Bergelar seorang isteri dan ibu serta pada masa yang sama turut mempunyai kerjaya, adalah suatu cabaran yang besar buat wanita itu.
Lebih lagi, jika anak-anak sedang membesar dan aktif. Malah pelbagai kerenah yang kena ibu kendalikan.
Kadang kala, sikap anak membuatkan ibu kerap memarahinya. Sedangkan, dalam hati begitu menyayanginya.
Dalam hal ini, jelas menunjukkan ibu itu berasa terbeban dengan tanggungjawab yang berat sehingga memberikan tekanan kepada dirinya.
Ketika ini, suami harus main peranan untuk membantu isterinya.
Sebagaimana perkongsian oleh Mohd Fhais mengenai masalah isteri yang mengalami tekanan perasaan sehingga kerap memarahi anak. Justeru, katanya, suami harus segera tolong isteri apa yang patut. Bukan goyang kaki ye.
Ikuti perkongsiannya.
BILA ISTERI KERAP MARAH ANAK
Ads
Bila seorang ibu kuat memarahi anak itu tanda emosi dalam badan dia sedang kuat bergelut.
Fahamilah wahai lelaki sekalian..
Ibu yang penyayang, lembut dan penuh empati dalam hati mustahil akan boleh ada rasa marah pada anak yang di kandung 9 bulan tanpa sebab.Tak mungkin!
Melainkan ada ‘pergelutan’ emosi yang amat dasyat dari dalam badan mereka !
Marah bukan emosi utama !
Sebaliknya marah adalah ‘impak negatif’ hasil daripada pergelutan emosi utama dalam badan. Kira marah ni emosi kedua, bukan emosi genuine.
Ads
Ada dua emosi utama yang selalu menyumbang kepada marah iaitu takut & sedih.
Takut ni termasuk la anxiety, depresi dan stres. Manakala emosi sedih pula ialah kecewa, sakit hati dan tawar hati.
Bila semua emosi ini di pendam terlalu lama, tanpa sebarang usaha ‘penyembuhan’ sejak dari awal lagi maka pintu api kemarahan sedikit demi sedikit akan terbuka.
Dengan sedikit pencetus sahaja, dah mampu buat si ibu yang dahulu lembut hati jadi keras sekerasnya. Nauzubillah.. kesian anak-anak selalu jadi mangsa keadaan.
Sebab itulah para suami kena pastikan emosi isteri kat rumah tu sentiasa stabil dan selalu ingatkan mereka untuk buat Self Healing & Self Love.
JANGAN BIARKAN ISTERI TERLALU PENAT
Ads
Alah tak susah pun. Pastikan isteri tak terlampau penat, bagi mereka buat perkara yang mereka suka dan paling penting jangan goyang kaki semasa isteri sedang kelam kabut mengurus anak.
Jangan terkejut pula, bukan setakat emosi marah boleh hilang, kenakalan anak-anak pun boleh hilang sekali.
Wallahu A’lam,
Saya Mohd Fhais percaya isteri yang baik emosinya sahaja boleh pastikan emosi anak sentiasa baik
#bolehSHARE
p/s : banyak lagi tips urus emosi ibu saya kongsi dalam telegram, ini link telegram saya jika nak baca tips,
Klik 👉 t.me/CoretanFhais
Setiap kali sang suami Shuib, berkongsi cerita tentang arwah Sarah, pasti membuatkan ramai tidak dapat menahan sebak.
Terbaru bapa kepada empat cahaya mata ini memuatnaik perbualan terakhir bersama arwah Isteri,sebelum dia ditidurkan.
“You jangan nangis…daddy jangan sedih. Ampunkan dosa-dosa I ya. Love you!”. Itulah antara kata-kata terakhir Siti Sarah sebelum ditidurkan kerana jangkitan Covid-19 pada 6 Ogos lalu.
Malah, Shuib turut meminta Siti Sarah untuk kuatkan diri untuk melawan virus covid tersebut.
“Ibu..satu step ni je you kena lepaskan..you minta dengan Allah kuatkan semangat you, InsyAllah lepas ni kita tengok baby kita.
“Ibu..sumpah I sayang you sangat,” kata Shuib dalam rakaman tersebut.
Perbualan terakhir tersebut diselitkan menerusi video muzik (MV) lagu Tinggalkan Diriku yang dimuat naik di laman Youtube.
“Enam hari selepas pemergian arwah, saya mendengar rakaman lagu Tinggalkan Diriku yang dirakam ketika sesi latihan untuk showcase Siti Sarah pada tahun 2018.
“Rasa sebak, hiba dan segala rasa hadir menerpa jiwa sepanjang mendengar semula lagu tersebut.
“Cara penyampaian arwah sangat berbeza dan istimewa sekali, seperti sudah tahu apa yang bakal terjadi nanti. Bait-bait lirik yang cukup indah sangat meninggalkan kesan kepada pendengar,” ujar Shuib atau Nama sebenarnya Shahmira Muhamad.
“Menerusi MV ini saya selitkan perbualan akhir bersama Siti Sarah ketika memberikan kata-kata semangat bagi memujuk arwah untuk ‘ditidurkan’.
“Ini adalah momen paling sukar dalam hidup saya sebagai seorang suami dan bapa kepada anak-anak.
“Perbualan tersebut adalah tanda pengorbanan besar seorang ibu yang bertarung nyawa untuk melahirkan anak,” ujarnya.
Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur akibat Covid19.
Sebelum itu, arwah telah menjalani pembedahan mengeluarkan bayi lelaki yang diberi nama Ayash Affan ketika kandungannya berusia 8 bulan pada 6 Ogos lalu.
Selain Ayash, tiga lagi anak arwah iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Allahyarham Siti Sarah dan menempatkan dia dikalangan orang beriman. Al-Fatihah.
Vaksinasi telah memainkan peranan penting dalam perkembangan sihat bayi dan kanak-kanak di seluruh dunia. Namun terdapat ibu bapa yang memilih untuk tidak memberi vaksin kepada anak- anak mereka.
Tidak memberi vaksin kepada kanak-kanak membahayakan masyarakat termasuk kanak-kanak di sekolah. Ekoran itu, isu vaksin dan sekolah menjadi hangat diperkatakan.
Rentitan daripada itu, Kementerian Pendidikan Malaysia punya pendirian teguh mengenai hal ini.
Menerusi perkongsian Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, video berdurasi 2 minit 21 saat yang dimuatnaik ke laman sosial beliau pada 7 Mac 2019, iaitu semalam. Antara perkongsiannya ialah
“…Saya antara ibu bapa yang berpendapat wajib anak-anak divaksin agar tidak dijangkiti oleh penyakit berjangkit…”
Malah beliau, berpendapat bahawa suntikan vaksin adalah penting untuk masa depan kanak-kanak khusunya bagi melindungi mereka daripada penyakit.
Bagaimanapun beliau menegaskan agar kanak-kanak tidak seharusnya dihukum dengan menyekat peluang pendidikan hanya kerana mereka tidak divaksinkan.
“Ada ibu bapa yang tak mahu anaknya divaksin, anak-anak ini tidak boleh dipersalahkan…”
“Selaras dengan hak asasi kanak-kanak, mereka tidak boleh dihukum atas kesalahan ibu bapa. Mereka berhak mendapat pendidikan berkualiti tanpa membezakan siapa pun mereka, dari mana mereka datang, atau sama ada mereka divaksin atau tidak.” katanya menerusi rakaman video yang dimuat naik di Facebook.
Dalam pada itu, diminta semua pihak memahami tugas dan tanggungjawab Kementerian Kesihatan Malaysia Malaysia (KKM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam isu mewajibkan suntikan vaksin terhadap kanak-kanak.
Terdapat pelbagai pandangan daripada netizen, antaranya ada yang tidak bersetuju kerana tidak mewajibkan vaksin, ada yang jalinan kerjasama KKM dan KPM atas isu vaksinasi ini.
Semoga isu ini dapat memberi impak yang positif kepada masyarakat Malaysia terutama tarap kesihatan dan pendidikan kanak-kanak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelakon terkenal era 90an, Wafa Abd Kadir kini sedang bertarung dengan penyakit kanser tahap empat. Anak kepada bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Tan Sri Abdul Kadir Talip sebelum ini pernah dilaporkan mengidap kanser ovari dua tahun lalu. Kini beliau berdepan kanser peritoneal yang jarang berlaku.
Baru-baru ini dia dilaporkan tidak berupaya untuk bergerak akibat penyakit tersebut. Perkembangan terbaru pelakon berkenaan dikongsikan oleH Penasihat Agama dan Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Konsultan Perawatan Islam, Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar menyatakan pelakon yang beliau panggil dengan gelaran Kak Long itu itu pasrah menempuhi kehidupannya meskipun menahan kesakitan dan tidak berupaya untuk banyak bergerak.
Pada Hari ini 3 Feb 2019,sekitar jam 3.15 petang saya mendapat panggilan daripada Hibah aka Hibatullah Tan Sri Ab Kadir adik kepada Kakak Angkat saya Wafa Tan Sri Ab Kadir,53 @wafaabdulkadir . Justeru sebenarnya banyak kali saya telah cuba dihubungi tapi memandangkan terlalu banyak komitmen,saya terlepas pandang untuk menghubungi mereka semula. Pada kesempatan petang yang agak lapang sedikit, saya menghubungi Kak Long,daripada perbualan telefon dengannya,beliau memberitahu ” badan kak long terlalu lemah,doakan kak long agar pergi dalam husnul khatimah..”.
Terdengar kata kata kak long tanpa disedari air mata saya mengalir deras,beliau meminta agar saya datang untuk tolong bantu apa yang patut. Pasti saya akan datang esok..memandangkan jadual hari ini agak padat sehingga malam. Saya mohon warga netizen,yang baik lagi mulia hatinya untuk sama-sama berdoa ke hadhrat Allah SWT agar Allah SWT terus mengurniakan rahmat serta memandang kasih buat Kak Long. Saya merayu kepada semua bagi pihak dirinya.
Wafa diduga berturut-turut bermula pada 2013, akibat kemalangan jalan raya melibatkan pembedahan membetulkan tulang leher sehinggalah disahkan menghidap kanser ovari dua tahun lalu dan yang terkini, kanser peritoneal.
“Saya mohon warga netizen, yang baik lagi mulia hatinya untuk sama-sama berdoa ke hadrat Allah SWT agar terus mengurniakan rahmat serta memandang kasih buat Kak Long,” kata Tuan Asmawi.
Wafa pada awalnya mendapat simptom kanser pada penghujung tahun 2014.
Beliau pernah berjumpa pakar tulang yang mengesahkan tiada punca daripadanya, lalu dia pergi mendapatkan pakar sakit puan.
Dari situlah beliau dikesan ada kanser ovari yang sudah merebak ke beberapa bahagian termasuk ovari, uterus dan saluran fallopian.
Semoga dipermudahkan segalanya buat Wafa abdul Kadir.
Digilis lori simen ketika berhenti di lampu isyarat, warden penjara maut. Seorang warden penjara maut dalam tragedi menyayat hati apabila motosikal ditunggangnya digilis sebuah lori simen ketika berhenti di lampu isyarat di Lebuh SPA berhampiran persimpangan pusat pelupusan sampah Sungai Udang petang semalam.