Bila Perasan Rezeki Seperti Tak Cukup, Semak Balik Diri Kita Tentang 2 Perkara Ini

Share

Ada ketikanya kita selalu mengeluh rezeki tak cukup. Lihat kawan-kawan hidup gembira, nak beli itu ini tiada masalah mula lah hati mengeluh kenapa tidak mampu seperti mereka. Hati mula berbolak balik, bergaduh dengan pasangan, menyalahkan takdir dan sebagainya. Sedangkan kekurangan yang ada dalam diri sendiri langsung tidak disemak.

 

Ya memang tidak dinafikan, ada sesetengah daripada kita berdepan dengan masalah rezeki. Namun, kita lupa setiap apa yang kita peroleh itu datangnya dari Dia. Sentiasalah bersyukur dengan apa yang dikurniakan olehNya baik sikit mahupun banyak.

Inilah yang dikongsikan oleh saudara Firdaus Mokhtar  menerusi tulisannya di facebook baru-baru ini.


Bila kita perasan rezeki kita seperti tak cukup, semak balik diri kita tentang 2 perkara ini;

1. Sembahyang kita.

Apakah sembahyang kita cukup kita jaga? Waktu sembahyang kita bagaimana? Di awal waktu, tengah atau selalu di hujung?

Atau mungkin kadang tinggalkan sahaja sebab sibuk urusan kerja.

Sedangkan sembahyang ini hubungan secara terus kita dengan Allah yang memberi rezeki. Kerja kita cuma alat untuk kita berusaha.

2. Semak tentang zakat pendapatan.

Ramai yang merasakan hal zakat pendapatan ini untuk yang kaya sahaja. Ada kereta besar dan rumah besar.

“Saya ni kereta kecil, rumah pun sewa je. Rasanya tak kena bayar zakat.”

Ambil mudah begini yang jadi isu.

“Tuan dah pernah semak dan buat pengiraan di pejabat zakat?”

 

Selalunya mesti jawab tak pernah pergi pun. Cubalah pergi buat kiraan. Kalau tak banyak pun, sikit setakat berapa ringgit, rupanya ada bahagian pendapatan kita yang masih kena zakat.

Ingat, selepas kita keluarkan zakat Allah akan sucikan harta kita. Dan Allah akan tambahkan keberkatan dalam harta dan pendapatan kita.

Maka, nanti perasaan tak cukup itu akan hilang. Kerana apa?

Kerana yang memberi kecukupan atas segala isi dunia ini adalah Allah.

Percayalah.

Firdaus Mokhtar,
Sama-sama koreksi diri semul

IKLAN