
Pastinya setiap wanita mempunyai sikap inginkan sebuah kekal bahagia. Oleh itu, dia akan pastikan ahli keluarganya dalam keadaan baik termasuk menegur apa yang dirasakan perlu diperbetulkan. Namun jika suami masih tidak mahu berubah pasti ia sukar buat dirinya.
Jika selamanya ini dirinya sentiasa tegur suami untuk kearah yang bahagia, namun tidak diendahkan, ia tentu membuatkan dirinya pasrah.
Ikuti perkongsian ini. Semoga jadi peringatan bersama membina keluarga bahagia.

Sebelum dia mengalah, cepat2 la berubah…
Perangai org perempuan ni, selagi dia rasa nak menegur, nak menasihati, nak memperbaiki serta memperbetulkan apa yg salah dan nak menjadikan keadaan itu lebih baik dr sebelumnya, maka dia akan usaha utk buat…
Dia akan cuba tegur berkali2…dia akan cuba menasihati berkali2…dia akan cuba bagi pandangan serta pendapat tanpa jemu…
Sebabnya dia masih nmpk harapan atau dia masih meletakkan harapan…
Tapi once dia berhenti menegur, berhenti menasihati, berhenti bagi pandangan, dan dia dah MULA DIAM, itu bukan bermakna dia dah berhenti berharap, tapi kerana dia dah lelah dan dah rasa nak mengalah…
Dah berbuih mulut, tapi sifat dan sikap itu masih sama…tak berubah dan buat tak endah…
Suami kena ambil peduli
Bear in mind, org tegur sebab sayang, orang nasihat sebab sayang, org bagi ruang dan peluang utk memperbetulkan perbuatan sebab sayang. Kalau perkara sesimple ini pun kita yang lelaki ni tak nanpak dan tak faham, maka satu hari nnt kita akan menyesal…
Org yg berjuang akan berhenti berjuang bila apa yg diperjuangkan itu tidak memberi pulangan yg sewajarnya…
Org utara kata, “tak balik modai, buang masa…”
Renung-renungkan.
Sumber: Firdaus Shakirin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sweetnya Ibu Bapa Pengantin Ni, Ganti Tempat Anak Naik Pelamin. Ni Kisahnya!

Rasa seperti tak lengkap sebuah majlis perkahwinan itu kalau pengantin tak bersanding. Siapa yang tak mahu majlis perkahwinan berjalan dengan sempurna, kan? Namun, lain kisahnya yang terjadi di dalam keluarga ini bila mana ibu ayah pengantin perempuan pula naik pelamin dek kerana menggantikan menantunya yang tidak sihat.

Hal ini telah dikongsikan oleh Fatheen Afiqah dan ini kisahnya.
“Alhamdulillah kami selamat diijabkabulkan pada petang 31 Ogos lalu. Tapi suami mengadu perut tidak selesa sewaktu kami menjalankan rehearsal pada malam tersebut. Pada awalnya pihak klinik mengesyaki dia menghidapi apendiks. Tapi hasil siasatan lanjut di hospital pula mendapati Amirudin hidap masalah batu karang. Doktor pun menasihati kami agar segera membuangnya.
“Walaupun kami ada memohon agar dilewatkan sedikit rawatan itu kerana mahu bersanding, tapi suami seperti tak dapat menanggung lagi perit yang dialaminya. Sejak malam itu dia ditahan di Hospital Putrajaya, dan hari ini barulah dia menjalani operation membuang batu karang di Hospital Selayang.”


Fatheen juga menjelaskan bahawa majlis resepsi tetap dilangsungkan kerana segala persiapan telah dibuat dan tidak mahu mengecewakan tetamu yang telah dijemput.
“Walaupun kami tiada, tapi majlis pada 1 September itu tetap dilangsungkan kerana sudah lengkap dan tidak mahu kecewakan tetamu yang telah dijemput.”
Kononnya bergurau, tak sangka gurauan menjadi kenyataan

“Sebelum nikah, saya ada usik mama (Puan Zainah) untuk bersanding sebab busana persalinan dia memang vogue. Tak sangka rupanya ayat tu terkena pada diri sendiri. Nasib baik ibu bapa pandai cover ketiadaan kami dan saya gembira tengok reaksi mereka menerusi gambar kiriman rakan-rakan yang hadir ke sana. Rasa bersyukur sangat sebab dikurniakan ahli keluarga yang cukup supportive dan memahami situasi tak terjangka ini. Kami suami isteri turut berterima kasih kepada semua yang memberikan komen positif dan doa agar disembuhkan masalah kesihatan yang melanda Amirudin sekarang ini. Semoga hidup kalian diberkati oleh-Nya juga.”



Semoga Amirudin diberikan kesembuhan yang berpanjangan serta diharapkan pasangan mempelai ini kekal bahagia sehingga ke Jannah, Aamiin.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Anak Rapat Dengan Saya, Layan Seperti Kawan.” Anak & Isteri Pembawa Rezeki, Terapi Bahagia Ezad Lazim

Cukup sempoi dan happy go lucky, itulah antara persamaan yang ada pada penyanyi Ezad Lazim dan isterinya, Zeana Ramli.
Mereka juga senada dan seiring baik dalam hal kerjaya mahupun rumah tangga. Pasangan sama sepadan kini cukup bahagia ditambah dengan kehadiran sepasang anak comel sebagai penyeri rumah tangga.
Cukup berterima kasih dan bersyukur dikurniakan isteri yang memahami, akui pemilik nama sebenar, Mohd Rohaizad Mohamad Lazim, dia beruntung kerana isterinya juga bertanggungjawab sebagai pengurus peribadi.

Pengorbanan isteri tidak terbalas
“Dialah isteri dan dia juga pengurus saya. dia bijak urus masa dan kerjaya begitu juga saya. saya beruntung kerana adanya dia. Memang ada kala saya kasihan melihat dia kepenatan urus saya dan rumah tangga, tetapi dia tidak mengeluh.
“Sebagai suami saya bantu mana yang patut. Yang pastinya dia banyak buat tetapi saya cuba bantu mana yang boleh. Pengorbannya tidak terbalas. Alhamdulillah rezeki kami sekeluarga juga sentiasa ada dan tak putus sehingga kini.
“Ini semua berkat doa dan usaha isteri yang banyak membantu. Pada saya, populariti bukan perkara utama buat saya sekarang. Yang penting diberikan kesihatan yang baik dan dapat menampung kehidupan sekeluarga serta menghasilkan karya buat peminat seni.
“Untuk semua bakal dan mereka yang bergelar suami, segala kesilapan boleh diperbaiki dan dijadikan pengajaran. Mudah-mudahan kita jadi lebih matang dan lebih baik daripada sebelum ini. Sebab tu sebagai suami termasuklah diri saya sendiri, kena hargai orang tersayang disekeliling terutama isteri dan anak-anak.

Urus masa secara bijak
Jelas bapa kepada Puteri Rania Keisha dan Putera Muhammad Darwish, tak ada masalah untuk membahagikan masa dengan anak-anak kerana dia dan isteri sama-sama menguruskan mereka sendiri.
“Alhamdulillah saya bersyukur kerana urusan kami sekeluarga sentiasa dipermudahkan. nak kata tak ada masa tetapi sebenarnya sentiasa ada kerana kita sendiri yang kena urus secara bijak.
“Isteri seorang yang tahu bagaimana untuk bahagi masa antara kerjaya saya, sebagai ibu dan isteri serta dan masa yang sama bisnesnya. Tetapi kami selalu doa dan harap Allah permudahkan segalanya,” ulasnya lagi dengan panjang lebar.

Cabaran ibu bapa generasi sekarang
Isu gajet dan media sosial seperti tiktok dan sebagainya memang satu cabaran untuk ibu bapa generasi sekarang. Bagi Ezad, perkara tersebut turut dialami olehnya dan isteri.
“Zaman sekarang tak sama dengan kita dahulu, begitu juga cara pemikiran dan pengurusan anak-anak sekarang pun tak sama. Jadi cukup mencabar dalam mendidik anak-anak, tetapi kami berdua memang had kan.
“Nak kata tak bagi pun tak boleh juga sebab kami sebagai ibu bapa pun menggunakan medium tersebut terutama untuk tujuan bisnes dan kerjaya.
“Tetapi kami akan terangkan dengan baik kepada anak-anak supaya mereka faham kenapa saya dan ibunya menghadkan penggunaan medium tersebut.

Isteri garang suami simple
Tambah pelantun lagu Demi Cinta ini lagi, isterinya banyak ajar anak-anak berdikari manakala dia pula berbeza kerana sejak dahulu jenis yang simple.
“Soal garang memang Zeana lagi garang, tegas dengan anak-anak. Mereka banyak meminta dengan saya kerana ikut apa jua kemahuan anak-anak. Walaupun penat saya tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai suami dan ayah, pada saya bahagiakan anak-anak dan isteri adalah terapi dalam rumahtangga.

“Lagipun ini pengalaman sebagai ibu bapa sementelah kami berdua berkahwin dalam usia agak lewat dan membesarkan anak-anak sendiri jadi itu tidak menjadi masalah. Anak-anak jua punca rezeki dan penguat kasih sayang antara kami suami isteri.
Ayah kurang peka berbanding ibu
Mengulas mengenai sambutan Hari Bapa yang tidak ‘semeriah’ Hari ibu, akui Ezad lagi, semuanya bergantung cara sesebuah keluarga itu meraikannya.
“Soal sambutan hari bapa ni bukan nak kata tak meriah tetapi sebab orang lelaki khususnya kaum ayah ni yang memainkan peranan. Benda-benda begini mereka kurang peka berbanding kaum ibu. Malah ada yang tak ingat hari-hari istimewa baik hari lahi mahupun ulangtahun.
“Biasanya kaum Wanita yang selalu ingat tarikh istimewa, bukan nak kata kaum ibu jenis beria tetapi bab begini mereka memang alert dan partikular bab-bab begini. Tetapi tak bermakna ayah tak nak tunjukkan kasih sayang lebih cuma mungkin mereka jenis pelupa,” kongsi Ezad lagi.

Anak lebih rapat & selesa dengan ayah
Akui suami kesayangan Zeana ini lagi, tanggungjawab ayah dan suami sangat besar terutama dalam hal mencari rezeki. Tetapi tak bermakna anak-anak tak rapat dengannya.
“Cuma ibu lebih rapat kerana daripada awal lagi sentuhan pertama anak-anak adalah daripada ibu baik mengandung hingga melahirkan.
“Dalam hal saya sendiri misalnya, anak-anak lebih rapat dan selesa dengan saya. Tak marah-mara, itulah cara saya dengan anak-anak. Kalau ikutkan saya bukan jenis membeli barangan tetapi daraipada segi percakapan dan pergaulan saya layan mereka seperti kawan-kawan.
“Adakala isteri bengang atau marah kononnya saya tak ambil berat dengan anak, padahal saya lebih suka pendekatan ‘cool’. Bila anak-anak selesa jadi mereka lebih telus dan mudah nak berkongsi atau mengadu jika ada masalah. Tetapi kena ada juga peranan ibu cuma cara dipraktikkan ibu dan ayah berbeza. Tetapi yang penting tujuannya sama iaitu mahukan anak-anak membanggakan kami kelak,” ungkap Ezad sebelum menutup perbualan bersama penulis.
ARTIKEL MENARIK: “Muka Mummy, Perangai & Cara Cakap Baba.” Berlakon Jadi Doktor, Warganet Puji Bahasa Melayu Jebat Jayden
ARTIKEL POPULAR: “Teruja Nak Kongsi Berita Indah. Saya Hamil!.” Alahan Teruk, Dr Amalina Syukur Suami & Ibu Banyak Bantu
BACA INI JUGA : “Heykal Sakit Ke? Nampak Kurus Betul.Hampir Tak Kenal.” Penampilan Suami Faezah Elai Raih Perhatian
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Pakat Ketuk Kepala Ramai-ramai..”- Rupanya Dr. Tengku Asmadi Dulu Pernah Jadi Mangsa Buli

Apabila video tular memaparkan kes buli yang berlaku di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Kuala Kangsar, Perak baru- baru ini, ternyata menimbulkan kemarahan ramai pihak.
Pun begitu dalam sedar atau tidak, sebenarnya kes buli di zaman belajar bukan lah perkara baru. Malah sudah lama berlaku sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu. Senior pukul junior, ia seakan satu budaya yang dibawa dari satu generasi ke generasi berikutnya.
Bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan ramai antara kita dahulunya pernah menjadi mangsa buli rakan-rakan. Ini seperti mana kisah peribadi yang dikongsikan oleh pakar motiovasi yang tidak asing lagi namanya, iaitu Dr Tengku Asmadi.
Rupanya siapa sangka dia juga pernah menjadi mangsa buli hingga membuatkan dia nekad untuk melawan keganasan tersebut dengan tindakan yang boleh merosakkan masa depannya.
KISAH BENAR SAYA DIBULI
Dulu sewaktu kecil saya membesar di kampung tanpa ayah. Hanya emak sahaja yang ada. Emak pula turun lepas subuh dan pulangnya ada ketikanya lepas Maghrib kerana mencari rezeki sebagai tukang masak di restoran di bandar Kuala Terengganu.
Al kisahnya, di kampung saya itu memang ada remaja yang nakal dan pembuli. Dan saya antara yang sering dibuli. Mereka pegang saya dan pakat ketuk kepala ramai-ramai. Orang Terengganu kata ‘kherpok’. Bahasa bakunya ‘Luku’. Maklumlah saya ni dulunya kurus dan halus sahaja. Dan semua ini dilakukan atas arahan seorang yang berlagak ketua dan samseng.
Nekad Lawan
Kerana tidak tahan lagi dengan keadaan itu, satu hari saya keluar dan selit pisau daging dalam baju. Niat saya hari ini, siapa yang buli aku, aku tetak.
Entah macam mana hari itu, tiada seorang pun yang datang membuli. Maka terhindarlah dari sebarang petaka. Usia saya masa itu baru 14 tahun. Apa lah sangat anak usia 14 tahun, membesar tanpa ayah dan terbiar ini tahu berfikir panjang.
Jika berlakulah perkara yang tidak baik masa itu, maka hidup dan nasib saya mungkin tidak seperti hari ini. Tiadalah insan bernama Dr. Tengku Asmadi seperti hari ini.
Syukur, asbab berkat doa ibu, Allah lindungi saya. Apa yang saya nak beritahu, buli boleh membawa kepada pelbagai perkara buruk. Yang membuli boleh lakukan perkara buruk. Yang dibuli kerana mempertahankan diri juga boleh melakukan perkara buruk.
Jadi, hentikan buli. SAY NO TO BULLY.

Sumber : Dr Tengku Asmadi
Baca juga : Sayang Nak Buang Botol, Terus Buat Projek Tanam Sayur Dalam Botol. Hasilnya Tanaman Subur & Mudah Nak Jaga!
ARTIKEL MENARIK : “Jual Murah Niatkan Atas Nama Arwah Anak Yang Kemalangan Di Kawasan Ini…” -Lelaki Ni Jual Roti Canai 50 Sen!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di


