Jika ada antara kita beranggapan tugasan melipat kain adalah sesuatu yang membosankan, namun tidak bagi wanita ini. Tidak dinafikan kerja ini remeh, sehingga ramai suri rumahtangga mengaku diri ‘malas’ untuk berbuat sedemikian.
Menerusi facebook miliknya, beliau menjadikan melipat kain sebagai rezeki buatnya. Sungguh inspirasi!
Salam semua suri²….sy bieb, mama kpd 3 org anak perempuan..masing² umur 5y, 3y & 1y7m..dah 5thn bergelar suri rumah sepenuh masa..berhenti kerja lepas 3bln bersalin.
Ads
Start tahun lepas sy mula ambil upah lipat kain baju kt kwsn sekitar tmpt tinggal sy ni..saja suka2 buat duit jajan..isi masa lapang kt rumah sambil2 jaga anak. Ambil upah ni pun tak selalu dan bukan hari2..kalau ada yg perlukan servis, baru sy p collect baju, lipat n hantar.
Ads
Sy offer servis ni sbb pernah tertengok rancangan kt tv3..diorg offer servis lipat kain dr rumah ke rumah, collect, lipat n hantar semula..jd nya sy terinspirasi lepas tgk rancangan tu..majalah 3 klau tak silap sy..sy ni bukanlah rajin sangat lipat kain, tapi sy cuba cabar diri sy utk jd rajin..
Paling mencabar bg sy dlm servis ni adalah lipat baju budak2, dan kain baju jenis licin.. Utk baju budak2, kena cari pasangan baju n seluar kalau ianya sepasang..kalau kain baju jenis licin, sukar nak bg lipatan nya kekal elok..
Ads
Syukur suami tak halang apa yg sy buat..kalau sy busy lipat kain, suami tolong handle anak2 kalau dia ada kt rumah..sekian coretan sy, mungkin boleh jadi inspirasi buat suri² di luar sana.
Tahniah puan! Inilah yang dikatakan, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Inpisrasi!
Dalam sesebuah perkahwinan bukan hanya didasari dengan wang ringgit semata-mata. Keikhlasan, keprihatinan, kasih sayang dan saling bertoleransi antara faktor penting dalam membuatkan tiang rumah tangga teguh berdiri. Biarpun hidup sederhana namun cukup bahagia.
Apa erti memiliki wang ringgit dan pangkat besar sedangkan rumah tangga hambar, hubungan suami isteri berantakan dek kerana ego dan sebagainya.
Apa yang dikongsikan saudara Syafiq Ridhwan cukup menyentuh hati. Satu contoh pengorbanan seorang isteri dan juga keprihatinan suami dalam melengkapi rumah tangga mereka.
“Bang, kalau saya nak beli handbag tu boleh?”
Saya pandang isteri, selepas itu saya kalihkan pandangan ke arah handbag yang tersusun rapi di atas rak. Handbag berjenama mahal ni semuanya kelihatan cantik.
“Tapi kan awak dah ada handbag” tanya saya semula.
“So tak payahlah ya, duit ni ada banyak lagi nak guna” ujar saya semula. Namun, jauh di sudut hati, saya selalu memasang impian untuk beli. Saya tahu dia teringin sangat.
Sampai hari ini saya masih ingat momen tersebut. Momen ketika awal-awal kahwin dahulu. Bukan handbag, malah apa jua keinginan, semua kami bataskan. Bukan tak ada duit sangat, ada je. Cuma takut-takut duit tu diperlukan bilamana kecemasan.
Jadi, handbag bukanlah satu keutamaan. Asal ada sebenarnya sudah memadai.
Selepas hampir 4 tahun, bila saya tengok balik handbag yang isteri pakai, masih lagi handbag yang sama dulu-dulu. Handbag yang kami beli longgok depan satu butik ni. Lebih kurang puluhan ringgit sahaja harga.
Dan handbag itu juga menjadi saksi pernikahan kami, elok saja terletak di atas dulang. Tak lupa, handbag ini juga menjadi saksi bagaimana wanita ini melayan saya sebagai seorang suami dengan baik. Bangun pagi buatkan bekal sarapan, siapkan makan malam.
Menjaga anak kami dengan baik, berjaga malam untuk pastikan anak kami dapat tidur dengan lena. Berusaha sehabis baik memastikan anak kami dapat membesar dengan sihat.
Kadang-kadang saya terfikir kerja kuat, dapat duit, untuk apa duit tu dibelanjakan. Adakah hanya untuk membayar hutang. Walhal menggembirakan hati isteri dan keluarga juga salah satu daripada tuntutan agama.
“Awak tengah cari handbag kan? tanya saya satu hari.
Dan nyaris-nyaris sebenarnya saya terlupa. Tiba-tiba petang tadi,
“Bang, bukalah bungkusan ni” pinta isteri saya.
Bila saya buka sahaja bungkusan, rupanya handbag yang dia minat tu dia dah beli. Tersenyum gembira dia. Mana taknya, handbag jenama ni lah yang dia dok teringin sejak awal kahwin dulu. Handbag nilah yang dia pendamkan rasa sebab beralah untuk benda-benda lain.
“Nak bayarkan yang mahal-mahal belum mampu tau, tapi kalau ada rezeki lebih, kita cari yang lain pulak nanti” ujar saya bila melihat dia tengah tersenyum gembira.
Pada kita nampak kecil, tapi percayalah, walau sekecil-kecil perkara sekalipun ia sebenarnya cukup untuk menggembirakan hati seorang isteri.
Begitulah,
Kawan tetap kawan, tapi isteri dan keluarga tetap paling utama. Pada akhirnya, mereka inilah yang bersama dengan kita waktu susah dan senang.
Hargailah mereka yang setia bersama dengan kita. Nak gantikan semua kasih sayang dan kesetiaan yang diberi dengan harta benda, belum tentu dapat terganti.
Bayi empat bulan meninggal dunia, ibu bapa guna kaedah Sleep Training. Sleep training adalah proses mengajar bayi untuk tidur dengan sendiri tanpa perlu didodoi, digendong, atau diberi susu setiap kali mereka terjaga di tengah malam. Latihan ini juga melibatkan pembentukan rutin tidur yang konsisten dan persekitaran tidur yang kondusif.
Bayi Empat Bulan Meninggal Dunia
Ramai ibu bapa menghadapi cabaran apabila bayi mereka tidak mempunyai corak tidur yang teratur, menyebabkan gangguan kepada rehat ibu bapa dan bayi itu sendiri. Sleep training atau latihan tidur adalah satu pendekatan yang boleh membantu bayi belajar untuk tidur sendiri dengan lebih konsisten dan tanpa bantuan.
Baru-baru ini sepasang suami isteri kehilangan bayi mereka selepas menggunakan kaedah ‘sleep training’. Walaupun pakar menyatakan bahawa usia 4-6 bulan merupakan waktu yang sesuai untuk membuat sleep training tersebut, namun malang tidak berbau menimpa ibu ini apabila bayinya maut!
Ibu Bapa Guna Kaedah Sleep Training
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Thread Facebook, bayi berusia empat bulan itu difahamkan menangis selama dua jam semasa berada di katilnya sendiri.
BAGAIMANAPUN, IBU KEPADA BAYI TERSEBUT MEMBERITAHU DIA HANYA MEMANTAU MELALUI RAKAMAN KAMERA LITAR BERTUTUP (CCTV).
“Bergaduh dengan pasangan ni, limitnya cukup dengan sehari semalam. Kalau lebih dari tu, itu ego.”
Ikuti perkongsian saudara, Saudara Firdaus Syakirin mengenai hubungan suami isteri yang harus diambil tahu agar jalinan kasih sayang kekal bahagia.
Bergaduh pagi, petang baik balik.. Bergaduh petang, malam baik. Bergaduh malam, keesokan pagi kena baik. Jangan dipanjangkan atau dibiarkan pergaduhan tu sampai berhari-hari.
Tak bercakap, bermasam muka, buat tak tahu antara satu sama lain.
Siapa yang minta maaf dulu, siapa yang mula bercakap dulu, siapa yang dah buat macam biasa balik, maka dia lah yang terbaik sebab dia boleh kawal dan rendahkan ego dia.
Siapa yang tunggu orang lain minta maaf, siapa yang tunggu orang lain mula bercakap dulu, maka dia lah yang PALING EGO dalam rumah tu..
Lelaki ada ego, perempuan ada ego.
Kena tahu ego ni kegunaannya untuk apa. Yang lelaki kalau nak dihormati isteri, maka jangan guna ego sebab ego lelaki kebanyakannya akan memakan diri sendiri. Akhlak, perangai, pertuturan, perbuatan, budi bahasa si lelaki tu yang menyebabkan isteri taat dan hormat suami.
Bukan kita kena EGO TINGGI, baru isteri hormat dan taat kepada kita.
Lama-kelamaan isteri akan menyampah, meluat, bosan bila kita asyik menggunakan EGO kita untuk memenangi apa saja perbalahan, pergaduhan dan pertengkaran yang asalnya bermula akibat daripada kesilapan kita sendiri.
Trust me, hubungan yang bahagia, hubungan yang harmoni, pasangan yang gembira, kedua-dua suami dan isteri tolak ego ke tepi.
Siapa salah, dia mintak maaf. Siapa yang silap, dialah yang perbetulkan. Siapa yang sedar pasangan dia buat salah dan silap, dialah yang kena bagi teguran dan nasihat.
Siapa yang kena tegur dan kena nasihat, dialah yang kena berlapang dada dan terbuka dengan teguran dan nasihat tersebut.