Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Bagi Puan Naima Yuzi dan suaminya, Affizan Sarif, saat mengetahui anak mereka menghidap penyakit yang membawa maut, hanya Tuhan yang tahu perasaan ketika itu.
Andai boleh ditukar ganti mungkin itu yang mereka mahu, namun jodoh pertemuan, ajal maut segalanya ditangan Pencipta.
Titisan air mata sang ibu cukup meluahkan segalanya. Keperitan yang dipendam sedikit sebanyak terungkap dek wajah yang suram dan penuh hiba.
Biar bibir masih mampu melayangkan senyuman, namun jauh dek sudut hatinya hanya Tuhan yang tahu.
Cukup minat dengan pasukan bomba, Adik Akmarul Haikal Affizan cukup bertuah kerana impiannya untuk menyambut hari jadi ke 12 bersama abang bomba dimakbulkan.
Majlis berlangsung di Wad 7A, PPUM baru-baru ini, nyata menyuntik senyuman Akmarul biarkan tampak cukup lemah ketika itu.
Sambil menantikan kehadiran pasukan Bomba Dan penyelamat dari Balai Bomba Pantai yang diketuai oleh YS Pengarah JBPM Kuala Lumpur PKPjB Khirudin Bin Drahman @ Hussaini, Akmarul terlelap seketika.
Penulis yang berpeluang menghadiri majlis ketika itu berkesempatan menemu bual ibunya, Naima Yuzi berkenaan penyakit yang dihadapi anak sulungnya itu.
“Akmarul lahir normal tanpa ada sebarang masalah, sehinggalah usianya menjangkau setahun, kesihatannya mulai merosot. Demam, muntah-muntah, perut buncit, dan berak berdarah.
Sehinggalah dibuat pemeriksaan terperinci, doktor mengesahkan Akmarul yang menghidap penyakit usus terkeluar atau chron’s disease atau bahasa mudahnya Usus Kronik dan radang otak.
“Waktu itu, punggungnya bernanah, apa sahaja maknanan yang ditelan keluar balik, dan ususnya di luar. Usus besarnya bermasalah dan penuh nanah.
Doktor cakap buatlah apa yang dia kerana sekarang Akmarul bergantung pada ubat semata.
“Sebelum ini kami pernah sampai ke Jerman untuk rawatan. Waktu itu usianya baru 8 tahun.
Menurut doktor, penyakit Akmarul ini sangat kronik dan kami terpilih antara pesakit di Asia untuk mengikuti rawatan di sana. Pihak Jerman yang taja dan minta kami ke sana.
“Awalnya saya dan suami menolak kerana tak ada duit, tetapi doktor yang merawat Akmarul bersungguh-sungguh dan mencari jalan untuk mendapatkan dana.
Alhamdulillah masalah kami didengari dan ramai yang menghulurkan sumbangan untuk kami membeli peralatan dan barangan keperluan ke sana.
Sampai di sana bukan hanya Akmarul, sebaliknya kami satu keluarga juga di ambil sampel darah dan di buat ujian itu ini.
“Selepas pulang ke Malaysia, saya menunggu juga laporan kesihatan tapi alasan mereka masih dalam kajian. Rupa-rupanya pihak sana juga tidka mampu berbuat apa-apa.
Baru-baru ini saya tanyakan tahap kesihatan Akmarul yang makin merosot hari ke hari, jadi doktor yang merawatnya berterus-terang, penyakit anak saya ini kedua paling kronik di dunia. Yang pertama dari Pakistan, tetapi sudah meninggal dunia.
Hanya mampu bertahan dua tahun. Hanya Akmarul yang kuat semangat dan melawan penyakit. Itu yang dia masih bertahan sehingga berumur 12 tahun sekarang.
“Tetapi kata doktor lagi, sampai satu tahap beginilah keadaannya, selalu sakit-sakit. Jadi, saya tanyakan sama ada Akmarul ada harapan atau tidak.
Doktor cakap sekarang segalanya bergantung kepada Akmarul sama ada kuat dan mampu bertahan.
Memang penyakitnya tidak dapat disembuhkan sebaliknya hanya bergantung pada rawatan untuk meneruskan kehidupan.
‘Doktor pun sudah terangkan sampai satu tahap Akmarul akan bergantung dengan ubat dan akan selalu keluar masuk wad. Dari tahun lepas lagi memang nampak perubahan dia.
Dulu dia aktif walaupun tidak boleh berjalan dan pergerakannya cukup terhad, manakan tidaknya dia terpaksa bergantung pada kerusi roda untuk bergerak.
Tetapi sekarang walaupun dia atas kerusi roda pun dia tak larat dan nampak penat. Sekarang ini kami ikut segala apa kemahuan Akmarul. Di rumah kalau nampak dia tidak sihat kami akan bawa ke hospital.
“Kadang-kadang baru sampai rumah dia sakit semula dan cepat-cepat kami bergegas ke hospital semula. Sekarang ini kalau Akmarul minta nak balik rumah kami akan bawa, kemudian sakit kami akan kembali semula ke hospital. Boleh dikatakan hospital sudah menjadi rumah kedua kepada Akmarul.
“Saya ada seorang lagi anak, dan dia selalu selalu tanya, ibu tak sayang adik ke, asyik dengan abang sahaja. Waktu itu saya tidak tahu apa yang patut cakap sebab dia masih kecil.
Dalam usia 8 tahun dia terpaksa menumpang kasih orang lain kerana saya banyak berulang alik ke hospital menguruskan abangnya.
“Kalau ditanya tentang sudahkah saya bersedia ‘kehilangan’ Akmarul, Ibu mana yang sanggup kan. Tetapi melihat anak menderita sebegini, kalau boleh biarlah dia ‘pergi’ dari menderita sakit begini.
Sedih memang sedih, ibu mana yang tak ralat kan tetapi saya sudah tak sanggup melihat anak saya terseksa sakit.
SAYA SUDAH REDA DAN BERSEDIA KEHILANGAN AKMARUL.
Dalam masa yang sama, doa saya tidak pernah putus supaya ada keajaiban untuk Akmarul. Namun jika Tuhan sudah menetapkan begini, saya reda dan cukup bersedia.
Sekarang ini yang penting saya mahu penuhi segala keinginan Akmarul supaya bila dia ‘pergi ‘ nanti tidak ada ralat di hati saya.
Saya juga ingin berterima kasih kepada para doktor, jururawat, keluarga, rakan-rakan dan pelawat yang datang meraikan dan melawat Akmarul selama ini.
Jasa doktor dan jururawat memang tak mampu saya balas,”ujar Naima sebelum menutup perbualan bersama penulis.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dulu-dulu memang susah untuk kita lihat dengan mata kepala sendiri pokok epal andai tidak ke luar negara. Namun sekarang ini, bukan perkara asing lagi untuk menanam pokok epal di laman rumah sendiri.
Ini pastinya membuatkan ada antara kita teruja untuk mencuba teknik tanaman pokok epal dengan menggunakan semaian biji benih. Jadi bolehlah selain dapat merasa sendiri hasil tuaianya nanti bila berbuah dan secara tidak langsung anak-anak juga dapat mengenal pokok epal dengan lebih dekat lagi. Pasti ianya akan menjadi pengalaman yang istimewa buat mereka.
Apatah lagi cara untuk mendapatkan biji benih tersebut cukup mudah, jadi boleh sangatlah untuk dicuba menanam pokok epal ini.
Nak tahu lanjut proses seterusnya ayuh ikuti perkongsian daripada Zubir Bin Ali Zubir ini.
Salam pagi Jumaat penghulu segala hari.Saya baru join KBJTS ni…Harap semuanya sudi menerima saya berkongsi ilmu di ruangan ini.
Siapa yang berminat menanam pokok epal melalui semaian biji benih?
Kita biasa makan buah epal dan terjumpa bijinya yang telah cambah tetapi kita terus buang kerana kita fikir pokok epal tidak boleh tumbuh di tanah rendah dengan cuaca yang panas.Sebenarnya dari biji benih itulah boleh disemai menjadi pokok epal.
Cara-cara penyemaiannya:
1. Jika terjumpa biji benih yang telah cambah dalam buah epal janganlah di buang…simpan dalam tisu yang dilembabkan bagi memastikan biji benih tersebut kekal segar sementara kita menyediakan medium untuk tapak semaian.
2. Apabila medium telah disediakan bolehlah kita semaikan biji epal tersebut.Kalau banyak biji yang kita dapat tanamlah 4 ke 5 ulas biji dalam satu bekas kerana kita tidak pasti yang mana satu yang boleh tumbuh.Pastikan tanah yang kita gunakan tanah campuran yang agah gembur dan kering.Jangan buat siraman air pada biji benih tersebut.
3. Selesai biji benih disemai buat sungkupan dengan plastik.Pastikan plastik tersebut tidak tembuk untuk mewujudkan wap air pada bahagian dalam sungkupan itu.Ikat dengan tali agak kemas supaya tiada ruang yang terbuka yang boleh mengeringkan wap air di dalamnya.Semasa proses semaian ini tidak perlu buat siraman.Memadailah wap air ini mengawal suhu di dalam sungkupan tersebut.
4. Apabila terlihat anak pokok epal telah tumbuh sebaik-baiknya jangan dibuka sungkupan tersebut.Jika dibuka dan terdedah dengan udara luar yang panas anak pokok ini boleh mati.Sabarlah menunggu anak pokok ini agak matang barulah dibuka sungkupan plastik tersebut.
5.Anak pokok epal yang agak matang ini bolehlah diasuh dengan disiram mengikut keadaan tanah tapak semaiannya.Jangan terlalu lembab.Masa ini kita boleh membaja bagi menggalakkan pertumbuhan pokok tersebut.
6. Apabila pokok telah tinggi melebihi 2 kaki bolehlah dipindahkan ke tanah untuk pokok ini terus membesar.
Bagi yang minat membuat laman ala Inggeris pastinya seronok jika di halaman rumahnya ada pokok epal.Tapi tak tahulah sama ada mahu berbuah ataupun tidak.Itu semua kuasa Allah.Kita hanya mampu berusaha mendapatkannya.Selamat mencuba.
Simple tapi sedap, itu yang jadi pilihan ibu-ibu tiap kali nak menyediakan menu berbuka buat seisi keluarga. Tak perlu menu yang rumit kerana itu memakan masa selain menyebabkan ibu kelelahan.
Kali ini admin nak kongsikan satu resipi yang cukup sempoi dan ringkas cara penyediaannya, tapi pasti menambah selera seisi keluarga. Jom cuba resipi ini.
RESEPI AYAM MASAK GORENG KARI + KENTANG! Sedap sgt2 ni korang wajib cuba utk berbuka puasa ni!
Bahan-bahan:
1ekor ayam – dilumur garam kunyit (goreng) bawang merah bawang putih halia cili padi serai daun kari bawang holland rempah kari daging adabi + kari ikan babas Ubi kentang-potong wedges ( goreng)
Resepi & cara buat ada pada setiap gambar.
Cara membuat:
2. Bahan ni di kisar
3. Yg ni potong nipis je
4. Tumis biar sampai kuning
5. Masukkan yg di kisar sampai naik bau
6. Dah pecah minyak mcm ni bru sedap
7. Kentang digoreng dulu
8. Goreng ayam dgn kunyit
9. Masukkan dlm kuali dan sebatikan. Siap!
Sumber Resepi: Cahaya Kasih Firdausi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Shiera Al-Khaired berkongsi kegembiraan apabila anak sulungnya, Allisya Tahir, selamat melahirkan cucu kedua yang diberi nama Aisa Zaina pada 3 Ogos 2026.