bersama arwah suaminya.
Assalamualaikum you.. you tak sempat nak siapkan vd ni.. tapi takpe.. i tk kesah.. you pergi dulu tinggalkan i, family & kawan2 you kat sini. You saje tak kasi i balik jb sbb taknak i tgk u pergi depan i kan? I faham….. maafkan semua kesalahan i kat you ye.. halalkan semua makan minum i yg you selama ni dah bagi.
Hari ini genap 2 bulan kita nikah (7th Sept 2019). Tapi perkahwinan ini akan menjadi memori i yang paling terindah. Mak i cakap “kakak dah tunaikan kewajipan dia untuk berkahwin” kata2 yang buat i kuat terima semua ni.
Jangan pernah berhenti sayang i ok? I sayang you Mirul.. you lelaki yang sempurna. mintak semua sedekahkan alfatihah ye untuk arwah suami saya.. terima kasih you 💓
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.