Perkongsian seorang wanita yang juga merupakan cancer survivor, namun mampu menjalani hidup aktif, benar-benar mencuri tumpuan. Semangat yang ada padanya cukup luar biasa.
Lalu kami hubunginya untuk berkongsi kisah perjalanan hidupnya kepada umum untuk dijadikan inspirasi pada yang senasib dan sekali gus menyalurkan aura positif untuk kita semua.
Gadis bernama Syazwani Mohd Rosli, 29 tahun ini merupakan anak kelahiran Sungai Petani, Kedah. Disahkan invasive breast carcinoma/breast cancer stage 2.
Diajukan soalan, detik awal mengetahui ada kanser, dengan tenang dia mengimbau kisah itu.
Terdapat ketulan sebesar kacang kuda pd breast yang saya sedar sejak Mac 2014. Mulanya saya sangkakan hanyalah pembengkakan kelenjar yang berkemungkinan disebabkan perubahan hormon, namun ketulan menjadi keras dan statik sehingga Julai 2014 namun tidak sakit.
Keadaan berlarutan dan tiada sebarang perubahan,akhirnya mengambil keputusan untuk rujuk ke klinik kesihatan terdekat seterusnya dipanjangkan ke Jabatan Pembedahan Hospital Putarajaya pada November 2014.
Sepanjang tempoh beberapa bulan sebelum rujuk ke hospital, mengalami demam pada sebelah malam hampir setiap minggu dan keletihan yang tidak masuk akal sedangkan hanya bertugas di pejabat sahaja tanpa tugasan berat.
Selama tempoh follow up, perlu menjalani pelbagai procedure bermula dengan biopsy pd ketulan utk diuji di makmal dan keputusan biopsy menyatakan berkemungkinan kanser.
Kemudian, menerusi procedure ultrasound biopsy dan MRI Breast, setelah hampir 2 bulan akhirnya doctor mengesahkan saya positif invasive breast carcinoma @ kanser payudara stage 2 pada 4/2/2015 ( jatuh pada Hari Kanser Sedunia disambut).
DATANG BERSEORANGAN
Ketika hadir untuk mengetahui keputusan,saya hanya hadir berseorangan tanpa ditemani rakan apatah lagi keluarga kerana tuntutan tugas di Putrajaya (ketika itu bertugas di sana)
Perasaan ketika menrima perkhabaran ini ialah clueless dan blur,seakan tidak percaya saya positif dengan semua ujian klinikal yang telah dilakukan.
Rasa remuk dan kecewanya hati saat itu hanya tuhan saja yang tahu, namun air mata tidak lagi mampu menzahirkan kesedihan ketika itu kerana terlaku terkejut dengan perkhabaran tersebut apatah lagi tidak pernah sejarah dalam keluarga yang pernah menghidapi mana-mana sakit kronik seperti ini.
SUKAR TERIMA KENYATAAN
Paling menyukarkan saya untuk menerima kenyataan adalah apabila doctor terpaksa membuat keputusan utk membuang keseluruhan payudara sebelah kiri tanpa perlu melalui proses reconstruction (pembinaan semula payudara menerusi pembedahan plastic) kerana pelbagai rawatan susulan telah dirangkakan utk saya selepas pembedahan dijalankan.
Terasa gelap keseluruhan masa depan kerana memikirkan status diri yang masih belum berkahwin dan tidak percaya perkara sebegini akan menimpa diri saya seawal usia 24 tahun.
Perkara ini dirahsiakan drpd pihak keluarga kerana beberapa masalah keluarga dan peribadi sehingga April 2015,dan saya akur kepada pasukan perubatan untuk melakukan pembedahan Mastectomy (pembuangan sebelah anggota payudara) di Hospital Putrajaya 29/4/2015 untuk mengelakkan sel kanser merebak ke bahagian yang lain.
Apa pun saya terpaksa redha dengan ketentuanNya. Selesai pembedahan, sesi kimoterapi diteruskan sebanyak 6 sesi (dose FEC) dan disusuli radioterapi sebanyak 23kali sebelum diteruskan dgn hormone terapi sehingga kini.
Pihak keluarga tertutamanya ibu dan ayah tetap berada disisi serta sabar dengan segala kerenah saya sepanjang sesi rawatan yang dijadualkan.
TERUSKAN RAWATAN
Alhamdulillah berkata doa dari mereka dan sokongan rakan-rakan,keadaan bertambah pulih hingga kini.
Alhamdulillah, saya masih terikat dengan rawatan susulan iaitu hormon terapi (Tamoxifien intake) dan rutin flushing 3 bulan sekali namun ianya hanya adalah bekalan ubatan yang dibekalkan secara bulanan dan perlu diambil secara konsisten setiap hari selama 5 tahun.
Setakat perkembangan terkini, masih belum ada sebarang tanda-tanda “free cancer” namun dari sudut kemajuan kesihatan, kesihatan saya kini adalah pada tahap terbaik dan membolehkan saya menjalani rutin harian seperti biasa.InsyaAllah saya survive dari perjalanan ini.
Allah masih mengizinkan saya sehingga saat ini untuk aktif mendaki dan menikmati keagungan ciptaan tuhan menerusi aktiviti ini.
Saya tidaklah seaktif yang puan sangka,namun saya cuba menyeimbangkan tuntutan kerjaya dan juga kesihatan.
Justeru saya pilih sukan mendaki ini sebagai terapi untuk saya pulih dan melawan penyakit ini. Saya pernah terbaca satu jurnal yang mengulas kebaikan sukan mendaki kepada pesakit kanser,sebagai salah satu alternative untuk memulihkan kembali badan (regenerative cells) setelah mengalami kesan kimoterapi yang teruk, lalu saya mencuba sebagai satu terapi untuk sembuh.
Alhamdulillah,sedikit sebanyak melalui terapi ini ia membantu memulihkan kesihatan saya melalui kaedah pernafasan,nature theraphy dan sebagai salah satu latihan kardio.
Kelihatan aktiviti hiking ini sesuatu yang berat,namun saya tidak terlalu memaksa diri dan mencuba sekadar kemampuan diri sahaja,tidak perlu kita membandingkan diri kita dengan rakan hiking yang lain kerana keupayaan setiap antara kita diciptakan berbeza ditambah dengan status kesihatan kita tidaklah sama seperti orang lain. Namun syukur,rakan-rakan yang menemani sangat memahami dan sentiasa membantu antara satu sama lain ketika di trek.
KONGSI TIP
Tip penjagaan makanan tidak banyak, saya cuma mengamalkan minuman kurang gula dan mengamalkan jus lemon panas hampir setiap hari. Sya juga melebihkan air masak 3.5 liter sehari dan mengurangkan pengambilan daging merah serta melebihkan pengambilan buah-buahan yang sifatnya antioksidan seperti delima,anggur dan epal hijau.And apple keeps you away from doctor rite?
Saya juga menitik beratkan puasa sunat Isnin/Khamis sebagai salah satu amalan sunat wajib bulanan selain ia merupakan alternative detox secara natural untuk badan. Ia juga dikatakan antara Intermittent Fasting yang banyak disebut pakar-pakar perubatan akan kebaikannya.
Paling utama, penjagaan kesihatan mental dan emosi amatlah penting. Pesakit kanser perlu tidak boleh berada didalam keadaan tertekan dan stress kerana ia boleh melemahkan imun badan seterusnya menurukan ketahanan badan untuk melawan sel-sel kanser.
Senyuman ,kegembiraan dan kebahagiaan adalah ubat yang paling ampuh dalam melawan penyakit ini.
ANTARA GUNUNG YANG TELAH DIDAKI
Antara gunung yang telah didaki ialah Gunung Kinabalu, Bukit Keluang Terengganu,Gunung Suku Cameron,Bukit Gelok Gerik,Gunung Alai Gerik, GUnung Gap ULu Semangkok Kuala Kubu Baru, GUnung Baling dan PUlai Kedah,Gunung Jerai Kedah,Trans GAndik Cameron, Jabal Nur,Mekah serta beberapa lg bukit-bukit disekitar utara.
InsyaAllah sekiranya kesihatan mengizinkan serta tiada aral melintang, saya dan rakan-rakan dalam misi menawan beberapa puncak di Indonesia,Thailand dan Vietnam pada tahun ini dengan izin Allah..Mohon doa semua.
Sumber : Syazwani Mohd Rosli
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Satu kisah yang cukup menyentuh hati, wabak Conavirus mengganas sehingga kini tanpa mengenal erti kasihan. Seramai 20 pesakit disahkan meninggal dunia semalam. Manakala kes meningkat walaupun kadar pertambahannya berkurangan daripada sebelum ini.
Dalam satu perkongsian oleh saudari Hana Hadzrami memuat naik satu kisah yang cukup meruntun jiwa. Kisah seorang suami yang dalam keadaan genting antara hidup dan mati, namun masih lagi mengambil berat akan hal isterinya.
Waktu kami dapat tahu ada seorang lagi yang meninggal di Covid ICU kami malam tadi, kecoh di Whatsapp group doktor kami nak tahu pesakit mana satu.
“Which patient?” “Is that the one Ki***/ Nah**** intubated?” “Please don’t tell me that one!”
Bertalu-talu semua nak tahu pesakit mana satu.
Sebabnya baru semalam rakan saya bercerita saat pesakit tersebut nak diintubasi dan kemudiannya ditolak masuk ke ICU. Dia meminta untuk call anaknya. Kami benarkan panggilan dibuat.
Perkara pertama dia cakap pada anaknya ialah; jangan lupa bawa ibumu pergi follow up, jangan lupa bawa ibumu pergi follow up. Berulang kali dia pesan. Barangkali isteri dia pesakit kronik yang selalu berulang-alik ke hospital.
Kemudian barulah dia sampaikan pesan lain seperti akaun bank, nombor pin dan sebagainya.
Penutup bicara dia pesan lagi; jangan lupa bawa isterinya pergi follow up.
Penuh lelah dia berpesan; antara nak tarik nafas demi hidup, rasa sedih tak dapat bersama orang tersayang dan sugul membayangkan maut yang bakal menjengah.
Selepas telefon barulah dia benarkan kami tidurkan dia untuk disambungkan ke mesin bantuan pernafasan.
Memang dia suami yang sangat kasihkan isteri.
Kami yang dengar cerita kawan kami tu, bergenang-genang airmata.
Sebab itu kami nak tahu sangat pesakit mana satu.
Rupanya benarlah dia yang pergi. Sedihnya kami. Namun sedih lagi keluarga yang ditinggalkan.
Orang pengasih ini memang Tuhan panggil awal kan?
. .
Hana Hadzrami Semua pesakit yang kami jaga ada tempat istimewa dihati kami
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pejam celik rupanya tahun ini genap 5 tahun kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370. Yang pasti banyak air mata, jerih payah pengorbanan mahupun tekanan psikologi yang terpaksa dilalui terutamanya waris keluarga MH370 yang tidak pernah putus harap memburu jawapan tentang apa yang sebenarnya berlaku.
Kisah di sebalik kehilangan MH370 melalui kaca mata seorang isteri bernama Intan Maizura Othman, 38 tahun yang merupakan isteri kepada Mohd Hazrin Hasnan, kru pesawat berkenaan.
Tabah dan redha sejak kejadian itu membuatkan Intan terus memujuk dirinya supaya kuat meneruskan kehidupan, meskipun persoalan di benak fikirannya belum bertemu noktah. Menerusi laman instagramnya, Intan berkongsi momen bersama suaminya sebelum ini.
Selain itu, Intan juga turut berkongsi video anak lelakinya, Muhammad 5 tahun yang nyata menjentik emosi bagi mereka yang menontonnya.
Menerusi laman sosial Instagram pada awal pagi Jumaat, Intan memuat naik video perbualannya bersama Muhammad mengenai Mohd Hazrin dengan panggilan Papa.
Intan: Muhammad kalau jumpa Papa, Muhammad nak cakap apa?
Muhammad: Muhammad sayang Papa, Muhammad nak tahu Muhammad punya Papa mana.
Intan:Sekarang Papa dekat mana?
Muhammad:Papa dekat kubur.
Intan: Kubur Papa dekat mana?
Muhammad:Dekat Shah Alam.
Intan:Mana Mama tahu kubur Papa dekat Shah Alam.
Demikian perbualan dua beranak itu menerusi video yang diakhiri dengan Muhammad membaca surah al-Fatihah.
Lebih memilukan, anak kedua Intan itu tidak pernah berjumpa bapanya sejak dilahirkan. Yang hanya mampu dilakukan adalah dengan melihat gambar Hazrin, membolehkan kerinduan Muhammad terubat seketika.
Menurut Intan, Muhammad sering bertanya kepadanya: “Mama, Papa dah meninggal ke?”, namun tiada jawapan jelas dapat diberikan kepadanya.
Mendoakan suaminya setiap hari, Intan memberitahu, Yang Maha Esa mengetahui segala-galanya dan sebaik-baik perancangan adalah daripadaNya.
“Kamu tidak pernah lenyap daripada ingatan saya B. Kamu dan kenangan manis kamu selamanya akan bersama kami selama-lamanya. Assalamualaikum B…. kami merindui kamu B, amat merindu kamu,” katanya.
Mohd Hazrin merupakan antara 239 penumpang dan anak kapal yang menaiki pesawat MH370, yang hilang kira-kira sejam selepas pesawat tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam penerbangan ke Beijing, China, pada 8 Mac 2014.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.